Fam Sangkal Tuduhan Zamsaham Dakwa Kelemahan Kelantan Fc Punca Pemain Import Gagal Didaftar


Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman menyangkal tuduhan Norizam berhubung isu pendaftaran pemain import. ( 📸 ©Berita Harian) klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

Piala Malaysia: Norizam dakwa FAM punca Kelantan dibelasah Noor Azman berkata, Zamsaham tidak seharusnya menyalahkan FAM kerana fakta jelas menunjukkan bahawa TRW sudah melewati tempoh masa pendaftaran yang ditetapkan pada 1 Ogos. (📸 ©BERNAMA) KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan kenyataan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman berhubung isu pendaftaran empat pemain import baharu The Red Warriors (TRW).

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman menjelaskan bahawa berdasarkan fakta, pihak Norizam sendiri sudah melewati tempoh masa pendaftaran yang ditetapkan.

Beliau berkata, FAM sudah mencuba sehabis baik untuk membantu terutama dalam proses permohonan dan rayuan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Katanya, pada 29 Julai lalu pegawai Kelantan FC menghubungi pegawai TMS FAM untuk membantu mereka mendapatkan sijil perpindahan antarabangsa (ITC) pemain, Allez Putra Azril yang bermain di Akademi Malaga FC.

"Setiap permohonan ITC pemain adalah dibuat melalui sistem TMS yang dikawal selia oleh FIFA. Oleh kerana Kelantan FC masih lagi tidak melantik pegawai TMS yang baharu, maka Kelantan FC telah memohon pertolongan bekas pegawai Kelantan FC yang masih memegang akaun TMS mereka untuk permohonan ITC pemain ini.

"Pada hari itu, tiada masalah log masuk oleh Kelantan FC ke dalam sistem TMS dan tiada permohonan oleh Kelantan FC di dalam sistem TMS untuk mendaftarkan pemain asing yang lain.

"Pada 31 Julai, pegawai TMS FAM membantu Kelantan FC menyelesaikan isu pendaftaran pemain, Allez Putra Azril dengan menghubungi Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) untuk mendapatkan pelepasan ITC pemain dan akhirnya pelepasan berjaya diperoleh.

"Seterusnya, Kelantan FC mula memaklumkan bahawa akaun TMS Kelantan FC yang dipegang oleh bekas pegawai mereka tidak dapat diakses pada hari terbabit kerana mengalami masalah log masuk," katanya dalam kenyataan, hari ini. PENJAGA gol Kelantan, Muhammad Johan Shahzidane tertunduk kaku selepas menyaksikan gawangnya dibocori 10 kali oleh JDT. (📸 ©kosmo!) Terdahulu, pemilik Kelantan itu menyalahkan FAM selepas TRW dibelasah JDT 0-10 pada aksi kedua pusingan 16 Piala Malaysia semalam.

Beliau menyifatkan skuad kendalian Alfredo Vera tidak akan mengalami kekalahan seteruk itu sekiranya empat pemain import baharu mereka dapat didaftarkan.

Malah, beliau turut meluahkan kekecewaan dengan sesetengah pegawai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang didakwanya ada sikap pilih kasih.

"Pemain import baru tak dapat didaftarkan kerana masalah teknikal sistem TMS (Transfer Matching System) yang hanya FAM sahaja boleh bantu bermula pembukaan sekatan perpindahan pada 27 Julai 2023.

"Hanya empat hari Kelantan FC ada masa mendaftar. Masalah teknikal TMS ini sangat mudah diselesaikan, tetapi hanya boleh akses selepas 4 Ogos 2023 iaitu selepas tutup pendaftaran pemain asing pada 1 Ogos 2023," dakwa Zamsaham.

Mengulas lanjut, Noor Azman menjelaskan pegawai TMS FAM mendapati masih tiada permohonan ITC yang didapati dalam sistem TMS bagi Kelantan FC untuk permohonan ITC pemain yang baharu pada 1 Ogos iaitu hari terakhir jendela perpindahan kedua pemain.

Beliau berkata, Kelantan FC hanya memohon kepada FIFA melalui e-mel untuk penukaran dan pelantikan akaun TMS yang baharu pada jam 11.15 malam, iaitu 45 minit sebelum tempoh perpindahan ditutup.

Katanya, pada tarikh itu juga, terdapat beberapa pasukan lain yang memohon ITC dan sijil perpindahan domestik DTC pemain di saat akhir dan semuanya berjaya disempurnakan oleh Pegawai TMS FAM tanpa sebarang masalah log masuk atau masalah teknikal lain.

"Pada 4 Ogos, FAM menghantar surat permohonan rasmi kepada FIFA untuk melanjutkan tempoh pendaftaran kedua pemain dan pada 5 Ogos FIFA memaklumkan permohonan itu ditolak disebabkan tempoh berkenaan hanya boleh diubah sebelum tempoh pendaftaran pemain bermula," katanya.

Selain itu, Noor Azman menjelaskan FAM pada 15 Ogos sekali lagi menghantar surat rayuan kedua kepada FIFA dengan memperincikan masalah yang dialami oleh Kelantan FC untuk mendaftarkan pemain dan permohonan lanjutan pendaftaran pemain ini adalah khusus untuk pasukan Kelantan sahaja.

"Pada 16 Ogos, FAM menerima jawapan daripada FIFA yang menerangkan FIFA mengambil maklum masalah yang dihadapi oleh Kelantan FC untuk mendaftarkan pemain di saat akhir. Walau bagaimanapun, rayuan itu ditolak dengan mengambil kira tempoh berkenaan hanya boleh diubah sebelum tempoh pendaftaran pemain bermula.

"Prinsip undang-undang mengenai pendaftaran pemain ini adalah bersifat seragam, universal dan diguna pakai untuk sistem perpindahan antarabangsa dalam bola sepak. Surat jawapan itu sudah dihantar oleh FAM kepada Kelantan FC untuk pemakluman," katanya.

SOURCE: Awani

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2023/08/fam-sangkal-tuduhan-zamsaham-dakwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fam Denies It Plays A Part In Kelantan S 10 0 Loss

Fam Denies It Plays A Part In Kelantan S 10 0 Loss

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 236 hits
Kelantan FC owner Norizam Tukiman had claimed that a prejudiced mid season transfer window resulted in the Red Warriors being unable to sign new foreign players leading to the 10 0 loss NSTP file picKUALA LUMPUR The FA of Malaysia has denie...
Benarkah Kuat 0n Ni Punca Pemain Bola Mudah Hamstring Seperti Reece James Ini

Benarkah Kuat 0n Ni Punca Pemain Bola Mudah Hamstring Seperti Reece James Ini

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 376 hits
I m sorry to hear that Reece James has a hamstring injury Hamstring injuries are common in athletes who sprint jump or lunge especially in sports like soccer football and track The main cause of injury to the hamstring is muscle overload wh...
Kelantan Teruk Dibelasah Jdt Norizam Salahkan Fam Tidak Membantu

Kelantan Teruk Dibelasah Jdt Norizam Salahkan Fam Tidak Membantu

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 223 hits
Kuala Lumpur 8211 Kekalahan mengaibkan sehingga 10 0 dengan agregat penuh 15 1 boleh dielakkan jika Kelantan FC dapat menurunkan empat import baharu pada aksi timbal balik kedua saingan Piala Malaysia malam tadi Jelas pemilik Kelantan FC No...
Dalca Daging Kelantan

Dalca Daging Kelantan

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 262 hits
Sebelum kita masuk bab resipi jangan lupa tau klik iklan yang keluar dari blog saya untuk terus memberikan sokongan pada blog ini Saya ingin kongsikan secara umum surah Al Waqiah petikan dari kuliah Zoom oleh Ustaz Najib Kassim Kelebihan be...
Pas Akan Kekal Di Kelantan Kata Penganalisis

Pas Akan Kekal Di Kelantan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 163 hits
PAS akan mengekalkan Kelantan selama lima tahun lagi tetapi akan kehilangan lebih banyak kerusi kepada gabungan baharu Pakatan Harapan Barisan Nasional kata penganalisis Mereka merasakan cengkaman parti selama 33 tahun di negeri itu tidak a...
Former Minister Over Rm1 Billion Have Been Allocated To Fix Kelantan S Water Supply Problems

Former Minister Over Rm1 Billion Have Been Allocated To Fix Kelantan S Water Supply Problems

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 249 hits
It appears that quite a large amount has already been channeled to the state in order to assist with improvements to their water supply So the real question is what was done with that amount It s no secret that Kelantan has been having prob...
Anwar Slams Pas Man S Kelantan Stepchild Claim

Anwar Slams Pas Man S Kelantan Stepchild Claim

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 162 hits
Anwar Ibrahim said the allocation for Kelantan by the unity government was much bigger than what the state was given when PAS and Bersatu were in the government KUALA LUMPUR Prime Minister Anwar Ibrahim has chided Bachok MP Syahir Sulaiman ...
We Have Wells Rivals Cannot Desiccate Pas In Kelantan

We Have Wells Rivals Cannot Desiccate Pas In Kelantan

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 180 hits
STATE POLLS PAS has poured cold water on political rivals hoping to create a splash in the contest for its decades long stronghold of Kelantan The state s caretaker deputy menteri besar Mohd Amar Abdullah said the water issue is not a major...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff

Two Unidentified Soy Sauce Factories Closed Netizens Demand Their Identity Among Other Issues

Sabah Mulls Pufferfish Ban After Recent Poisoning Deaths