Pnb Masih Belum Jawab Isu Kelayakan Akademik Cucu Saudara Mahathir

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti (SC) masih belum menerima  penjelasan daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) berhubung  percanggahan kelayakan akademik dan pengalaman kerja bekas Presiden dan  Ketua Eksekutif Kumpulannya, Abdul Jalil Rasheed.
Dalam kenyataannya, SC berkata, sebagai pemegang Lesen Perkhidmatan  Pasaran Modal (CMSL), PNB dikehendaki memastikan semua maklumat  pelantikan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan yang dikemukakan kepada  SC adalah benar dan tepat, setelah ia menjalankan pertanyaan ketekunan  sewajarnya.
Ini termasuk pengalaman kerja dan kelayakan akademik yang disertakan dalam borang permohonan dan dokumen sokongan.
Katanya, keperluan ini dinyatakan dengan jelas dalam borang permohonan yang berkaitan.
”Namun baru-baru ini, SC dimaklumkan bahawa terdapat percanggahan  dalam serahan oleh syarikat kepada SC berhubung kelayakan akademik dan  pengalaman kerja bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya dan  sehingga kini telah menerima pengesahan mengenai percanggahan dalam  serahan tersebut.
”SC telah memohon penjelasan daripada pihak yang berkenaan mengenai  percanggahan ini. Maklum balas PNB terhadap pertanyaan SC masih belum  diterima,” kata SC dalam kenyataan tersebut.
Badan pengawal selia itu mengeluarkan kenyataan ini susulan artikel  media mengenai pelantikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB yang  dikaitkan dengan kelulusan SC
Jelasnya, sesebuah pemegang CMSL hendaklah memperoleh kelulusan SC  terlebih dahulu bagi pelantikan ketua eksekutifnya, seperti yang  tertakluk di bawah di bawah Panduan Pelesenan (Licensing Handbook) SC.
”Pemegang CMSL dan lembaga pengarahnya dikehendaki menjalankan proses  ketekunan wajar ke atas keupayaan dan kecekapan individu tersebut untuk  mengetuai entiti berlesen.
“Ini termasuk menilai, antara lain, kemampuan individu tersebut untuk  mempamerkan kemahiran dan ketekunan wajar dalam melaksanakan tugasnya,”  tambahnya,
SC juga akan menjalankan penilaian kawal selia mengenai latar  belakang individu berkenaan dengan agensi penguatkuasaan undang-undang  yang berkaitan.
Jelas SC, keperluan dan amalan SC adalah setanding dengan piawaian  yang diguna pakai oleh pengawal selia pasaran modal lain di rantau ini. –  MalaysiaGazette 
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/06/pnb-masih-belum-jawab-isu-kelayakan.html