100 Hari Muhyiddin Bukti Kemampuan Harungi Krisis Covid 19 Badai Ekonomi



KUALA LUMPUR - Esok genaplah 100 hari pertama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, menerajui pentadbiran negara sejak 1 Mac dengan menggalas tanggungjawab paling besar di saat negara dilanda krisis kesihatan akibat penularan pandemik koronavirus (Covid-19) selain badai ekonomi

Beliau, yang juga presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah memberi perkenan pelantikan tersebut selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan

Menurut pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Hazrul Shahiri, Muhyiddin bukan sahaja mengubah isu kesihatan Covid-19 untuk menjadi peluang membuktikan kemampuannya sebagai Perdana Menteri malah berusaha memulihkan ekonomi negara dan menstrukturkan semula kitaran ekonomi

“Tindakan pertama yang dilakukan dalam menghadapi cabaran itu ialah melantik pakar-pakar ekonomi untuk mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang berperanan merangka dasar fiskal jangka pendek dan panjang bagi menangani krisis kemelesetan ekonomi,” katanya kepada Bernama baru-baru ini


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai 100 hari pertama Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, khususnya dari segi pemulihan dan pembangunan ekonomi negara

Kemuncak krisis ekonomi negara adalah ketika kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lepas yang telah mengganggu keseluruhan kitaran ekonomi domestik berikutan penutupan aktiviti perkilangan, perniagaan dan pekerjaaan, katanya

Hazrul berkata, PKP yang dilaksanakan demi membendung penularan jangkitan Covid-19 bukan sahaja telah menjejaskan permintaan dalam pasaran barang serta penawaran dalam pasaran faktor yang ditunjangi oleh pekerja malah memberi kesan negatif kepada pendapatan negara, perniagaan syarikat dan perbelanjaan rakyat

“Pelaksanaan PKP merupakan ancaman ekonomi paling besar dihadapi oleh pentadbiran kerajaan yang diketuai oleh Muhyiddin. Ia merupakan cabaran ekonomi paling berat yang tidak pernah dihadapi oleh semua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini

“Krisis ekonomi yang disebabkan oleh Covid-19 adalah jauh lebih besar daripada krisis kewangan 1998 dan kemelesetan ekonomi di era 1980-an,” katanya

Beliau berkata, bagaimanapun pelancaran Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion yang diumumkan dalam tempoh 10 hari sebaik sahaja PKP berkuat kuasa telah membuktikan komitmen dan keprihatinan kerajaan di bawah pimpinan perdana menteri untuk memulihkan ekonomi negara

"Ia telah disifatkan sebagai satu tindakan yang pantas dan tepat pada masanya untuk mengimbangi usaha membendung penularan pandemik Covid-19 dan proses pemulihan ekonomi, dengan jumlah yang jauh lebih besar daripada peruntukan kerajaan untuk pelan pemulihan ekonomi pada 2009 iaitu sebanyak RM67 bilion

"Pentadbiran kerajaan Malaysia dengan pimpinan Muhyiddin telah berupaya untuk tidak bergantung kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ketika banyak negara (sekurang-kurangnya 80 negara) telah memohon bantuan daripada tabung berkenaan untuk memulihkan ekonomi negara mereka,” katanya

Hazrul berkata, menyedari kesukaran usaha pemulihan ekonomi yang melibatkan perdagangan antarabangsa memandangkan ekonomi dunia juga telah dilumpuhkan oleh Covid-19, perdana menteri menumpukan aspek pembangunan ekonomi domestik untuk memperlahan dan mengurangkan penyusutan mendadak dalam perbelanjaan dan pelaburan swasta

Selepas pakej ekonomi Prihatin, Muhyiddin mengumumkan pula Pakej Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (Tambahan) bernilai RM10 bilion yang bertujuan memastikan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dapat meneruskan operasi mereka dalam keadaan mencabar serta mengurangkan risiko pemberhentian pekerja secara besar-besaran, katanya

“Kemudahan seperti subsidi upah, bantuan kepada PKS dan kredit mikro telah membantu syarikat-syarikat untuk kekal bertahan dalam industri walaupun tidak dapat beroperasi sepenuhnya

“Ia bukan sahaja usaha untuk melindungi rakyat melalui pengurangan beban serta menjamin pekerjaan malah sebagai sokongan kepada perniagaan dengan meningkatkan aliran tunai, walaupun ia tidak dapat menggantikan nilai aliran tunai sebenar namun masih memberi ruang kepada rakyat untuk berbelanja," katanya

