
1 Mei 2020 - Kecoh apabila kisah seorang pelajar UTM Skudai yang sedang mengikuti program Ph.D dalam jurusan kejuruteraan awam balik ke kampong halamannya di Malan, Dangi diviralkan oleh pemandu kenderaan IPD yang menghantar beliau balik malam tadi. Pelajar tersebut, Maznah Binti Ismail yang terkandas dalam kampus sejak penularan wabak Covid 19 dibenarkan balik ke kampong bersama pelajar lain selepas larangan PKP dilonggarkan oleh Kerajaan.Tinggal bersama dalam khemah usang itu ialah Abang kandungnya, Radzuan bin Ismail bersama isteri dan 6 orang anak beliau. Radzuan bekerja di Kilang Sawit di Batu 10, tidak mampu mendirikan rumah baharu. Gajinya hanya RM1200 sebulan sedangkan beliau terpaksa menyekolahkan enam orang anak. Anaknya yang sulung berusia 22 tahun sedang belajar di UIA, Gombak.Dengan tersebarnya berita mengemparkan ini, YTM Dato' Hj. Muhammed Bin Hj. Abdullah, Undang Luak Johol telah meminta Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Undang Johol untuk meninjau keadaan sebenar dan ingin mendapat laporan terperinci mengapa Maznah dan abang beliau sekeluarga terpaksa tinggal di dalam khemah begitu rupa. YTM juga telah mengirim sedekah peribadi dan sedikit barang keperluan asas harian
Untuk makluman, Radzuan (sebelum itu Maznah) telah memohon untuk mendapat sebuah rumah PPRT daripada pihak berwajib. Malangnya, permohonan tersebut tidak menjadi kenyataan sehingga ke hari ini|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |