Tun Dr Mahathir Bantah Kerajaan Selesai Kes Saman Bekas Ag Apandi Ali Di Luar Mahkamah




KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa terkejut dan tidak bersetuju, terhadap langkah kerajaan menyelesaikan kes saman bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, terhadap dirinya dan kerajaan di luar mahkamah

Bekas perdana menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi, menjelaskan sebagai defendan dan saksi utama kes berkenaan, beliau tidak diberitahu mengenai penyelesaian berkenaan.
"Saya menulis pada Peguam Negara. Saya tidak bersetuju dengan cara penyelesaian dibuat. Saya berasa kerajaan tidak sepatutnya tunduk, memandangkan tindakan penamatan perkhidmatan Apandi dibuat mengikut semua urusan dan kuasa yang ada pada kerajaan.
"Saya tidak faham kenapa terma penyelesaian harus dirahsia daripada saya serta rakyat. Rakyat berhak tahu. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan pampasan," katanya.
Pada 13 April lalu, media melaporkan saman difailkan Apandi terhadap Dr Mahathir dan kerajaan berhubung penamatan kontraknya sebagai Peguam Negara, diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Peguam, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu, yang mewakili Apandi selaku plaintif dalam saman itu, bagaimanapun berkata, terma-terma penyelesaian tidak boleh didedahkan.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir juga membangkitkan persoalan sama ada pampasan perlu dibayar jika tindakan penamatan perkhidmatan Apandi dibuat mengikut undang-undang.
"Saya berpendapat penyelesaian memberi pampasan besar untuk seorang yang gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik adalah amat dikesali di waktu mana sekalipun. Saya tidak mengaku salah dan bersedia untuk tuntutan Apandi diadili di mahkamah," katanya.
Dr Mahathir berkata, beliau mempertahankan tindakannya dan percaya penamatan perkhidmatan itu mengikut prosedur yang ditetapkan selepas menasihati Yang di-Pertuan Agong.
"Ketika saya beri keterangan kepada pihak Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, bagi persediaan kes saman Apandi itu, saya dimaklumkan bahawa proses penamatan perkhidmatan itu betul dan mengikut prosedur dan 'Rule of Law'.
"Mereka maklumkan bahawa saya dan kerajaan sudah memberi nasihat betul pada Yang di-Pertuan Agong supaya Apandi ditamatkan perkhidmatan.
Saman itu difailkan Apandi pada 13 Oktober 2020 dengan menamakan Dr Mahathir dan kerajaan, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua, memohon antara lain perisytiharan penamatan kontraknya sebagai Peguam Negara yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu sebagai tidak sah. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/05/tun-dr-mahathir-bantah-kerajaan-selesai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Kata Kali Ini Apandi Kemuka Saman Sivil Pula Terhadap Tun Mahathir

Apa Kata Kali Ini Apandi Kemuka Saman Sivil Pula Terhadap Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 163 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata beliau tidak setuju dengan penyelesaian luar mahkamah yang diputuskan kerajaan terhadap saman bekas Peguam Negara Apandi Ali Katanya kerajaan juga tidak patut menyelesaikan kes penamatan pe...
Dakwaan Di Pengaruhi Minta Campur Urusan Mahkamah Zahid Saman Fitnah Tun Mahathir

Dakwaan Di Pengaruhi Minta Campur Urusan Mahkamah Zahid Saman Fitnah Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 189 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memfailkan saman fitnah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan mempengaruhi bekas Perdana Menteri itu untuk mencampuri perbicaraan mahkamah Ahmad Zahid 69 ...
Mahathir Mahu Berdepan Dengan Apandi Ali Di Mahkamah

Mahathir Mahu Berdepan Dengan Apandi Ali Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 140 hits
Apandi Ali telah fail tuntutan di mahkamah terhadap saya setelah saya letak jawatan sebagai perdana menteri Dia tuduh yang saya berniat jahat dan tidak turut undang undang dalam menamatkan perkhidmatannya sebagai peguam negara Saya telah be...
Dr M Pertahan Tindakan Tamat Kontrak Apandi Bantah Penyelesaian Luar Ma

Dr M Pertahan Tindakan Tamat Kontrak Apandi Bantah Penyelesaian Luar Ma

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 143 hits
Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau membuat keputusan yang tepat dalam menamatkan perkhidmatan Mohamed Apandi Ali sebagai peguam negara pada Jun 2018 Dalam satu kenyataan bekas perdana menteri itu kesal dengan keputusan Putrajaya untuk me...
Zahid Minta Campur Tangan Kes Jenayah Lepas Mesyuarat Di Rumah Kata Muhyiddin Dalam Pembelaan Saman Zahid

Zahid Minta Campur Tangan Kes Jenayah Lepas Mesyuarat Di Rumah Kata Muhyiddin Dalam Pembelaan Saman Zahid

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 213 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menunjukkan sejumlah fail yang banyak berkaitan kes jenayahnya dan meminta bantuan beliau untuk campur tangan dalam prosiding mahkamah Menerusi dokumen yang difailkan ...
Zahid Bawa Fail Kes Jenayah Minta Saya Campur Tangan Di Mahkamah Kata Muhyiddin

Zahid Bawa Fail Kes Jenayah Minta Saya Campur Tangan Di Mahkamah Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 216 hits
Muhyiddin Yassin mendakwa Ahmad Zahid Hamidi telah menunjukkan sejumlah fail yang banyak berkaitan kes jenayahnya dan meminta bantuan beliau untuk campur tangan dalam prosiding mahkamah Menerusi dokumen yang difailkan di Mahkamah Tinggi pad...
Zahid Saman Mahathir

Zahid Saman Mahathir

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 205 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan saman fitnah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu penyelesaian kes mahkamah yang dihadapi Ahmad Zahid 69 selaku plaintif memfailkan saman it...
Kes Orang Besar Lagi Ke Mahkamah

Kes Orang Besar Lagi Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 352 hits
APABILA SUIS DITEKAN MAKA RAMAI ORANG BESAR KE MAHKAMAH MAHADHIR KATA SAYA SEDIA KE MAHKAMAH BAYANGKAN JIKA KES NI MASUK MAHKAMAH BERAPA PIKUL KES AKAN TERBURAI DIA MASA TU PEGUAM KATA MAHADHIRSAYA DENGAR DAH SELESAI SAYAPUN NAK TAHU JUGA R...
Mahkamah Sivil Tak Boleh Semak Keputusan Mahkamah Syariah Kata Kerajaan

Mahkamah Sivil Tak Boleh Semak Keputusan Mahkamah Syariah Kata Kerajaan

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 163 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa keputusan yang dibuat oleh mahkamah syariah adalah muktamad dan mahkamah sivil tidak mempunyai kuasa untuk menyemaknya Peguam Persekutuan Sallehuddin Md Ali berkata Perkara 1...
Marriott Bonvoy Hotels Resorts Perkenal The Malaysian Kitchen Sajian Warisan Turun Temurun

Intellectual Property Protecting Ideas

No More Guesswork How To Pick A Vape That Won T Let You Down

Di Mana Nak Beli Minyak Tanah Untuk Pelita Raya

Resipi Taufu Fa Homemade Sangat Sedap Dimakan Sejuk

Anta Permana Datuk Seri Siti Nurhaliza Dalam Playlist King Charles Iii

Laut Tanpa Warna Nasib Nemo Bila Terumbu Karang Hilang

4 Golongan Manusia Haram Disentuh Api Neraka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anugerah Kesenian Boh Cameronian Ke 20 Sambutan Masa Lalu Insipirasi Masa Depan

Hengjing168 Hengjing168 Top 30 By Maddison Hengjing168 Wiki 6 2025

The Case Against European Rearmament

When Politicians Choose Ego Over People

Fast Food

Raya Bergaya Dengan Huawei