Elak Celup Picagari Sama Dalam Botol Ubat Kalau Nak Anak Cepat Sihat


Bila anak makan ubat tapi masih tak elok, mesti bersebab. Haa ini memang cukup merisaukan. Sebelum nak risau, ibu bapa kena tahu mungkin ada kesilapan yang kita terlepas pandang sebelum ini. Berdasarkan perkongsian dari Facebook Tengku Wdec, sekurang-kurangnya memberi satu ilmu baru kepada ibu ayah di luar sana.
Antara perkongsiannya adalah:
Sumpah selama ni tengku tak tahu. Tengku dan suami bagi ubat dekat anak macam orang lain bagi jugak. Ambik picagari tu cucuk dalam botol ubat. Tarik. Suap kat anak. Lepas tu cucuk balik dalam botol lain. Rupanya salah.
Sampailah one day anak bongsu kami demam, batuk plus selsema. So bawak ke klinik swasta dekat bandar Dungun ni.
Masuk dalam bilik doktor. Tengku cakap anak kami no 2 ni senang sangat sakit. Selalu demam, batuk dan selsema. Tak macam si abang.
Bila doktor check katanya paru-paru Rifky ‘basah’. Memang masa tu dia bernafas bunyi macam kahak dalam. Macam asma pun ada. Then doktor terangkan kenapa jadi camtu. Dia cakap sebab susukan anak sambil tidur. Bila anak sendawa dalam posisi baring. Susu automatik akan masuk dalam paru-paru dia. Benda ni memang susah nak elak. Masalah ni akan jadi berulang-ulang sampailah anak dah besar dan pandai makan minum sendiri sambil main. Means dah bercerai susu.

Oohhhh…maka terhangguk-hangguklah kepala kami. Baru aku tahu. Rasa macam kurang ilmu masa tu.
Lepas tu tiba-tiba doktor tanya. “Biasa bagi ubat kat anak macam mana?” Suami tengku dah buat muncung panjang hala ke tengku. Sebab bab suap ubat kat anak memang keje tengku.
“Suap macam biasa la doktor. Pakai cucuk ubat tu. Celup tarik”. Doktor tu senyum. “Salah tu…..”
Macam ni caranya. Doktor terangkan kat kami satu-persatu. Lagi sekali ooooo…baru aku tahu.
Nak tahu caranya? Follow gambar ok. Senang je. Perasan tak selama ni ubat cair biasanya ade penutup transparent kat atas dia tu. Penutup tu ada gunanya. Bukan hiasan tau.
Ini cara yang doktor tu ajar ye. Setiap kali nak ambik ubat. Tuang ubat masuk dalam penutup tu dulu. Sikit-sikit atau boleh ikut nombor kat penutup tu. Lepas tu baru tarik pakai picagari.

Kalau ada yang lebih WAJIB BUANG. Jangan masukkan balik dalam botol. Dan jangan sesekali main CELUP-CELUP PICAGARI dalam botol ubat.
Contoh: celup dlm botol ubat pertama. Bagi anak. Lepas tu guna picagari yang sama tanpa basuh bersih, celup lagi botol ubat kedua.
Ni lebih kepada step untuk kebersihanlah. Kalau anak dah besar boleh bagi dalam penutup tu terus. Macam Rifky kecik lagi. Jadi tengku pakai picagari. Nanti dah pakai basuh bersih.
Doktor tu kata once u celup-celup macam tu. Ubat tu dah takde fungsi dalam badan anak. Zero. Manfaat ubat tu dah hilang. Ibarat macam bagi air gula jelah kat anak. Yang mana you dah celup tu balik nanti buang. Simpan ubat baru ni. Ubat klinik i ni kalau u buat macam i ajar tadi. Boleh tahan 9 bulan dalam peti. 9 bulan luar peti. Kecuali antibiotiklah. Sebab yang tu tempoh singkat.

Maknanya kalau nak pakai picagari pun boleh. Tapi kalau 3 ubat. Sediakan 3 picagari. 1 ubat 1 picagari. Baru tak bercampur. Kalau nak pakai 1 picagari pastikan basuh bersih sebelum celup.
Memang terkejut. Anak dah 2 baru tahu. Adoi. Tapi takpelah. Baik lewat dari tak tahu langsung kan. Alhamdulillah ilmu baru. Malam tu buat misi clearkan ubat cair anak dalam peti yang dah berzaman tu. Cehhh..takde manfaat rupanya. Buat semak je.
Tengku tak sure maybe orang lain akan bagi pendapat berbeza. Ini ilmu yg kami dapat beberapa minggu lepas.
So sekarang dah tahu kan? Tepuk dahi ke idok?? Sesamalah kite ye. Tunggu ape lagi. Yang mana ubat dah berpuluh kali celup dalam peti korang tu boleh ler buang. Kesian kat anak.
#sharing#carabagiubatdekatanak#parenting
P/s : please..sebelum komen baca dulu sampai betul2 faham. Jangan sensitif sangat. Point kat sini ialah tengku share cara yang seorang doktor berpengalaman kongsi dengan tengku. Jadi kalau korang lebih suka cara lain silakan.
Nak celup pakai picagari je. Lepas tu basuh bersih then celup lagi. BOLEH.
Nak tuang dalam penutup tu lepas tu bagi macam tu je. Tak payah pakai picagari. BOLEH.
Nak pakai 1 ubat 1 picagari. BOLEH.
Terpulang…..asalkan ubat tak bercampur dengan benda asing.
Gambar ubat antibiotik tu contoh sahaja. Sebab gambar tu je yang sempat ambik. Diulangi CONTOH. Kalau tak letak gambar nanti ade yang tak faham. Take note ye. Ubat antibiotik kena habiskan. Jadi boleh ambik pakai picagari terus. Sebab nak elakkan dari membazir. Nanti tak berkesan kat anak.
Pasal jangka hayat ubat tu. Itu yang doktor tu bagitau. Ada yang cakap tak betul. Wallahhua’lam. Mungkin lain pengeluar dan jenis ubat lain tempoh hayatnya. Boleh refer mereka yang pakar.
The post Elak Celup Picagari Sama Dalam Botol Ubat Kalau Nak Anak Cepat Sihat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/elak-celup-picagari-sama-dalam-botol-ubat-kalau-nak-anak-cepat-sihat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Anak Pandai Ibu Pun Ajar Sama Jangan Harapkan Cikgu Semata Mata

