Bekalan Beras Tempatan Mencukupi Harga Stabil Dr Azman


 



Oleh: Abdullah Zaid

Peningkatan harga beras import bermula September ini dijadikan bahan serangan bertali arus pembangkang mendakwa konon kerajaan telah hilang kawalan terhadap stok dan pengedaran bahan makanan ruji rakyat Malaysia itu.

Malah, tohmahan mereka menjalar ke stok beras tempatan yang didakwa bermasalah dan turut mengalami kenaikan harga.

Bagi Pengerusi Biro Petani KEADILAN, Dr Azman Ismail, rakyat perlu faham isu lebih besar mengenai kenaikan harga beras tersebut yang berlaku di peringkat global dan kerajaan tentunya tidak akan memberikan subsidi kepada sesiapa yang ingin menggunakan beras import.

Katanya berbanding Malaysia, Thailand dan Indonesia yang mempunyai tahap sara diri (SSL) bagi beras yang lebih tinggi daripada negara ini juga terpaksa menaikkan harga bahan tersebut untuk mengimbangi permintaan domestik.

"(Hakikatnya) harga beras di seluruh dunia mendadak naik kerana India sepenuhnya berhenti mengeksport beras pada 27 Ogos baru-baru ini.

"40 peratus beras dunia datang dari India. Apabila India berhenti eksport beras, Malaysia hanya ada Thailand dan Vietnam untuk menampung keperluan beras import kita, iaitu 35% (daripada keperluan negara).

"Oleh sebab, beras kurang di dalam pasaran (global), maka harga beras Thailand dan Vietnam juga ikut naik tinggi dan lebih awal sejak bulan lalu. Ini punca utama harga beras naik di pasaran kita," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Tambah Dr Azman, India terpaksa menghentikan eksport beras ke seluruh dunia atas faktor perubahan musim kemarau yang mendadak di negara tersebut.

Selain itu, katanya, perang Rusia-Ukraine juga menjadi antara punca kenaikan harga makanan global apabila hasil jagung dan gandum dari kedua dua negara tidak boleh dieksport. Malah permintaan beras menjadi lebih tinggi bagi negara negara yang biasa dengan hidangan bahan itu.

"Perubahan iklim, panas melampau hingga rosak bendang di India (mengakibatkan kurang pengeluaran). Juga kesan jangka panjang Perang Rusia-Ukraine menyebabkan harga bahan makanan naik tinggi di seluruh dunia.

"Hal ini kerana Rusia-Ukraine adalah pengeluar bijirin yang sangat penting bagi dunia," katanya.

Bagaimanapun, ujar Dr Azman, kerajaan Malaysia pada ketika ini sedang mengambil tindakan mengatasi masalah kenaikan harga beras dengan meningkatkan pengeluaran padi tempatan di samping segera membeli beras di pasaran antarabangsa bagi mencukupkan bekalan domestik.

"Setakat ini beras tempatan ada (mencukupi) dan sedang diusahakan tambah (beras import) oleh Kerajaan Perpaduan," katanya lagi.

Terdahulu, pada 3 September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga memberi jaminan bahawa bekalan beras negara mencukupi dan tidak akan menaikan harga beras tempatan.

Dalam masa sama, pemimpin nombor satu itu menyarankan rakyat Malaysia membeli beras tempatan bagi mengurangkan beban kenaikan harga beras import.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/09/bekalan-beras-tempatan-mencukupi-harga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Beri Jaminan Beras Tempatan Tidak Naik Harga

Pm Beri Jaminan Beras Tempatan Tidak Naik Harga

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 208 hits
Harga beras tempatan tidak akan mengalami kenaikan meskipun harga beras import daripada India meningkat sebanyak 40 peratus tegas Perdana Menteri Berucap di pada Ceramah Mega Perpaduan Madani Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram di Sungai Ab...
Tokey Mydin Beras Tempatan Tiada Bekalan

Tokey Mydin Beras Tempatan Tiada Bekalan

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 252 hits
Isu beras sebenarnya isu global Ye memang benar Persoalanya isu ini telah lama dimainkan oleh economist dunia tapi kita di malaysia seolah didiamkan sehinggalah harinya tiba Beras tidak cukup dipasaran Untuk mengharapkan pasaran beras tempa...
Kerajaan Tingkat Keluaran Beras Putih Tempatan

Kerajaan Tingkat Keluaran Beras Putih Tempatan

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 286 hits
Bekalan beras putih tempatan akan pulih dalam tempoh sebulan susulan kata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam satu kenyataan Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata jangkaan itu berdasarkan langkah intervensi dilaksana k...
Penipuan Harga Beras Pula Siapa Yang Penipu Sebenarnya

Penipuan Harga Beras Pula Siapa Yang Penipu Sebenarnya

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 221 hits
IKUT BRADER DALAM VIDEO INI PENGGUNA KENA TIPU HARGA BERAS PULA SAYA TIDAK NAFIKAN KENYATAAN BRADER INI TERIMA KASIH KERANA SUDI MENDEDAHKAN MAKLUMAT INI TETAPI SAYA ADA SEDIKIT PENDAPAT YANG BERLAINAN SILA BACA DI BAWAH My Comments Tuan tu...
Kunjungi Pasar Di Pontianak Mendag Zulkifli Hasan Ungkap Stok Bapok Stabil Dan Harga Cenderung Turun

Kunjungi Pasar Di Pontianak Mendag Zulkifli Hasan Ungkap Stok Bapok Stabil Dan Harga Cenderung Turun

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 202 hits
Mendag Zulkifli pun ungkap bahwa ada beberapa komoditas yang memiliki stok yang stabil dan bahkan harganya cenderung turun
Ahli Parlimen Bayan Baru Cadang 7 Langkah Tangani Bekalan Beras

Ahli Parlimen Bayan Baru Cadang 7 Langkah Tangani Bekalan Beras

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 139 hits
Oleh Abdullah Zaid Kenaikan harga beras putih import selain kesukaran untuk mendapatkan bekalan beras Super Spesial Tempatan meresahkan orang ramai Justeru bagi sesi Dewan Rakyat Pembentangan Rancangan Malaysia ke 12 Ahli Parlimen Bayan Bar...
Layak Ditiru Cara Soeharto Bikin Harga Beras Murah Agar Tak Sengsarakan Rakyat

Layak Ditiru Cara Soeharto Bikin Harga Beras Murah Agar Tak Sengsarakan Rakyat

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 180 hits
Presiden ke Dua Indonesia Soeharto memanggil Kepala Bulog saat itu Bustanil Arifin ke Bina Graha bahas stok beras
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue