Ketahanan Badan Meningkat Dengan Mengamalkan Puasa Hari Putih



Islam telah menganjurkan setiap umatnya untuk tidak meninggalkan amalan wajib dan memperbanyakkan ibadah sunat. Jika disingkap kehidupan Baginda SAW, banyak amalan sunat yang sentiasa dilakukannya dan ia kekal menjadi ikutan sahabat-sahabatnya serta penganut Islam sehingga ke hari ini.
Antara salah satu ibadat sunat yang setia diamalkan ialah berpuasa. Dalam Islam, banyak puasa yang telah dianjurkan selain puasa wajib di bulan Ramadan, iaitu puasa sunat Syawal, puasa hari Arafah, puasa sunat Isnin dan Khamis serta puasa Hari Putih.
Puasa bukan sahaja digalakkan oleh kaum muslim malah kepada setiap manusia yang bukan muslim juga. Hal ini kerana, amalan puasa telah dibuktikan mampu memberi seribu satu kelebihan terhadap pengamalnya.
Anjuran Berpuasa Bagi Pesakit Yang Ingin Menjalani Rawatan
Para doktor juga kebiasaannya akan menyuruh pesakitnya yang sedang menerima rawatan atau akan melakukan pembedahan untuk berpuasa beberapa jam sebelum rawatan dilakukan. Hal ini adalah untuk mengosongkan isi perut dan membantu melancarkan pencernaan sisa makanan agar proses pembedahan berjalan lancar.
Semasa dalam tempoh pembedahan, pesakit yang sedang dalam keadaan bius akan cenderung untuk mengalami muntah akibat makanan yang tidak dicerna dengan baik. Ia akan mengakibatkan makanan tersebut untuk naik ke paru-paru sekali gus akan menghalang paru-paru daripada berfungsi dengan baik.
Hal ini bermaksud, risiko paru-paru gagal berfungsi dan akan menyebabkan kematian adalah lebih tinggi berbanding keberhasilan sesebuah pembedahan.
Puasa juga dikatakan mampu untuk menggalakkan penurunan berat badan, memastikan paras insulin dalam badan berada pada tahap yang normal serta memperlahankan tanda-tanda penuaan.
Kelebihan Puasa Hari Putih
Selain puasa sunat Isnin dan Khamis, Islam juga menganjurkan puasa Hari Putih. Apa itu puasa Hari Putih serta kelebihannya?
Puasa Hari Putih merupakan puasa selama tiga hari di pertengahan bulan yang telah dianjurkan oleh sunnah sebagai suatu bentuk puasa sunat tambahan. Ia ada disebut melalui sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Dzar, iaitu:
يَا أَبَا ذَرٍّ إِذَا صُمْتَ مِنَ الشَّهْرِ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ فَصُمْ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ
“Wahai Abu Dzar, jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulan, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14 dan 15 (dari bulan Hijrah).”
(Hadis Riwayat Tirmidzi)
Ia digelar sebagai hari putih kerana pada tarikh ini (tarikh hijrah) bulan sedang mengambang dan cahayanya sangat cerah. Niat puasa Hari Putih adalah seperti beriku:
نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ اْلبِيْضِ سُنَّةً لِلهِ تَعَالَى
Maksud: “Aku berniat berpuasa Hari Putih, sunat kerana Allah Ta’ala.”
Pahala puasa ini digambarkan sama jika kita berpuasa selama setahun. Ini adalah berdasarkan sebuah hadis daripada Abdullah ibn ‘Amru, iaitu:
صَوْمُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ صَوْمُ الدَّهْرِ كُلِّهِ
Maksud: “Puasa pada tiga hari setiap bulannya adalah seperti puasa sepanjang tahun.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Walau bagaimanapun, tarikh ini adalah sunat sahaja. Bagi mereka yang tidak boleh berpuasa pada tarikh tersebut, umumnya kaum hawa, maka adalah tidak mengapa untuk berpuasa pada tarikh lain dalam bulan Islam asalkan tiga hari dalam sebulan.
Rasulullah mengamalkan untuk berpuasa pada tarikh di atas, iaitu pertengahan bulan Islam dan ia telah menjadi ikutan dan sunnah yang diamalkan oleh umat Islam sehingga ke hari ini.
Walau bagaimanapun, apakah sebenarnya rahsia tersurat di sebalik amalan puasa selama tiga hari dalam sebulan ini?
Sebuah kajian telah dilakukan oleh Profesor Valter Lango di Universiti Southern California telah membentangkan sebuah hasil kajian yang cukup menarik untuk mengkaji kelebihan puasa ini.
Kajian dilakukan ke atas sekumpulan peserta yang telah diarahkan untuk berpuasa antara dua hingga empat hari dalam sebulan dan memakan tempoh selama enam bulan secara berturut-turut mendapati bahawa sistem ketahanan badan para peserta adalah lebih baik daripada sebelumnya.
Penemuan baru juga menunjukkan bahawa penurunan penghasilan enzim PKA, iaitu hormon yang telah dikaitkan dengan peningkatan risiko barah dan pertumbuhan tumor dalam badan adalah lebih baik. Hal ini bermaksud, risiko untuk mengalami penyakit berbahaya ini adalah tipis.
Sistem badan kita juga dikatakan akan cuba untuk menyimpan tenaga apabila berada dalam keadaan lapar. Keadaan ini akan menyebabkan sel-sel ketahanan badan akan dikitar semula terutamanya yang telah rosak dan tidak diperlukan lagi. Hal ini bermaksud, puasa dengan diikuti makanan yang sihat mampu untuk memulihkan sistem ketahanan badan agar menjadi lebih kuat dan tidak mudah dijangkiti penyakit.
Malah, ia dikatakan merupakan salah satu rawatan dan alternatif yang sesuai kepada pesakit yang sedang menjalani kemoterapi untuk mengembalikan semula sel-sel darah yang kurang serta membantu memberi kekuatan.
Kesimpulan
Puasa merupakan suatu amalan yang sihat dan mampu untuk membantu membaiki sistem dan daya imun dalam badan agar tidak mudah dijangkiti penyakit. Hal ini telah banyak dibuktikan oleh kajian sains dan pakar perubatan. Oleh itu, ayuhlah kita sama-sama mengamalkan sunnah kerana ia bukanlah suatu yang sia-sia, malah memberi manfaat kepada diri sendiri.
Maksud: “Allah sangat menyukai orang yang berpuasa kerana Allah, sehinggakan Allah telah menjanjikan gerbang khusus di syurga bagi yang suka berpuasa, iaitu Ar-Rayyan.” (Hadis Riwayat Muslim)
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Ketahanan Badan Meningkat Dengan Mengamalkan Puasa Hari Putih appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/ketahanan-badan-meningkat-dengan-mengamalkan-puasa-hari-putih/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Benarkah Berhenti Merokok Bisa Buat Berat Badan Meningkat

Benarkah Berhenti Merokok Bisa Buat Berat Badan Meningkat

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 204 hits
Salah satu hal yang sering dipercaya oleh seseorang usai berhenti merokok adalah meningkatnya berat badan Kepercayaan ini biasanya muncul karena usai berhenti merokok seseorang biasanya lebih banyak ngemil untuk membuat tubuh tetap sibuk
Glutacaps L Glutacaps Plus Kulit Glowing Putih Cerah Satu Badan

Glutacaps L Glutacaps Plus Kulit Glowing Putih Cerah Satu Badan

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 526 hits
BAHAN DALAM GLUTACAPS L glutathione Hyaluronic acid Ascorbic acid KELEBIHAN GLUTACAPS Kulit semakin glowing bertambah putih Jeragat pigmentasi hilang Mensekatakan tona kulit muka Menghapuskan jerawat Menghilangkan parut jerawat Menegangkan ...
Tidak Mampu Beri Susu Badan Bayi Berumur Dua Hari Di Tinggalkan

Tidak Mampu Beri Susu Badan Bayi Berumur Dua Hari Di Tinggalkan

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 307 hits
Hanya kerana tidak mampu memberi susu selepas bersalin seorang wanita meninggalkan bayi yang baru dua hari dilahirkannya di sebuah rumah di Kampung Pompod Kota Belud Sabah Wanita itu turut meninggalkan nota merayu supaya pemilik rumah berke...
Dynas Pantang 100 Hari Masih Bertungku Tak Minum Ais Untuk Badan Cepat Sihat

Dynas Pantang 100 Hari Masih Bertungku Tak Minum Ais Untuk Badan Cepat Sihat

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 514 hits
Dynas Mokhtar yang selamat bersalin anak ketiga dan diberi nama Edriel Obil pada 19 Mei lalu memilih untuk meneruskan amalan berpantang sehingga 100 hari Dynas 36 atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar berkata ia inisiatif sendi...
Hari Hari Sunat Puasa

Hari Hari Sunat Puasa

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 197 hits
Kalendar hari hari puasa sunat Berlalunya Ramadan tidak bermakna umat Islam terhenti daripada melaksanakan ibadat puasa Disiplin serta tabiat baik yang dipupuk semasa puasa fardu di sepanjang bulan Ramadan tidak harus disia siakan Kita bole...
Pm Akan Melancarkan Model Perniagaan Baharu Felda Hari Ini

Pm Akan Melancarkan Model Perniagaan Baharu Felda Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 276 hits
ROMPIN Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan melancarkan Model Perniagaan Baharu Felda semasa merasmikan Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan di Felda Selancar 3 Rompin di sini hari ini Sambutan bertemakan Penerok...
5 Cara Enak Masukkan Kedelai Di Menu Sehari Hari

5 Cara Enak Masukkan Kedelai Di Menu Sehari Hari

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 260 hits
5 Cara enak masukkan kedelai di menu sehari hari Konsumsi tahu miso tempe dan edamame bisa menjadi alternatif
11 Hari Hilang Jasad Thoriq Disembunyikan Jin Pohon Besar Bukit Piramid

11 Hari Hilang Jasad Thoriq Disembunyikan Jin Pohon Besar Bukit Piramid

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 352 hits
Kabar duka tentu dirasakan keluarga dan rekan Thoriq Rizkiy Maulidan pendaki muda yang dikabarkan hilang di Bukit Piramid Gunung Argopuro Kabupaten Bondowoso Jawa Timur Pihak Search and Rescue masih terus berupaya mencari keberadaan Thoriq ...
Per Hari Ini 450 Calon Jemaah Haji Berangkat Dari Batam

Per Hari Ini 450 Calon Jemaah Haji Berangkat Dari Batam

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 233 hits
Pemerintah mulai memberangkatkan jemaah haji 2019 Jemaah haji yang berasal dari embarkasi Batam diberangkatkan melalui Bandar Udara Hang Nadim menggunakan maskapai Saudian Airlines hari ini Sabtu
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids