2025 Bukan Tahun Sempurna Tetapi Cukup Bermakna
Dengan Bismillah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Syukur.Kita dah dipenghujung tahun 2025.Ibarat hari ini adalah hari yang ke-365 daripada 365 hari. Saya ni dulunya zaman muda remaja merupakan seorang yang "jenis menulis diari".Jadi, bila masuk sahaja tahun baru, saya dah get ready dengan diari baru.Jadi minat menulis tu mungkin diasah dengan kesukaan saya menulis apa sahaja dalam diari. Sebaik sahaja berkahwin, diari ke mana, orangnya ke mana.haha. Tetapi masih saya tetap punya planner yang kebiasaanya saya tulis wishlist saya sepanjang tahun
Menjadi Pembantu Guru Kelas Tahun 4 bersama Ustazah Hilwa. Alhamdulillah, dapat kelas yang anak-anak muridnya tak banyak ragam yang menyesakkan dada.haha. Apapun saya berterima kasih kepada Adik Hilwa yang sentiasa banyak memudahkan dan memahami saya.Tolong dia sikit-sikit je, selebihnya banyak dia yang uruskan kelas
Kenangan bersama rakan guru "menanam rumput" di sekolah kami. Nampak macam aneh, tapi tugas-tugas seperti inilah yang cukup bermakna kerana pengalaman tanam rumput ni biasanya pakcik Tukang Kebun yang ada peluang buat. Bila kami buat bersama rakan, tahulah kami menanam rumput juga perlu ada ilmu, yang tidak kita perolehi di maktab-maktab perguruan
Bolehlah dianggap Blog ini adalah Diari yang saya tulis, cuma bezanya kali ini tiada rahsia.Malah, saya kongsi aktiviti atau perasaan saya dalam Blog.Tujuannya supaya jika ada nilai baik dari apa yang saya kongsikan, harap bermanfaat untuk pembaca semua
2025 Bukan Tahun Sempurna Tetapi Cukup BermaknaTatkala saya taip post ini, satu jam lebih kurang akan masuk Tahun Baru 2026. Tak tahulah kenapa, tapi saya excited nak lalui TAHUN 2026.Sungguhlah, kalau kita yakin dengan semua janji -janji Allah, kita akan 100 peratus optimis dengan kehidupan ini.Segala puji bagi Allah untuk semua keadaan yang kita lalui.
Antara pencapaian manis di tahun 2025, berjaya mewujudkan Galeri Sejarah dengan sahabat dari Kelab Rukun Negara. Syukur ada team yang sentiasa supportive. Hasilnya, Galeri Sejarah sekolah kami telah dilawati oleh pelbagai sekolah dari pelbagai negeri, barisan Nazir negeri, PPD dan juga Majlis Guru Besar pelbagai daerah dan negeri. Yup, bukan kerja seseorang, tapi kerjasama dalam satu pasukan.Alhamdulillah.

Potret keluarga bersama Ibu tercinta pada hari raya tahun 2025. Diam tak diam, hampir 22 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama suami tercinta.Suami dan anak-anak adalah tulang belakang yang paling setia dan kuat menyokong saya. Saya bukanlah isteri dan ibu yang sempurna, saya cuma mahu mereka menghargai dan mengharap keberadaan saya dalam hidup mereka.Saya ingin jadi isteri dan Ibu yang sentiasa ada bersama saat mereka perlukan saya:)
Bagi diri saya secara peribadi, tahun 2025 antara tahun-tahun yang saya dapat lalui dengan mudah, tenang dan penuh bahagia.Bila saya kata macam tu, bukanlah takde masalah yang datang dalam hidup saya.Tapi entah ya. Saya rasa smooth sahaja hidup ketika ini. Satu hal yang saya perasan, mungkin saya ubah sedikit cara berfikir saya, Tidak terlalu berharap kepada sesuatu yang sempurna, lalui apa yang mendatang dengan tenang dan sabar, bersyukur apa sahaja yang Allah kurniakan dalam hidup.
Terima Kasih Kepada Semua Insan Baik Yang Hadir Dalam HidupBukan semua orang baik yang hadir dalam hidup kita, kita mampu balas kebaikan mereka secara langsung.Ada kala, kita hanya mampu zahirkan dengan ucapan terima kasih.Selebihnya biarlah kita dan Allah sahaja yang mengetahuinya
Selalu juga saya kongsikan akan sumbangan besar rakan guru dan anak-anak Pengawas SPBT selama saya menjadi Guru Buku Teks di sekolah. Jika tanpa mereka, lumpuhlah peranan saya sebagai guru yang mengurus buku-buku teks.Saya akui, dengan adanya merekalah, saya berupaya berkhidmat dengan lebih baik untuk semua urusan peminjaman dan pemulangan buku teks.Alhamdulillah
Kenangan Tahun akhir pengawas SPBT sekolah saya dengan seragam warna unggu.Mulai tahun hadapan, kami akan bertukar seragam baharu yang lebih berani, matang dan berwawasan.InshaAllah.Semoga Allah luaskan lagi pintu rezeki anak-anak SPBT dengan sikap tanggungjawab yang lebih besar, berdisiplin dan berkepimpinan.
