Staf Dalam Acara Sama Disahkan Positif Covid 19 Netizen Kesal Han Yeseul Tak Lalui Pemeriksaan Kuarantin Diri
Semakin lama semakin banyak kes COVID-19 yang dilaporkan di Korea. Hari ini (2 Mac) sahaja sudah 4,212 kes yang telah disahkan dan mungkin ianya akan kian meningkat pada hari-hari akan datang.
Disebabkan situasi melibatkan virus ini semakin genting, kesemua penduduk tempatan dilarang daripada memasuki Korea malahan rakyat mereka turut diarahkan mengambil langkah berjaga-jaga ketika keluar dan masuk negara.
Baru-baru ini, beberapa selebriti popular seperti Kim Chungha, Minhyun (NU’EST), Park Minyoung, IU telah menghadiri satu acara yang sama di Minggu Fesyen Milan di Itali. Mengejutkan kerana dua kakitangan kepada Chungha telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang ke Korea. Namun begitu, penyanyi tersebut yang melalui pemeriksaan yang sama disahkan negatif dan telah mengasingkan dirinya di rumah bagi langkah berjaga-jaga. Minhyun dan kakitangan terlibat juga melalui ujian yang sama dan mendapat keputusan negatif.
Pun begitu, pihak pelakon Han Yeseul mengeluarkan kenyataan bahawa selebriti dan stafnya baik-baik sahaja walaupun menghadiri acara yang sama dengan kakitangan Chungha yang dilaporkan psoitif COVID-19 itu.
Han Yeseul dan staf yang menemaninya tidak melalui pemeriksaan untuk COVID-19. Hotelnya dan kakitangan yang terlibat adalah berbeza. Dia juga tidak pernah bertemu dengan kakitangan yang melalui diagnosis tersebut dan tak berselisih dengannya.
Mendengarkan kenyataan daripada pelakon cantik itu, netizen meluahkan rasa kesal mereka dengan sikap tidak acuh Han Yeseul. Memang benar dia tidak menunjukkan apa-apa simptom tetapi seeloknya dia mengambil langkah berjaga-jaga dan melalui proses kuarantin selama 14 hari.
Walaupun tiada simptom, dia mungkinlah seorang pembawa. Dia hanya akan mengetahui selepas tempoh kuarantin. Tolonglah asingkan diri selama 2 minggu.
Saya tak risaukan awak tetapi saya khuatir awak sebarkannya kepada orang lain. Jangan berkeliaran selama 2 minggu ini dan duduk sahaja di rumah.
Semua sepatutnya mengasingkan diri. Rakyat biasa tak boleh pergi ke mana-mana tetapi para selebriti asyik hadiri acara sebegini?
Tak salah apa pun kalau awak lebih berjaga-jaga. Jadi tolonglah asingkan diri sendiri untuk 2 minggu ini.
Dia baru sahaja balik daripada Itali, dia sepatutnya melalui pemeriksaan kalau pun dia tiada sebarang simptom. Patutnya dia asingkan diri bukannya dia tiada duit untuk mendapatkan pemeriksaan untuk diri sendiri dan kakitangan yang terlibat. Pesakit yang tak tunjukkan gejala pun masih boleh sebarkan virus itu sekiranya mereka pembawa.
Ramai sahaja pesakit yang tak tunjukkan simptom tapi merupakan seorang pembawa.
Apa salahnya kalau kuarantin diri sebentar untuk keselamatan diri sendiri dan juga orang lain. Demi kesejahteraan bersama!
Sumber: Sports Kyunghyang, Star Today
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kimchidaily.my/staf-dalam-acara-sama-disahkan-positif-covid-19-netizen-kesal-han-yeseul-tak-lalui-pemeriksaan-kuarantin-diri/