Nak Anak Pandai Ibu Pun Ajar Sama Jangan Harapkan Cikgu Semata Mata


Tertarik untuk menemu ramah ibu ini kerana teruja melihat usahanya menghiasi salah satu bilik di rumah sebagai ruang pembelajaran anaknya di salah sebuah grup mengemas di Facebook. Susun aturnya terletak kemas dan ditanda agar memudahkan anaknya untuk belajar. Menurut Syuhaidah Asmaa Khalid, 33, dia mula mengadakan ruang khas buat anaknya Adam Daniel, 6, sejak lima tahun lalu disebabkan alat mainan yang dibeli semakin banyak.
Artikel Berkaitan: [Ibu Ini Kongsi Caranya Buat Homeschooling Di Rumah Dengan Cara Menyeronokkan]
Tambah Syuhaidah lagi, tujuan dia mewujudkan ruang ini adalah untuk memudahkan aktiviti pembelajaran dan bermain di tempat yang sama. Dia juga mahu memudahkan Adam untuk mencari segala alat tulis dan alat mainan tanpa perlu mencari di seluruh rumah. Rekaan di dalam bilik ini juga mudah untuk Adam kerana setiap kabinetnya dibuat sesuai dengan ketinggiannya.
Ruangan khas yang disediakan oleh Syuhaidah dan suaminya untuk Adam bermain dan belajar Banyak Buat Rujukan Di Internet
Ketika ditanyakan tentang inspirasinya ketika mengemas, dia memberitahu kebanyakan idea dekorasi didapati dari internet. Selain itu, dia banyak mendapa idea dari Pinterest dan Instagram. “Sebenarnya banyak idea menarik yang boleh kita jadikan contoh di internet. Semuanya cantik-cantik. Kita kena rajin cari dan sesuaikan mengikut bajet yang ada,” kata Syuhaidah.
Untuk menguatkan otot tangan dan kaki Adam, Syuhaidah dan Azizul membina wall climbing untuk anak mereka Bercerita tentang konsep, Syuhaidah memberitahu ia merupakan sebuah ruang untuk bermain sambil belajar. Ada unsur Montessori diselitkan dalam dekorasi ruang tersebut supaya Adam boleh meneroka sendiri persekitarannya untuk membantu dalam pembelajarannya.
Suami Rajin Bantu Dan Bagi Sokongan
Suami Syuhaidah, Azizul Othman, 36, memainkan peranan penting dalam membantunya membuat dekorasi ruangan ini. Azizul bertanggung jawab untuk memasang perabot, mendril dan sebagainya. Selain itu, Syuhaidah dan Azizul juga banyak berbincang tentang rancangan serta bajet untuk membuat dekorasi tertentu. “Kami akan rancang bersama-sama mengikut kemampuan. Semuanya dibuat sedikit demi sedikit, bukannya sekali harung, ”tambah Syuhaidah lagi.
Azizul menyokong dan selalu bantu Syuhaidah untuk membuat dekorasi rumah dan bilik aktiviti Adam Buat Home Schooling Dengan Anak
Kata Syuhaidah, dia akan membuat latihan pembelajaran dengan anaknya dalam tempoh 10-20 minit sahaja kerana perhatian budak kecil untuk fokus dengan sesuatu tidak lama. Memandangkan Syuhaidah seorang guru, dia selesa untuk mengajar anaknya di rumah selain menghantar anaknya ke pra sekolah. Bukan untuk memberi tekanan, tetapi sekadar meluangkan masa dan menarik minat Adam untuk belajar.
Syuhaidah tidak pernah memaksa Adam untuk belajar setiap masa, tetapi sering habiskan masa bermain bersama Dari segi penyediaan bahan pembelajaran, Syuhaidah tidak suka membazir. Dia tidak beli, tetapi membuatnya sendiri. “Saya beli material dari kedai-kedai murah atau internet saja. Kemudian saya akan buat semuanya sendiri. Saya suka mengajar sendiri Adam ni sebab boleh pilih kurikulum untuk mereka kuasai. Saya ikut silibus untuk mengajar Adam mengikut peredaran usianya, ” kata Syuhaidah.
Artikel Berkaitan: [Homeschooling Sebab Passion, Biarkan Anak Meneroka Sebelum Ke Tadika. Ibu Tak Sangka Dapat Membantu Orang Lain]
Lebih Sedia Dan Suka Belajar
Ketika ditanyakan tentang kebaikan menyediakan anak dengan didikan home schooling sebelum dihantar ke sekolah, Syuhaidah memberitahu Adam lebih berminat untuk belajar. Anaknya juga lebih santai dan merasakan belajar itu menyeronokkan kerana sepanjang mengajar Adam, Syuhaidah mengetengahkan konsep bermain sambil belajar.
Biasa dididik ibunya, kini Adam suka belajar dan akan membaca sebelum masuk tidur Anaknya itu juga sudah menguasai skil motor kasar dan halus, boleh membaca dan menulis dengan baik serta meminati aktiviti rekreasi seperti sukan badminton dan taekwando. Pada usianya enam tahun, kini Adam sudah mula membaca Al-Quran.
Artikel Berkaitan: [Anak Belajar Dalam Keadaan Santai Tidak terlalu Terikat Dnegan Silibus. Pakar Kongsi Kelebihan Homeschooling]
Kena Bertenang
“Jika mahu mengajar anak sendiri, perlu ada rasa sabar. Prosesnya ambil masa dan boleh jadi tegang. Kalau ibu suka marah-marah, anak akan jadi bosan dan merasakan belajar itu susah. Sediakan persekitaran yang ceria dan kondusif untuk menarik minatnya belajar dan elakkan daripada memaksa. Untuk menjayakan usaha itu, paling penting dapatkan rujukan atau contoh-contoh bahan mengajar daripada internet atau sertai kumpulan sokongan homeschooling yang ada di facebook, ” akhiri Syuhaidah.
The post Nak Anak Pandai, Ibu Pun Ajar Sama. Jangan Harapkan Cikgu Semata-Mata appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-anak-pandai-ibu-pun-ajar-sama-jangan-harapkan-cikgu-semata-mata/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebab Cikgu Lelaki Dan Tiada Anak Wanita Mengaku Ibu Pelajar Prasekolah Dakwa Guru Ini Tak Layak Ajar Anaknya

Sebab Cikgu Lelaki Dan Tiada Anak Wanita Mengaku Ibu Pelajar Prasekolah Dakwa Guru Ini Tak Layak Ajar Anaknya

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 445 hits
Seperti yang diketahui pendidikan prasekolah merupakan satu program yang menggalakkan pengalaman pembelajaran kanak kanak yang berusia sekitar empat sehingga enam tahun Menggunakan model pendidikan seperti diasaskan oleh Maria Montessori ya...
Anak Tercekik Mainan Ibu Sedut Keluar Guna Mulut Dan Turut Tercekik Sama

Anak Tercekik Mainan Ibu Sedut Keluar Guna Mulut Dan Turut Tercekik Sama

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 287 hits
The ReporterSeorang bayi perempuan berusia setahun dari Zhuhai Guangdong China tertelan mainan blok berbentuk T dan tersangkut di kerongkongnya Ibunya yang melihat kejadian itu mendapat idea bagaimana mahu mengeluarkan mainan itu dengan men...
Mama Jangan Cepat Bebel Bila Anak Tak Fokus Mudah Mengamuk Beri Anak Kita Masa Otaknya Tak Sama Dengan Kita

Mama Jangan Cepat Bebel Bila Anak Tak Fokus Mudah Mengamuk Beri Anak Kita Masa Otaknya Tak Sama Dengan Kita

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 395 hits
Berbuih mulut mama suruh buat itu dan ini bagi arahan untuk mandi dan uruskan diri sendiri tapi anak buat buat tak dengar saja Geram dan naik darah juga ibu dibuatnya Kalau sekali mungkin tak mengapa tapi berkali kali Ibu mana yang boleh be...
Muka Bengkak Mata Tertutup Ibu Meraung Hampir Pitam Anak 5 Bulan Dijangkiti Bakteria Rare

Muka Bengkak Mata Tertutup Ibu Meraung Hampir Pitam Anak 5 Bulan Dijangkiti Bakteria Rare

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 372 hits
Ibu mana yang sanggup melihat anak dalam kesakitan dan derita apabila mata anak tidak boleh dibuka dan mukanya membengkak Dari hati seorang pasti ada sesuatu yang tidak kena dan ia bukan biasa biasa Pengalaman ibu ini menghadapi situasi cem...
Ibu Kesal Anak Kena Bvuii Sampai Mata Pensil T3embuus Di Dada

Ibu Kesal Anak Kena Bvuii Sampai Mata Pensil T3embuus Di Dada

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 473 hits
Kes buIi dalam kalangan pelajar sekolah seperti tidak ada surutnya Isu ini semakin merisaukan dikalangan ibu bapa Ibu kesal anak kena bvuIi sampai mata pensil t3embuus di dada
Kat Sekolah Ada Subjek Sivik Kan Balik Rumah Ajar Mak Sekali Lelaki Pelik Ada Ibu Ajar Anak Hina Kerja Orang Lain

Kat Sekolah Ada Subjek Sivik Kan Balik Rumah Ajar Mak Sekali Lelaki Pelik Ada Ibu Ajar Anak Hina Kerja Orang Lain

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 467 hits
Sikap yang baik seseorang itu boleh membawa kebaikan kepada orang sekeliling serta untuk diri sendiri Semua orang tau salah satu perwatakan atau sikap yang baik adalah bersangka baik atau lebih dikenali sebagai Husnuzon kepada orang lain Se...
Mulut Tu Jangan Asyik Nak Kecam Isteri Baik Buat Kerja Rumah Sama Sama Dengannya

Mulut Tu Jangan Asyik Nak Kecam Isteri Baik Buat Kerja Rumah Sama Sama Dengannya

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 315 hits
Sama sama bekerja tidak dinafikan penatnya juga sama rata Suami letih isteri apatah lagi Bila balik ke rumah ada pula kerja yang menanti Nak uruskan anak anak perlu memasak dan mengemas Sebenarnya tertekan juga kalau berterusan tanpa dibant...
Macam Macam Dugaan Ibu Nak Bersalin Bila Anak Keluar Copy Paste Muka Ayah

Macam Macam Dugaan Ibu Nak Bersalin Bila Anak Keluar Copy Paste Muka Ayah

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 332 hits
Lucunya apabila ibu mengandungkan anak kemudian diuji dengan macam macam masalah sepanjang kehamilan tetapi bila keluar si manja itu mengikut acuan ayahnya Itulah yang terjadi kepada pelantun lagu Be Mine Tasha Manshahar yang buat pertama k...
9kg Hilang Lagi 9kg Nak Turunkan Juliana Evans Bangga Jadi Ibu Seronok Menyusukan Anak

9kg Hilang Lagi 9kg Nak Turunkan Juliana Evans Bangga Jadi Ibu Seronok Menyusukan Anak

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 392 hits
Pelakon pengacara jelita Che Puan Juliana Evans dalam pantang berjaya turunkan 9kg Malah ibu kepada Tengku Kamiliah ini seronok dan bangga bergelar seorang ibu Juliana melahirkan permata hati sulungnya pada 13 Julai 2019 lalu Si comel Tengk...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik

Layan Madu Sesekali

Menu Lunch By Adik Bongsu

Due Diligence Penting Banget Buat Generasi Milenial Dan Gen Z Yang Mau Jadi Smart Investor

Comel Mengadu Berpeluk Lama Peminat Teruja Lihat Keintiman Song Jihyo Lee Dongwook