Saya ambil kesempatan ini untuk menzahirkan rasa kasih dan sayang saya kepada mereka yang Allah hantar dalam hidup saya.Ada masa tu peranan dia nampak kecil, tapi beri impak besar kepada saya.Saya ada dua tiga orang rakan di sekolah, yang akan cari saya atau ajak saya bersarapan di kantin bersama jika ada masa free yang sama. Ada masa saya dapat join bersama, ada masa saya tak dapat turut serta.Tapi ajakan makan bersama itu cukup besar ertinya bagi saya.Sungguh. Saya bangga dengan sahabat baik yang seperti ini.Semoga Allah luaskan rezekinya dengan lebih banyak lagi asbab suka ajak saya breakfast gather-gather :)
Bersama teman-teman yang baik pada Majlis Anugerah Kecemerlangan sekolah. Ingat, terima sesiapa sahaja seadanya.Hargai kelebihan rakan dan terima kekurangan mereka kerana kita juga banyak kekurangan yang belum dapat dibaiki lagi
Semoga semua teman-teman saya di sekolah juga dapat terima kekurangan saya
Kita tidak kan mampu nak memuaskan hati semua orang. Selagi kita berlapang dada, InshaAllah semuanya akan baik-baik sahaja
Selagi kita hormati privasi teman sekerja, selama itulah kita akan berasa tenang dan selamat. Jaga lisan dalam berbicara, jika salah atau tersilap menutur kata, segera minta maaf. Hidup ini terlalu singkat untuk kita saling bermusuh atau bersengketa.
Di sekolah, saya bukanlah guru hebat yang boleh dicontohi dengan kepakaran yang terbaik.Saya cuma kadang-kadang menjadi " Emcee di sekolah Kampung ".haha. Jika ada rakan yang hantar mesej minta saya menjadi emcee untuk majlis yang dianjurkan, saya suka terima. Saya cuma fikir, depa harapkan pertolongan atau bantuan saya.Jika tidak, pasti mereka cari guru lain. Tambahan lagi sekolah saya ramai guru berbakat boleh menjadi emcee yang terbaik. Perasaan dapat tolong rakan yang memerlukan memang heaven ya.
Pengajaran Tahun 2025 Paling BermaknaMacam saya sebut sebelum ini, tak mungkinlah dalam hidup ini tiada masalah yang kita hadapi kan.Semua orang ada masalahnya sendiri, hanya cara kita menghadapi dan menyelesaikan masalah sahaja yang berbeza.
Antara pengajaran yang saya perolehi ialah :Kalau nak bersyukur, tak payah tunggu semuanya sempurna.Mana yang ada depan mata, syukurilah sebanyaknya.Allah janji, siapa yang bersyukur, DIA akan tambah lagi rezeki untuknya.Terima kekurangan suami, anak, rakan, majikan atau sesiapa sahaja yang kita berurusan dengannya dengan seadanya dan sabar.Kita juga ada setimbun kekurangan yang orang lain nampak. Berlapang dada dengan semua kekurangan.Kalau ada kesempatan bergaduh atau bertengkar hal kecil atau besar, pilihlah untuk bertenang.Lain orang lain cara berfikir dan menyelesaikan masalah.Kalau itu bukan urusan kita, kita move on sahaja. Jangan nak tahu semua hal yang bukan urusan kita.Bersahabat dan berkawan dengan sesiapa yang nak berkawan dengan kita.Tak payah paksa diri untuk diterima oleh semua orang. Sebagai orang dewasa, kena matang dan faham bahawa, tak payah kecil hati atau merajuk jika kawan tak ajak lepak sesama, tak ajak pakai baju sedondon, tak bagitahu good news dan lain-lain. Kita bahagia dengan cara hidup kita, cukup.Hormati privasi orang lain.Mungkin dia rapat dan baik dengan kita.Tapi tidak semua benda dia nak kongsi dengan kita.Benda yang member tak cerita kat kita, jangalah sibuk bertanya.Kalau buat salah atau tersilap kata, cepat-cepat mintak maaf. Sebaiknya jangan sampai lisan kita menyakitkan hati sesiapa.Kesan lisan yang menyakitkan hati ini, ada masanya sangat dalam ya. Mungkin bertahun baru sembuh.Yang terakhir, selalu letak dalam mindset kita, ALLAH DULU BARU KAMU. Saya sedang perbaiki diri untuk jadi lebih baik pada tahun-tahun mendatang. Semoga Allah mudahkan bagi saya dan kita semua meraih redho dan SyurgaNya bersama-sama pasangan, ibu bapa, anak, ahli keluarga dan sahabat handai yang kita kasihi.aamin.
Cik Matahariku,Terima Kasih 2025, semoga 2026 hadir dengan khabar-khabar baik, yang lebih manis, lebih bahagia, lebih rezeki dan lebih barokah.aamin.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikmatahariku.blogspot.com/2026/01/2025-bukan-tahun-sempurna-tetapi-cukup.html