Tujuan Tun Ghafar berbuat demikian adalah untuk memudahkan Tun Mahathir mentadbir parti dan kerajaan dengan bebas berdasarkan kehendaknya selepas itu.Susulan itu, Anwar telah diumumkan menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya dilantik Timbalan Perdana Menteri.Bagi kebanyakan orang yang mengikuti perjalanan politik dan sumbangan Tun Ghafar, terutama dalam menstabilkan parti berikutan perletakan jawatan Tun Musa Hitam pada 1986, pertandingan 1987 serta berbagai krisis lainnya dalam negara, tindakan Tun Mahathir mengucapkan kata-kata demikian dilihat tidak wajar sama sekali.Beliau seolah-olah tidak menghargai, malah tidak mengenang sama sekali jasa serta sumbangan Tun Ghafar terhadapnya.Hari ini setelah 27 tahun berlalu, apa yang diucapkan Tun Mahathir kepada Tun Ghafar itu sebiji terkena kepada dirinya.Di dalam PH, beliau jelas tidak diperlukan lagi, tetapi tetap bersungguh-sungguh mahu jadi Perdana Menteri lagi buat kali ketiga.Anwar yang merupakan Pengerusi PH dan Presiden PKR telah secara mutlak menolak hasrat Tun Mahathir yang mencadangkan dirinya sendiri sebagai calon Perdana Menteri bagi gabungan itu.Di dalam Bersatu pula, beliau telah terbuang dan terlucut kedudukannya sebagai Pengerusi parti tersebut.Dalam kelompok rakyat pelbagai kaum di seluruh negara, rata-rata telah menolak Tun Mahathir untuk kembali lagi sebagai Perdana Menteri, bukan saja kerana beliau telah dua kali menduduki jawatan tersebut, malah disebabkan usia tunya sudah mencecah 95 tahun ketika ini.Manakala budak-budak sekolah, apabila mereka terdengar perbualan yang menyebut nama Tun Mahathir, spontan ada yang bertanya, “bila lagi Atuk ni mahu berhenti?”Kepada Tun Mahathir – don’t overstay your welcome – isyarat patutnya beliau berundur sudah sangat jelas sekarang ini, bahkan lebih jelas daripada apa yang dialami oleh Tun Ghafar pada 1993 dahulu.Kalau Tun Ghafar boleh berjiwa besar untuk berundur, apakah Tun Mahathir lebih memilih untuk “berjiwa tikus”, walaupun berpendidikan lebih tinggi daripada arwah? (Shahbudindotcom 20/06/2020)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |