Gila Senarai Gaji Artis Terkenal Malaysia Yang Buatkan Kita Semua Terkejut Dan Respect


Antara populariti sebuah lagu dan penyanyi memainkan peranan penting dalam karier seorang artis. Jika penyanyi itu serius dalam nyanyian sebagai karier dan ‘periuk nasi’, sudah tentu dia berusaha mencari populariti dan menempatkan diri di peringkat lebih baik dengan status seorang penyanyi popular.
Bayangkan, penyanyi yang sudah popular mempunyai ramai peminat kerana mempunyai lagu popular yang sering dimainkan di radio dan muncul di televisyen termasuk persembahan pentas meraih pendapatan yang sangat lumayan. Percaya atau tidak, mereka boleh mendapat RM90,000 hanya dalam masa beberapa jam sehari untuk satu persembahan. Ia semua bergantung pada populariti dan permintaan pihak penganjur yang sanggup membayar artis itu dengan jumlah bayaran tinggi.
Sumber memberitahu Rojak Daily Kaw!, ada penyanyi popular meraih pendapatan sangat lumayan kerana sikap penganjur sendiri yang sanggup bayar jumlah sebegitu. Malah, faktor populariti penyanyi itu sendiri mendorongnya berada di satu standard tertentu pada harga tinggi.
Bagi penyanyi, mereka biasanya mengambil tawaran persembahan bergantung pada jumlah lagu yang diminta penganjur. Sebagai contoh, satu lagu dipersembahkan untuk acara seperti majlis perkahwinan atau pelancaran sesuatu produk manakala kebiasaannya tiga lagu untuk satu persembahan pentas termasuk acara makan malam.
Tambah sumber itu lagi, artis yang mempunyai syarikat pengurusan yang menguruskan aktiviti seninya akan mengenakan caj antara 20 sehingga 40 peratus untuk setiap bayaran undangan persembahan yang diterima. Namun, ada artis menguruskan sendiri karier seninya sendiri untuk meraih jumlah bayaran yang lebih banyak.
“Ada syarikat pengurusan hanya mengambil caj untuk aktiviti nyanyian artis itu tidak jika artis itu berlakon. Malah, tindakan artis menguruskan sendiri kariernya sebenarnya tidak profesional dan merosakkan industri hiburan sepertimana artis antarabangsa di luar negara yang mempunyai pengurus melakukan urusan perbincangan sesuatu undangan persembahan yang ditawarkan.
“Wujud situasi bayaran ini dikurangkan atas faktor ia adalah persembahan untuk tujuan kebajikan atau membabitkan acara yang dianjurkan pelajar. Bagaimanapun, ada artis popular yang mahu bayaran lain untuk satu persembahan membabitkan 6 sehingga 7 kru lain seperti jurusolek, juruaudio, pengurus dan perjalanan menggunakan tiket bisnes untuk penerbangan,” katanya.
Ujarnya, bayaran harga ‘kawan-kawan’ atau memberikan diskaun pada sesuatu persembahan hanya berlaku pada bukan artis nama besar atau artis popular. Faktor keadaan ekonomi ketika ini juga tidak memberi masalah pada artis popular yang mempunyai hubungan baik dengan agen atau penganjur yang baisa berurusan dengannya.
Di sebalik isu bayaran paling tinggi diterima seorang penyanyi, apa yang menjadi isu juga adalah peranan stesen televisyen dan radio juga ‘dipersalahkan’ apabila kerap memainkan hanya sebuah lagu sehingga menjadi popular. Ini berlaku apabila seorang penyanyi itu hanya popular kerana sebuah lagu dan penganjur tetap mahukannya atas faktor popular.
Seperkara yang menarik perhatian penganjur adalah bayaran persembahan akan menjadi lebih mahal jika dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus iaitu andainya, invois dikeluarkan. Sumber itu turut menyatakan jumlah sebenar bayaran sebuah persembahan jarang didedahkan artis pada media dan umum kerana bimbang menjadi sasaran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Berikut 10 penyanyi yang menjadi pilihan Rojak Daily Kaw! disenaraikan mempunyai jumlah bayaran tertinggi setakat ini. Bagaimanapun, masih ramai lagi penyanyi tempatan lain yang mendapat bayaran lebih tinggi seperti Faizal Tahir, Hafiz Suip, Adibah Noor dan Akim & The Majistret.
1. Datuk Rossa

