Nak Anak Cepat Membaca Kita Pun Kena Membaca Depan Dia


Ujian hati sebenarnya, Abg Qi baca buku di dapur tika ini, juju sedang asyik masak nasi goreng kegemaran dia, nampak tak aku umpan dia, nak makan kena ikut peraturan, baca 2 cerita pendek, kadang-kadang Abg Qi pujuk "Umi, nak rehat, satu cerita je boleh lah" hahaha (aku ni bab orang pujuk aku cair cepat hahahahaha 😂
Aku tahu, semua ibu bapa nak yang terbaik buat setiap cahaya mata mereka, termasuk aku. Tapi tidak bermakna aku tidak hargai kegagalan si dia. Aku selalu melihat, setiap kegagalan, setiap sesuatu dengusan malas, setiap langkah pertama adalah satu fasa dalam meniti apa itu nikmatnya KEJAYAAN.
Aku juga sebegitu dulu, kerja sekarang sekadar boleh menampung hidup. Tapi aku ada satu  amanah penyambung warisan, sebolehnya aku nak usaha dia dapat didikan sempurna seperti abah mama berikan kepada aku dulu. 
Tidak lupa juga belajar apa itu erti kesusahan, detik merasai kesusahan itu akan meninggalkan dalam diri seorang anak 'dia ingat sampai ke tua' ya macam itulah aku rasa, aku ingat masa aku susah tak ada duit langsung nak makan kat sekolah, melangguk melihat orang lain makan. 
Tapi aku ada impian, ada cita-cita, aku nak pekerjaan normal dan nak duit banyak, nak duit banyak aku kena bijak menabung, ikat perut, ikat nafsu, pakai kereta biasa sahaja, tapi dahulu itu sudah berlalu, aku sekarang menikmati dari kesusahan dulu. Dulu masa kecil cita-cita mendahului haha, yelah nak jadi itu dan ini tapi Allah acu hidup kita ikut kesesuaian yang kita boleh bawa sebenarnya. Aku syukur apa aku ada. 
Satu je yang aku perasan, semakin menginjak umur di hadapan...aku nampak pengalaman itu sangat menyuburkan sesuatu yang aku tak jangka. Aku selalu ulang kali cakap, "Aku pernah sebak melihat dia tak tahu membaca langsung di usia awal 6 tahun" sejak hari itu aku insaf dan aku kena bantu anak aku sesegera mungkin.Komik terbaru Abg Qi, juju beli dekat MPH ada promosi di Medan Mara baru-baru ini, nanti aku cerita lain entry buku apa aku beli untuk diri sendiri. 
Aku jarang membaca di rumah, tapi tahun ini aku kena bawa balik paling tidak satu buah buku motivasi untuk aku baca letak bawah bantal. 

Setiap kali aku nak ulit Abg Qi tidur, aku keluarkan buku baca sambil baring. Eh baca sambil baring pun sudah 16 muka surat tau sekali hadap, setiap kali hadap Abg Qi akan rapatkan kepala dia dengan kepala juju, dia tumpang baca dalam senyap. Nak tahu Abg Qi sekarang di tahap mana klik SINI 

Nampak?
Penekanan dalam senyap aku buat, aku tak minta dia baca buku pun waktu tidur dia, tapi aku ajak dia dalam senyap bahawa membaca itu di mana-mana sahaja hatta di dapur pun julia suruh dia duduk di kerusi dan membaca. Bila kita membaca paling tidak sekejap pun cukup beri kesan mendalam dalam otak si anak, bahawa ada contoh dia ingat sampai bila-bila dia kena ikut. Ehh seronok tau jadi ibu ayah ni, ada pengikut setia...siapa?

Anak!

Kedua, aku nampak baru-baru ini dia guna hasil duit sekolah dia beli komik di sekolah. Kadang-kadang ada jualan buku, komik dia beli dua ke tiga buah semua bersandarkan angan-angan dia nak jadi apa hahaha, ye aku pernah berada di situasi Abg Qi, berangan dan terus hanyut perasaan seronok tu. 

Nak jadi macam-macam sambil baca komik doraemon pun boleh berangan nak pi oversea guna pintu doraemon, alih-alih aku dah dewasa, kerja sendiri hasil tabungan aku berjaya ke luar negara paling jauh dah sampai Bangkok dan Jakarta serta Bandung...see, siapa cakap angan-angan mat jenin. Jadi kenyataan gak akhirnya! 

Jangan menidakkan angan-angan si anak. 
Aku dulu pernah tak setuju angan-angan Abg Qi, dia nak jadi bomba...aku selalu cakap bomba je ke? Cita-cita lain tak nak?

Ish aku cepat-cepat tersedar, pekerjaan seorang bomba tu aku lihat dari satu sudut "MEMBANTU". Kalau ikut umur Abg Qi 6 tahun lebih mana dia tahu sangat skop pekerjaan abg bomba ye dak, aku tahu dia suka nak jadi bomba sebab melihat baju seragam, melihat kesungguhan nak padam api, bila dapat padam api dia rasa itu kejayaan. 

Ohhh, bijaknya anak-anak kecil korang tu tau, tu sebab kalau dia membaca buku, biarkan dia berfantasi. Asalkan tidak merepek jauh sangat, kawal secara tidak menyekat perkembangan fikiran mereka. 
Aku hampir nak ambil buku komik ni dulu, tapi aku letak balik, semua okey ada gambar kartun cerita, tapi bab solat ini dia dah biasa buat, bab alpa solat tu biasa kena motivasi sikit puji sikit, so aku beli Misi Angkasa.
Komik, ehh tak eloklah!
Ya, aku benarkan Abg Qi baca komik. Aku rasa aku kena ikut mood budak kecik ni, tak boleh nak strict sangat bacaan pun, kena ada sense of enjoy reading baru melekat lama nak rajin membaca kan. 

Kenapa aku pilih MISI ANGKASA?
Aku buat fast reading, tulisan dia baik, di tulis betul-betul, tak ada ayat singkatan, ada pengisian setia kawan, ada semangat kerja berpasukan, ajar diri anak tepati masa, penggunaan kosa kata lain dari yang lain.
Ulat sutera jumpa longgokan daun, mana mungkin tak jamu mata ye dak, aku pantang tetiba tak rancang nak pergi tempat tu tetiba ada book fair, MPH plak tu, member sale plak tu...kat sini je dah nak dekat sejam habiskan masa...hawau betul si ulat buku haha

ehhhh bagus ni...mana nak jumpa komik motivasi? Dulu zaman julia tak ada pun...sekarang aku bagi abg Qi baca lepas balik sekolah, baca kuat-kuat sebab umi pun nak dengar sama hahaha. 

Nampak tak, bila kita rewards apa dia suka secara diam, dia peluk aku kuat-kuat...Allah, jujurnya hati anak-anak ni kan...aku plak sebak...komik je pun Abg Qi, peluk tak nak lepas umi siap wish terima kasih umi...

Sama-sama!

Aku dah bertahun ikut Harith Faisal, tak sangka depan mata aku jumpa buku dia gilerrrr tak boleh tidur malam membaca hahaha gian!
Nanti aku kongsikan buku biru aku beli ni tau, tak sabar nak sambung baca lagi, kisah mantap kewangan, haaa suka tak?

Kalau suka ikut rapat juju, kalau juju malas update sila pm tepi, kita kasi dia minum kopi sebaldi hahaha 😝

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.juliajohari.com/2019/07/nak-anak-cepat-membaca-kita-pun-kena.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Celup Picagari Sama Dalam Botol Ubat Kalau Nak Anak Cepat Sihat

Elak Celup Picagari Sama Dalam Botol Ubat Kalau Nak Anak Cepat Sihat

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 454 hits
Bila anak makan ubat tapi masih tak elok mesti bersebab Haa ini memang cukup merisaukan Sebelum nak risau ibu bapa kena tahu mungkin ada kesilapan yang kita terlepas pandang sebelum ini Berdasarkan perkongsian dari Facebook sekurang kurangn...
Orang Lain Nak Dapat Anak Susah Kita Anak Depan Mata Selalu Kena Marah

Orang Lain Nak Dapat Anak Susah Kita Anak Depan Mata Selalu Kena Marah

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 255 hits
Cepat je rasa nak marah anak Tak kena sikit anak anak terus jadi mangsa Ini antara situasi ibu hari ini kerana terlalu stres dengan kerja dan dalam masa sama menguruskan anak Perlu diketahui emosi yang bercelaru badan penat kepala serabut a...
Semasa Proses Perkembangan Kanak Kanak Mana Satu Nak Dimulakan Dulu Diantara Bercakap Membaca Dan Menulis

Semasa Proses Perkembangan Kanak Kanak Mana Satu Nak Dimulakan Dulu Diantara Bercakap Membaca Dan Menulis

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 556 hits
Di antara membaca bercakap dan menulis mana satu nak dimulakan dulu 1 Bercakap Usia KRITIKAL 0 2 tahun Inilah elemen paling penting dlm kehidupan seorang manusia Bercakap penting utk kita berkomunikasi tentang pemikiran dan perasaan kita su...
Anak Masa Kecil Je Penat Nak Jaga Dah Besar Nanti Kita Rindu

Anak Masa Kecil Je Penat Nak Jaga Dah Besar Nanti Kita Rindu

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 311 hits
Menjadi seorang ibu adalah momen terindah Tidak terasa masa berlalu cahaya mata yang dulu masih kecil kini semakin membesar Menjaga dan mendidik anak yang masih kecil memerlukan komitmen tinggi Penat yang dirasakan masa anak masih kecil pas...
Nak Anak Berjaya Macam Dato Dr Sheikh Muszaphar Kena Bertindak Sekarang

Nak Anak Berjaya Macam Dato Dr Sheikh Muszaphar Kena Bertindak Sekarang

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 360 hits
Sebagai ibu bapa yang menitik beratkan soal pendidikan anak anak sudah tentu anda mahukan yang terbaik buat mereka Kanak kanak sekarang sudah semakin maju Mereka mempunyai cita cita sedari kecil dan sebagai ibu bapa yang prihatin anda sehar...
Jangan Cepat Kasihan Pujuk Masa Anak Mengamuk Hati Mak Ayah Kena Keras

Jangan Cepat Kasihan Pujuk Masa Anak Mengamuk Hati Mak Ayah Kena Keras

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 471 hits
Ramai ibu bapa tak tahu cara tangani perilaku anak anak Mereka tak tahu apa perlu dilakukan terutamanya bila anak tunjuk tantrum ketika di tempat awam atau di majlis keramaian Tantrum adalah cara anak anak mengambil perhatian kita dan membe...
Tunggu Ibu Di Syurga Ye Nak Luluh Hati Ibu Anak 8 Bulan Maut Didakwa Lemas Dalam Baldi Di Pusat Jagaan

Tunggu Ibu Di Syurga Ye Nak Luluh Hati Ibu Anak 8 Bulan Maut Didakwa Lemas Dalam Baldi Di Pusat Jagaan

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 352 hits
Dalam kehidupan ini penuh dengan cabaran dan ujian hidup Tambah tambah lagi bila kita dengar tentang pemergian orang yang paling disayangi Pastinya keperitan dan kesakitan yang dirasai akan membuatkan satu dentuman yang kuat bagai halilitar...
Nak Anak Fasih Berbahasa Inggeris Cuba Buat 5 Tip Mudah Ini

Nak Anak Fasih Berbahasa Inggeris Cuba Buat 5 Tip Mudah Ini

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 427 hits
Mesti ramai ibu ayah nak anak fasih berbahasa Inggeris kan Kata orang hati kanak kanak ini terang Mereka mudah ingat dan cepat menghafal Ramai ibu bapa yang mula mendedahkan anak anak mereka dengan bahasa Inggeris sejak kecil lagi Anak keci...
Boleh Meluncur 4kaki Saat Nak Ajar Anak Berjalan Tak Payahlah Pakai Walker Bahaya

Boleh Meluncur 4kaki Saat Nak Ajar Anak Berjalan Tak Payahlah Pakai Walker Bahaya

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 309 hits
Mungkin ramai yang menggunakan baby walker untuk meletakkan bayi sebentar Malah ada yang menjadikannya pengganti kehadiran ibu bapa untuk menenangkan bayi hingga terbiasa sebagai rutin bagi bayi menggunakan walker Awas lambat laun boleh men...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025