Troll Atau Membahan Di Media Sosial Sampai Bergaduh Apa Hukumnya Ini Jawapan Mufti


Gejala atau perbuatan ‘troll’ di platform media sosial mungkin boleh dianggap sebagai gurauan jika dilakukan bersama kawan-kawan. Akan tetapi, ia mungkin akan menimbulkan masalah jika dilakukan kepada individu yang tidak dikenali sehingga boleh menyebabkan perbalahan.
Disebabkan perkara itu, timbul persoalan mengenai hukum perbuatan tersebut dan Mufti Wilayah Perseketuan telah pun menerangkan mengenainya dalam salah satu kiriman di laman sesawangnya baru-baru ini.
Soalan
Mutakhir ini kita melihat semakin ramai netizen yang menggunakan aplikasi tertentu di media sosial dengan tujuan melakukan troll terhadap orang lain. Kadang-kadang ia membawa kepada perbalahan dan permusuhan serta menjatuhkan maruah orang lain? Apa hukum perbuatan sedemikian tuan mufti?
Jawapan
Pertama sekali, media sosial seperti facebook, instagram, twitter, whatsapp dan lain-lain adalah termasuk alat komunikasi bagi memudahkan perhubungan sesama manusia. Hukum asal menggunakannya adalah HARUS jika tujuan dan kaedah penggunaannya tidak melanggar mana-mana hukum syarak. Ini berdasarkan kaedah fiqh, “Asal pada segala sesuatu itu harus.”
Namun demikian, jika ia digunakan dengan tujuan dan kaedah yang bertentangan dengan hukum syarak seperti menjadikannya sebagai alat menyebarkan pendustaan, permusuhan dan perbalahan sesama manusia apatah lagi sesama muslim, maka hukumnya jatuh haram. Ia berasaskan kaedah, “Jalan-jalan baginya hukum sebagaimana tujuan.”
Dalam isu troll, Wikipedia mendefinisikannya sebagai berikut:
“In Internet slang, a troll is a person who starts quarrels or upsets people on the Internet to distract and sow discord by posting inflammatory and digressive, extraneous, or off-topicmessages in an online community (such as a newsgroup, forum, chat room, or blog) with the intent of provoking readers into displaying emotional responses and normalizing tangential discussion, whether for the troll’s amusement or a specific gain.”[1]
Dalam bahasa mudah, troll merupakan slanga internet yang merujuk kepada perbuatan individu yang memulakan pertengkaran atau mengalihkan perhatian atau menyebarkan perselisihan dalam media sosial dengan menyiarkan mesej bersifat provokatif, sarkastik dan agresif yang jauh berbeza dengan topik asal perbincangan. Ia bertujuan menghasut pembaca memberikan respon secara emosional sama ada sekadar berjenaka atau dengan matlamat tertentu.
Foto: TVNZ Pelaku troll biasanya membuka akaun palsu menggunakan profil mangsa mereka untuk dijadikan bahan sindiran dan jenaka. Kebanyakan mangsa merupakan golongan ternama terutama ahli politik dan tokoh-tokoh terkenal. Pelaku troll juga menggunakan nama samaran dan profil palsu (pseudonym) untuk melakukan serangan peribadi ke atas individu lain.[2]
Lebih membimbangkan apabila internet trolling yang dilakukan pada masa kini bukan sekadar dalam bentuk mesej bertulis, tetapi adakalanya dilakonkan dalam bentuk klip video pendek dan gambar yang diubahsuai berserta dialog yang dicipta sendiri menggunakan aplikasi tertentu. Kebanyakannya didapati mengandungi unsur menghina, memperlekeh, menyindir, mengejek nama, tubuh badan dan perilaku, menghasut, menyebarkan pendustaan, membangkitkan permusuhan, menyemai kebencian dan menjatuhkan maruah individu yang menjadi mangsa troll. 
Jika begini yang dimaksudkan dengan troll, maka ia jelas bertentangan dengan akhlak dan adab Islam. Bahkan amat jauh sekali daripada sifat seorang mukmin yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat. Rasulullah SAW bersabda:
أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا
Maksudnya: “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.”
Riwayat al-Tirmizi (1162)
Dalam konteks media sosial, interaksi seseorang menjadi sangat luas dan terbuka. Di dalamnya ada orang yang kita kenal dan ada yang tidak dikenali, begitu jua sebaliknya. Di sini menuntut kita untuk berlaku jujur dan beradab dengan adab Islam yang tinggi. Ia sebagaimana sabda Baginda SAW:
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِي جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيسْكُتْ
Maksudnya: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya, barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah memuliakan tetamunya, barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah yang baik-baik atau ia diam.”
Riwayat al-Bukhari (75)
Seseorang tidak sepatutnya bersikap tidak bertanggungjawab dengan melontarkan apa sahaja yang mahu dikatakan atau dikongsikan tanpa berhati-hati. Mungkin ia menyangkakan itu remeh tetapi di sisi Allah SWT ia amat berat. Hal ini diperingatkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya:
إِنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ لَا يَرَى بِهَا بَأْسًا، يَهْوِي بِهَا سَبْعِينَ خَرِيفًا فِي النَّارِ
Maksudnya: “Sesungguhnya seseorang terkadang berbicara dengan kata-kata yang dia sangkakan tidak mengapa, lalu (tanpa diduga) dia terjerumus dengan sebabnya ke dalam neraka (yang kedalamannya) sejauh perjalanan tujuh puluh tahun.” 
Riwayat Ahmad (7215)
Foto: Dailysocial Berdasarkan ciri-ciri perbuatan troll yang dinyatakan di atas, jelas ia bertentangan dengan nas-nas syarak yang banyak. Antaranya:
Larangan mengejek atau menggelar dengan gelaran yang tidak baik. Firman Allah SWT: وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ
Maksudnya: “…dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk…”
(Surah al-Hujurat: 11)
Larangan menghina, merendah-rendahkan, mencaci dan melaknat sesama sendiri. Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;”
(Surah al-Hujurat: 11)
Manakala Rasulullah SAW bersabda:
لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلَا اللَّعَّانِ وَلَا الْفَاحِشِ وَلَا الْبَذِيءِ
Maksudnya: “Orang yang beriman itu bukanlah sifatnya memaki hamun, melaknat, berkata kotor dan juga bahasa yang keji.”
Riwayat al-Tirmizi (1977)
Larangan khianat dan berbohong. Sabda Rasulullah SAW:
يُطْبَعُ الْمُؤْمِنُ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ إِلاَّ الْخِيَانَةَ وَالْكَذِبَ
Maksudnya: “Orang yang beriman boleh jadi melakukan pelbagai kesalahan kecuali sifat khianat dan dusta.”
Riwayat Imam Ahmad (22170)
Larangan menyebar fitnah dan mengadu domba Firman Allah SWT:
وَلَا تُطِعْ كُلَّ حَلَّافٍ مَّهِينٍ ﴿١٠﴾َمَّازٍ مَّشَّاءٍ بِنَمِيمٍ ﴿١١﴾َّنَّاعٍ لِّلْخَيْرِ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ
Maksudnya: “Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang gemar bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang amat berdosa.”
(Surah al-Qalam: 10-12)
Rasulullah SAW bersabda:
لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga para pengumpat.”
Riwayat Muslim (168)
Demikian juga sabdanya:
لَا يَدْخُلُ الجَنَّةَ قَتَّاتٌ
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga para pengadu domba.”
Riwayat al-Bukhari (6056)
Dalam hadith yang lain, Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat:
أَتَدْرُونَ مَا اَلْغِيبَةُ؟ قَالُوا: اَللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ: ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ قِيلَ: أَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ؟ قَالَ: إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدْ اِغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فَقَدْ بَهَتَّهُ
Maksudnya: “Tahukah kamu apa itu ghibah? Mereka menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Iaitu engkau menceritakan saudaramu apa yang tidak ia suka. Ada yang bertanya: Bagaimana jika apa yang aku katakan benar-benar ada pada saudaraku?Baginda menjawab: Jika padanya memang ada apa yang engkau katakan maka engkau telah mengumpatnya dan jika tidak ada maka engkau telah membuat pembohongan ke atasnya.”
Riwayat Muslim (70)
Kesimpulannya, kami menyeru seluruh komuniti netizen, agar bertaqwalah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa. Berakhlaklah dengan akhlak Islam di mana pun keberadaan kita walaupun di alam maya. Jangan dilupa bahawa setiap gerak geri kita ada saksi yang sedang memerhatikan. Biarpun ia bukan percakapan lidah, tapi tangan yang menulis, mengongsi dan menyebarkan, namun yakinlah bahawa ia sendiri kelak akan menjadi saksi atas apa yang diperbuat. Ini digambarkan Allah SWT di dalam al-Qur’an ketika manusia terpinga-pinga kehairanan, mengapa kulit tubuhnya yang suatu ketika dahulu merupakan sekutunya, kelak ia sendiri yang akan menjadi saksi atas perlakuan maksiatnya. Firman Allah SWT:
وَقَالُوا لِجُلُودِهِمْ لِمَ شَهِدتُّمْ عَلَيْنَا ۖ قَالُوا أَنطَقَنَا اللَّـهُ الَّذِي أَنطَقَ كُلَّ شَيْءٍ وَهُوَ خَلَقَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ 
Maksudnya: “Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: “Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?” Kulit-kulit badan mereka menjawab: “Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata – telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dia lah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan).”
(Surah Fussilat: 21)
Rasulullah SAW turut menegaskan bahawa sifat seorang muslim itu adalah sentiasa tidak menyakiti muslim yang lain. Sabdanya:
الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ
Maksudnya: “Seorang Muslim (yang sempurna Islamnya) ialah (apabila) seseorang Muslimin (yang lain) selamat daripada (keburukan) lidahnya dan tangannya, manakala seorang muhajir (yang berhijrah) adalah seseorang yang meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah SWT.”
Riwayat al-Bukhari (10)
Di samping itu, Baginda SAW yang memperingatkan kita betapa perbuatan buruk kita terhadap orang lain boleh menyebabkan kita menjadi muflis di akhirat, biarpun kita seorang yang menunaikan solat, puasa dan zakat. Sabdanya:
أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ ؟ قَالُوا : الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ ، فَقَالَ : إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاةٍ، وَصِيَامٍ ، وَزَكَاةٍ ، وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا ، وَقَذَفَ هَذَا ، وَأَكَلَ مَالَ هَذَا ، وَسَفَكَ دَمَ هَذَا ، وَضَرَبَ هَذَا ، فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ، وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ ، فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ، ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ
Maksudnya: “Tahukah anda siapa sebenarnya muflis? Sahabat sahabat menjawab: ‘Muflis sepanjang pengetahuan kami ialah orang yang tidak mempunyai wang dan harta. (Nabi SAW bersabda: Bukan muflis harta aku maksudkan) tetapi muflis pahala pada hari Kiamat. Sebahagian umatku pada hari itu datang membawa amalan-amalan solat, puasa dan zakat. Pada masa sama juga dia membawa dosa-dosa mengutuk orang, memfitnah orang, mengambil harta orang, membunuh orang dan memukul orang. Penyelesaian pada hari itu adalah dengan mengambil amal kebajikannya lalu diberi kepada orang yang dizaliminya. Andainya amal kebajikan yang dibawanya belum cukup, akan diambil dosa-dosa mangsa yang dizaliminya, lalu dibebankan di atas kepalanya, kemudian dicampaknya ke dalam neraka.”
Riwayat Muslim (2581)
Justeru, perbuatan troll yang membawa ciri-ciri menyalahi syarak seperti yang dinyatakan di atas adalah DILARANG dan boleh membawa kepada dosa. Namun demikian, jika yang dilakukan hanya sekadar sindiran dengan bahasa kiasan tanpa menjatuhkan maruah peribadi seseorang, tetapi lebih kepada teguran atau nasihat secara berhikmah, maka ia tidak mengapa. Semoga Allah SWT mengurniakan hidayah dan menyelamatkan kita semua daripada terjebak ke dalam hal sedemikian. Wallahu a’lam.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/05/troll-atau-membahan-di-media-sosial-sampai-bergaduh-apa-hukumnya-ini-jawapan-mufti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Aksi Dua Individu Bermotosikal Nyaris Diterkam Harimau Tular Di Media Sosial

Video Aksi Dua Individu Bermotosikal Nyaris Diterkam Harimau Tular Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 586 hits
Sebuah video menunjukkan seekor harimau belang mengejar dua individu tular di media sosial Twitter sejak semalam Video berdurasi lapan saat dimuat naik pemilik akaun farisazman9 menunjukkan seekor harimau belang muncul secara tiba tiba dari...
Yang Di Pertuan Agong Bantu Mangsa Kemalangan Tular Di Media Sosial

Yang Di Pertuan Agong Bantu Mangsa Kemalangan Tular Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 363 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Boringphone Ingin Mengalih Perhatian Anda Daripada Menjadi Hamba Media Sosial

Boringphone Ingin Mengalih Perhatian Anda Daripada Menjadi Hamba Media Sosial

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 325 hits
Setiap individu yang memiliki telefon pintar pada saat ini pastinya tidak lari daripada menjadi hamba media sosial Kita sering menghabiskan waktu bersama telefon sehingga lalai daripada melakukan aktiviti ibadah atau perkara perkara yang le...
10 Tanda Kita Mulai Beranjak Dewasa Dilihat Dari Linimasa Media Sosial Welcome To Adult Life

10 Tanda Kita Mulai Beranjak Dewasa Dilihat Dari Linimasa Media Sosial Welcome To Adult Life

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 261 hits
Sebagian orang nggak rela banget beranjak dewasa Soalnya menjadi dewasa itu jebakan batman
Hanya Guna Gambar Di Media Sosial Wanita Itu Meninggal Dunia Akibat Disantau

Hanya Guna Gambar Di Media Sosial Wanita Itu Meninggal Dunia Akibat Disantau

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 360 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Kisah amalan sihir santau tuju tuju ataupun apa juga istilahnya masih ada dalam masyarakat kita Ada yang bertujuan untuk balas dendam perasaan iri hati menutup bisnes orang lain dan ada juga yang membuatn...
Kopi Panas Fitnah Media Sosial

Kopi Panas Fitnah Media Sosial

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 241 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Website Cashload Jana Pendapatan Dengan Media Sosial

Website Cashload Jana Pendapatan Dengan Media Sosial

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 431 hits
hi there so hari ni nak cerita sikit mengenai website CASHLOAD ni Website ni bagi peluang kat semua untuk jana pendapatan tapi kenalah buat task yg diberikan Cashload yang menariknya mengenai CASHLOAD ni bayaran task diberikan dalam USD wow...
Kebiasaan Main Media Sosial Bisa Sebabkan Gangguan Pertumbuhan Anak

Kebiasaan Main Media Sosial Bisa Sebabkan Gangguan Pertumbuhan Anak

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 276 hits
Ketua Umum Pengurus Pusat Ikatan Dokter Anak Indonesia Aman B Pulungan meminta agar masyarakat lebih berhati hati terhadap pengaruh media sosial pada anak
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya