Dr Mahathir Dakwa Zahid Hamidi Risau Kes Jenayah Di Mahkamah



(Bernama) – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menyuarakan kerisauannya berhubung kes-kes jenayah yang dihadapi bekas timbalan perdana menteri itu di mahkamah ketika mereka mengadakan beberapa pertemuan.
Dr Mahathir, 96, dalam pernyataan pembelaan yang difailkan menerusi Tetuan Haidir & Co mendakwa, pertemuan sebanyak lima kali itu antara 7 Jun 2018 dan 25 Feb 2020 berlaku di beberapa lokasi iaitu kediamannya di Mines Resort City, Seri Kembangan, Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya dan Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra.
“Sepanjang tempoh Ahmad Zahid berjumpa dengan saya, plaintif (Ahmad Zahid) sememangnya telah menyuarakan kepada saya berkenaan kes-kes jenayah yang sedang dihadapinya.
Memandangkan saya ketika itu (sepanjang 2018 dan 2020) masih memegang kedudukan sebagai Perdana Menteri dan Perdana Menteri Interim, Ahmad Zahid sememangnya telah mengambil peluang untuk berbaik-baik dengan saya memandangkan pada ketika itu kes-kes jenayah yang dihadapi Ahmad Zahid mampu membahayakan kerjaya politiknya.
ADS
Maka, semestinya itu yang menjadi kerisauan plaintif pada ketika itu dan ia disuarakan kepada saya,” dakwa Dr Mahathir dalam pernyataan pembelaan bagi menjawab saman difailkan Ahmad Zahid terhadapnya.
Dr Mahathir mendakwa Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah mendedahkan melalui akaun Facebooknya bahawa plaintif sendiri telah memintanya (Khairuddin) untuk mengaturkan pertemuan dengan bekas perdana menteri itu.
“Saya mengatakan mana-mana individu yang waras akal fikiran dan mempunyai kemampuan intelek untuk berfikir secara munasabahnya dapat melihat bahawa Ahmad Zahid seorang ahli politik yang sedang menghadapi masalah kes-kes jenayah telah pergi berjumpa dengan saya, yang ketika itu memegang jawatan berautoriti, semestinya bertujuan membuat percubaan untuk menyelesaikan kes-kes jenayah dihadapinya,” dakwa Dr Mahathir.
Dakwa Dr Mahathir, adalah logik untuk diperkatakan bahawa Ahmad Zahid telah datang dan bertemu dengannya selepas beliau menjadi Perdana Menteri dan Ahmad Zahid mempunyai perancangan untuk cuba membersihkan semula nama baiknya yang telah lama tercemar kerana kes jenayah berkenaan.
“Saya tidak mempunyai sebarang niat jahat terhadap Ahmad Zahid dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan atau pengaruh di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh mahkamah berhubung kes-kes jenayah yang dihadapi Ahmad Zahid,” dakwa Dr Mahathir.
Dalam saman yang difailkan pada 20 April lepas, Ahmad Zahid, 69, berkata pada 19 Okt 2018, beliau telah dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, bagi 12 pertuduhan melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dan kesemua pertuduhan tersebut telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Ahmad Zahid mendakwa Dr Mahathir telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan fitnah dengan niat jahat terhadapnya pada Majlis Pelancaran Aspirasi Parti Pejuang sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 23 Feb 2022.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mendakwa kenyataan fitnah tersebut antaranya membawa maksud bahawa beliau seorang yang menggunakan jalan pintas untuk menyelesaikan dan menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya yang masih berjalan serta menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi Dr Mahathir bagi mencampuri urusan perbicaraan jenayah dan mencampuri penyiasatan yang dijalankan oleh agensi penguatkuasaan terhadapnya.
Sementara itu, Ahmad Zahid turut memfailkan permohonan inter-parte (kedua-dua pihak) untuk perintah injunksi interim supaya defendan sama ada secara diri sendiri, pegawai dan wakilnya untuk menarik balik kenyataan fitnah tersebut dan menghalang mereka menerbitkan, mengedarkan atau menyebarkan kenyataan itu atau kenyataan fitnah serupa di mana-mana platfom media sosial.
Permohonan injunksi interim itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff pada 17 Jun ini.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/05/18/dr-mahathir-dakwa-zahid-hamidi-risau-kes-jenayah-di-mahkamah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saman Lobi Kes Mahkamah Dr M Dakwa Zahid Bertemunya 5 Kali

Saman Lobi Kes Mahkamah Dr M Dakwa Zahid Bertemunya 5 Kali

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 207 hits
malaysiakini comDiterbitkan May 17 2022 Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menemuinya sebanyak lima kali antara 2018 hingga 2020 Mahathir berkata demikian dalam pernyataan pembelaannya sebaga...
Zahid Bawa Fail Kes Jenayah Minta Saya Campur Tangan Di Mahkamah Kata Muhyiddin

Zahid Bawa Fail Kes Jenayah Minta Saya Campur Tangan Di Mahkamah Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 210 hits
Muhyiddin Yassin mendakwa Ahmad Zahid Hamidi telah menunjukkan sejumlah fail yang banyak berkaitan kes jenayahnya dan meminta bantuan beliau untuk campur tangan dalam prosiding mahkamah Menerusi dokumen yang difailkan di Mahkamah Tinggi pad...
Tun Dr Mahathir Bantah Kerajaan Selesai Kes Saman Bekas Ag Apandi Ali Di Luar Mahkamah

Tun Dr Mahathir Bantah Kerajaan Selesai Kes Saman Bekas Ag Apandi Ali Di Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 195 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa terkejut dan tidak bersetuju terhadap langkah kerajaan menyelesaikan kes saman bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap dirinya dan kerajaan di luar mahkamah Bekas perdana ...
Zahid Minta Campur Tangan Kes Jenayah Lepas Mesyuarat Di Rumah Kata Muhyiddin Dalam Pembelaan Saman Zahid

Zahid Minta Campur Tangan Kes Jenayah Lepas Mesyuarat Di Rumah Kata Muhyiddin Dalam Pembelaan Saman Zahid

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 204 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menunjukkan sejumlah fail yang banyak berkaitan kes jenayahnya dan meminta bantuan beliau untuk campur tangan dalam prosiding mahkamah Menerusi dokumen yang difailkan ...
Zahid Hamidi Kuat Menipu Kata Dr Mahathir

Zahid Hamidi Kuat Menipu Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 190 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah seorang yang suka menipu dan perbuatannya itu harus dihentikan agar beliau tidak lagi menggunakan mahkamah atau kedudukan politik...
Muhyiddin Dakwa Zahid Minta Beliau Campur Tangan Dalam Prosiding Kes Mahkamahnya

Muhyiddin Dakwa Zahid Minta Beliau Campur Tangan Dalam Prosiding Kes Mahkamahnya

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 159 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan sejumlah fail yang banyak berkaitan kes jenayahnya dan meminta bantuan beliau untuk campur tangan dalam prosiding mahkamah Menerusi dokumen yang dif...
Zahid Cabar Mahathir Kita Berjumpa Di Mahkamah

Zahid Cabar Mahathir Kita Berjumpa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 277 hits
Zahid menyaman Mahathir berhubung kenyataannya terhadap dirinya pada sidang akhbar 23 Feb tahun ini Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata dia akan menjawab di mahkamah berhubung dakwaan Dr Mahathir Mohamad bahawa dirinya berjump...
Kita Jumpa Di Mahkamah Kata Zahid Kepada Dr Mahathir

Kita Jumpa Di Mahkamah Kata Zahid Kepada Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 183 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata dia akan menjawab di mahkamah berhubung dakwaan Dr Mahathir Mohamad bahawa dirinya berjumpa dengan bekas perdana menteri itu untuk membincangkan kes jenayah yang dihadapinya Ini susulan mahk...
Uksb Akui Beri Sg 200 000 Sg 520 000 Sebulan Kepada Zahid Hamidi

Uksb Akui Beri Sg 200 000 Sg 520 000 Sebulan Kepada Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 213 hits
malaysiakini comDiterbitkan May 18 2022 4 32 PMBekas Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd mengesahkan di Mahkamah Tinggi di Shah Alam bahawa syarikatnya menghantar wang tunai setiap bulan dalam Dolar Singapura kepada bekas Timbalan Perdana Menteri...
Immersify Kuala Lumpur A Mesmerising Multi Dimensional Media Art Experience

Pasangan Asing Agresif Dikeluarkan Dari Pesawat Airasia

Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Aktiviti Kunjungan Hormat Ppim Ke Pejabat Pengarah Kpdn Ppim 10 02 2025

Tingkatkan Jenama Anda Dengan Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Semburan Linen Yang Menarik

Kuala Terengganu River Cruise Pengalaman Menarik Menyusuri Sungai Terengganu

Jalan Jalan Ke Mersing Johor

Unique Gift Ideas For Jewish Holidays And Life Events


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Pembangkang Yang Tidak Berkualiti Dan Masak Politik

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Trip Dua Minggu Jepun 2024

Responsible Gaming At Its Best Dive Into The World Of Gacor Slots