Kenapa Masih Mengantuk Walaupun Sudah Minum Kopi
Ramai yang minum kopi untuk mendapatkan rasa segar kerana merangsang otak, tetapi tidak semua orang mendapat kesan yang sama dan sebagai contoh, ada orang minum secawan kecil kopi pada waktu maghrib, mungkin terus tidak dapat tidur sepanjang malam.
Gambar hiasan
Ada pula yang walaupun mengambil minuman itu, namun tiada masalah untuk tidur dengan nyenyak.
Mengapa hal itu terjadi?
Sebenarnya, setiap cawan kopi yang kita minum mempunyai kandungan kafein yang berbeza dan lebih penting lagi, setiap individu mempunyai penerimaan tahap kafein yang berbeza.
Ini disebabkan terdapat satu gen PDSS2 yang mempengaruhi bagaimana kafein diproses dalam tubuh seseorang.
Mereka yang ada gen itu akan memproses kafein dengan lebih perlahan dan lambat dicerna, menyebabkan tahap kafein dalam tubuh kekal dalam kadar yang tinggi.
Itu juga sekali gus menyebabkan kesan kafein berlaku lebih lama dalam tubuh dan memberikan rangsangan seperti berdebar-debar dan tidak mengantuk.
Jadi, individu yang mempunyai gen itu hanya meminum sedikit saja untuk mendapat kesan rangsangan kopi.
Mereka mudah menerima kesan sampingan kopi (berdebar-debar, sukar tidur, dan jari menggeletar), namun ia juga bergantung kepada jenis kopi.
Kita tidak perlu membuat kajian sama ada kita ada gen itu atau tidak, kerana melalui pengalaman sendiri, kita sudah boleh mengagak sama ada kita mempunyai atau tidak gen tersebut.
Jika minum secawan kopi kemudian tak mampu lelap sehingga azan Subuh, bermakna mungkin kita ada gen itu.
Apa yang kita wajib ketahui juga adalah, pengambilan susu atau gula yang sangat tinggi dalam secawan kopi adalah punca anda tidak dapat melelapkan mata walaupun sangat penat.
Oleh itu, minum kopi tanpa gula dan krimer memang bermanfaat, cuma jangan berlebihan.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
Secawan Kopi Luwak Berharga RM50Kisah Kejayaan Starbucks Sebagai Kedai Kopi Utama Dunia
sumber: sinarharian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sentiasapanas.com/2019/07/kenapa-mengantuk-walaupun-minum-kopi.html