7 Artis Malaysia Yang Memiliki Superbike Memang Bergaya Habis Yang Last Tu Motor Dia Paling Power
Sekarang, kalau lepak di mana2 pun, salah satu isu yang hangat dibualkan oleh kaum adam ialah isu superbike, selain daripada isu bola sepak.. Siapa yang tak nak pakai superbike? Memang menjadi kegilaan ramai lelaki kepada superbike pada masa kini.. Kalau kita lihat di KL sekarang memang dah menjadi trend membawa superbike.. Sebab boleh menyelit time traffic jam plus bergaya gitu..
1) Zizan Razak – Ducati
Artis terkenal bernama Zizan Razak ini memang semakin hari semakin mantap dalam membangunkan kariernya dalam dunia hiburan. Di kenali sebagai anak mak,hari ini Zizan di katakan sudah memiliki beberapa buah kereta mewah termasuklah kereta GTR hitam yang menjadi impian ramai lelaki di luar sana.
Selain itu, Zizan juga di katakan menunggang motor superbike Ducati Panigale yang sangat power untuk pergi bekerja. Sudah beberapa kali Zizan di lihat memuat naik gambar dia dan motor kesayangannya itu di laman sosial.
2) Awie – Harley Davidson
” Bikers kental 2 in the making lock date anda from now book tiket dr skarang( mmg tak ada lah ) yg ada WARNA CINTA IMPIAN jangan lupa temu janji kita di pawagam berdekatan jumpa disana (filem romantika di amore tahun 2016) malaysian diwale (katanya) pasti terhibur”, tulis Awie dalam sebuah entri di IG beliau.
Gambar Awie dan motorsikal besar di bawah adalah sewaktu penggambaran Biker Kental 2. Difahamkan motorsikal itu milik produksi, namun Awie dikenali sebagai seorang peminat motorsikal besar jenis Hasrley Davidson. Beliau turut memiliki beberapa jenis Harley sebagai koleksi peribadi.
3) Hairul Azreen – BMW HP4
Suami kepada pelakon Hanis Zalikha ini turut memiliki sebuah motorsikal berkuasa tinggi jenis BMW HP4. Hairul jarang dilihat memuat naik aktiviti beliau menunggang motorsikalnya itu. Mungkin dek kerana kesibukan mengurus perniagaan dan terlibat dengan penggambaran.
Motorsikal beliau ini boleh tahan mahalnya juga dimana harga melebihi RM100 ribu lebih. Namun bagi pelakon ini sememangnya satu kepuasan dapat menunggang ‘ superbike’ ini meskipun harga mencecah ratusan ribu ringgit.
4) Adie Fashla – BMW HP4
Terdahulu penyampai radio Era FM iaitu Adi Fashla, 36, berkata, ada yang membuat andaian kononnya dia menunggang motosikal berkuasa tinggi iaitu BMW HP4 terlalu laju sehingga melanggar kereta lain dan ada juga mengatakan kejadian itu merupakan balasan buat Adi kerana mengambil cuti sakit pada ketika itu.
Namun itu hanya sebahagian kisah beliau yang mempunyai motorsikal berjenama mewah ini. Adi dan Hairul nampaknya mempunyai jenama motorsikal yang sama. Boleh lah join ride sama-sama nanti!
5) Fattah Amin – Ducati
Tidak dapat dipastikan dengan tepat jenama motorsikal Fattah Amin ini. Namun yang pasti ianya berjenama Ducati. Berdasarkan carian admin, Ducati yang ditunggang Fattah Amin ini dari jenis Hypermotard. Boleh tahan juga taste suami si Fazura ini. Tapi tak pernah pula nampak dia bawa Fazura naik motor! haha
Sementara harganya pula dalam lingkungan RM67 ribu. Walaupun nampak tidak se gah superbike lain, namun dianya mampu memberi kepuasan kepada penunggang. Tengok harga pun dah tahu kan, bukan jenis kapcai murah ni.
6) Fizo Omar – Ducati
Fizo Omar juga dikatakan antara penggemar dan pemilik motorsikal berkuasa tinggi. Walaupun jarang dapat lihat beliau bersama ‘superbike’ nya namun gambar di bawah jelas membuktikan Fizo Omar sememangnya seorang rider.
Berdasarkan gambar di bawah, Fizo Omar menunggang motorsikal berjenama Ducati Multistrada yang berharga dalam lingkungan RM90 ribu. Nampaknya Fizo ikut serta Zizan dan Fattah sebagai peminat superbike berjenama Ducati.
7) Rani Kulop – Yamaha Sokan
Dan yang terakhir ini pula adalah seorang figura yang tidak asing lagi di bumi Malaysia. Beliau adalah Abdul Rani Kulop Bin Abdullah.
Sedikit info, beliau merupakan seorang aktivis dan pesara tentera di Angkatan Tentera Malaysia dan presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM). Selalu kita lihat dia muncul di TVyang asyik buat report polis tu kan.
Abdul Rani atau lebih mesra dipanggil Ayah oleh pengikut beliau sering muat naik aksi beliau naik motor jenis Yamaha Sokan. Ayahanda Rani memang terbaik lah hahaha!! Memang patut dianugerahkan rider sejati!
kredit: iluminasi
The post 7 Artis Malaysia Yang Memiliki Superbike, Memang Bergaya Habis. Yang Last Tu Motor Dia Paling Power appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2018/11/03/7-artis-malaysia-yang-memiliki-superbike-memang-bergaya-habis-yang-last-tu-motor-dia-paling-power/