Empat Lagi Warga Malaysia Disahkan Positif Covid 19 Kp Kesihatan


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sehingga pukul 12 tengah hari, terdapat empat (4) kes baharu dilaporkan pada hari ini (1 Mac 2020).
KES BAHARU KE-26
Kes ke-26 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 52 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China pada sekitar pertengahan bulan Januari 2020. Beliau mula mengalami gejala demam dan sakit tekak pada 27 Februari 2020. Beliau telah pergi mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dari sebuah hospital swasta pada hari yang sama. Ujian saringan pengesanan COVID-19 telah dijalankan ke atasnya dan disahkan positif pada 29 Februari 2020. Beliau telah dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan pemantauan selanjutnya. Siasatan punca jangkitan dan pengesanan kontak rapat sedang giat dijalankan.
KES BAHARU KE-27
Kes ke-27 merupakan seorang wanita warganegara Malaysia berusia 20 tahun dan merupakan seorang jururawat pelatih. Beliau menjalani latihan sangkutan jangka pendek di hospital swasta yang merawat kes ke-24. Semasa aktiviti pengesanan kontak rapat dijalankan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah, beliau telah dikenalpasti sebagai salah seorang dari kontak rapat kes berkenaan. Pada 21 dan 22 Februari 2020, beliau telah mengendalikan kes terbabit tanpa memakai sebarang peralatan perlindungan diri (personal protective equipment; PPE) seperti disarankan. Pada 27 Februari 2020, beliau mula mengalami gejala batuk. Ujian saringan pengesanan COVID-19 telah dijalankan ke atasnya dan disahkan positif pada 29 Februari 2020. Beliau telah dimasukkan ke wad isolasi Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan dan pemantauan selanjutnya.
KES BAHARU KE-28
Kes ke-28 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 45 tahun dan merupakan rakan sekerja kepada kes ke-25. Beliau bersama-sama dengan kes ke-25 dan seorang lagi rakan sekerja mempunyai sejarah perjalanan ke Milan, Itali pada 15 hingga 21 Februari 2020. Semasa aktiviti pengesanan kontak rapat dijalankan, beliau telah dikesan dan didapati mempunyai gejala sejak 26 Februari 2020. Ujian saringan pengesanan COVID-19 telah dijalankan ke atasnya dan disahkan positif pada 29 Februari 2020. Beliau telah dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan pemantauan selanjutnya.
KES BAHARU KE-29
Kes ke-29 merupakan seorang wanita warganegara Malaysia berusia 35 tahun. Terdahulu, beliau telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 21 Februari 2020. Beliau telah ditempatkan di bilik berdua dengan kes ke-24; yang pada ketika itu belum diketahui dijangkiti COVID-19. Pada 25 Februari 2020, beliau telah dibenarkan pulang ke rumah. Pada 27 Februari 2020, beliau mula merasa tidak sihat – mengalami gejala demam dan batuk. Namun, beliau tidak mendapatkan sebarang rawatan. Semasa aktiviti pengesanan kontak rapat dijalankan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah, beliau telah dikenalpasti sebagai salah seorang dari kontak rapat kepada kes ke-24. Ujian saringan pengesanan COVID-19 telah dijalankan ke atasnya dan disahkan positif pada 29 Februari 2020. Beliau telah dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan pemantauan selanjutnya.
STATUS SEMASA KES JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA
Dengan pelaporan empat (4) kes terbaru, jumlah kumulatif kes COVID-19 sehingga pukul 12 tengah hari 1 Mac 2020 adalah sebanyak 29 kes; iaitu tujuh belas (17) orang dalam kalangan kes Patient-Under-Investigation (PUI), sepuluh (10) orang dalam kalangan kontak rapat dan dua (2) orang dalam kalangan rakyat Malaysia yang dibawa pulang dengan Misi Bantuan Kemanusiaan. Dari jumlah tersebut, lima belas (15) orang adalah warganegara China, sebelas (11) orang adalah warganegara Malaysia dan tiga (3) orang adalah lain-lain warganegara (iaitu Amerika Syarikat, Jepun serta Itali). Daripada 29 kes positif ini, sebanyak 22 kes telah sembuh dan dibenarkan discaj – menjadikan kes yang masih menerima rawatan di wad pada ketika ini seramai tujuh (7) orang.
MESYUARAT PENGURUSAN KES DISYAKI DAN PESAKIT BAGI COVID-19 DI HOSPITAL DAN KLINIK SWASTA
Pada hari ini, mesyuarat pengurusan kes disyaki dan pesakit COVID-19 di hospital dan klinik swasta telah diadakan di peringkat kebangsaan. Ia bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kefahaman pengamal perubatan swasta kepada situasi COVID-19 terkini di peringkat global dan di Malaysia. Di samping itu ia juga untuk memastikan pihak pengamal swasta telah bersedia dengan kesiapsiagaan dan respon dalam menghadapi situasi COVID-19 yang di luar jangka.
Sumber: KKM
The post Empat Lagi Warga Malaysia Disahkan Positif Covid-19 – KP Kesihatan appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/empat-lagi-warga-malaysia-disahkan-positif-covid-19-kp-kesihatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Jepun Disahkan Positif Covid 19 Selepas Pulang Dari Indonesia

Warga Jepun Disahkan Positif Covid 19 Selepas Pulang Dari Indonesia

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 225 hits
Seorang lelaki warga Jepun telah disahkan positif dijangkiti wabak novel koronavirus selepas dia pulang daripada Indonesia lapor agensi berita NHK Menurut NHK majlis perbandaran Tokyo telah memaklumkan pada Sabtu bahawa seorang penduduk Tok...
Seminit Dalam Lif Bersama Penghidap Covid 19 Seorang Wanita 41 Disahkan Positif

Seminit Dalam Lif Bersama Penghidap Covid 19 Seorang Wanita 41 Disahkan Positif

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 247 hits
Kes pertama COVID 19 melalui jangkitan lif yang dilaporkan di Korea Selatan dikatakan berjangkit melalui ruang tersebut Seorang wanita berusia 41 tahun dan dua anaknya telah berkongsi lif dengan orang yang mempunyai koronavirus dengan hanya...
Lelaki Disahkan Positif Didakwa Sengaja Ke Bar Untuk Sebar Covid 19

Lelaki Disahkan Positif Didakwa Sengaja Ke Bar Untuk Sebar Covid 19

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 263 hits
SEORANG lelaki berusia 50 yang dijangkiti Coronavirus telah pergi ke dua bar baru baru ini berniat untuk sengaja menyebarkan virus itu Lapor Fuji News Network lelaki berkenaan walaupun tanpa simptom namun dia dikesan positif setelah diuji d...
Tujuh Warga Tempatan Disah Positif Covid 19 Hari Ini

Tujuh Warga Tempatan Disah Positif Covid 19 Hari Ini

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR 3 MAC Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan tujuh lagi kes positif Covid 19 membabitkan warga tempatan menjadikan jumlah terkini kes sehingga petang ini menjangkau 36 Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham ...
Felcra Arah Staf Bekerja Dari Rumah Selepas Seorang Ahli Lembaga Pengarah Disahkan Positif Covid 19

Felcra Arah Staf Bekerja Dari Rumah Selepas Seorang Ahli Lembaga Pengarah Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 242 hits
SEORANG ahli lembaga pengarah syarikat FELCRA Berhad disahkan positif COVID 19 pagi tadi Ketua pegawai eksekutifnya dalam satu kenyataan akhbar berkata kali terakhir beliau berada di dalam bangunan Wisma FELCRA adalah pada 25 Februari lalu ...
Staf Dalam Acara Sama Disahkan Positif Covid 19 Netizen Kesal Han Yeseul Tak Lalui Pemeriksaan Kuarantin Diri

Staf Dalam Acara Sama Disahkan Positif Covid 19 Netizen Kesal Han Yeseul Tak Lalui Pemeriksaan Kuarantin Diri

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 233 hits
Semakin lama semakin banyak kes COVID 19 yang dilaporkan di Korea Hari ini sahaja sudah 4 212 kes yang telah disahkan dan mungkin ianya akan kian meningkat pada hari hari akan datang Disebabkan situasi melibatkan virus ini semakin genting k...
Enam Penumpang Kapal Persiaran Westerdam Di Klia Disahkan Negatif Covid 19 Kp Kesihatan

Enam Penumpang Kapal Persiaran Westerdam Di Klia Disahkan Negatif Covid 19 Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 289 hits
KUALA LUMPUR 16 Feb Keputusan ujian pengesanan COVID 19 yang dijalankan ke atas enam penumpang kapal persiaran Westerdam disahkan negatif berdasarkan kepada laporan yang diterima daripada Institut Penyelidikan Perubatan hari ini Ketua Penga...
Covid 19 Kesihatan Wanita Warga Emas Amerika Semakin Baik

Covid 19 Kesihatan Wanita Warga Emas Amerika Semakin Baik

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 378 hits
KUALA LUMPUR 22 Feb Seorang wanita warga emas Amerika Syarikat berusia 83 tahun yang disahkan positif COVID 19 di negara ini telah menunjukkan perkembangan status kesihatan yang sangat baik selepas dua ujian pengesahan ulangan jangkitan itu...
Demand Kekayaan Anak Mahkamah Putus Ibu Tak Layak Terima Harta Mendiang Goo Hara

Gsk Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Syok Sendiri Demi Kepuasan

Gear Up For Standard 1 Registration

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3

5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia


Lunch Merangkap Dinner Di Nefa Station Ipoh Perak

Dapatkan Ganjaran Besar Apabila Anda Prapesanan Samsung Ai Tv 2024 Hari Ini

Sprm Tahan Menteri Besar Perlis

Powering Progress How Ev Charging Stations Are Shaping The Transportation Landscape

M A Due Diligence Don T Settle For Smoke And Mirrors Get A Quality Of Earnings Assessment

Tiada Petanda Salah Tinggalkan Anfield