Tanpa Bantuan Mahathir Anwar Masih Dalam Penjara



(Malaysia Dateline) – Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad menyorot kembali manfaat diperoleh apabila Pakatan Harapan (PH) bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Katanya, langkah menerima Mahathir sebagai Perdana Menteri (PM) ketujuh lalu menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya menerima pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pihak yang pada masa ini menolak Dr Mahathir sebagai calon PM kesembilan agar berpegang pada pesanan pimpinan termasuk Anwar yang mahu PH diperkukuhkan.
“Apabila kita (PH) menang, Tun jadi Perdana Menteri. Antara perkara pertama yang dilakukannya, dia (Mahathir) dapatkan pengampunan bagi Anwar.
“Lalu, bagi pihak yang persoal apa untungnya kerjasama dengan Tun, itu (pengampunan) satu, yang menyebabkan Anwar berada di luar (penjara).
“Kalau tidak, Anwar masih dalam penjara sampai hari ini. Tak selesai lagi tempohnya,” katanya dalam slot Bicara YB Khalid Samad (Siri 62) menerusi Jom Channel FB Live semalam.
Untuk rekod, seminggu selepas PH meraih majoriti mudah di Parlimen untuk membentuk kerajaan Persekutuan iaitu pada 16 Mei 2018, Anwar diberikan pembebasan serta-merta selepas mendapat perkenan pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong.
Pengampunan penuh tanpa sebarang syarat itu membolehkan Anwar bergiat semula dalam politik.
Pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Anwar terhadap sabitan kesalahan meliwat bekas pembantunya dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi.
Mengulas lanjut, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, masing-masing akan mendapat manfaat daripada pendekatan menarik rambut dalam tepung.
“Itu manfaatnya. Kalau dia (Anwar) keluar (penjara) pun, lima tahun tidak boleh terlibat dalam politik. PRU15 pun tidak boleh sebab ada tempoh lima tahun.
“Antara keuntungan terbesar apabila kita berjaya bekerjasama, Tun dapat apa yang dia nak, kita pun dapat apa yang kita mahu,” kata bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu.
Zero sum 
Sebaliknya, beliau mengingatkan pendekatan zero sum iaitu keuntungan untuk satu pihak tetapi menyebabkan kerugian untuk pihak lain tidak akan menjadikan Dr Mahathir menyokong PH Plus.
“Masing-masing dapat sebahagian walaupun bukannya semua. Itulah namanya rundingan. Itulah keadaan menang-menang yang kita usahakan.
“Kalau zero sum, aku menang, kau kalah, kalau begitu, bagaimana dia (Dr Mahathir) yang kalah akan bersama kita?
“Kita (PH) pun tidak boleh menang. Kita menang sorak tapi akhirnya negara tergadai,” tegasnya dalam program bertajuk ‘PH dan PH+ : Menarik Rambut dalam Tepung?’ itu.
Justeru, beliau menasihatkan agar semua pihak termasuk penyokong PH tidak berterusan menyerang Dr Mahathir sehingga sampai tahap memecahkan PH Plus bahkan PH sendiri.
“Adakah dengan cara itu pasti Anwar dapat menjadi Perdana Menteri? Tanpa sokongan semua pihak peluang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri adalah lebih sukar.
“Kuncinya kalau nak Tun setuju kita mesti pastikan Tun selesa bersama kita (PH Plus). Kalau dia jadi Menteri Mentor sekali pun, dia rasa kita dengar dan hargai pandangan dia,” jelas Khalid lagi.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/06/26/tanpa-bantuan-mahathir-anwar-masih-dalam-penjara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Survey Adakah Dr Mahathir Dan Anwar Masih Relevan Dalam Politik Malaysia

Survey Adakah Dr Mahathir Dan Anwar Masih Relevan Dalam Politik Malaysia

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 407 hits
Pakatan Harapan kini berada di ambang kehancuran disebabkan oleh persengketaan yang tidak ada kesudahan antara Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim Bukan admin simpati apa lagi menyokong Pakatan Harapan tapi dalam sistem demokrasi kita memerlukan ...
Lupakan Mahathir Lupakan Anwar

Lupakan Mahathir Lupakan Anwar

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 281 hits
Menteri Tenaga Dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berpandangan rakyat hari ini tidak mahu mengambil kisah soal bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih berbicara soa...
Anwar Bersedia Lantik Mahathir Jadi Menteri Kanan

Anwar Bersedia Lantik Mahathir Jadi Menteri Kanan

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 340 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad tidak seharusnya menjadi perdana menteri buat kali ketiga Anwar berkata beliau bersedia untuk melantik Mahathir sebagai Menteri Kanan atau Mentor Mini...
Mahathir Akan Main Belakang Anwar

Mahathir Akan Main Belakang Anwar

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 314 hits
DAP dan Parti Amanah mahu Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai perdana menteri selama 6 bulan dan Anwar Ibrahim pula akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri Tetapi Anwar tidak bersetuju kerana dia tidak percaya pada Mahathir dan ...
Anwar Rejects Six Month Transition As Unworkable But Open To Dr Mahathir As Minister Mentor

Anwar Rejects Six Month Transition As Unworkable But Open To Dr Mahathir As Minister Mentor

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 267 hits
You have six months when you are not able to focus on reforms and the economy PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim said he would not accept Pakatan Harapan s proposal for him to succeed Tun Dr Mahathir Mohamad as prime minister after six ...
Don T Blame Mahathir Blame Anwar And Dap

Don T Blame Mahathir Blame Anwar And Dap

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 301 hits
Listen properly to what Mahathir said yesterday when he explained why he wants to become prime minister again This is what he said this is not what I am alleging Mahathir wants to become prime minister again because he could not control Pak...
Formula Libatkan Mahathir Cara Paling Mudah Anwar Jadi Pm Kit Siang

Formula Libatkan Mahathir Cara Paling Mudah Anwar Jadi Pm Kit Siang

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 382 hits
DAP beranggapan cara paling mudah dan lancar untuk Anwar menjadi perdana menteri ialah memberikan peluang kepada Dr Mahathir menjadi PM sementara selama 6 bulan Supremo DAP Lim Kit Siang berkata tidak seperti tuduhan penyokong PKR parti itu...
Kegilaan 30 Tahun Selagi Ada Dr Mahathir Anwar Takkan Jadi Pm

Kegilaan 30 Tahun Selagi Ada Dr Mahathir Anwar Takkan Jadi Pm

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 342 hits
Pakatan Harapan semakin bercelaru dan saling bercakaran berebut kerusi sehingga masing masing terpaksa menjatuhkan satu sama lain demi mencapai cita cita tamak dengan meratib kononnya semakin hampir ke Putrajaya Ketua Media Pertubuhan Muafa...
Betulkah Rakyat Masih Mahukan Dr Mahathir Sebagai Perdana Menteri Seperti Yang Beliau Dakwa

Betulkah Rakyat Masih Mahukan Dr Mahathir Sebagai Perdana Menteri Seperti Yang Beliau Dakwa

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 450 hits
Dr Mahathir sering mendakwa beliau ingin bersara tetapi rakyat mahukan beliau terus menjadi Perdana Menteri Betulkah apa yang beliau dakwa atau itu cuma alasan beliau untuk terus menjadi Perdana Menteri Kali ini admin harap pembaca dapat me...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi