Dynas Pantang 100 Hari Masih Bertungku Tak Minum Ais Untuk Badan Cepat Sihat


Dynas Mokhtar yang selamat bersalin anak ketiga dan diberi nama Edriel Obil pada 19 Mei lalu memilih untuk meneruskan amalan berpantang sehingga 100 hari.
Dynas, 36, atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar berkata, ia inisiatif sendiri selain memikirkan bersalin pada usia lewat 30-an.

“Proses berpantang kali ini saya buat betul-betul. Walaupun tempoh 44 hari sudah habis, saya masih tidak minum minuman ais. Malah, saya juga masih menggunakan bengkung, bertungku, bertangas dan mandi sauna.
“Semua ini saya buat sendiri. Kalau ada masa, saya panggil orang datang buat iaitu seminggu sekali. Sekarang baru lepas 60 hari, jadi ada baki 40 hari lagi
“Pengalaman dua anak dulu, saya berpantang biasa saja. Kali ini, saya kena lebih disiplin dan ambil masa panjang kerana sudah berusia. Bukan mudah menjadi ibu sekali lagi pada usia ini,” katanya.
View this post on Instagram
Yes I love to frown … maybe coz I got it from my mummy . Mase dia mengandung tah apa Yg dia tak dapat tah?! @edriel_obil #lilp
A post shared by dynas (@dynasmokhtar) on Jul 6, 2019 at 7:30am PDT

4 Jam Sehari Tidur Sejak Ada Anak Kecil
Berkongsi lanjut mengenai kehidupannya apabila ada anak kecil, Dynas mengakui sehingga sekarang dia dan suami, Shazrik Din, masih tidak cukup tidur.
“Orang selalu cakap, kalau umur lebih 35 tahun baru nak bersalin pasti cepat berasa penat. Memang betul kerana itu yang saya lalui sekarang. Apatah lagi, saya hanya dapat tidur empat jam saja setiap hari.
“Kalau anak terjaga, saya akan terjaga sama. Kalau dia lewat bangun, saya pula yang risau. Sampai tahap macam itu sekali. Bukan saya saja tetapi suami pun sama. Saya beruntung kerana dia sangat membantu dan memahami.
“Dia tahu apa yang perlu dibuat, tak payah beritahu. Pendek kata dia sangat rajin dan bertanggungjawab.Dia selalu cakap, kalau tak buat semua itu nanti saya tak mahu mengandung lagi,” katanya.
Pada masa sama, Dynas berkata faktor usia juga membuatkan dia mudah tertekan dan beremosi sepanjang tempoh berpantang.

“Dulu tak pernah rasa macam ini. Sekarang bukan saja penat tetapi mudah berasa tertekan dan beremosi. Mungkin perubahan hormon pada usia ini mempengaruhi perasaan kita sehingga ia menjadi tak menentu,” katanya.
Ditanya adakah dia mempunyai perancangan menambah cahaya mata sebelum menginjak usia 40 tahun, Dynas menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT.
“Soal tambah anak sebelum 40 tahun tengok dulu macam mana. Sekarang pun saya masih boleh ‘bau’ hospital. Kalau tanya suami, dia memang okey saja dan nak tambah lagi. Dia sukakan kanak-kanak.
“Bagaimanapun, kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan. Kalau ada rezeki dan diberi kesihatan yang baik, apa salahnya. Anak adalah kurniaan dan amanat Allah,” katanya.
View this post on Instagram
More pictures from the majlis #lilP @edriel_obil
A post shared by dynas (@dynasmokhtar) on Jul 14, 2019 at 5:40pm PDT

Sebelum ini Dynas mengadakan majlis akikah dan doa selamat pada Sabtu lalu di Dewan D’Tunjang Kota Damansara.
View this post on Instagram
Love you guys unconditionally !!!
A post shared by dynas (@dynasmokhtar) on Jul 7, 2019 at 2:12am PDT

Dynas mempunyai dua anak iaitu Khyra Khalyssa, 9, dan Mohamed Haqaish, 7, menerusi perkahwinan terdahulu.
Sumber: Metro & ig Dynas Mokhtar
The post Dynas Pantang 100 Hari. Masih Bertungku, Tak Minum Ais Untuk Badan Cepat Sihat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dynas-pantang-100-hari-masih-bertungku-tak-minum-ais-untuk-badan-cepat-sihat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiba Tiba Badan Anak Panas Rendaman Lemon Cepat Turunkan Suhu

Tiba Tiba Badan Anak Panas Rendaman Lemon Cepat Turunkan Suhu

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 274 hits
Anda pasti sudah tahu tanda tanda bayi demam kan Badannya panas dia rasa tidak selesa dan asyik merengek Waktu itu semua ibu bapa akan mula risau Lebih lebih lagi kalau suhu badan mereka pula makin meningkat Sukar untuk tidak risau apabila ...
Ketahanan Badan Meningkat Dengan Mengamalkan Puasa Hari Putih

Ketahanan Badan Meningkat Dengan Mengamalkan Puasa Hari Putih

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 302 hits
Islam telah menganjurkan setiap umatnya untuk tidak meninggalkan amalan wajib dan memperbanyakkan ibadah sunat Jika disingkap kehidupan Baginda SAW banyak amalan sunat yang sentiasa dilakukannya dan ia kekal menjadi ikutan sahabat sahabatny...
Bila Perasan Anak Umur Setahun Lebih Masih Belum Bercakap Cepat Ambil Tindakan

Bila Perasan Anak Umur Setahun Lebih Masih Belum Bercakap Cepat Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 272 hits
Jangan samakan zaman sekarang dengan zaman dulu Bila perasan anak dah masuk umur setahun lebih tapi masih belum bercakap ibu ayah kena cepat ambil tindakan Jangan hanya tunggu sahaja dan sedapkan hati sebab tengok anak pakcik sebelah rumah ...
7 Hari Dengan Murad Resurgence Replenishing Asid Peel Untuk Kulit Wajah Sihat Dan Cantik

7 Hari Dengan Murad Resurgence Replenishing Asid Peel Untuk Kulit Wajah Sihat Dan Cantik

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 386 hits
7 Hari Dengan Murad Resurgence Replenishing Asid Peel Untuk Kulit Wajah Sihat dan Cantik Assalamualaikum selamat sejahtera semua Hari ni mummy nak review tentang rangkaian Murad yang terbaru 7 Hari Dengan Murad Resurgence Replenishing Asid ...
Ainul Dah Pandai Pusing Badan Doktor Galakkan Keluar Jalan Jalan Setiap Hari

Ainul Dah Pandai Pusing Badan Doktor Galakkan Keluar Jalan Jalan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 237 hits
Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin menunjukkan perkembangan yang baik Mamanya menyatakan kesyukuran atas perkembangan bayi kesayangan rakyat Malaysia ini Ainul yang berada di London sejak Mei lalu telah menjalani pembedahan membuang tumor seber...
Kenapa Masih Mengantuk Walaupun Sudah Minum Kopi

Kenapa Masih Mengantuk Walaupun Sudah Minum Kopi

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 325 hits
Ramai yang minum kopi untuk mendapatkan rasa segar kerana merangsang otak tetapi tidak semua orang mendapat kesan yang sama dan sebagai contoh ada orang minum secawan kecil kopi pada waktu maghrib mungkin terus tidak dapat tidur sepanjang m...
Jangan Kerap Minum Tea O Ais

Jangan Kerap Minum Tea O Ais

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 274 hits
Siapa yang tak suka teh ais kan tambah tambah dalam cuaca kering dan panas nih Tea teh sudah dibuktikan baik untuk minuman antioksidan Namun tidak selamanya pengambilan teh baik untuk kesihatan Mungkin minuman yang biasa yang anda akan pili...
Sembunyi Mayat Isteri 100 Hari Dalam Peti Sejuk Suami Menerima Hukuman Mati

Sembunyi Mayat Isteri 100 Hari Dalam Peti Sejuk Suami Menerima Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 700 hits
BEIJING Sebuah mahkamah di Shanghai mengesahkan hukuman mati seorang lelaki kerana membunuh dan menyembunyikan mayat isteri di dalam peti sejuk selama 100 hari lapor media tempatan Hindustan Times yang memetik laporan China Daily mendedahka...
Bersalin Mudah Langsung Tak Jahit 20 Hari Berpantang Dynas Dah Buat Senaman

Bersalin Mudah Langsung Tak Jahit 20 Hari Berpantang Dynas Dah Buat Senaman

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 483 hits
Pelakon dan pengacara Dynas Mokhtar menjawab persoalan orang ramai yang terkejut melihatnya melakukan senaman ketika dalam pantang baru baru ini Menurut Dynas sebelum melakukan senaman peranakan ketika dalam pantang dia telah meminta nasiha...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord