Empat Beranak Dua Penyewa Kongsi Diami Rumah Usang


MELAKA TENGAH - Siapa sangka dalam sebuah rumah usang yang bumbungnya hampir menyembah bumi di Bandar Kaba di sini, didiami empat beranak bersama dua penyewa lain iaitu seorang ibu tunggal dan seorang saudara baharu.

Effandi Abdul Rahim, 50, yang bekerja sebagai pekerja am membersihkan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Cina berkata, lebih lima tahun dia mendiami rumah yang disewa tersebut bersama isteri, Noraini Yusof, 37, dan dua orang anaknya berusia 14 tahun serta 17 tahun.

Menurutnya, disebabkan kesempitan hidup dia tidak mampu menyewa rumah lain dan terpaksa tinggal di rumah usang yang sudah reput dimamah anai-anai.

Katanya, dengan keadaan rumah yang uzur, dia juga sering kali tidak dapat melelapkan mata disebabkan bimbang sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini lebih-lebih lagi cuaca kerap hujan sejak kebelakangan ini.

"Situasi sekarang ini sukar untuk kami tidur lena kerana keadaan rumah yang bila-bila masa sahaja boleh roboh selain atap bocor, malah risau ancaman binatang berbisa seperti ular, dan pernah ular tedung dan ular sawa masuk dalam rumah ini.


"Sebelum ini kami membayar sewa sebanyak RM150 sebulan, namun sejak tanah ini telah dibeli pemaju jadi kami tidak lagi perlu bayar sewa.

"Walaupun tak bayar sewa tapi wang yang ada cukup-cukup makan untuk kami meneruskan kelangsungan hidup," katanya yang berasal dari Ulu Klang, Selangor.

Noor Azman (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Effandi ketika turun padang melawat keluarga itu di Banda Kaba, Banda Hilir di sini hari ini.

Noor Azman (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Effandi ketika turun padang melawat keluarga itu di Banda Kaba, Banda Hilir di sini hari ini.

Tambahnya, kerana kekangan kewangan juga, dia sekeluarga terpaksa berkongsi bilik air dengan dua penyewa lain yang dianggap seperti keluarga sendiri.


Menurutnya, bubur nasi sering menjadi menu harian untuk mereka mengalas perut terutama sekiranya terputus bekalan makanan.

"Saya berharap Ramadan kali ini memberi sinar kepada kami sekeluarga untuk mendapat tempat tinggal yang lebih baik dan selesa," katanya.

Seorang lagi penyewa, Ainul Mardhiah Juamin, 29, yang memeluk Islam sejak dua tahun lalu mengakui faktor kekangan kewangan membuatnya terpaksa tinggal menyewa di rumah kayu lima bilik itu.

Ainul Mardhiah berkata, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). dia tidak dapat meneruskan pekerjaannya sebagai pembantu kedai di Dataran Pahlawan dan hanya bergantung kepada wang simpanan untuk meneruskan kehidupan.



Menurutnya, dia juga pernah membuat permohonan mendapatkan bantuan saudara baharu melalui permohonan dalam talian, namun dimaklumkan permohonan telah penuh.

"Sejak daripada itu saya tak tahu untuk membuat permohonan di mana, dan saya berserah pada ALLAH bila terpaksa tinggal dalam keadaan rumah yang uzur," katanya yang berasal dari Ranau, Sabah.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Noor Azman Hassan yang turun padang menghulurkan sumbangan berkata, pihaknya akan memanjangkan nasib keluarga itu kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk mendapatkan pembelaan memandangkan mereka ini termasuk sebuah lagi keluarga yang tinggal bersebelahan rumah tidak pernah mendapat bantuan bulanan ataupun bantuan makanan daripada agensi itu.

"Baru semalam saya mendapat laporan yang mengatakan masih ada keluarga daif tinggal di kawasan bandar dan kedua-dua rumah itu mereka telah tinggal lebih lima tahun.

"Saya berharap MAIM memandang serius permasalahan mereka yang sebelum ini mereka hanya mendapat bantuan kecemasan bila terputus bekalan makanan," katanya.

