Senarai Seo Company Di Malaysia
Senarai SEO Company di Malaysia | Setiap syarikat gergasi, organisasi, usahawan online, mahupun individu mahukan laman web mereka mendapat trafik atau pun kunjungan yang tinggi. Trafik adalah nadi sebuah blog. Anda mahukan trafik, tetapi tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya. Apa yang perlu anda buat adalah melantik pakar SEO.
Apa itu SEO?
Singkatan kepada 'search engine optimization' iaitu cara yang digunakan untuk penarafan senarai carian sesebuah laman web bagi carian tertentu dalam enjin carian seperti Google.
Menguasai SEO membuatkan website anda lebih menonjol di Google. Kenapa? Sebab laman web yang berada di kedudukan teratas akan mendapat pengunjung lebih ramai. Ini bakal meningkatkan jumlah pengunjung dan jualan bisnes anda.
Kelebihan website mendapat kedudukan teratas di enjin carian
Boleh menarik ramai pengunjung kerana pengguna internet lebih cenderung untuk klik website yang berada di halaman pertama.
Website yang berada di kedudukan pertama menunjuk website anda dipercayai
Ramai pengunjung atau trafik yang tinggi berpotensi untuk menghasilkan lebih banyak jualan.
Dengan kata lain, website anda useless atau tidak ada nilainya tanpa pengunjung.
Di sinilah anda memerlukan kepakaran SEO Specialist.
Apa itu SEO Specialist?
SEO Specialist ialah pakar SEO yag membantu website anda lebih mudah difahami oleh enjin carian dan mendapat posisi tinggi di dalam senarai.
SEO company lah yang bertanggungjawab dala memastikan laman web anda berada di kedudukan terbaik di enjin carian Google. Mereka akan mencadangkan anda supaya menggunakan kata kunci tertentu supaya dikuasai oleh laman web anda.
Kenapa anda perlukan SEO company untuk melakukan perkara percuma ini?
Simple. Sebab anda tidak tahu cara sebenar untuk melakukannya. Katakan anda baru sahaja memulakan bisnes homestay di Kuala Lumpur, cuba bayangkan betapa homestay di sekitar KL?
Persaingan cukup tinggi, tapi anda mahu homestay anda yang berada di halaman pertama Google dengan kata kunci "homestay di Kuala Lumpur" atau "homestay murah di Kuala Lumpur".
Baca: Cara Buat Duit dengan Blog
Macam mana anda nak buat supaya homestay anda berada di kedudukan teratas? Lebih lebih lagi apabila posisi teratas sudah diambil oleh iklan berbayar.
Langkah terbaik adalah mengupah SEO agency yang pakar dalam bidang ini untuk membantu website anda supaya kelihatan di Google. Ini sekaligus boleh meningkatkan jualan.
Local SEO ni banyak sebenarnya terutamanya di KL dan Penang. Saya akan senaraikan beberapa syarikat untuk anda hubungi.
Senarai SEO Company di Malaysia
Exabites Digital
No.Tel: 01117225357
Email:
[email protected]Lokasi: Penang
Bike Bear Web Agency
No.Tel: +6012 395 5637
Email:
[email protected]Lokasi: Selangor
Adam SEO
No.Tel: 0321683629
Email:
[email protected]Lokasi: Kuala Lumpur
Nexus Mediaworks
No.Tel: 0380790918
Email:
[email protected]Lokasi: Puchong, Selangor
Just Simple
No.Tel: 0378850606
Email:
[email protected]Lokasi: Petaling Jaya, Selangor
Malaysian Seo Services
No.Tel: 0380811497
Email:
[email protected]Lokasi: Subang Jaya, Selangor
Ranking Matter
No.Tel: 0172522866
Lokasi: Kuala Lumpur
Pakej perkhidmatan SEO
Jenis perkhidmatan bergantung kepada pakej yang ditawarkan oleh SEO company. Anda perlu kenalpasti servis yang anda mahu seperti servis SEO lengkap, SEO analysis, backlink, media sosial, dan lain-lain.
Harga servis SEO company
Harga servis juga bergantung kepada pakej yang anda ambil. Harga standard adalah sekitar RM1,000 sebulan.
Ia juga bergantung kepada tahap kesukaran target keyword. Jika banyak persaingan harga boleh mencecah puluhan ribu.
Tips memilih SEO Company di Malaysia
Anda perlu meneliti beberapa perkara sebelum mengupah mana-mana syarikat. Kenalpasti sama ada company mereka benar-benar membantu bisnes anda atau semakin membunuh website anda.
Jika anda Google "Seo specialist Malaysia" atau " Seo company in Kuala Lumpur", pastikan syarikat tersebut berada di halaman pertama. Jika syarikat mereka sendiri tidak ranking, bagaimana mereka nak membantu anda?Tanyakan harga dan jenis servis yang ditawarkan, kemudian bandingkan dengan beberapa company seumpamanya.Kenalpasti bisnes anda, berbaloikah untuk menggunakan pakej yang mahal.Kaji review dari pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan company berkenaan.Tanya mereka apakah tekni yang mereka gunakan. Jika mereka berahsia atau katanya tidak boleh mendedahkan teknik yang digunakan... Jangan upah! Ada kemungkinan mereka guna teknik yang tidak digemari Google iaitu Blackhat.
Sebelum hire mereka, pastikan mereka menggunakan cara yang dibenarkan Google iaitu WHITE HAT, dan bukannya BLACK HAT. Kerana teknik Blackhat adalah teknik Seo yang tidak dibenarkan Google. Ia adalah jalan pintas yang akhirnya akan merosakkan ranking website anda.
Syarikat-syarikat besar malah peniaga kecil sekarang sangat memerlukan bantuan perunding SEO untuk membantu menaikkan kedudukan website di Google. Lebih-lebih lagi semakin hari semakin banyak bisnes yang sama diwujudkan. Semoga senarai SEO company di Malaysia ini dapat memberikan pencerahan kepada anda.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nikkhazami.com/2018/11/senarai-seo-company-di-malaysia.html