Ibadah Haji Atau Perkahwinan



Soalan:
Bagaimana jika seseorang mempunyai wang yang mencukupi untuk perbelanjaan Haji tetapi dia juga ingin berkahwin?

Jawapan:
Perkahwinan atau pernikahan adalah sangat dituntut di dalam Islam. Sudah menjadi fitrah manusia untuk saling berkasih sayang ini diperjelaskan di dalam Al-Quran melalui firman Allah SWT:

وَمِن كُلِّ شَىْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.” (Surah al-Zariyaat: 49)

Perkataan nikah berasal dari perkataan Arab (نكح، ينكح، نكحا) yang bermaksud bernikah dan perkataan (الاختلاط) yang bermaksud bercampur. (Rujuk al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Shafie, hlm. 34)

Dari istilah syarak, nikah ialah suatu akad yang menghalalkan istimta’ (bersetubuh atau berseronok-seronok) di antara suami isteri dengan cara yang dibenarkan oleh syarak. Masyarakat arab menggunakan perkataan nikah dengan makna akad yang juga mambawa maksud persetubuhan serta berseronok-seronok. (Rujuk al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Shafie, hlm. 671)

Setiap manusia yang sudah dewasa dan sihat dari sudut fizikal dan rohaninya sudah semestinya merasakan keinginan untuk berkahwin yang sangat tinggi disebabkan fitrah untuk saling memerlukan. Perkataan “zawaj” yang digunakan di dalam Al-Quran bermaksud berpasangan dan mengikut konteks penggunaanya ia mambawa maksud perkahwinan. Allah SWT menjadikan perkahwinan untuk menghalalkan perhubungan dan mengelakkan penzinaan kerana manusia itu fitrahnya ingin berpasangan.

Oleh sebab itu, adalah dituntut kepada manusia yang sudah berkemampuan untuk segera melaksanakan sunnah yang dituntut ini juga berdasarkan hadis, Rasulullah SAW bersabda:

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ
“Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah, kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin), dan sesiapa tidak sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat.” [Riwayat Muslim (3386)]

Hukum Perkahwinan

Jumhur ulama’ telah bersepakat bahawa hukum asal pernikahan adalah sunnah bukannya wajib. Walau bagaimanapun, sebahagian ulama’ telah mambahagikan hukum nikah kepada 5 hukum mengikut kedudukan pelakunya:

Harus: Kepada orang yang tidak ada kepadanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.Wajib: Sekiranya orang tersebut mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjerumuskannya kepada kemaksiatan sedangkan dia merupakan seorang yang berkemampuan.Sunat: Bagi orang yang mampu namun masih mampu untuk mengawal nafusnya.Makruh: Kepada orang yang tidak berkemampuan dari sudut nafkah batin dan juga zahir tetapi tidak mendatangkan kemudharatan kepada pasagannya tesebut.Haram: Orang yang juga tidak berkemampuan memberi nafkah zahir dan batin serta tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin atau dia mempunyai niat yang buruk sehingga mampu membawa kemudharatan kepada pasangannya.
Oleh hal yang demikian, jika dilihat hukumnya bergantung kepada individu terbabit, sekiranya dia mampu untuk menahan dirinya dan dia tidak terburu-terburu untuk berkahwin maka hendaklah dia mengerjakan haji terlebih dahulu berdasarkan Firman Allah SWT:

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
“Mengerjakan Haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajipan Haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (Surah Ali Imran: 97)

Dan ini diperkukuhkan lagi dengan hadis Nabi SAW:

بُنِىَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ، وَالْحَجِّ ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ
“Islam dibangun di atas lima perkara; bersaksi tidak ada yang berhak disembah selain Allah, dan mengaku Muhammad adalah utusan-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berhaji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” [Riwayat al-Bukhari (8) dan Muslim (16)]

Walaubagaimanapun, sekiranya dia khuatir tidak mampu untuk menahan dirinya daripada melakukan kemaksiatan maka hendaklah dia mendahulukan perkahwinan bagi mengelakkan kemudharatan yang lebih besar.

Pendapat Ulama’

Syeikh Ibn Qudamah Rahimulllah telah berkata: “Jika dia perlu kepada pernikahan dan dikhuatiri dirinya menghadapi kesulitan (kerana belum bernikah), maka hendaklah dia mendahulukan perkahwinan terlebih dahulu. Hal ini kerana ia (pernikahan itu) wajib kepadanya sekiranya dia mampu untuk memberi nafkah dan sekiranya dia tidak khuatir tentang perkara tersebut maka hendaklah dia mendahulukan menunaikan Haji. Hal ini disebabkan (ketika itu) pernikahan adalah sunnah, maka tidak perlu didahulukan daripada Haji yang hukum asalnya adalah wajib.” (Rujuk al-Mughni, 5/12)

Syeikh Ibn Uthaiman Rahimullah berkata: “Tidak dapat diragukan lagi bahawa pernikahan adalah diutamakan daipada Haji sekiranya seseorang itu telah memiliki dorongan syahwat yang sangat kuat, maka perkahwinan ketika itu padanya adalah merupakan keharusan kepada kehidupannya, dan sekiranya dia mempunyai keinginan untuk berkahwin yang tinggi maka hendaklah dia mendahulukan pernikahan daripada Haji. Hal ini disebabkan Allah SWT telah mensyariatkan kewajipan menunaikan Haji bagi orang yang berkemampuan.

Walaupun orang yang masih remaja dan masih belum mempunyai keinginan untuk bernikah pada tahun ini atau selepasnya, maka hendaklah dia mendahulukan haji. Hal ini kerana dia tidak berada di dalam keadaan terdesak untuk mendahulukan haji daripada pernikahan. (Rujuk Fatawa Manar al-Islam, 2/375)

Kesimpulan

Haji dan perkahwinan merupakan suatu perkara yang sangat dituntut di dalam agama. Walau bagaimanapun haji merupakan suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan bagi golongan yang berkemampuan. Dan sekiranya dia tidak berada di dalam keadaan yang terdesak untuk berkahwin dan tidak mempunyai masalah untuk berkahwin sesudah itu, maka hendaklah dia melaksanakan kewajipan haji terlebih dahulu. Sesungguhnya Allah akan memberikan ganjaran kebaikan sebagai gantinya kerana haji merupakan suatu seruan dan suruhan Allah yang agung kepada manusia.

Akhir sekali, marilah kita berdoa semoga kita dijauhi dan dilindungi oleh Allah SWT daripada perkara-perkara yang dimurkai oleh-Nya seterusnya hidup dibawah rahmat-Nya. Amin. Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/07/ibadah-haji-atau-perkahwinan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saudi Serukan Umat Islam Hindari Politisasi Dalam Ibadah Haji

Saudi Serukan Umat Islam Hindari Politisasi Dalam Ibadah Haji

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 333 hits
Pernyataan Saudi ini muncul setelah pekan lalu Pemimpin Spiritual Tertinggi Iran Ayatullah Ali Khamenei menulis di akun Twitternya menyinggung soal politik dalam berhaji
Punya Gaji Pas Pasan Jangan Khawatir Anda Tetap Bisa Ibadah Haji Dengan Cara Berikut

Punya Gaji Pas Pasan Jangan Khawatir Anda Tetap Bisa Ibadah Haji Dengan Cara Berikut

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 313 hits
Ibadah haji merupakan salah satu ibadah tersulit yang tidak bisa dilakukan oleh setiap orang Karena ibadah haji membutuhkan dana yang tidak sedikit dan kekuatan fisik yang mumpuni Tak jarang orang dengan gaji pas pasan merasa tidak mampu un...
Haji Mencukur Atau Menggunting Rambut Orang Lain

Haji Mencukur Atau Menggunting Rambut Orang Lain

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 620 hits
Soalan Adakah dibolehkan bagi seseorang jemaah untuk mencukur atau menggunting rambut orang lain sebelum dia bercukur atau bergunting rambutnya sendiri Jawapan Bercukur atau bergunting dalam ibadah haji dan umrah bermaksud menanggalkan seku...
Cara Move On Dari Percintaan Atau Perkahwinan

Cara Move On Dari Percintaan Atau Perkahwinan

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 787 hits
Assalamualaikum Selamat petang Bila kita toleh ke belakang sebenarnya banyak kenangan manis dan pahit telah kita lalui Tidak kiralah dengan pasangan atau orang sekeliling Namun kawan Budu selalu tanya Macam mana kau boleh MOVE ON Move on da...
Jangan Tangguh Melaksanakan Ibadah Haji

Jangan Tangguh Melaksanakan Ibadah Haji

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 485 hits
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Jangan Tangguh Melaksanakan Ibadah Haji Daripada Ibnu Abbas RA ia berkata Rasulullah SAW bersabda Segeralah kamu menunaikan ibadat haji kerana kamu tidak mengetahui apa apa yang mungkin menimpa Status Isnad Hasan ...
Selamat Menunaikan Ibadah Haji Mukhriz Mahathir

Selamat Menunaikan Ibadah Haji Mukhriz Mahathir

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 1199 hits
Selamat menunaikan ibadah Haji Jadilah jemaah Haji yg sentiasa merendah diri dalam memohon keampunan Allah SWT Doakan juga utk kami2 di Semoga beroleh Haji Mabrur in shaa Allah
E Taib Jawab Persoalan Ibadah Haji Menerusi Whatsapp

E Taib Jawab Persoalan Ibadah Haji Menerusi Whatsapp

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 245 hits
MAKKAH 16 Julai Jemaah haji kini boleh mendapatkan jawapan kepada persoalan ibadah haji dengan pantas dan berkesan menerusi e Taib platform pertanyaan menerusi aplikasi WhatsApp yang dilancarkan Lembaga Tabung Haji hari ini Ketua Rombongan ...
Hal Hal Penting Yang Bisa Mempercepat Proses Ibadah Haji Anda

Hal Hal Penting Yang Bisa Mempercepat Proses Ibadah Haji Anda

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 374 hits
Melakukan ibadah Haji merupakan salah satu hal yang menjadi impian setiap umat muslim yang taat Karena ibadah Haji bisa menuntun kita menjadi seorang umat muslim yang lengkap dan memenuhi semua rukun Islam Tapi ibadah haji juga bukanlah iba...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids