Bayi Baru Lahir Kerap Muntah Susu Ibu Bapa Wajib Periksa Perkara Ini Sebelum Bawa Ke Pakar


Masalah bayi muntah ini kerap terjadi kepada bayi berumur di bawah 6 bulan dan boleh berlaku samada bayi menyusu ibu atau susu formula. Jika terjadi kepada bayi yang menyusu ibu, ibu atau orang di sekelilingnya akan mengatakan susunya tidak sedap atau kurang khasiat, bayi tidak suka rasa susu ibu dan bayi kembung perut sebab ibu tersalah makan.

Segala mitos ini akan menyebabkan si ibu percaya lantas memberikan bayinya susu formula. Jika ini terjadi kepada bayi yang menyusu formula pula, mitos yang kerap berlegar dalam masyarakat ialah, susu tidak sesuai, alahan kepada susu formula jenama tertentu dan akhirnya kerap bertukar pelbagai jenama susu.
Sedangkan kajian menunjukkan lebih kurang 2/3 bayi di bawah 6 bulan  mengalami masalah sekurang-kurangnya sekali sehari. Kebanyakan masalah muntah sejak umur 1 minggu kelahiran dan 40 – 65 % bayi berumur 1-4 bulan disebabkan oleh Gastroesophageal Reflux (GER). Masalah GER ini akan semakin berkurangan sehingga bayi mencapai umur 6 bulan. Lebih kurang 96 % bayi yang mengalami GER ini akan sembuh sepenuhnya apabila mencapai umur setahun. (Anna Rybak, Int Journal Molecular ScienceAugust 2017, Czinn SJ et al. Paediatric Drugs 2013)
Apakah Gasteroesophageal reflux ini?
Di dalam perut manusia terdapat injap bahagian atas yang membuka laluan makanan daripada otot esofagus bawah (LES – lower esophageal sphincter) ke dalam perut (lihat gambarajah). Namun, di dalam bayi baru lahir, otot LES ini belum cukup kuat untuk menutup rapat selepas susu masuk dalam perut. Maka, makanan akan berpatah balik ke atas melalui esofagus dan bayi akan memuntahkan susu keluar.

 
Sekiranya bayi anda mengalami masalah muntah, perlu diteliti beberapa perkara yang membimbangkan dan perlu dibawa berjumpa pakar kanak-kanak.
Muntah yang tersangat kerap dan berhalaju tinggi setiap kali sejurus selepas atau semasa menyusu. Ini ditakuti bayi mempunyai masalah yang jarang berlaku iaitu Pyloric stenosis iaitu otot pylorus (injap perut bahagian bawah) yang tebal daripada normal. Muntah yang menyebabkan kurang berat badan atau berat tidak naik secukupnya. Jika bayi mempunyai tanda-tanda kurang air dalam darah (dehidrasi) seperti kurang membuang air besar dan kecil seperti normal dan kelihatan kulitnya kering dan bayi lemah dan tidak menangis seperti biasa. Bayi tidak boleh membuang angin, perutnya kelihatan buncit dan lebih keras bila diurut, serta bayi menangis mengerang seperti sakit perut. Inimenandakan bayi mengalami usus tersumbat yang menyebabkannya muntah. Bayi kerap terbatuk akibat tersedak / tercekik dengan susu yang berpatah balik ke dalam kerongkongnya. Kadang-kadang bayi boleh mendapat jangkitan paru-paru “aspiration pneumonia”. Sekiranya bayi mengalami muntah disebabkan oleh GER tapi tiada tanda-tanda seperti di atas, maka anda tidak perlu panik. Ikuti langkah seperti di bawah;
Susukan bayi anda dalam posisi kepala bayi lebih tinggi kedudukannya daripada perut samada menyusu ibu atau menggunakan botol. Berhenti sekejap pada separuh masa penyusuannya (bila lihat hisapannya kurang laju). Letak bayi ke dada ibu dalam kedudukan menegak seperti ingin sendawakannya sambal menepuk lembut belakangnya. Ini memberikan masa untuk susu itu turun ke dalam perut bayi mengikut tarikan graviti. Lakukan perkara ini dalam 1-2 minit sahaja dan sambung lagi penyusuannya sehingga bayi kenyang atau susunya habis. Jika perlu sendawakan, sekali lagi ulang meletakkan bayi ke dada ibu. Kemudian, jika bayi tertidur, letakkan bayi mengiring ke tepi (kiri atau kanan) dan elakkan meletak bayi terlentang dengan kepala sama paras dengan perutnya. Ini dapat mengelakkan bayi daripada termuntah dan tersedak (choking) dengan susu yang berpatah balik. Lakukan urutan perut bayi setiap kali bayi telah buang air besar atau kecil semasa menukar lampinnya. Urutan pusingan U daripada kanan bawah abdomen bayi, memusing U ke arah kiri bawah abdomen. Amalkan juga mengurut bayi di bahagian lain tubuh bayi jika selepas mandi dan boleh rujuk cara urutan ini dalam video pendidikan. Selepas mengurut, boleh lakukan gerakan kedua lutut serentak lipat ke perut untuk memberi tekanan agar bayi dapat membuang anginnya jika dia kembung (colic) Jika memakai barut, elakkan terlalu ketat. Elakkan meletakkan bayi dalam keadaan membongkok ke depan (posisi duduk) selepas menyusukan kerana ini akan memberi tekanan kepada perutnya sehingga muntah. Jika bayi tersedak susu, segera tiarapkan baby di tangan ibu / penjaga, tepuk lembut belakangnya untuk memastikan bayi tidak menjadi kebiruan (cyanosis) kerana kurang oksigen akibat saluran nafas tersumbat. Sedut hidungnya jika terdapat susu keluar melalui hidung. The post Bayi Baru Lahir Kerap Muntah Susu? Ibu Bapa Wajib Periksa Perkara Ini Sebelum Bawa Ke Pakar! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/bayi-baru-lahir-kerap-muntah-susu-ibu-bapa-wajib-periksa-perkara-ini-sebelum-bawa-ke-pakar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjagaan Bayi Baru Lahir Strategi Bagi Ibu Bapa Yang Tertekan

Penjagaan Bayi Baru Lahir Strategi Bagi Ibu Bapa Yang Tertekan

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 1346 hits
Aktiviti harian akan menjadi sibuk selepas kelahiran bayi Penjagaan bayi yang baru lahir mungkin dilihat terhad kepada penyusuan mandi menukar lampin dan memujuk namun begitu terdapat penjagaan lain yang diperlukan oleh bayi selain daripada...
Beberapa Minggu Lahir Bayi Kerap Menangis Jangan Fikir Tak Cukup Susu Faktor Ini Pun Kena Tahu

Beberapa Minggu Lahir Bayi Kerap Menangis Jangan Fikir Tak Cukup Susu Faktor Ini Pun Kena Tahu

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 479 hits
Kerap kali ibu bertanya bayinya kerap menangis terutama dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas kelahiran Ramai pula yang beranggapan si ibu tidak cukup susu ataupun susu ibu menyebabkan anak kembung ataupun macam macam alahan dan masal...
Anak Kerap Sakit Belakang Adakah Disebabkan Oleh Beg Sekolah Ibu Bapa Perlu Rujuk Pakar Tulang

Anak Kerap Sakit Belakang Adakah Disebabkan Oleh Beg Sekolah Ibu Bapa Perlu Rujuk Pakar Tulang

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 591 hits
Anak selalu mengadu sakit belakang pada waktu malam Kadang kadang dia tak mahu menggalas beg sekolahnya Mungkin disebabkan begnya Apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah sakit belakang anak Ikuti perkongsian ini Kanak kanak yang be...
Sikit Tapi Kerap Kaunselor Laktasi Kongsi Cara Beri Bayi Susu Perahan Memang Nampak Tak Puas Tapi Sebenarnya Dah Cukup

Sikit Tapi Kerap Kaunselor Laktasi Kongsi Cara Beri Bayi Susu Perahan Memang Nampak Tak Puas Tapi Sebenarnya Dah Cukup

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 585 hits
Sikit sikit tapi kerap Demikian konsep yang digunakan oleh kaunselor laktasi ini dalam memberikan bayi susu perahan Tak semestinya 4 5oz baru kenyang Dengan 2oz mungkin bayi nampak tak puas tapi sebenarnya dah cukup Menurut Kaunselor Penyus...
Susu Ibu Pelbagai Rasa Setiap Hari Sebab Itu Bayi Excited Bila Nampak Ibu Depan Mata

Susu Ibu Pelbagai Rasa Setiap Hari Sebab Itu Bayi Excited Bila Nampak Ibu Depan Mata

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 559 hits
Kenapa susu ibu buat bayi excited bila nampak ibu dia Fakta ini ramai ibu yang tak tahu kan Sebenarnya susu ibu adalah yang paling sedap untuk anak berbanding susu formula dipasaran kerana rasanya lain dari yang lain Berilah susu yang mahal...
Masa Menyusukan Ibu Boleh Makan Semua Cuma Pakar Laktasi Kata Waspada 16 Jenis Makanan Ini Bayi Boleh Kembung

Masa Menyusukan Ibu Boleh Makan Semua Cuma Pakar Laktasi Kata Waspada 16 Jenis Makanan Ini Bayi Boleh Kembung

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 513 hits
Betulkah andaian orang tua tua bahawa ibu menyusukan tidak digalakkan minum air sejuk atau berais kerana boleh menyebabkan bayi kembung perut Juga benarkah jus buah buahan seperti tembikai mangga dan nanas tidak elok diminum kerana berbisa ...
Panduan Melawat Bayi Yang Baru Lahir

Panduan Melawat Bayi Yang Baru Lahir

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 257 hits
PANDUAN MELAWAT BAYI YANG BARU LAHIR Bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka Bayi ini dimasukkan wad akibat jangkitan virus terutamanya yang melibatkan saluran...
Apakah Ujian Apgar Pada Bayi Baru Lahir Skor Apgar Kurang Dari 5 Bayi Memerlukan Bantuan Pernafasan

Apakah Ujian Apgar Pada Bayi Baru Lahir Skor Apgar Kurang Dari 5 Bayi Memerlukan Bantuan Pernafasan

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 507 hits
Ujian Apgar ialah ujian yang dilakukan bagi menentukan sama ada bayi baru lahir memerlukan bantuan perubatan seperti pernafasan selepas dilahirkan 5 perkara ini mama papa perlu tahu Selepas dilahirkan keadaan bayi anda amat kecil dan seluru...
Sebelum Melawat Ibu Baru Bersalin Baca Dulu Pesanan Dr Zubaidi Ini

Sebelum Melawat Ibu Baru Bersalin Baca Dulu Pesanan Dr Zubaidi Ini

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 428 hits
Melawat ibu baru bersalin antara tradisi masyarakat Malaysia Seronok sebenarnya mengerumuni dan mencium bau wangi bayi baru lahir Tetapi sebelum anda meneruskan tradisi tersebut bacalah dulu pesanan daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad ini Bilangan...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator