Terima Kasih Ustaz Ebit Keluarga Tinggal Di Rumah Usang Seronok Dapat Pindah Rumah
ALOR SETAR: “Terima kasih kerana bantu keluarga kami, hanya Allah mampu membalas jasa Ustaz Ebit,” kata Jamaliah Rejab, 54
Jamaliah adalah isteri kepada pesakit strok, Ishak Darus, 77, yang berjaya dipujuk pendakwah, Ustaz Ebit Lew untuk berpindah ke kediaman baharu lebih selesa di Lorong Fajar, Jalan Sultanah di sini, kelmarin
Jelasnya, beliau dan keluarganya bersyukur dapat mendiami rumah yang lengkap dengan kemudahan air dan elektrik berkenaan, terutamanya menjelang Ramadan, Jumaat ini
“Memang kami seronok dapat berpindah dari rumah lama yang sudah rosak dan bocor terutama cucu yang dapat bermain di kawasan sekitar rumah ini
“Saya anggap segala yang berlaku ada rahmatnya, malah suami yang dimasukan ke hospital juga sudah dibenarkan keluar hari ini (semalam) selepas keadaannya didapati stabil,” katanya ketika ditemui petang semalam
Jamaliah berkata, sebelum ini keluarganya bukan tidak berusaha mencari rumah lebih elok di sekitar bandaraya ini, namun gagal kerana tidak mampu membayar sewa yang tinggi
“Kami memang mendapat bantuan kerajaan setiap bulan dan wang itu habis diguna bagi membeli makanan selain ada juga menerima sumbangan orang ramai
“Malah kerajaan juga ada menawarkan kami berpindah ke rumah flat, tetapi terpaksa ditolak kerana lokasinya yang agak jauh selain cucu saya pula ramai,” katanya
Ditanya mengenai persiapan menyambut Ramadan, Jamaliah berkata, tiada apa persediaan dilakukannya kerana mereka baharu berpindah dan masih bergantung kepada bantuan bagi meneruskan hidup
Kelmarin, tular di media sosial apabila Ustaz Ebit Lew menziarahi Ishak yang terlantar akibat strok bersama keluarganya tinggal di rumah usang di Lorong Gedebang, Jalan Langgar, kerana tidak mampu menyewa di tempat lain
Mereka didapati tinggal berhimpit dengan lantai beralaskan tikar getah, dinding kayu reput dimakan anai-anai, malah sebahagian bumbung zink berlubang
Sumber: BH Online
from Sehinggit Media https://ift.tt/2xOawW6
via Merah Hati Cintaku
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/04/terima-kasih-ustaz-ebit-keluarga.html