Buat Tun Mahathir Don T Overstay Your Welcome


Don't overstay your welcome, demikian kata-kata yang pernah diucapkan oleh Tun Mahathir Mohamad ketika kehangatan musim pertandingan antara Anwar Ibrahim dengan Tun Ghafar Baba (kini arwah) bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993 dahulu.


Tun Mahathir melafazkan kata-kata tersebut di Kuala Terengganu yang dipercayai ditujukan kepada Tun Ghafar yang ketika itu juga adalah Timbalan Perdana Menteri.

Berikutan kata-kata tersebut, pencalonan untuk Anwar mencanak-canak naiknya, sementara pencalonan untuk Tun Ghafar terus ketinggalan jauh di belakang.

Walaupun difahami oleh semua orang bahawa ungkapan pedih itu ditujukan kepada Tun Ghafar, tetapi Tun Mahathir tidak pernah mengia atau menafikannya sehingga kata-kata tersebut didendangkan dengan meluas sebagai gambaran Tun Ghafar tidak diperlukan lagi di dalam parti dan kerajaan.

Sebagai seorang yang berjiwa besar, walaupun tidak bersekolah tinggi, Tun Ghafar akhirnya mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tujuan Tun Ghafar berbuat demikian adalah untuk memudahkan Tun Mahathir mentadbir parti dan kerajaan dengan bebas berdasarkan kehendaknya selepas itu.

Susulan itu, Anwar telah diumumkan menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Bagi kebanyakan orang yang mengikuti perjalanan politik dan sumbangan Tun Ghafar, terutama dalam menstabilkan parti berikutan perletakan jawatan Tun Musa Hitam pada 1986, pertandingan 1987 serta berbagai krisis lainnya dalam negara, tindakan Tun Mahathir mengucapkan kata-kata demikian dilihat tidak wajar sama sekali.

Beliau seolah-olah tidak menghargai, malah tidak mengenang sama sekali jasa serta sumbangan Tun Ghafar terhadapnya.

Hari ini, setelah 27 tahun berlalu, apa yang diucapkan Tun Mahathir kepada Tun Ghafar itu sebiji terkena kepada dirinya.

Di dalam PH, beliau jelas tidak diperlukan lagi, tetapi tetap bersungguh-sungguh mahu jadi Perdana Menteri lagi buat kali ketiga.

Anwar yang merupakan Pengerusi PH dan Presiden PKR telah secara mutlak menolak hasrat Tun Mahathir yang mencadangkan dirinya sendiri sebagai calon Perdana Menteri bagi gabungan itu.

Di dalam Bersatu pula, beliau telah terbuang dan terlucut kedudukannya sebagai Pengerusi parti tersebut.

Dalam kelompok rakyat pelbagai kaum di seluruh negara, rata-rata telah menolak Tun Mahathir untuk kembali lagi sebagai Perdana Menteri, bukan saja kerana beliau telah dua kali menduduki jawatan tersebut, malah disebabkan usia tuanya sudah mencecah 95 tahun.

Manakala budak-budak sekolah, apabila mereka terdengar perbualan yang menyebut nama Tun Mahathir, spontan ada yang bertanya, "Bila lagi Atuk ni mahu berhenti?"

Kepada Tun Mahathir – don't overstay your welcome – isyarat yang sepatutnya beliau berundur sudah sangat jelas sekarang ini, bahkan lebih jelas daripada apa yang dialami oleh Tun Ghafar pada 1993 dahulu.

Kalau Tun Ghafar boleh berjiwa besar untuk berundur, apakah Tun Mahathir lebih memilih untuk "berjiwa tikus", walaupun berpendidikan lebih tinggi daripada arwah?

BACA INI JUGA:
Kronologi Kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan Yang Anda Wajib TahuMisteri Salasilah Keturunan Tun Mahathir?
sumber: shahbudindotcom



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/06/tun-mahathir-dont-overstay-your-welcome.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Don T Overstay Your Welcome Masih Ingatkah Mahathir Akan Ungkapan Ini

Don T Overstay Your Welcome Masih Ingatkah Mahathir Akan Ungkapan Ini

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 466 hits
Don t overstay your welcome demikian kata kata yang pernah diucapkan oleh Tun Mahathir Mohamad ketika kehangatan musim pertandingan antara Anwar Ibrahim dengan Tun Ghafar Baba bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993 dahulu Tun M...
Parti Apa Aku Dapat Sindiran Sinis Tun Mahathir Kepada Rasuah Halal Di Malaysia

Parti Apa Aku Dapat Sindiran Sinis Tun Mahathir Kepada Rasuah Halal Di Malaysia

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 524 hits
Di tengah perpecahan berterusan dalam BERSATU bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad secara sinis mencetuskan idea untuk membentuk sebuah lagi parti berasaskan Melayu yang akan dinamakan Parti Apa Aku Dapat dan terbuka kepada semua oran...
Don T Be Afraid Of Dap Mahathir Tells Malays

Don T Be Afraid Of Dap Mahathir Tells Malays

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 391 hits
Former prime minister Dr Mahathir Mohamad today urged the Malays to eliminate their fear of the DAP In a post uploaded on his blog Mahathir said former premier Najib Abdul Razak and Prime Minister Muhyiddin Yassin have played by the narrati...
Rentasan 700 Panas Tun Mahathir Akui Tidak Akan Bekerjasama Dengan Keadilan

Rentasan 700 Panas Tun Mahathir Akui Tidak Akan Bekerjasama Dengan Keadilan

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 334 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 7001 MASIHKAH ADA JALAN MENANG MENANG 2 AMANAH KOMITED KUKUHKAN GABUNGAN PAKATAN HARAPAN 3 BERAPA BILANGAN PEKERJA ASING YANG SEBENARNYA 4 KERAJAAN PERLU TEGAS BANTERAS WARGA ASING BERNIAGA
Tun Mahathir Perlu Lupakan Anwar Ibrahim

Tun Mahathir Perlu Lupakan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 378 hits
KEPUTUSAN TERBAIK Dr Mahathir Mohamad setakat ini ialah membuat keputusan untuk TIDAK lagi BERKERJASAMA dengan Anwar Ibrahim Dr Mahathir sudah DUA kali menjadi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang tak pernah mimpi nak jadi Perdana Menteri ...
Rentasan Mingguan 071 Panas Ini Punca Tun Mahathir Perlu Dicalonkan Sebagai Pm 9

Rentasan Mingguan 071 Panas Ini Punca Tun Mahathir Perlu Dicalonkan Sebagai Pm 9

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 270 hits
MENARIK DALAM RENTASAN MINGGUAN 0711 MENGAPA UMNO MAHU PARLIMEN BUBAR 2 TINGGALKANLAH ASOBIYAH ITU 3 KATA PENGANALIS LUPAKAN IMPIAN PERDANA MENTERI KALI KETIGA 4 BUBAR DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR DAHULU KATA AMANAH
Don T Blame Mahathir Blame Anwar And Dap

Don T Blame Mahathir Blame Anwar And Dap

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 320 hits
Listen properly to what Mahathir said yesterday when he explained why he wants to become prime minister again This is what he said this is not what I am alleging Mahathir wants to become prime minister again because he could not control Pak...
Anak Muda Sudah Mulai Bosan Dengan Tun Mahathir Anwar

Anak Muda Sudah Mulai Bosan Dengan Tun Mahathir Anwar

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 382 hits
June 25 2020Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin KUALA LUMPUR Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin berkata anak muda sudah mula bosan melihat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Datuk Seri...
Tanya Tun Mahathir Di Manakah Wang Negara Rm30 Billion

Tanya Tun Mahathir Di Manakah Wang Negara Rm30 Billion

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 360 hits
HAMSINA HAMZAH Dalam buku Barry Wain yang bertajuk Malaysian Maverick 4 skandal kewangan dalam tempoh pimpinan Tun Mahathir menunjukkan jumlah kerugian yang dialami oleh Malaysia dianggarkan bernilai RM100 bilion Mantan Perdana Menteri Tun ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi

Lebai Risau Arak Dari Dadah Dadah Tak Haram Kah

Kemunafikan Pas

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas