Sabah Perlu Kebenaran Putrajaya Untuk Import Beras Jelas Pegawai Kanan Kementerian


 
Semalam, Jeffrey Kitingan mencadangkan monopoli beras yang ketika ini dipegang Bernas ditamatkan supaya Sabah boleh mengimport sendiri bahan makanan ruji itu. (Gambar Bernama)SERDANG: Sabah memerlukan kebenaran kerajaan persekutuan untuk mengurus sendiri import beras bagi negeri itu, kerana kerana ia tertakluk pada Akta Kawalan Padi dan Beras (Akta 522), menurut seorang pegawai kanan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (Mafi).
Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Azman Mahmood dari Bahagian Pembangunan Industri Padi menjelaskan Akta 522 itu melantik Padiberas Nasional Berhad (Bernas) untuk mengurus import beras, bagi mengisi keperluan negara yang belum mencapai tahap sara diri penuh bagi beras.
“Bawah akta itu, semua padi dan beras negara termasuk Sabah dan Sarawak bawah kuasa kerajaan persekutuan,” katanya kepada FMT, ekoran perhatian yang tertuju pada Bernas susulan kenyataan timbalan ketua menteri Sabah.
“Sekarang ini mereka mempunyai pandangan yang mereka nak uruskan sendiri tapi tertakluk di bawah akta. Maksudnya tidak boleh kecuali kerajaan persekutuan bersetuju memberi kebenaran.”
Semalam, Jeffrey Kitingan mencadangkan monopoli beras yang ketika ini dipegang Bernas ditamatkan supaya Sabah boleh mengimport sendiri bahan makanan ruji itu.
Beliau percaya langkah itu akan membawa kepada bekalan beras yang lebih stabil dan “mungkin” harga yang lebih rendah kepada pengguna Sabah. Kitingan mengajukan cadangan itu berikutan kebimbangan mengenai jangkaan peningkatan harga beras putih import.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin berkata Sabah masih bergantung kepada bekalan beras import berikutan tahap sara diri pengeluaran beras tempatan hanya mampu menampung 22.8% keperluan negeri itu.
Ditanya mengenai kenaikan harga beras import di Sabah, Azman menjelaskan harga beras import tidak dikawal oleh kerajaan. “Kenaikan ikut harga pasaran di Sabah dan Sarawak.”
Mengulas lanjut tentang peranan Bernas, Azman menjelaskan kerajaan melantik Bernas untuk mengurus import beras selama 10 tahun sehingga 2031. “Itu keputusan Jemaah Menteri.” - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/09/sabah-perlu-kebenaran-putrajaya-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Beras Putih Import Dinaikkan Ke Rm3 200 Per Tan Metrik

Harga Beras Putih Import Dinaikkan Ke Rm3 200 Per Tan Metrik

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 441 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 1 2023 Harga jualan bagi beras putih import diselaraskan daripada RM2 350 per tan metrik kepada RM3 200 per tan metrik di seluruh negara berkuat kuasa hari ini Menurut Padiberas Nasional Berhad harga itu seja...
Lulur Beras Pulut Cerahkan Kulit

Lulur Beras Pulut Cerahkan Kulit

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 278 hits
Lulur Beras adalah satu kaedah tradisional kecantikan yang terkenal di Malaysia dan serata Asia Tenggara Ia melibatkan penggunaan beras pulut sebagai bahan utama untuk meningkatkan kecantikan kulit Beras pulut adalah sejenis beras yang kaya...
Atasi Kepanikan Warga Akibat Harga Beras Mahal Ini Langkah Pemprov Sumsel

Atasi Kepanikan Warga Akibat Harga Beras Mahal Ini Langkah Pemprov Sumsel

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 300 hits
Lonjakan disinyalir akibat berkurangnya stok akibat musim kemarau dan tidak sebanding dengan permintaan pasar
Beras Impot Naik 36 Okonomi Serah Otak Kepada Mten Pula

Beras Impot Naik 36 Okonomi Serah Otak Kepada Mten Pula

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 403 hits
Bernas remains intact and competitive sole gatekeeper for country s paddy and rice Bernas price adjustment for imported white rice nationwide price of imported white rice increased to RM3 200up from RM2 350 per metric tonne from Friday Bern...
Beli Rokok Boleh Beli Beras Berkira Rokok Murah Rm9 Rokok Mahak 19 Sekotak Yang Beli Rokok Murah Hentilah Merokok

Beli Rokok Boleh Beli Beras Berkira Rokok Murah Rm9 Rokok Mahak 19 Sekotak Yang Beli Rokok Murah Hentilah Merokok

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 467 hits
Walaun cuba nak cetuskan provokasi tentang harga beras tiba tiba gambar harga sebelah kiri skali tu ada ja beras murah Dah kantoi penat nak pusing Walaun cuba nk cetuskan provokasi tentang harga beras tiba2 gambar harga sebelah kiri skali t...
Should Wisma Putra Debunk Thai General S Claim Of Pmx As American Spy Traitor Hidden Enemy

Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Edisi Terhad Asean25 Dan Dosm75

Holiday Gift Guide For Teachers Cute Teacher T Shirts Christmas Shirts Cozy Sweatshirts

Kulit Kaki Gatal Ingatkan Salah Hormon Rupanya

Tiada Pengurus Peribadi Rosyam Nor Selesa Kerja Sendiri

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ideas Beef Recipe Italian

Mapa Lyrics Sb19 Aruma

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Lyodra Teganya Kau Chord

Iman Troye Khianati Chord

Cerita Di Sebalik Lagu Qyiam