Noor Azman ketika melihat keadaan rumah yang didiami empat beranak itu selain turut disewa oleh seorang saudara baharu dan ibu tunggal di Banda Kaba, Banda Hilir di sini hari ini.
Noor Azman ketika melihat keadaan rumah yang didiami empat beranak itu selain turut disewa oleh seorang saudara baharu dan ibu tunggal di Banda Kaba, Banda Hilir di sini hari ini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2020/04/empat-beranak-dua-penyewa-kongsi-diami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Bijak Rumah Usang Hangpa Sanggup Lihat Sahaja Kah

Pelajar Bijak Rumah Usang Hangpa Sanggup Lihat Sahaja Kah

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 407 hits
AZRIL AZIZ1 Mei 2020 Kecoh apabila kisah seorang pelajar UTM Skudai yang sedang mengikuti program Ph D dalam jurusan kejuruteraan awam balik ke kampong halamannya di Malan Dangi diviralkan oleh pemandu kenderaan IPD yang menghantar beliau b...
Bagi Diskaun Tapi Tak Rugi Tuan Rumah Cara Berunding Sewa Rumah Dengan Penyewa Semasa Pkp

Bagi Diskaun Tapi Tak Rugi Tuan Rumah Cara Berunding Sewa Rumah Dengan Penyewa Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 350 hits
Sejak pemberian oleh bank bank di Malaysia kepada para peminjam ramai pihak menggesa pemilik rumah agar mengecualikan sewa kepada penyewa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Walaubagaimanapun ia bukan suatu isu yang mudah bagi semua pihak...
4 Beranak Hidup Susah Di Pondok Usang Dibantu Jiran India Tokong

4 Beranak Hidup Susah Di Pondok Usang Dibantu Jiran India Tokong

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 466 hits
JOHOR BAHRU Jiran India masakkan makanan setiap hari pengurusan tokong bantu sediakan bekalan elektrik dan air Itu antara bantuan diterima Muhamad Farid Ibrahim bersama isteri dan dua anaknya yang mendiami sebuah pondok buruk di Jalan Lumba...
Tahniah Fazura Kongsi Berita Kehamilan Di Instagram Usia Kandungan Sudah Masuk Empat Bulan

Tahniah Fazura Kongsi Berita Kehamilan Di Instagram Usia Kandungan Sudah Masuk Empat Bulan

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 297 hits
Selepas dua tahun berkahwin Fazura mengumumkan dia dan suami Faattah Amin bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi Dalam perkongsian Fazura di akaun Instagram miliknya dia memaklumkan bahawa dirinya sedang hamil empat bulan...
Terima Kasih Ustaz Ebit Keluarga Tinggal Di Rumah Usang Seronok Dapat Pindah Rumah

Terima Kasih Ustaz Ebit Keluarga Tinggal Di Rumah Usang Seronok Dapat Pindah Rumah

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 458 hits
ALOR SETAR Terima kasih kerana bantu keluarga kami hanya Allah mampu membalas jasa Ustaz Ebit kata Jamaliah Rejab 54 Jamaliah adalah isteri kepada pesakit strok Ishak Darus 77 yang berjaya dipujuk pendakwah Ustaz Ebit Lew untuk berpindah ke...
Dua Bulan Tak Balik Rumah Lelaki Ini Terima Kejutan Bila Tengok Peti Ais Penuh Ulat

Dua Bulan Tak Balik Rumah Lelaki Ini Terima Kejutan Bila Tengok Peti Ais Penuh Ulat

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 353 hits
Semua gara gara elektrik kena tendang small Cover image via Twitter adib ozil small Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu sememangnya telah membataskan pergerakan orang ramai Susulan daripada PKP yang lalu setiap individu tidak ...
Bangun Tidur Bilik Bersih Gadis Kongsi Vacuum Mudahkan Kerja Rumah

Bangun Tidur Bilik Bersih Gadis Kongsi Vacuum Mudahkan Kerja Rumah

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 362 hits
Perintah Kawalan Pergerakan yang telah memasuki fasa ketiga yang dilanjutkan sehingga 28 April nyata memberi impak yang mendalam kepada seluruh isi rumah susulan wabak Covid 19 Platform jualan atas talian juga semakin popular dalam kalangan...
Empat Beranak Mengaku Ingkar Pkp Untuk Hadiri Kenduri Didenda Rm800 Seorang

Empat Beranak Mengaku Ingkar Pkp Untuk Hadiri Kenduri Didenda Rm800 Seorang

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 320 hits
ENAM individu termasuk empat beranak didenda RM800 seorang oleh Mahkamah Majistret Tawau hari ini selepas mengaku bersalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Abdurrasad Arsad 60 Salbiah Bain 64 Raman Abdurrasad 36 Rozana Abdurrasad 28 Sa...
Dua Beranak Warga Thailand Maut Dalam Kebakaran

Dua Beranak Warga Thailand Maut Dalam Kebakaran

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 338 hits
GEORGE TOWN 1 Mei Dua beranak warga Thailand maut dalam kebakaran di bangunan rumah kedai yang menjalankan perniagaan restoran masakan Thai di Jalan Air Itam Datuk Keramat di sini hari ini Dalam kejadian kira kira 11 30 pagi itu Aishah Tok ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik