Muhyiddin Dakwa Zahid Minta Beliau Campur Tangan Dalam Prosiding Kes Mahkamahnya


 

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan sejumlah fail yang banyak berkaitan kes jenayahnya dan meminta bantuan beliau untuk campur tangan dalam prosiding mahkamah.
Menerusi dokumen yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 26 April lalu, Muhyiddin, 74, mendakwa Ahmad Zahid, 69, membuat permintaan selepas menghadiri mesyuarat di kediaman bekas Perdana Menteri itu.
"Selepas saya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan, satu mesyuarat diadakan di kediaman saya bagi membincangkan, antara lain, pembentukan Kabinet baharu.
"Beberapa individu menghadiri mesyuarat itu termasuk plaintif, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Abdul Hadi Awang. Selepas mesyuarat berakhir, plaintif meminta untuk bercakap dengan saya secara peribadi dan saya meminta Azmin untuk turut serta.
"Ketika perbincangan, beliau menunjukkan sejumlah besar fail yang dibawa ke mesyuarat itu. Apabila saya tanya mengapa dia bawa fail itu, dia kata fail itu ada kaitan dengan kes jenayah terhadapnya yang didakwa mempunyai motif politik, dia kata dia tak bersalah dan minta bantuan saya," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi afidavit jawapan terhadap permohonan injunksi yang difailkan oleh Ahmad Zahid dalam saman fitnah berhubung dakwaan, bekas Timbalan Perdana Menteri itu meminta bantuan Muhyiddin untuk menyelesaikan atau menangguhkan kes mahkamahnya.
Muhyiddin juga mendakwa apabila mendengar permintaan itu, beliau memaklumkan plaintif beliau tidak boleh dan tidak akan campur tangan dalam prosiding mahkamah serta menasihati Ahmad Zahid untuk membela dirinya, jika beliau benar-benar tidak bersalah.
Muhyiddin berkata, beliau dimaklumkan oleh Abdul Hadi sebelum mesyuarat itu, plaintif bertemu dengan Abdul Hadi dan turut menunjukkan dokumen terbabit, selain menyatakan dia tidak bersalah.
"Bagaimanapun, Abdul Hadi memberitahu plaintif bahawa tujuan mesyuarat itu diadakan di kediaman saya ialah untuk membincangkan hal ehwal kerajaan," katanya.
Muhyiddin berkata, tiada sebab untuk Ahmad Zahid menunjukkan fail terbabit kepadanya dan membuat permintaan itu melainkan ia bertujuan meminta bantuan beliau untuk campur tangan dalam prosiding kes jenayah terhadap plaintif.
Muhyddin turut menafikan kenyataan yang dibuatnya semasa kempen Pilihan Raya Negeri Johor ke-15 di Mersing, iaitu di pekarangan Pusat Pembelajaran Sentuhan Kasih Felda Tenggaroh 3 pada 16 Februari lalu, adalah palsu atau berbaur fitnah atau mempunyai niat jahat.
Peguam Shahrul Fazli Kamarulzaman, yang mewakili Ahmad Zahid, ketika dihubungi mengesahkan permohonan inter-parte untuk mendapatkan perintah injunksi oleh anak guamnya dalam kes saman fitnah terhadap Muhyiddin akan didengar pada 25 Mei ini, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Rozana Ali Yusoff melalui prosiding dalam talian.
Menerusi saman yang difailkan pada 4 April lalu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memohon perintah injunksi secara ex-parte supaya Muhyiddin atau wakilnya menarik balik kenyataan fitnah itu atau kenyataan fitnah serupa terhadapnya.
Plaintif juga memohon perintah injunksi sementara untuk menghalang defendan, pegawai dan pembantunya serta ejen dan wakilnya daripada mengeluarkan, menerbitkan, mengedarkan atau menyebarkan kenyataan fitnah berkenaan atau kenyataan fitnah serupa di mana-mana wadah media sosial, termasuk Facebook, Instagram, Twitter dan WhatsApp.
Turut diminta perintah injunksi sementara bagi mengarahkan defendan memadam, menyunting dan menghentikan penerbitan sebahagian rakaman video majlis itu yang mengandungi kenyataan memfitnah di dalam portal-portal berita dalam talian dan sosial media antaranya di Facebook profil 'Perikatan Nasional,'
Selain itu, plaintif memohon perintah injunksi sementara mengarahkan defendan menulis kepada mana-mana penerbit, penyunting, pengendali dan pemilik portal-portal berita dalam talian atau platform media sosial yang menerbitkan kenyataan fitnah itu supaya memadamkan dan menghentikan penerbitan kenyataan fitnah berkenaan.
Ahmad Zahid mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud beliau menggunakan jalan pintas untuk menyelesai dan menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya yang masih berjalan, meminta pertolongan Muhyiddin untuk mencampuri urusan perbicaraan kes terbabit, mencampuri sistem kehakiman, mengarahkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor dan bukan pemimpin yang patut dihormati, diteladani serta disegani.
Ahmad Zahid menegaskan kenyataan-kenyataan fitnah itu palsu, bertujuan untuk menjatuhkan reputasi dan nama baiknya.
Ahmad Zahid juga mendakwa kenyataan fitnah berkenaan dikeluarkan oleh defendan selepas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan PRN Johor.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan, faedah, serta perintah mengarahkan defendan menerbitkan permohonan maaf yang tidak bersyarat secara bertulis di surat khabar yang akan ditentukan oleh plaintif, selain menuntut kos dan perintah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/05/mahkamah-muhyiddin-dakwa-ahmad-zahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Bawa Fail Kes Jenayah Minta Saya Campur Tangan Di Mahkamah Kata Muhyiddin

Zahid Bawa Fail Kes Jenayah Minta Saya Campur Tangan Di Mahkamah Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 165 hits
Muhyiddin Yassin mendakwa Ahmad Zahid Hamidi telah menunjukkan sejumlah fail yang banyak berkaitan kes jenayahnya dan meminta bantuan beliau untuk campur tangan dalam prosiding mahkamah Menerusi dokumen yang difailkan di Mahkamah Tinggi pad...
Zahid Minta Campur Tangan Kes Jenayah Lepas Mesyuarat Di Rumah Kata Muhyiddin Dalam Pembelaan Saman Zahid

Zahid Minta Campur Tangan Kes Jenayah Lepas Mesyuarat Di Rumah Kata Muhyiddin Dalam Pembelaan Saman Zahid

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 154 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menunjukkan sejumlah fail yang banyak berkaitan kes jenayahnya dan meminta bantuan beliau untuk campur tangan dalam prosiding mahkamah Menerusi dokumen yang difailkan ...
Dakwaan Di Pengaruhi Minta Campur Urusan Mahkamah Zahid Saman Fitnah Tun Mahathir

Dakwaan Di Pengaruhi Minta Campur Urusan Mahkamah Zahid Saman Fitnah Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 148 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memfailkan saman fitnah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan mempengaruhi bekas Perdana Menteri itu untuk mencampuri perbicaraan mahkamah Ahmad Zahid 69 ...
Ada Usaha Campur Tangan Supaya Debat Najib Anwar Tidak Diadakan Di Um

Ada Usaha Campur Tangan Supaya Debat Najib Anwar Tidak Diadakan Di Um

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 140 hits
Empat bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya mahu universiti berkenaan supaya membenarkan Dewan Tunku Canselor digunakan sebagai lokasi perdebatan antara ketua pembangkang Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Najib Razak Bagi mereka ad...
Kes Rasuah Zahid Hishammuddin Lulus Permohonan Uksb Kata Saksi

Kes Rasuah Zahid Hishammuddin Lulus Permohonan Uksb Kata Saksi

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 201 hits
malaysiakini comDiterbitkan May 10 2022 5 44 PMMahkamah Tinggi Shah Alam hari ini diberitahu bahawa bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein meluluskan permohonan syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd bagi melaksana perkhidmatan S...
Penyatuan Ummah Lebih Penting Tuan Ibrahim Jawab Zahid Selepas Dakwa Pas Talam Dua Muka

Penyatuan Ummah Lebih Penting Tuan Ibrahim Jawab Zahid Selepas Dakwa Pas Talam Dua Muka

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 168 hits
freemalaysiatoday com May 8 2022 9 45 PMPresiden Umno Zahid Hamidi perlu membaca dan menghayati semula apa yang disepakati dalam Muafakat Nasional kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man PETALING JAYA Penyatuan ummah lebih besar da...
I Can T Defame Zahid He Has A Bad Reputation Says Muhyiddin

I Can T Defame Zahid He Has A Bad Reputation Says Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 177 hits
Muhyiddin Yassin says in his statement of defence that Ahmad Zahid Hamidi had been branded a liar by several people KUALA LUMPUR Muhyiddin Yassin said Ahmad Zahid Hamidi could not claim that he had been defamed as the Umno president already...
Muhyiddin Opposes Zahid S Application For Interim Injunction

Muhyiddin Opposes Zahid S Application For Interim Injunction

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 129 hits
Ahmad Zahid Hamidi is seeking an injunction to stop Muhyiddin Yassin from repeating or publishing alleged defamatory words that the Umno president sought the former prime minister s help to drop his corruption cases KUALA LUMPUR Muhyiddin Y...
Muhyiddin Zahid Asked Me To Intervene In Court Case

Muhyiddin Zahid Asked Me To Intervene In Court Case

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 210 hits
Former prime minister Muhyiddin Yassin claimed that Ahmad Zahid Hamidi had shown him a which were in relation to his criminal cases and asked for his help to intervene in the court proceedings In his court document filed at the High Court h...
Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Lanwuu Imagine By Aurora Design In Yunnan China

Raffa Affar Pelita Dalam Doa Chord

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Ringgit Closes Higher As Investors Shift From Safe Haven Currencies

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

Traditional Seats No More A Factor In Pn Says Gerakan