Nak Anak Pandai Ibu Pun Ajar Sama Jangan Harapkan Cikgu Semata Mata

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 1240 hits
Tertarik untuk menemu ramah ibu ini kerana teruja melihat usahanya menghiasi salah satu bilik di rumah sebagai ruang pembelajaran anaknya di salah sebuah grup mengemas di Facebook Susun aturnya terletak kemas dan ditanda agar memudahkan ana...
Nak Anak Cepat Membaca Kita Pun Kena Membaca Depan Dia

Nak Anak Cepat Membaca Kita Pun Kena Membaca Depan Dia

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 514 hits
Ujian hati sebenarnya Abg Qi baca buku di dapur tika ini juju sedang asyik masak nasi goreng kegemaran dia nampak tak aku umpan dia nak makan kena ikut peraturan baca 2 cerita pendek kadang kadang Abg Qi pujuk Umi nak rehat satu cerita je b...
Mama Jangan Cepat Bebel Bila Anak Tak Fokus Mudah Mengamuk Beri Anak Kita Masa Otaknya Tak Sama Dengan Kita

Mama Jangan Cepat Bebel Bila Anak Tak Fokus Mudah Mengamuk Beri Anak Kita Masa Otaknya Tak Sama Dengan Kita

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 396 hits
Berbuih mulut mama suruh buat itu dan ini bagi arahan untuk mandi dan uruskan diri sendiri tapi anak buat buat tak dengar saja Geram dan naik darah juga ibu dibuatnya Kalau sekali mungkin tak mengapa tapi berkali kali Ibu mana yang boleh be...
Tips Nak Elak Rasa Cepat Marah Pada Si Kecil Boleh Tiru Cara Ibu Ini

Tips Nak Elak Rasa Cepat Marah Pada Si Kecil Boleh Tiru Cara Ibu Ini

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 361 hits
Banyak perkongsian tips keibubapaan mengajar ibu ayah supaya kurangkan rasa marah pada anak kecil Tapi majoriti yang bergelar ibu bapa mesti akan marah pada anak anak bila mereka buat nakal Itu memang tindakan normal kan Biasanya lepas mara...
Anak Asyik Tak Sihat Mama Mesti Lakukan Cara Ini Barulah Tak Kerap Makan Ubat

Anak Asyik Tak Sihat Mama Mesti Lakukan Cara Ini Barulah Tak Kerap Makan Ubat

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 667 hits
Tentunya ibu bapa yang mempunyai anak anak kecil ingin mengetahui cara untuk meningkatkan imun badan anak Ada yang akan cuba buat pelbagai cara untuk memastikan antibodi anak kuat dan tidak mudah sakit Bagaimanapun ada juga anak anak yang s...
Nak Elak Indius Ibu Bagi Tarikh Period Salah Tak Sedar Nyawa Anak Dalam Bahaya

Nak Elak Indius Ibu Bagi Tarikh Period Salah Tak Sedar Nyawa Anak Dalam Bahaya

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 337 hits
Tarikh hari pertama haid terakhir sangat penting untuk menentukan usia kandungan dan tarikh jangkaan bersalin Namun mungkin kerana kesedaran yang kurang ada ibu yang bertindak memberikan tarikh yang dilewatkan sehingga dua minggu bagi menge...
Macam Macam Dugaan Ibu Nak Bersalin Bila Anak Keluar Copy Paste Muka Ayah

Macam Macam Dugaan Ibu Nak Bersalin Bila Anak Keluar Copy Paste Muka Ayah

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 333 hits
Lucunya apabila ibu mengandungkan anak kemudian diuji dengan macam macam masalah sepanjang kehamilan tetapi bila keluar si manja itu mengikut acuan ayahnya Itulah yang terjadi kepada pelantun lagu Be Mine Tasha Manshahar yang buat pertama k...
Gigi Susu Cepat Rosak Beri Kesan Untuk Anak Bercakap Dan Kunyah Makanan

Gigi Susu Cepat Rosak Beri Kesan Untuk Anak Bercakap Dan Kunyah Makanan

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 416 hits
Penjagaan gigi susu tidak boleh dipandang ringan dan perlu dititikberatkan oleh ibu bapa dan anak itu sendiri Ia adalah asas kepada kesihatan mulut dan gigi kekal sebaik kanak kanak menginjak ke usia remaja dan memasuki alam dewasa Sekirany...
Nak Mandikan Anak Pun Kena Berjengket Sebab Ibu Masih Terlalu Muda Kisah Menyayat Hati Mangsa Pedofilia

Nak Mandikan Anak Pun Kena Berjengket Sebab Ibu Masih Terlalu Muda Kisah Menyayat Hati Mangsa Pedofilia

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 325 hits
Pedofilia adalah satu masalah psikologi yang dihidapi oleh seorang individu dewasa atau remaja yang lebih tua di mana mereka lebih tertarik secara seksual terhadap kanak kanak Masalah ini adalah sangat serius dan jenayah pedofilia ini juga ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025