Cukup popular dengan banyak lagu nyanyiannya seperti “Pudar, Hati Yang Kau Sakiti” dan “Ku Menunggu”, kehadiran penyanyi Indonesia ini ke negara ini sentiasa dinantikan ramai peminatnya. Biarpun beliau baru saja hadir ke sini atau menyanyikan lagu sama, peminat tetap teruja mahu menontonnya. Lantaran itu, permintaan tinggi peminat terhadap Rossa termasuk populariti yang dikecapinya selama ini menjadi beliau antara artis negara jiran yang meraih pendapatan paling lumayan di negara ini iaitu mencecah RM90,000 untuk satu persembahan.
2. Afgan

Jika Rossa mempunyai ramai peminat di negara ini, begitu juga penyanyi muda, Afgansyah Reza atau Afgan dari Indonesia yang mencipta fenomena sama di sini. Afgan yang popular dengan lagu “Terima Kasih Cinta, Jodoh Pasti Bertemu” dan “Kamu Yang Ku Tunggu” duet bersama Rossa terus menerima sokongan positif peminat di negara ini. Dia pernah beberapa kali ke negara ini membuat persembahan sebelum ini mengadakan konsert Agfan ‘Sides’ Live in Malaysia 2016 pada 3 September lalu dan mungkin sedikit impak ‘aura’ Rossa dan kelebihan vokal dimiliki Afgan membuatkan dia juga menerima jumlah bayaran sama seperti rakan artisnya itu.
3. Krisdayanti

Sehingga kini, lagu Menghitung Hari yang diterbitkan pada tahun 1998 masih kekal popular sekaligus mengingatkan peminat terhadap kehebatan Krisdayanti. Artis negara jiran ini juga mempunyai ramai peminat di negara ini meskipun disaingi ramai bakat baru. Nyata, populariti pada namanya dan banyak lagu popularnya termasuk “Mencintaimu” dan “Cobalah Untuk Setia” membuatkannya masih berada di tahap popular sehingga boleh meraih jumlah bayaran lumayan sekitar RM80,000 untuk satu persembahan.
4. Search

Jika ditanya band rock paling lagenda dalam negara yang masih bertahan sejak 35 tahun sehingga kini, populariti Search pastinya tidak dapat ditandingi mana-mana kumpulan lain. Seperti mana lagu popular mereka, “Gadisku, Fantasia Bulan Madu, Isabella, Fenomena” dan pelbagai lagu lain, Search masih gah di negara ini termasuk negara jiran, Indonesia. Isu peribadi membabitkan anggota kumpulan itu tidak mematahkan semangat peminat terus menjulang band itu sebagai idola mereka. Jika ada penganjur yang mahukan Search, mungkin bayaran antara RM60,000 untuk satu persembahan tidak menjadi masalah.
5. Anuar Zain

Memiliki persona berbeza dengan penyanyi lelaki lain, Anuar Zain menjaga standardnya sebagai penyanyi tanpa terlalu ghairah menghasilkan album baru mahupun mengadakan persembahan secara percuma. Penyanyi berusia 46 tahun ini muncul dengan album terbaru, Anuar Zain pada 19 September lalu selepas 5 tahun tanpa album. Menariknya, selepas popular menerusi lagu seperti “Bila Resah, Lelaki Ini, Sedetik Lebih dan Keabadian Cinta”, Anuar terus digilai peminat dengans single “Andainya Takdir”. Aura yang dimiliki Anuar menjadikan persembahannya suatu yang bersifat eksklusif sesuai dengan bayaran yang diterima sebanyak RM45,000 untuk satu persembahan.
6. Datuk Jamal Abdillah