Beliau berkata, walaupun Covid-19 telah merosakkan ekonomi dunia tetapi tindakan pantas dan betul oleh kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin berjaya mengelakkan kesan ekonomi yang lebih buruk

Kelonggaran sekatan pergerakan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan pembukaan aktiviti ekonomi secara berperingkat telah memberi ruang dan peluang untuk aktiviti ekonomi bergerak semula dan melakukan penyesuaian di era pasca-Covid-19, katanya

“Peningkatan indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia setakat ini merupakan satu isyarat keyakinan pelabur untuk kembali menyumbang kepada ekonomi dan mempercepat proses pemulihan,” katanya

Semalam, Perdana Menteri juga mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan berkuat kuasa mulai 10 Jun hingga 31 Ogos, 2020, menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dengan lebih banyak kelonggaran diberikan

Justeru, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan mulai Rabu ini kecuali di kawasan yang diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPB)

Selain itu aktiviti komersial melibatkan pemasaran bukan dalam premis perniagaan; lawatan ke muzium; aktiviti ‘indoor busking’; akitiviti perikanan rekreasi termasuk kolam pancing komersial turut dibenarkan semasa PKPP

Muhyiddin berkata, selaras fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri, aktiviti pelancongan domestik dibenarkan, namun bagi yang berhasrat melancong ke luar negara, perlu ‘tunggu dahulu’ kerana sempadan negara masih ditutup buat masa ini. - Bernama


from Sehinggit Media https://ift.tt/2MCIFMj
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/06/100-hari-muhyiddin-bukti-kemampuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Kemudi Badai Krisis Covid 19 100 Hari Dengan Jayanya

Muhyiddin Kemudi Badai Krisis Covid 19 100 Hari Dengan Jayanya

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 265 hits
Esok genaplah 100 hari pertama Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri menerajui pentadbiran negara sejak 1 Mac dengan menggalas tanggungjawab paling besar di saat negara dilanda krisis kesihatan akibat penularan pandemik Covid 19 selain b...
Genap 100 Hari Dilantik Jadi Pm Ke 8 Tan Sri Muhyiddin Hadap Tugas Pertama Yang Berat Kena Lawan Covid 19

Genap 100 Hari Dilantik Jadi Pm Ke 8 Tan Sri Muhyiddin Hadap Tugas Pertama Yang Berat Kena Lawan Covid 19

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 264 hits
PUTRAJAYA 8 Jun Pandemik COVID 19 yang melanda dunia sehingga mengubah landskap kehidupan kepada kebiasaan baharu menyebabkan negara negara di dunia termasuk Malaysia mengambil langkah luar biasa bagi memastikan negara dapat bebas daripada ...
Apa Kejayaan Muhyiddin Dalam 100 Hari

Apa Kejayaan Muhyiddin Dalam 100 Hari

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 270 hits
June 10 2020KUALA LUMPUR Genap 100 hari pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima banyak maklum balas yang positif dalam kalangan rakyat Lontaran komen positif rakyat terhadap pentadbiran...
Covid 19 Inilah Langkah 100 Hari Pm Yang Mendapat Pujian Seluruh Dunia

Covid 19 Inilah Langkah 100 Hari Pm Yang Mendapat Pujian Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 439 hits
Infografik Bernama100 HARI PM Sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 1 Mac 2020 Tan Sri Muhyiddin Yassin 9 MAC Lantik kabinet 31 menteri Cipta sejarah tiada timbalan PM sebaliknya lantik 4 menteri kanan11 MAC Tubuh Maj...
Buat Pertama Kali Tiada Kes Baru Covid 19 Libatkan Rakyat Malaysia Hari Ini

Buat Pertama Kali Tiada Kes Baru Covid 19 Libatkan Rakyat Malaysia Hari Ini

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 370 hits
Putrajaya 9 Jun Tiada penularan COVID 19 dalam kalangan rakyat Malaysia setakat 12 tengah hari 9 Jun Bagaimanapun menurut Kementerian Kesihatan Malaysia sebanyak tujuh kes COVID 19 baru dicatatkan hari ini Menurut Ketua Pengarah Kesihatan D...
Malaysia Perlu 28 Hari Sifar Kes Sebelum Isytihar Bebas Covid 19

Malaysia Perlu 28 Hari Sifar Kes Sebelum Isytihar Bebas Covid 19

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 268 hits
PUTRAJAYA Malaysia memerlukan tempoh 28 hari sifar kes COVID 19 sebelum boleh diisytiharkan bebas pandemik berkenaan kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata ia selaras dengan mekanisme menamatkan pantauan ...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran

Persoalannya Kenapa Nak Butthurt Dengan Cadangan Akmal