Doktor Pesan Periksa Dulu Bawah Lidah Bayi Selepas Lahir Tongue Tie Boleh Ganggu Penyusuan Pertuturan


Ada sebabnya doktor berpesan untuk periksa bawah lidah bayi selepas dilahirkan. Ia adalah untuk memastikan bayi tidak mengalami tongue tie. Ramai menyangka bayi tidak mahu menyusu atau susu tiada, tapi tanpa sedar tongue tie adalah puncanya.
Dr. Aimi Jaafar, Kaunselor Laktasi & Pegawai Perubatan dari Klinik Taqwa telah berkongsi infi mengenai keadaan tongue tie pada bayi baru lahir.
TONGUE TIE DAN PENYUSUAN Masyarakat kita sudah makin terdedah dengan kepentingan penyusuan badan, Alhamdulillah. 
Kalau 10 tahun dahulu, mungkin kita akan selalu terima jawapan ‘susu tak ada’, sekiranya ibu berhenti menyusukan badan. Tapi sekarang, lebih banyak jawapan dan masalah yang dapat kita selesaikan, yang pastinya bukan disebabkan ‘susu ibu tak ada’.
KEADAAN YANG BOLEH MENYEBABKAN PENGHASILAN SUSU KURANG
#1: KURANG KELENJAR SUSU-Memang ada situasi di mana ibu mempunyai kelenjar susu kurang, yang disebut Insufficient Glandular Tissue (IGT), yang memang boleh menganggu supply susu yang cukup. Tapi keadaan ini adalah sangat jarang.
#2: IBU PERNAH ALAMI PEMBEDAHAN PADA PAYUDARA-Selain itu, sekiranya ibu pernah menjalani pembedahan di bahagian payudara, juga boleh mengganggu penghasilan susu.
#3: PELEKAPAN, POSISI & EMOSI IBU-Untuk keadaan yang selain di atas, selalunya masalah penyusuan banyak berpunca dari pelekapan, posisi, dan emosi.
#4: TONGUE TIE –Salah satu yang boleh mengganggu perlekapan bayi sewaktu menyusu adalah disebabkan oleh ‘tongue tie’.

JADIKAN AMALAN MELIHAT BAWAH LIDAH BAYI LEPAS LAHIR
Jadikanlah amalan untuk terus melihat bawah lidah bayi setelah lahir. Sekiranya nampak seperti ada tali yang menambat lidah si bayi, itu adalah tongue tie, dan ia boleh mengganggu bayi untuk menyusu dengan sempurna.
Lihat juga sekiranya bayi tidak pernah keluarkan lidah dari mulut, dan sekiranya dijulurkan keluar, lidah kelihatan seperti bentuk <3 / W shape.
5 MASALAH PENYUSUAN BAGI BAYI YANG MEMPUNYAI TONGUE TIE
Antara masalah yang boleh dijangkakan dengan kehadiran tongue tie;
1. Hisapan yang sering terlepas, lidah tidak dapat mengekalkan hisapan.
2. Bayi mengamuk sewaktu / selepas menyusu. Ini boleh disebabkan susu yang dapat diminum tidak banyak seperti yang sepatutnya dan bayi boleh jadi penat kerana harus berusaha lebih untuk dapatkan susu.
3. Ibu rasa sakit pada puting dan boleh menyebabkan luka. Ini disebabkan bayi banyak hisap pada bahagian puting.
4. Peningkatan berat badan bayi yang tidak memberangsangkan. Sekiranya bayi tidak dapat menyusu dengan baik, pada pemeriksaan pada 1 bulan pertama, akan dapat lihat bahawa berat bayi tidak naik seperti diharapkan.
5. Bayi ingin mengempeng setiap masa. Ada juga bayi yang terus menerus ingin menyusu, dan ini akan menyebabkan ibu berasa stress.
Ada kes yang memenuhi kesemua ciri di atas, ada juga kes kes terpencil di mana bayi membesar dengan baik, dan ibu tidak merasakan sakit.
TONGUE TIE JUGA AKAN MENGGANGGU PERTUTURAN
Sekiranya si bayi boleh menyusu dengan bagus walaupun dengan kehadiran tongue tie, pada usianya 2 tahun nanti, mungkin bayi boleh mempunyai masalah pertuturan. Sama ada lewat bercakap, ataupun pelat. Tapi tak semua akan mengalami masalah ini.

PERLU PEKA TENTANG TONGUE TIE
Saya seru kepada semua ibu bapa, para nurse, doktor dan PC/LC untuk alert mengenai ini, dan utamakanlah penyusuan susu ibu. Ada yang lebih pentingkan percakapan, dan mahu pantau sehingga bayi sudah 2 tahun. Anda rasa berjayakah si ibu menyusukan anak tersebut kalau tunggu 2 tahun baru check? Saya rasa tak. 
TONGUE TIE RELEASE PROSEDUR RINGKAS TAPI BESAR IMPAKNYA KEPADA SI ANAK

Apa yang boleh dilakukan sekiranya anak anda ada tongue tie? Lakukan procedure ‘tongue tie release’. Ia adalah prosedur yang sangat simple, tapi efeknya sangat besar. 
Saya galakkan untuk lakukan prosedur ini secepat mungkin, kerana kita tak mahu keadaan ini menganggu pertumbuhan anak. Tapi sekiranya masalah ini dikesan setelah 4 bulan pun, masih tidak terlambat untuk dibuat.
Biasanya LC/PC akan check dan sarankan penyelesaian sekiranya memang masalah penyusuan adalah disebabkan tongue tie. 
Sumber: Dr. Aimi Jaafar
Kaunselor Laktasi & Pegawai Perubatan
Klinik Taqwa
The post Doktor Pesan Periksa Dulu Bawah Lidah Bayi Selepas Lahir. Tongue Tie Boleh Ganggu Penyusuan & Pertuturan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/doktor-pesan-periksa-dulu-bawah-lidah-bayi-selepas-lahir-tongue-tie-boleh-ganggu-penyusuan-pertuturan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Pesan Jangan Ikut Petua Mengarut Untuk Redakan Jaundis Bayi Fahami Dulu Punca Cara Kuning Disingkirkan

Doktor Pesan Jangan Ikut Petua Mengarut Untuk Redakan Jaundis Bayi Fahami Dulu Punca Cara Kuning Disingkirkan

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 866 hits
Apa yang diutarakan oleh doktor ini memberikan panduan kepada ibu bapa baru tentang punca terjadinya jaundis dan cara kuning dapat disingkirkan oleh badan Lebih menakutkan ia boleh menyebabkan kerosakan kekal pada otak sekiranya tidak dikaw...
Bayi Baru Lahir Kerap Muntah Susu Ibu Bapa Wajib Periksa Perkara Ini Sebelum Bawa Ke Pakar

Bayi Baru Lahir Kerap Muntah Susu Ibu Bapa Wajib Periksa Perkara Ini Sebelum Bawa Ke Pakar

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 586 hits
Masalah bayi muntah ini kerap terjadi kepada bayi berumur di bawah 6 bulan dan boleh berlaku samada bayi menyusu ibu atau susu formula Jika terjadi kepada bayi yang menyusu ibu ibu atau orang di sekelilingnya akan mengatakan susunya tidak s...
Penjagaan Bayi Baru Lahir Strategi Bagi Ibu Bapa Yang Tertekan

Penjagaan Bayi Baru Lahir Strategi Bagi Ibu Bapa Yang Tertekan

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 1356 hits
Aktiviti harian akan menjadi sibuk selepas kelahiran bayi Penjagaan bayi yang baru lahir mungkin dilihat terhad kepada penyusuan mandi menukar lampin dan memujuk namun begitu terdapat penjagaan lain yang diperlukan oleh bayi selain daripada...
Masa Menyusukan Ibu Boleh Makan Semua Cuma Pakar Laktasi Kata Waspada 16 Jenis Makanan Ini Bayi Boleh Kembung

Masa Menyusukan Ibu Boleh Makan Semua Cuma Pakar Laktasi Kata Waspada 16 Jenis Makanan Ini Bayi Boleh Kembung

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 515 hits
Betulkah andaian orang tua tua bahawa ibu menyusukan tidak digalakkan minum air sejuk atau berais kerana boleh menyebabkan bayi kembung perut Juga benarkah jus buah buahan seperti tembikai mangga dan nanas tidak elok diminum kerana berbisa ...
Allahuakhbar Apa Yang Cuba Dilakukan Oleh Bayi Yg Baru Lahir Ini Mengejutkan Jururawat Bidan Hospital

Allahuakhbar Apa Yang Cuba Dilakukan Oleh Bayi Yg Baru Lahir Ini Mengejutkan Jururawat Bidan Hospital

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 361 hits
ALLAHUAKHBAR Apa Yang Cuba Dilakukan Oleh Bayi Yg Baru Lahir Ini MENGEJUTKAN Jururawat Bidan Hospital BAYI yang baru dilahirkan di Brazil ini mengejutkan jururawat dan bidan di sebuah hospital kerana mampu berjalan ketika mahu dimandikan bu...
Ajaib Bayi Masih Hidup Selepas Terperangkap Lebih 30 Jam Dalam Runtuhan Suhu 17c

Ajaib Bayi Masih Hidup Selepas Terperangkap Lebih 30 Jam Dalam Runtuhan Suhu 17c

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 372 hits
Ajaib Bayi masih hidup selepas terperangkap lebih 30 jam dalam runtuhan suhu 17C fotoAP SEORANG bayi lelaki berusia 11 bulan yang diselamatkan dari runtuhan blok apartmen di bandar Magnitogorsk Rusia berada dalam keadaan sedar tetapi sangat...
Dulu Kata Negara Bankrap Di Bawah Bn Masa Saya Sekarang Puji Pula

Dulu Kata Negara Bankrap Di Bawah Bn Masa Saya Sekarang Puji Pula

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 344 hits
MALAYSIAKINI Bekas Perdana Menteri Najib Razak hari ini melahirkan rasa terkejut apabila Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah kerajaan Pakatan Harapan mengeluarkan kenyataan memuji strategi kementerian itu sejak 10 tah...
Seawal Umur Berapa Bayi Anda Boleh Mula Minum Air Putih

Seawal Umur Berapa Bayi Anda Boleh Mula Minum Air Putih

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 447 hits
Air putih merupakan suatu yang sangat penting untuk survival setiap individu Namun begitu bayi yang berumur 6 bulan ke bawah masih belum boleh minum air putih kerana boleh mendatangkan pelbagai kesan terhadap kesihatan mereka Pada masa yang...
Doktor Salah Bedah Testis Bayi Ini Berakhir Mandul

Doktor Salah Bedah Testis Bayi Ini Berakhir Mandul

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 547 hits
24 Disember 2018 BBC Bayi berusia dua tahun harus menerima nasib menjadi mandul setelah doktor salah bedah buah zakar yang sihat Bayi tersebut dirujuk ke Bristol Royal Hospital for Children awal minggu ini untuk mengatasi kriptorkismus atau...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Lima Lelaki Direman Bantu Siasatan Kes Langgar Remaja

Tiga Ditahan Disyaki Bunuh Wanita Dalam Perodua Alza

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Majlis Annual Dinner Sekolah Paling Happening Dengan Tema Movie Character

Cubaan Sekat Demo Akan Cemar Kredibiliti Ph Kata Mp Dap