Biarpun beberapa kali kisah hidupnya berdepan dengan sejarah hitam, ia tidak menjejaskan populariti dan kehebatan Jamal sebagai seorang penyanyi popular. Filem Azura dilakonkan Jamal bersama Fauziah Ahmad Daud ditayangkan pada tahun 1984 tetap menjadi pencapaian terbaik dalam kariernya. Peminat tidak terlalu peduli Jamal tanpa lagu baru kerana koleksi lagu-lagu lamanya seperti “Keluhan Perantau, Di Sudut Kamar Hatiku, Sepi Seorang Perindu, Kekasih Awal dan Akhir, Takdir Penentu Segala” dan banyak lagi sudah cukup membuatkan peminatnya bernostalgia dalam persembahannya tidak kira masa dan atas faktor itu, penganjur sanggup membayar antara RM40,000 untuk satu persembahan.
7. Datuk Siti Nurhaliza

Sejak di awal pembabitannya sebagai penyanyi ketika menjuarai program Bintang HMI dan Anugerah Juara Lagu pada tahun 1996, Siti sememangnya diminati ramai peminat dan kehebatan sebagai penyanyi popular nombor satu negara menjadikan persembahannya berada di satu standard dan berprestij. Koleksi lagu yang dimiliki Siti bersama pelbagai anugerah yang dimenangi dalam dan luar negara memberi kelebihan pada Siti untuk meraih perhatian penganjur dalam persembahan. Difahamkan, Siti menerima bayaran antara RM40,000
untuk satu persembahan.
8. Dayang Nurfaizah

Suatu ketika dulu, di awal kariernya penyanyi berusia 35 tahun ini pernah berdepan isu dengan syarikat pengurusannya. Namun, pesona Dayang masih bertahan sejak tahun 1996 sehingga kini, dia masih diminati ramai peminat dan paling penting, kekal relevan untuk bertanding dalam pertandingan berprestij, Anugerah Juara Lagu. Populariti Dayang menerusi pencapaian seperti anugerah Lagu Terbaik menerusi “Seandainya Masih Ada Cinta” pada majlis Anugerah Industri Muzik ke-9 (2001) dan pelbagai anugerah lain meletakkan Dayang masih menjadi pilihan penganjur yang sanggup membayar antara RM30,000 untuk satu persembahan.
9. Datuk Ramli Sarip

Kehebatan vokal Datuk Ramli Sarip di pentas sentiasa mengundang sorakan gemuruh ramai penonton. Biarpun ramai penyanyi baru yang muncul, keunikkan vokalnya tetap miliknya seorang. Lagu “Kamelia, Teratai, Doa Buat Kekasih, Bukan Kerana Nama” dan banyak lagi menjadi ‘masterpiece’ terbaik bekas anggota Sweet Charity ini terus bertahan dan menghiburkan ramai peminat. Sesuai dengan pengalaman seni dan keunikkan vokalnya, bayaran antara RM20,000 ditawarkan untuk satu persembahan.
10. Hazami

Lagu “Sonata Musim Salju” versi bahasa Malaysia merujuk populariti drama Korea, Winter Sonata suatu ketika dulu berjaya melonjak nama Hazami sebagai penyanyi popular. Tuah lagu itu sering membuatkan peminat mahu Hazami menyanyikan lagu tersebut. Meskipun, Hazami turut popular dengan lagu lain seperti “Mungkir Bahagia”, dia tetap aktif menyanyi dalam pelbagai undangan persembahan dengan anggaran bayaran sebanyak RM15,000 untuk satu persembahan.
Sumber : rojakdaily
The post Gila! Senarai Gaji Artis Terkenal Malaysia Yang Buatkan Kita Semua Terkejut Dan Respect appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2018/11/08/gila-senarai-gaji-artis-terkenal-malaysia-yang-buatkan-kita-semua-terkejut-dan-respect/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Artis Wanita Bertudung Paling Comel Di Malaysia No 1 Paling Sopan Dan Comel Bermata Bulat

10 Artis Wanita Bertudung Paling Comel Di Malaysia No 1 Paling Sopan Dan Comel Bermata Bulat

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 2194 hits
Malaysia memang terdapat ramai artis wanita yang comel namun artis bertudung selalu menjadi pilihan peminat kerana lebih comel ayu sopan dan lain2 Kami mengumpulkan gambar top 10 artis bertudung yang paling comel terbaik untuk anda Walaubag...
Senarai Harga Produk Ronella Malaysia

Senarai Harga Produk Ronella Malaysia

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 506 hits
Senarai Harga Produk Ronella Malaysia Jenama Ronella sudah tidak asing lagi di kalangan pengguna yang gemar menggunakan essential oil sebagai rawatan pendekatan alternatif Ronella Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 2016 Sungguhpun baru ...
7 Artis Malaysia Yang Memiliki Superbike Memang Bergaya Habis Yang Last Tu Motor Dia Paling Power

7 Artis Malaysia Yang Memiliki Superbike Memang Bergaya Habis Yang Last Tu Motor Dia Paling Power

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 1447 hits
Sekarang kalau lepak di mana2 pun salah satu isu yang hangat dibualkan oleh kaum adam ialah isu superbike selain daripada isu bola sepak Siapa yang tak nak pakai superbike Memang menjadi kegilaan ramai lelaki kepada superbike pada masa kini...
Senarai Seo Company Di Malaysia

Senarai Seo Company Di Malaysia

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 374 hits
Senarai SEO Company di Malaysia Setiap syarikat gergasi organisasi usahawan online mahupun individu mahukan laman web mereka mendapat trafik atau pun kunjungan yang tinggi Trafik adalah nadi sebuah blog Anda mahukan trafik tetapi tidak tahu...
Inilah Dia Wajah Artis Wanita Malaysia Dan Antarabangsa Tanpa Make Up Siapa Nampak Paling Cantik

Inilah Dia Wajah Artis Wanita Malaysia Dan Antarabangsa Tanpa Make Up Siapa Nampak Paling Cantik

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 1864 hits
Setiap wanita memiliki kecantikan mereka tersendiri Tapi sekarang ni susah nak cari wanita yang semula jadi cantik tanpa mekap Sebut je pasal selebriti mesti ramai yang cakap Deorang tu cantik sebab mekap kalau tak mekap tak cantik pun Kami...
13 Anggaran Gaji Permulaan Bagi Fresh Grad Mengikut Bidang Pekerjaan Di Malaysia

13 Anggaran Gaji Permulaan Bagi Fresh Grad Mengikut Bidang Pekerjaan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 520 hits
Ada yang baru je tamatkan pelajaran dan sedang mencari kerja Atau ada yang tidak tahu harga pasaran semasa graduan untuk diletakkan di dalam resume Ni hah kami senaraikan anggaran gaji fresh grads untuk 13 bidang pekerjaan seperti yang diko...
Harapan Digesa Isyithar Semua Aset Bukan Hanya Gaji

Harapan Digesa Isyithar Semua Aset Bukan Hanya Gaji

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 244 hits
Diterbitkan 5 Nov 2018 4 02 petangPakatan pertubuhan bukan kerajaan Governans Integriti Akauntabiliti dan Ketelusan kecewa apabila wakil rakyat Pakatan Harapan membuat pengisytiharan pendapatan tanpa memperincikan aset keseluruhan mereka Pa...
Rupa Rupanya 10 Artis Malaysia Yang Ada Bau Bau Bacang Sesama Artis Yang Ramai Tidak Tahu

Rupa Rupanya 10 Artis Malaysia Yang Ada Bau Bau Bacang Sesama Artis Yang Ramai Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 568 hits
Industri hiburan di negara kita mempunyai ramai artis artis yang berbakat besar dan industri ini juga tidak putus putus melahirkan anak seni tidak kira golongan umur Tapi korang tahu tak yang ada di antara artis artis di negara kita ini yan...
Wow Kacak Ini Dia 12 Artis Lelaki Malaysia Yang Ada Korean Style Nampak Macho

Wow Kacak Ini Dia 12 Artis Lelaki Malaysia Yang Ada Korean Style Nampak Macho

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 2421 hits
Lazimnya peminat Kpop minat dengan penyanyi Kpop atau pelakon Kdrama kan Tapi korang perasan tak ada beberapa artis Malaysia yang berpenampilan dan stailnya seperti artis Korea Yela nak minat artis Kpop nak jumpa tu jauh sangat ke Korea nun...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools