Genap 100 Hari Dilantik Jadi Pm Ke 8 Tan Sri Muhyiddin Hadap Tugas Pertama Yang Berat Kena Lawan Covid 19



PUTRAJAYA, 8 Jun (Bernama) – Pandemik COVID-19, yang melanda dunia sehingga mengubah landskap kehidupan kepada kebiasaan baharu, menyebabkan negara-negara di dunia termasuk Malaysia mengambil langkah luar biasa bagi memastikan negara dapat bebas daripada pandemik itu

Mengambil alih teraju kepimpinan negara bukan pada masa terbaik ekoran ancaman COVID-19, Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas menggalas tugas berat apabila dilantik sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac ketika negara sedang memerangi pandemik COVID-19, yang menyaksikan kes-kes positif meningkat ketara

Perlu bertindak segera menangani krisis kesihatan yang melanda negara sejak akhir Januari pastinya menguji kebijaksanaan Muhyiddin mengemudi kerajaan untuk mengambil langkah berhati-hati dan membuat keputusan melaksanakan langkah yang tidak pernah dilakukan setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) yang bersesuaian dengan ketetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Dalam tempoh 100 hari pertama sebagai Perdana Menteri, tindakan Muhyiddin memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada 18 Mac sebagai usaha membendung penularan wabak COVID-19, disifatkan beberapa pihak sebagai langkah tidak popular namun berani

Memperkenalkan kawalan pergerakan mengikut acuan tersendiri bagi Malaysia, Muhyiddin mengumumkan penguatkuasaan PKP dalam empat fasa sehingga 3 Mei, disambung dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 4 Mei hingga 9 Jun dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa 10 Jun sehingga 31 Ogos


PKPP adalah sebahagian daripada ‘exit strategy’ atau strategi keluar daripada PKP bagi Malaysia yang kini memasuki fasa pemulihan COVID-19, susulan trend jangkitan wabak yang semakin menurun, manakala kapasiti perubatan dan kesihatan awam berada pada tahap lebih baik dan meyakinkan

Mengulas tindakan kerajaan memerangi  wabak COVID-19, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, yang merupakan antara petugas barisan hadapan tertinggi memerangi COVID-19, menyifatkan penguatkuasaan PKP dibuat ketika negara tidak mempunyai keupayaan iaitu ketiadaan vaksin COVID-19 atau ubat untuk merawat pesakit

“Kementerian Kesihatan berbincang dengan Tan Sri (Muhyiddin) mengenai situasi COVID-19, dan saya kagum kerana beliau dengan berani ambil tindakan laksanakan PKP kerana ketika itu tak banyak negara laksanakan tindakan seumpama itu selain China

“…pelaksanaan PKP juga menyaksikan kita mengunakan Akta 342 (Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988), tak pernah lagi dalam sejarah negara kita menggunakan akta itu

“Kita sokong, itulah cara yang terbaik dan tiada betul ataupun salah sebab tiada orang (negara) buat lagi (PKP) ini… orang kata ‘uncharted territory’ (sesuatu yang baharu), ini satu keberanian,” katanya dalam temu bual khas bersama Bernama, di KKM di sini

Mengimbas kembali pada awal tindakan Muhyiddin memperkenalkan PKP menerusi Perutusan Khas Perdana Menteri pada 16 Mac, Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata ramai yang sangsi dengan keputusan perdana menteri untuk melaksanakan perintah kawalan itu

“Sebelum 16 Mac itu (pengumuman PKP), ramai yang sangsi… betulkah tindakan PKP ini? Tindakan tak popular… tapi ini bukan soal (langkah) popular atau tidak, ini soal keselamatan negara dan jika itu cara untuk menyelamatkan negara, kita laksanakan dasar itu

“Kini, kita lihat PKP berjaya meratakan lengkuk COVID-19 dan banyak negara jiran telah mengikuti langkah sama. Ini menunjukkan Malaysia sudah ke depan dalam mengunakan satu kaedah yang tidak pernah lagi diguna pakai di negara lain khususnya di rantau Asia,” katanya

Sikap Muhyiddin memberi kepercayaan yang tinggi kepada semua penjawat awam untuk menjalankan tugas memerangi wabak itu, turut dikagumi

Bagi Dr Noor Hisham, matlamat serta agenda kerajaan dan semua orang ketika itu hanyalah satu iaitu untuk menyelamatkan negara daripada COVID-19 dengan menggunakan kaedah ‘full government approach’ atau kerjasama padu antara semua kementerian dan agensi kerajaan

“Bukan sahaja keberanian (buat keputusan oleh) Tan Sri (Muhyiddin), malah yang penting beliau dengar dan percaya pada penjawat awam untuk melaksanakan dasar (PKP) dalam kita memerangi COVID-19,” katanya mengingati hari pertamanya bermesyuarat bersama Muhyiddin berkaitan COVID-19 pada hari kedua Perdana Menteri memulakan tugas

Pertama kali dalam sejarah Malaysia, PKP yang dilaksanakan itu meliputi larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya

Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara turut dikenakan dan bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari

PKP turut menyaksikan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke Malaysia disekat dan tindakan kawalan sempadan yang tegas

Di peringkat antarabangsa, penyertaan Malaysia dalam kolaborasi global untuk menyegerakan usaha dalam penghasilan vaksin COVID-19 mendapat sentuhan langsung Muhyiddin apabila menyertai beberapa pemimpin dalam telesidang dihoskan WHO pada pelancaran kerjasama penghasilan vaksin COVID-19 pada 24 April

“Malaysia komited sepenuhnya untuk menjadi sebahagian usaha yang terikat dengan masa ini dan turut serta dalam penghasilan dan pembuatan beberapa peralatan dan vaksin ini sebaik sahaja diperlukan. Dan saya menggesa pemimpin, penderma, sektor swasta dan komuniti saintifik di seluruh dunia untuk menyokong usaha penting ini bagi memenangi perang terhadap  COVID-19,” kata Muhyiddin dalam ucapannya

Mengiktiraf peranan dan sumbangan besar petugas barisan hadapan khususnya petugas kesihatan, Muhyiddin mengadakan sidang video bersama wakil mereka untuk bertanya khabar dan mendengar sendiri keluh kesah serta permintaan petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus memerangi COVID-19 dan menjayakan pelaksanaan PKP

Bagi menangani wabak COVID-19 yang memberi impak besar terhadap ekonomi dan rakyat Malaysia, pada 27 Mac Muhyiddin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion bagi melindungi kebajikan dan meringankan beban yang ditanggung semua rakyat

Pakej rangsangan itu meliputi suntikan tambahan khas RM1 bilion kepada KKM bagi pembelian peralatan dan membiayai perkhidmatan untuk memerangi COVID-19, termasuk mendapatkan khidmat kepakaran perubatan serta pembayaran elaun khas dari RM400 hingga RM600 untuk petugas kesihatan dan perubatan, dan elaun khas RM200 kepada anggota beruniform

Menyifatkannya sebagai tindakan tepat, Dr Noor Hisham berkata langkah itu pastinya dapat membantu memulihkan negara yang terkesan akibat wabak COVID-19, sekali gus dapat mengimbangkan ‘live’ dan ‘livelihood’

“Inisiatif (PRIHATIN) itu tepat dan cepat… kini kita lihat kerajaan laksana pula PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) untuk rangsang ekonomi supaya kita (negara) cepat pulih daripada wabak dan sektor ekonomi

“This is win-win situation. Ini (PRIHATIN dan PKPB) adalah tindakan bijak… kita dalam fasa pemulihan iaitu mampu kawal wabak dan pada masa yang sama kita rancakkan kembali sektor ekonomi negara,” kata Dr Noor Hisham

Kerajaan pimpinan Muhyddin turut melancarkan Tabung COVID-19 pada 11 Mac sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas akibat wabak COVID-19

Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA yang mengandungi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion untuk membantu usaha pemulihan ekonomi negara yang terjejas akibat wabak COVID-19

Sumber : BERNAMA

from Sehinggit Media https://ift.tt/3h8v2Tc
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/06/genap-100-hari-dilantik-jadi-pm-ke-8.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Kemudi Badai Krisis Covid 19 100 Hari Dengan Jayanya

Muhyiddin Kemudi Badai Krisis Covid 19 100 Hari Dengan Jayanya

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 297 hits
Esok genaplah 100 hari pertama Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri menerajui pentadbiran negara sejak 1 Mac dengan menggalas tanggungjawab paling besar di saat negara dilanda krisis kesihatan akibat penularan pandemik Covid 19 selain b...
100 Hari Muhyiddin Bukti Kemampuan Harungi Krisis Covid 19 Badai Ekonomi

100 Hari Muhyiddin Bukti Kemampuan Harungi Krisis Covid 19 Badai Ekonomi

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 381 hits
KUALA LUMPUR Esok genaplah 100 hari pertama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri menerajui pentadbiran negara sejak 1 Mac dengan menggalas tanggungjawab paling besar di saat negara dilanda krisis kesihatan akibat penularan pande...
Apa Kejayaan Muhyiddin Dalam 100 Hari

Apa Kejayaan Muhyiddin Dalam 100 Hari

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 304 hits
June 10 2020KUALA LUMPUR Genap 100 hari pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima banyak maklum balas yang positif dalam kalangan rakyat Lontaran komen positif rakyat terhadap pentadbiran...
Buat Pertama Kali Tiada Kes Baru Covid 19 Libatkan Rakyat Malaysia Hari Ini

Buat Pertama Kali Tiada Kes Baru Covid 19 Libatkan Rakyat Malaysia Hari Ini

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 402 hits
Putrajaya 9 Jun Tiada penularan COVID 19 dalam kalangan rakyat Malaysia setakat 12 tengah hari 9 Jun Bagaimanapun menurut Kementerian Kesihatan Malaysia sebanyak tujuh kes COVID 19 baru dicatatkan hari ini Menurut Ketua Pengarah Kesihatan D...
Covid 19 Inilah Langkah 100 Hari Pm Yang Mendapat Pujian Seluruh Dunia

Covid 19 Inilah Langkah 100 Hari Pm Yang Mendapat Pujian Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 483 hits
Infografik Bernama100 HARI PM Sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 1 Mac 2020 Tan Sri Muhyiddin Yassin 9 MAC Lantik kabinet 31 menteri Cipta sejarah tiada timbalan PM sebaliknya lantik 4 menteri kanan11 MAC Tubuh Maj...
Box Office Korea 107 Hari Suram Dek Covid 19 Hari Pertama Intruder Lakonan Song Jihyo Raih Jumlah Penonton Tertinggi

Box Office Korea 107 Hari Suram Dek Covid 19 Hari Pertama Intruder Lakonan Song Jihyo Raih Jumlah Penonton Tertinggi

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 369 hits
Setelah 3 bulan tertangguh tayangan dek wabak COVID 19 filem thriller lakonan Song Ji hyo dan Kim Moo yeol iaitu Intruder akhirnya memulakan tayangan di Korea pada dua hari lepas Sambutannya nyata tak menghampakan Menurut pengumuman yang di...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching