4 Beranak Hidup Susah Di Pondok Usang Dibantu Jiran India Tokong



JOHOR BAHRU: Jiran India masakkan makanan setiap hari, pengurusan tokong bantu sediakan bekalan elektrik dan air

Itu antara bantuan diterima Muhamad Farid Ibrahim bersama isteri dan dua anaknya yang mendiami sebuah pondok buruk di Jalan Lumba Kuda di sini, berikutan kesusahan hidup akibat tidak dapat bekerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan

Keadaan itu membuktikan hakikat betapa sebilangan besar rakyat Malaysia sebenarnya sentiasa bersedia membantu orang lain yang berada dalam kesusahan tanpa mengira latar belakang kaum atau agama

Menceritakan masalah dihadapinya, Muhamad Farid berkata, dia terpaksa membawa keluarganya menumpang pondok kecil yang sempit dengan keadaan dinding sudah reput itu selepas tidak mampu membayar sewa bilik RM500 sebulan

Katanya, menyedari keadaan pondok yang usang dan daif dikelilingi semak itu, pengurusan tokong berhampiran tampil menyediakan bekalan elektrik dan air secara percuma kepada mereka

Dia yang berasal dari Kelantan berkata, disebabkan langsung tidak mempunyai wang simpanan, dia sekeluarga termasuk anak berusia sembilan dan 16 tahun kerap kelaparan


Mujur nasib menimpa keluarga itu mendapat simpati jiran berdekatan, D. Rajamohan yang kerap menyediakan makanan untuk mereka

“Memang susah sangat-sangat sampai tidak tahu hendak minta tolong siapa. Satu bulan kami makan di rumah Uncle Babu (Rajamohan), isterinya tolong masakkan tiga kali sehari

“Selepas makan, kami mahu balik, Uncle Babu kerap kata tidak perlu balik ke pondok kerana anak tidak selesa, tetapi saya malu untuk tinggal di rumahnya

“Walaupun dia bangsa lain, saya lain, Uncle Babu tidak kisah dan tetap tolong... dia kata tolong orang paling penting. Saya tak kisah untuk petik pucuk ubi dan korek ubi untuk direbus, namun Uncle Babu tetap beri 10 kilogram beras dan lain-lain," katanya yang sebelum ini bekerja sebagai mekanik

Dia sebelum ini mencuba pelbagai usaha untuk mencari wang termasuk mencagarkan telefon bimbitnya

Sementara itu, isterinya, Siti Zaleha Ismail turut menyatakan kebimbangan dengan keadaan kawasan pondok itu yang semak dan mungkin mengundang haiwan berbisa, selain keselamatan anak perempuan mereka yang sedang meningkat remaja

"Keadaan rumah macam ini, orang lalu lalang, kita ada anak dara, kalau tidak ada anak dara tidak kisah

“Kalau ada apa terjadi, dia perempuan... itu yang saya bimbang,” ujarnya

Zaleha turut berharap dua anaknya dapat bersekolah kerana tidak dapat mendaftarkan persekolahan mereka tahun ini disebabkan kekangan kewangan

Masalah mereka turut mendapat perhatian kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) yang menyalurkan bantuan dengan segera.
Ketua Penolong Pengarah MAINJ, Khairul Nizam Mat Said berkata, pihaknya dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ) Bahagian Perumahan telah mendapatkan satu unit rumah pangsa di Taman Cendana, Pasir Gudang untuk keluarga itu

"MAINJ akan membantu mendapatkan rumah di Taman Cendana itu dan urusan sewa selama dua tahun serta deposit akan diuruskan oleh kami serta SUK Perumahan

"Kita akan pastikan keluarga ini mendapat bantuan sewajarnya dan hidup dalam keadaan selesa," katanya yang turut menyerahkan bantuan segera RM500

Sebelum ini, Muhamad Farid telah ditawarkan pekerjaan oleh Econsave sekiranya dia mendapat kediaman berdekatan dengan salah satu cawangan pasar raya terbabit

Sumber: Astro Awani

from Sehinggit Media https://ift.tt/3dlx5R7
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/05/4-beranak-hidup-susah-di-pondok-usang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ustaz Ebit Menangis Tengok 6 Beranak Tinggal Dalam Pondok Anak Pula Baik Pandai

Ustaz Ebit Menangis Tengok 6 Beranak Tinggal Dalam Pondok Anak Pula Baik Pandai

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 527 hits
Enam beranak yang menghuni pondok buruk dalam kebun getah di Kampung Air Kembai Mukim Kupang di Baling menarik nafas lega apabila bakal menerima rumah baharu lebih selesa Ramadan ini Megat Noor Asyeqi Megat Hussin 36 berkata dia terpaksa be...
Hidup Susah Sara 9 Anak 4 Cacat Tanpa Punca Pendapatan

Hidup Susah Sara 9 Anak 4 Cacat Tanpa Punca Pendapatan

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 579 hits
Dengan 9 anak yang perlu dijaga 4 daripadanya cacat hidup sudah sedia sukar bagi bekas pembantu jururawat Suhaily Ramli ketika krisis Covid 19 menyebabkan suaminya yang berniaga di pasar malam hilang punca pendapatan Suhaily 44 suaminya yan...
Rupanya Nak Beranak Lagi Patutlah Susah Nak Lepaskan Barang Ank Abby Muat Naik Foto Ank Baru Buat Warganet Teruja

Rupanya Nak Beranak Lagi Patutlah Susah Nak Lepaskan Barang Ank Abby Muat Naik Foto Ank Baru Buat Warganet Teruja

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 429 hits
Pelakon Abby Abadi memberi bayangan yang dia sedang mengambil seorang anak angkat yang baru lahir untuk dijaga Bayi yang tidak didedahkan jantinannya itu dibawa baik ke rumahnya sejak semalam Assalamualaikum Morning Salam Corona Mama berpan...
Wanita Gali Kubur Sendiri Selepas Ditanam Hidup Hidup Oleh Jiran

Wanita Gali Kubur Sendiri Selepas Ditanam Hidup Hidup Oleh Jiran

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 402 hits
Seorang wanita yang berusia 57 tahun dari Ukraine baru baru ini telah menjadi tajuk utama berita antarabangsa kerana selamat daripada serangan kejam jirannya yang mabuk Mangsa didakwa telah dipukul selama berjam jam dan kemudian ditanam di ...
Semua Kutuk Hina Kami Wanita Imbas Kembali Keadaan Waktu Dia Suami Hidup Susah

Semua Kutuk Hina Kami Wanita Imbas Kembali Keadaan Waktu Dia Suami Hidup Susah

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 955 hits
Sesungguhnya kehidupan suami isteri ada ujiannya tersendiri Susah atau senang kehidupan berumah tangga ia tetap satu dugaan yang menguji keimanan serta tahap kesabaran kita Isteri ini berkongsi bagaimana dia dan suaminya mengharungi kepayah...
Empat Beranak Dua Penyewa Kongsi Diami Rumah Usang

Empat Beranak Dua Penyewa Kongsi Diami Rumah Usang

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 479 hits
MELAKA TENGAH Siapa sangka dalam sebuah rumah usang yang bumbungnya hampir menyembah bumi di Bandar Kaba di sini didiami empat beranak bersama dua penyewa lain iaitu seorang ibu tunggal dan seorang saudara baharu Effandi Abdul Rahim 50 yang...
Area Baru Pemakaman Korban Covid 19 Di Tpu Pondok Ranggon

Area Baru Pemakaman Korban Covid 19 Di Tpu Pondok Ranggon

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 317 hits
Area Baru Pemakaman Korban Covid 19 di TPU Pondok Ranggon Lahan khusus pemakaman korban Covid 19 yang berlokasi di blok AA 1 sudah penuh sehingga pemakaman jenazah baru dilakukan di lahan sekitar BLAD 115
Project Lunark Adalah Pondok Kediaman Untuk Di Bulan Yang Menggunakan Tenaga Solar

Project Lunark Adalah Pondok Kediaman Untuk Di Bulan Yang Menggunakan Tenaga Solar

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 329 hits
Pada tahun 2024 NASA akan kembali dengan misi untuk manusia mendarat di bulan Oleh itu pelbagai persediaan akan dilakukan bagi memastikan angkasawan yang menjalankan misi ini akan selamat dan selesa apabila berada di sana Salah satu syarika...
Mengembalikan Jiwa Yang Hilang Di Pondok Pesantren Daarut Tasbih

Mengembalikan Jiwa Yang Hilang Di Pondok Pesantren Daarut Tasbih

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 267 hits
Mengembalikan Jiwa yang Hilang di Pondok Pesantren Daarut Tasbih Pondok pesantren yang terletak di Kota Bumi Tangerang ini merupakan salah satu pesantren yang mendidik sekaligus mengobati orang dengan gangguan jiwa
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi