Dulu Kata Negara Bankrap Di Bawah Bn Masa Saya Sekarang Puji Pula


MALAYSIAKINI

   

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak hari ini melahirkan rasa terkejut apabila Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan memuji strategi kementerian itu sejak 10 tahun lalu di bawah pentadbiran BN.

"Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di bawah kerajaan PH tiba-tiba mengeluarkan kenyataan pagi ini untuk memuji kerajaan BN semasa saya perdana menteri.

"Biar betul. Pelik bin ajaib. PH bukan kata Malaysia sudah hancur dan semakin bankrap di bawah kerajaan BN masa saya?

“Kerajaan BN bukan sebuah kerajaan yang gagal? Puji pula hari ini," kata Najib menerusi satu hantaran di Fabook beliau hari ini.

MITI dilaporkan berkata, strategi yang dilaksanakan kementerian itu sejak 10 tahun lepas terbukti berjaya menarik pelaburan swasta bernilai RM1.9 trilion dalam semua sektor ekonomi.

Bernama hari ini yang melaporkan kenyataan MITI, berkata walaupun pasaran pelaburan dunia mengalami kelembapan, Malaysia masih mampu mencatat pelaburan diluluskan bernilai RM197.1 bilion dalam sektor-sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama pada 2017.

Pelaburan itu membabitkan sebanyak 5,466 projek yang dijangka berupaya mewujudkan sebanyak 139,520 pekerjaan di negara ini.

Menurut MITI, perdagangan Malaysia juga cemerlang pada 2017 apabila mencatat kadar pertumbuhan tertinggi dalam tempoh 13 tahun serta kekal kukuh pada November 2018 dengan berkembang sebanyak 3.2 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM162.03 bilion.

Eksport turut tumbuh sebanyak 1.6 peratus tahun ke tahun kepada RM84.79 bilion pada November 2018 manakala import meningkat 5.0 peratus kepada RM77.24 bilion yang menyumbang kepada lebihan dagangan sebanyak RM7.55 bilion.

Malah, lebihan dagangan itu merupakan bagi bulan ke-253 berturut-turut sejak November 1997.

Mengulas lanjut, Najib berkata, kerajaan BN memerlukan sebanyak 10 tahun untuk menarik RM1.9 trilion.

Beliau sempat “menganjing” dan menyindir pemimpin Pakatan Harapan.

“Tetapi, kalah BN jika banding dengan menteri PH itu yang menggunakan masa beberapa bulan sahaja untuk menarik pelaburan asing mencecah RM1.6 trilion dari satu orang pelabur sahaja untuk buat kereta.

"Malangnya, menteri itu sudah konar baring. Pelaburan RM1.6 trilion itu sudah tak jadi. Yang tinggal hanya air liur," kata Najib tanpa menyebut nama Mustapha Mohammad yang meninggalkan Umno tahun lalu dan kemudian menyertai Bersatu.


Berikut artikel penuh Bernama itu:
Strategi MITI berjaya tarik pelaburan RM1.9 trilion
Strategi yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sejak 10 tahun lepas terbukti berjaya menarik pelaburan swasta bernilai RM1.9 trilion dalam semua sektor ekonomi.

Dalam satu kenyataan hari ini, MITI berkata walaupun pasaran pelaburan dunia mengalami kelembapan, Malaysia masih mampu mencatat pelaburan diluluskan bernilai RM197.1 bilion dalam sektor-sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama pada 2017.

Pelaburan itu membabitkan sebanyak 5,466 projek yang dijangka berupaya mewujudkan sebanyak 139,520 pekerjaan di negara ini.

Menurut MITI, perdagangan Malaysia juga cemerlang pada 2017 apabila mencatat kadar pertumbuhan tertinggi dalam tempoh 13 tahun serta kekal kukuh pada November 2018 dengan berkembang sebanyak 3.2 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM162.03 bilion.

Eksport turut tumbuh sebanyak 1.6 peratus tahun ke tahun kepada RM84.79 bilion pada November 2018 manakala import meningkat 5.0 peratus kepada RM77.24 bilion yang menyumbang kepada lebihan dagangan sebanyak RM7.55 bilion.

Malah, lebihan dagangan itu merupakan bagi bulan ke-253 berturut-turut sejak November 1997.

“Pencapaian memberangsangkan ini mampu dicapai menerusi penyelarasan dan kerjasama padu yang terjalin antara MITI dan kementerian serta agensi lain.

"Langkah penyusunan semula kementerian baru-baru ini juga bertujuan memperkukuh peranan dan sistem penyampaian kerajaan untuk menangani masalah pertindanan fungsi," kata kementerian itu.

Pada masa sama, MITI juga kekal komited dan bersedia mengadakan perbincangan dengan mana-mana kementerian serta agensi lain untuk menghasilkan strategi kolektif bagi mencapai prestasi perdagangan dan pelaburan yang lebih memberangsangkan bagi negara ini.

Bagi kemajuan masa depan, MITI juga telah mula merangka Pelan Induk Industri 4.0 yang merupakan antara usaha berterusan bagi memantapkan pertumbuhan ekonomi negara.

Malah, sejajar dengan trend global, MITI turut mengetuai usaha merangka Dasar Kebangsaan Industri 4.0 (Industry4WRD) bagi mengorak Transformasi Digital Malaysia dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

LIHAT FB DI SINI



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/dulu-kata-negara-bankrap-di-bawah-bn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tambahlencun Dulu Tuduh Bn Jual Negara Sekarang

Tambahlencun Dulu Tuduh Bn Jual Negara Sekarang

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 392 hits
Semalam saya tulis mengenai projek Melaka Gateway Hari ini Ketua Menteri PH beri komen Jika dulu BN dituduh jual negara oleh PH hari ini kita dipuji sebagai berpandangan terbuka pada masa itu Jika dulu PH tidak mahu sebarang projek dari neg...
Doktor Pesan Periksa Dulu Bawah Lidah Bayi Selepas Lahir Tongue Tie Boleh Ganggu Penyusuan Pertuturan

Doktor Pesan Periksa Dulu Bawah Lidah Bayi Selepas Lahir Tongue Tie Boleh Ganggu Penyusuan Pertuturan

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 715 hits
Ada sebabnya doktor berpesan untuk periksa bawah lidah bayi selepas dilahirkan Ia adalah untuk memastikan bayi tidak mengalami tongue tie Ramai menyangka bayi tidak mahu menyusu atau susu tiada tapi tanpa sedar tongue tie adalah puncanya Dr...
Gangguan Bekalan Air Di Ibu Negara Esok Kata Syabas

Gangguan Bekalan Air Di Ibu Negara Esok Kata Syabas

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 290 hits
Gangguan bekalan air di ibu negara esok kata Syabas Dikemas kini 11 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 11 Jan 2019 5 53
Hebat Dulu Broker Kereta Sekarang Edar Filem Zubir Berdepan Cabaran Jual Filem Sakit

Hebat Dulu Broker Kereta Sekarang Edar Filem Zubir Berdepan Cabaran Jual Filem Sakit

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 416 hits
Zubir akui cabaran dalam menjual filem BERBEKALKAN pengalaman sebagai penjual kereta pemuda ini cuba terjun ke bidang lain dengan menceburkan diri dalam industri perfileman dan bekerja di bawah syarikat Metrowealth MIG sekitar 2006 Siapa sa...
11 Artis Cilik Yang Dulu Menemani Masa Kecil Kita Di Layar Kaca Nggak Kerasa Udah Pada Gede Aja

11 Artis Cilik Yang Dulu Menemani Masa Kecil Kita Di Layar Kaca Nggak Kerasa Udah Pada Gede Aja

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 521 hits
Wajah wajah yang dulu menghiburmu dari layar kaca udah pada dewasa Harusnya sih kamu udah menikah Ya paling nggak udah wisuda deh p
Dulu Semua Salah Najib Razak Sekarang Najib Tidak Boleh Claim Lagi

Dulu Semua Salah Najib Razak Sekarang Najib Tidak Boleh Claim Lagi

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 386 hits
Dulu Guru besar marah pelajar Salah Najib Teoh Beng Hock dijumpa mati di MACC Salah Najib Pelaburan MCKIP di Kuantan Melaka Gateway Forest City dan Geely beli 49 Proton ialah jual negara Salah Najib Kucing tak beranak Juga salah Najib Semal...
Puji Miti Di Bawah Bn Biar Betul Najib

Puji Miti Di Bawah Bn Biar Betul Najib

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 363 hits
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah kerajaan PH tiba tiba mengeluarkan kenyataan pagi ini untuk memuji kerajaan BN semasa saya Perdana Menteri Kata strategi kita baik Kita di landasan yang betul Kita berjaya Kita tari...
Bukan Niat Saya Nak Panaskan Lagi Keadaan Sekarang Noorkhiriah Kongsi Video Bersama Jururawat Ramai Puji

Bukan Niat Saya Nak Panaskan Lagi Keadaan Sekarang Noorkhiriah Kongsi Video Bersama Jururawat Ramai Puji

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 751 hits
Pelakon Noorkhiriah berkongsi sepotong video apresiasi bersama sekumpulan jururawat dan seorang doktor yang merawat ibunya di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh Pahang Menerusi video pendek itu Noorkhiriah berterima kasih kepada tenag...
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Nostalgia Bedak Sejuk

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Unveiling The Efficiency Of Delta 8 Gummies An Extensive Guideline

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Adira Suhaimi Kasih Chord

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats