Haji Mencukur Atau Menggunting Rambut Orang Lain



Soalan:
Adakah dibolehkan bagi seseorang jemaah untuk mencukur atau menggunting rambut orang lain sebelum dia bercukur atau bergunting rambutnya sendiri?

Jawapan:
Bercukur atau bergunting dalam ibadah haji dan umrah bermaksud menanggalkan sekurang-kurangnya tiga helai rambut setelah sempurna melakukan tawaf dan sa’ie. Antara dalil yang menunjukkan kepada pensyariatan bercukur atau bergunting ini adalah seperti berikut:

Allah SWT berfirman:

لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِن شَاءَ اللَّـهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَ
“Iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haram -insyaAllah (pada masa Yang ditentukan-Nya)- dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadah umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu, dan dengan menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak perlu merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ).” (Surah al-Fath: 27)

Merujuk kepada persoalan di atas, dibolehkan untuk seseorang itu bercukur bagi diri jemaah yang lain sebelum bercukur atau bergunting bagi pihak dirinya sendiri. Namun begitu, adalah terlebih aula (utama) dan afdhal untuk bercukur atau bergunting bagi pihak dirinya terlebih dahulu sebelum melakukannya terhadap orang lain. Firman Allah SWT:

فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ
“Oleh itu berlumba-lumbalah kamu dalam melakukan kebaikan (beriman dan beramal soleh).” (Surah al-Maidah: 48)

Al-Maraghi berkata bahawa berlumba-lumba dalam (mengejar) kebaikan dan melakukan amalan soleh ialah dengan cara mengisi kesempatan dengan melakukan hal yang baik dan melipatgandakan amalan kebaikan. Ini kerana, orang yang cemerlang dalam perlumbaan itulah yang paling dekat dengan Allah SWT. Maka, dalam apa jua kebajikan sekalipun, segerakanlah diri dalam menyempurnakan amalan tersebut melebihi orang lain. (Rujuk al-Maraghi, 3/1595)

Antara amalan yang sunat untuk dilakukan ketika pelaksanaan begunting atau bercukur:

Bagi lelaki, afdhal bercukur seluruh kepala.Bagi wanita, disunatkan menggunting rambut sepanjang seruas jari dari mana-mana sudut kepala.Bagi yang tidak mempunyai sebarang rambut (botak licin) sama ada semulajadi atau baru dicukur adalah sunat melalukan mata pisau cukur di atas kepala.Mulakan bercukur atau bergunting di bahagian kanan, kemudian di bahagian kiri dengan menghadap ke arah kiblat, diiringi dengan bacaan doa semasa bercukur atau bergunting sambil memegang rambut di kepala.

Kesimpulan

Dalam isu ini, seseorang jemaah haji itu adalah dibolehkan untuk mencukur atau menggunting rambut orang lain sebelum dirinya. Walaubagaimanapun, adalah terlebih afdhal dirinya terlebih dahulu sebelum melakukannya kepada orang yang lain.

Di sini kami ingin mengingatkan dan menggalakkan para jemaah agar berlumba-lumbalah kita di dalam merebut dan meraih ganjaran pahala daripada-Nya. Hal ini kerana Allah menyukai orang yang sentiasa mendekatkan diri kepada-Nya.

Rasulullah SAW bersabda, di dalam sebuah hadith qudsi Allah SWT berfirman:

وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا ، وَإِنْ أَتَانِى يَمْشِى أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً
“Jika dia (hamba-Ku) dekat kepada-Ku sejengkal, Aku akan dekat kepadanya sehasta. Jika dia (hamba-Ku) dekat kepada-Ku sehasta, Aku dekat kepadanya sedepa. Jika dia (hamba-Ku) datang kepada-Ku dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat.” [Riwayat al-Bukhari (6970)]

Akhir sekali, marilah kita berdoa semoga kita dijauhi dan dilindungi oleh Allah SWT daripada perkara-perkara yang dimurkai oleh-Nya seterusnya hidup dibawah rahmat-Nya. Amin. Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/07/haji-mencukur-atau-menggunting-rambut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibadah Haji Atau Perkahwinan

Ibadah Haji Atau Perkahwinan

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 322 hits
Soalan Bagaimana jika seseorang mempunyai wang yang mencukupi untuk perbelanjaan Haji tetapi dia juga ingin berkahwin Jawapan Perkahwinan atau pernikahan adalah sangat dituntut di dalam Islam Sudah menjadi fitrah manusia untuk saling berkas...
Resipi Superfood Untuk Bayi Sakit Tumbuh Gigi Atau Demam Dikongsi Ibu Ini Wajib Dicuba Ibu Lain

Resipi Superfood Untuk Bayi Sakit Tumbuh Gigi Atau Demam Dikongsi Ibu Ini Wajib Dicuba Ibu Lain

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 848 hits
Bila ada anak penting untuk ibu ibu tahu resipi superfood untuk bayi Bila bayi sakit tumbuh gigi atau demam memang dia akan merengek sepanjang masa Biasanya si comel akan hilang selera makan termasuk menyusu Sudah tentu ia merisaukan para i...
Teruskan Puasa Enam Atau Berbuka Puasa Jika Dijemput Ke Jamuan Raya

Teruskan Puasa Enam Atau Berbuka Puasa Jika Dijemput Ke Jamuan Raya

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 265 hits
Soalan Saya ingin berpuasa enam akan tetapi selalu dijemput ke rumah terbuka atau jemputan hari raya Saya risau sekiranya tidak hadir akan membuatkan mereka berkecil hati Soalan saya yang manakah lebih afdhal dan lebih utama puasa enam atau...
Benarkah Berniaga Di Pasar Malam Atau Tani Tidak Boleh Maju

Benarkah Berniaga Di Pasar Malam Atau Tani Tidak Boleh Maju

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 356 hits
BENARKAH bidang perniagaan milik kaum tertentu atau bergantung berapa banyak duit yang dimiliki oleh seseorang usahawan Atau bergantung kepada sejauh manakah seseorang usahawan itu bersikap terbuka dan berusaha mencari ilmu untuk memajukan ...
Kerja Sendiri Atau Makan Gaji Mana Satu Pilihan Hati

Kerja Sendiri Atau Makan Gaji Mana Satu Pilihan Hati

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 483 hits
Kerja sendiri atau makan gaji Jika diberikan pilihan mana satu yang berkenan di hati anda Sama ada anda nak pilih kerja makan gaji dengan majikan ataupun bekerja sendiri semuanya terpulang kepada anda Setiap keputusan ada kebaikkan dan keku...
Pdip Sebut Bukan Hal Negatif Jika Partai Percepat Kongres Atau Musyawarah

Pdip Sebut Bukan Hal Negatif Jika Partai Percepat Kongres Atau Musyawarah

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 144 hits
Artinya semua sudah siap dan istimewa bagi Pak Presiden Semua partai sudah siap untuk kawal beliau untuk periode kedua ini ungkap Eriko
Pendidikan Anak Anak Rotan Atau Kelembutan

Pendidikan Anak Anak Rotan Atau Kelembutan

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 276 hits
SAYA sentiasa percaya secara asas pendekatan terbaik bagi mendidik anak anak ialah dengan kelembutan 2 Al Quran mengungkapkannya sebagai hikmah dan contoh teladan yang baik Manakala Rasulullah diceritakan tidak pernah meninggikan suara Bagi...
Cowok Atau Cewek 8 Negara Ini Ternyata Miliki Cara Unik Menebak Jenis Kelamin Bayinya Lo

Cowok Atau Cewek 8 Negara Ini Ternyata Miliki Cara Unik Menebak Jenis Kelamin Bayinya Lo

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 221 hits
Di Indonesia sendiri katanya sih malas atau nggaknya si ibu pas hamil menentukan jenis kelamin bayi di kandungan Di daerahmu ada mitos apa soal beginian
Troll Atau Membahan Di Media Sosial Sampai Bergaduh Apa Hukumnya Ini Jawapan Mufti

Troll Atau Membahan Di Media Sosial Sampai Bergaduh Apa Hukumnya Ini Jawapan Mufti

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 366 hits
Gejala atau perbuatan troll di platform media sosial mungkin boleh dianggap sebagai gurauan jika dilakukan bersama kawan kawan Akan tetapi ia mungkin akan menimbulkan masalah jika dilakukan kepada individu yang tidak dikenali sehingga boleh...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Raised And Itchy

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Cek Pertama Dari Google Adsense

Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles