Covid 19 Kesihatan Wanita Warga Emas Amerika Semakin Baik


KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) — Seorang wanita warga emas Amerika Syarikat berusia 83 tahun yang disahkan positif COVID-19 di negara ini, telah menunjukkan perkembangan status kesihatan yang sangat baik selepas dua ujian pengesahan ulangan jangkitan itu menunjukkan negatif.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, wanita itu masih lagi dipantau di Hospital Sungai Buloh, dekat sini, kerana mengalami sedikit batuk.
Beliau berkata selepas lebih 72 jam diberi rawatan antiviral (liopinavir/ritonavir), keputusan dua ujian pengesahan COVID-19 ulangan terhadap wanita itu menunjukkan keputusan negatif.
“Ujian pengesahan ulangan ini telah dijalankan bagi memastikan kes telah sembuh dan negatif COVID-19,” katanya, dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, ujian makmal pengesahan COVID-19 ulangan akan dijalankan ke atas semua kes disahkan positif, setelah pesakit menunjukkan perkembangan yang baik bagi gejala klinikal yang dialaminya.
“Hal ini adalah untuk memastikan bahawa kes telah sembuh sepenuhnya dan bebas daripada virus COVID-19. Ini penting bagi memastikan kes selamat untuk dibenarkan pulang dan tidak menjangkiti orang lain,” katanya.
Pelancong wanita dari Amerika Syarikat itu merupakan kes 22 dilaporkan di Malaysia selepas mangsa tiba dari Kemboja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),14 Feb lalu.
Wanita tersebut dan suaminya merupakan antara 1,455 penumpang kapal persiaran MS Westerdam yang berlabuh di Kemboja pada 13 Feb lalu sebelum kerajaan negara itu membenarkan mereka pulang ke negara masing-masing selepas saringan kesihatan dijalankan.
Seramai 145 penumpang kapal persiaran itu mengambil penerbangan ke Malaysia pada 14 Feb.
Wanita warga emas itu dan suaminya dikesan bergejala sebaik tiba KLIA dan ujian saringan pengesanan COVID-19 mendapati wanita itu disahkan positif pada 15 Feb manakala suaminya negatif.
Dr Noor Hisham berkata dapatan terkini kajian mendapati hampir 80 peratus pesakit COVID-19 yang dilaporkan, merupakan pesakit yang mengalami gejala ringan dan tiada rawatan spesifik atau antiviral diperlukan bagi penyakit ini.
Beliau berkata kebanyakan pesakit hanya memerlukan rawatan simptomatik, seperti demam, batuk dan selesema, dan isolasi kes perlu dijalankan bagi mengelakkan penularan penyakit ini kepada orang lain.
Hal ini kerana kebanyakan kes yang telah disahkan positif, sistem imun badan manusia akan menghasilkan antibodi spesifik bagi melawan virus ini, katanya.
“Walau bagaimanapun, terdapat juga golongan yang tidak mempunyai sistem imun yang kuat, contohnya warga emas, di mana jangkitan virus COVID-19 ini menyebabkan komplikasi yang teruk dan memerlukan bantuan ubat-ubatan seperti antiviral,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post COVID-19: Kesihatan Wanita Warga Emas Amerika Semakin Baik appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/22/covid-19-kesihatan-wanita-warga-emas-amerika-semakin-baik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Wanita Warga Tempatan Pulih Sepenuhnya Dibenarkan Pulang

Covid 19 Wanita Warga Tempatan Pulih Sepenuhnya Dibenarkan Pulang

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 276 hits
KUALA LUMPUR 23 Feb Seorang wanita warga Malaysia berusia 40 tahun yang disahkan positif COVID 19 telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang petang semalam Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan wanita berkenaa...
Covid 19 Enggan Diperiksa Suhu Badan Seorang Wanita Ditumbuk Berkali Kali Oleh Petugas Kesihatan

Covid 19 Enggan Diperiksa Suhu Badan Seorang Wanita Ditumbuk Berkali Kali Oleh Petugas Kesihatan

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 389 hits
Wabak Covid 19 yang sedang melanda dunia sekarang ini sangat membimbangkan apabila angka kematian telah melebihi 1000 orang Disebabkan itu pelbagai langkah berjaga jaga dilaksanakan bagi memastikan wabak ini tidak terus menjadi kritikal Pun...
Anggota Penguatkuasa Mpsj Digantung Tugas Cuepacs Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Warga Emas Pukul Penjawat Awam

Anggota Penguatkuasa Mpsj Digantung Tugas Cuepacs Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Warga Emas Pukul Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 450 hits
Anggota penguatkuasa MPSJ digantung tugas CUEPACS gesa kerajaan ambil tindakan terhadap warga emas pukul penjawat awamSusulan viral video anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya bergelut dengan lelaki warga emas yang memukulnya ...
Covid 19 Um Nafi Tugaskan Pelajar Kendali Saringan Kesihatan

Covid 19 Um Nafi Tugaskan Pelajar Kendali Saringan Kesihatan

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 253 hits
KUALA LUMPUR 17 FEB Universiti Malaya menegaskan pihaknya tidak pernah mengarahkan sukarelawan pelajarnya melaksanakan sebarang bentuk pemeriksaan kesihatan ke atas pelajar yang baru pulang atau berasal dari China yang kembali meneruskan pe...
Timbalan Menteri Kesihatan Iran Positif Covid 19

Timbalan Menteri Kesihatan Iran Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 407 hits
Tehran Timbalan Menteri Kesihatan Iran Iraj Harirchi disahkan positif Covid 19 lapor jurucakap kerajaan Harirchi dilaporkan mengalami batuk dan berpeluh ketika mengendalikan sidang media mengenai wabak berkenaan semalam Pada sidang media it...
Perghh Lelaki Warga Emas Bermandi Darah Selepas Bergaduh Dengan Isteri

Perghh Lelaki Warga Emas Bermandi Darah Selepas Bergaduh Dengan Isteri

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 236 hits
Lelaki warga emas bermandi darah selepas bergaduh dengan isteri Lelaki warga emas itu mengalami kecederaan serius di bahagian kepala SEORANG lelaki warga emas bermandi darah selepas bergaduh dengan isterinya menggunakan senjata tajam Lelaki...
Remaja Tikam Warga Emas Budak Kerana Berebut Botol Antiseptik Terakhir Di Wuhan

Remaja Tikam Warga Emas Budak Kerana Berebut Botol Antiseptik Terakhir Di Wuhan

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 385 hits
Remaja tikam warga emas budak kerana berebut botol antiseptik terakhir di WuhanSemenjak penularan wabak koronavirus di Wuhan China ramai rakyatnya membuat pembelian panik sehingga sanggup berebut untuk mendapatkan beberapa barangan seperti ...
Cabaran Penjagaan Pesakit Kanser Warga Emas

Cabaran Penjagaan Pesakit Kanser Warga Emas

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 333 hits
Oleh Aishah Mahat Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Pasir Gudang Tugas dan tanggungjawab dalam menjaga warga emas bukan merupakan suatu perkara yang boleh dianggap mudah Ia akan menjadi lebih sukar sekiranya warga emas tersebut memp...
Pembantu Rumah Kekasih Didakwa Curi Wang Rm89 345 Milik Majikan Warga Emas

Pembantu Rumah Kekasih Didakwa Curi Wang Rm89 345 Milik Majikan Warga Emas

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 290 hits
KUANTAN 12 Feb Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan mencuri wang simpanan warga emas menggunakan kad mesin pengeluaran wang automatik miliknya menyebabkan kerugian berjumlah RM89 345 Tertuduh S...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia