Doktor Jelaskan 11 Tanda Ibu Alami Meroyan Yang Orang Sekeliling Kerap Pandang Remeh


Meroyan, istilah masalah psikiatri yang khusus buat ibu selepas bersalin. Gerun kalau ia benar-benar terjadi dan jika tidak dirawat dari awal kerana boleh memberikan kesan yang serius kepada ibu dan bayi. Jadi, ibu selepas bersalin jangan ambil mudah kalau pernah alami 10 tanda ini.
Ia bermula dengan keadaan post partum baby blues yang hanya dialami oleh kira-kira 50% ibu baru bersalin dan akan hilang pada 10 hari selepas kelahiran. Manakala kemurungan selepas bersalin atau post partum depression pula ialah post partum baby blues yang berlanjutan melebihi dua minggu dan lebih mendalam.
Post partum depression terjadi kepada kira-kira 15% wanita selepas bersalin. Jika dibiarkan dan tidak dirawat segera, ia boleh menjadi lebih teruk iaitu psikosis selepas bersalin atau meroyan.

Menurut pakar psikiatri, Dr Kasmini Kassim para ibu tidak boleh ambil mudah tentang perubahan emosi dalam masa awal selepas bersalin kerana ia boleh jadi salah satu petanda masalah emosi ini.
Psikosis dan kemurungan selepas bersalin adalah gangguan emosi yang serius. Implikasi terhadap ibu dan bayi adalah merbahaya jika tidak dirawat dengan cara sewajarnya. Ia juga tidak boleh hanya dirawat dengan ubat-ubatan tradisional dan kaunseling sahaja.
3 KATEGORI IBU YANG BERISIKO ALAMI MEROYAN Ibu yang melahirkan anak pertama Ibu yang mempunyai komplikasi semasa melahirkan seperti kelahiran pramatang, kelahiran songsang atau melahirkan secara pembedahan caesarean Bayi yang lahir bermasalah seperti cacat.  
11 TANDA MEROYAN YANG SERING DIALAMI IBU #1. Gangguan emosi seperti perasaan resah dan tidak tenang
#2. Sering merasa keletihan kerana kurang rehat atau kurang tidur. Walau pun bayi dapat tidur lena.
#3. Mengalami kesukaran dalam sesuatu hal tetapi tidak mendapatkan bantuan orang lain.
#4. Memencilkan diri atau bersendirian.
#5. Tidak suka bercakap dan banyak memendamkan perasaan.

#6. Perasaan yang tidak stabil dan berubah-ubah seperti kemurungan atau kesedihan yang melampau dan sering menangis. .
#7. Ciri psikosis berlaku apabila mereka mula mempunyai perasaan ragu-ragu, bercelaru, bercakap merapu dan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar diterima akal yang waras.
#8. Mempunyai pelbagai kepercayaan karut atau delusi.
#9. Mempunyai anggapan bahawa bayinya cacat walaupun sebenarnya sihat, bayi yang dilahirkan bukan anaknya, bayi yang dilahirkan membawa sial dan sebagainya.
#10. Mendengar suara-suara ghaib yang kadang-kadang memburukkan diri ibu, menyuruh ibu membunuh bayi dan sebagainya.
#11.Ibu tidak mahu menjaga bayi mereka sendiri, membenci bayi tersebut dan ada yang mencuba membunuh bayi mereka sendiri.

PERANAN SUAMI/ AHLI KELUARGA/ PENJAGA  1. Suami khususnya jangan ambil mudah perasaan isteri di dalam tempoh selepas bersalin dan bantu dari segi pengurusan dirinya dan anak.
2. Sentiasa luangkan masa untuk berbual-bual dan menelefon isteri di rumah ketika di pejabat dengan lebih kerap.
3. Elakkan percanggahan pendapat, pergaduhan dan sebagainya yang boleh meningkatkan stres ibu.
4. Tidak ambil mudah perubahan emosi ibu. Ia tidak stabil dan berubah-ubah. Banyakkan bersabar melayani isteri.
5. Bantu si ibu menguruskan dirinya dan bayi dan berikan masa untuk ibu berehat dan tidur.
6. Sentiasa peka perubahan ibu. Sekiranya melihat tanda-tanda serius, bawa ibu terbabit  mendapatkan rawatan dengan segera dan rujuk kepada bahagian psikiatri supaya  gangguan emosi boleh ditangani awal.


The post Doktor Jelaskan 11 Tanda Ibu Alami Meroyan Yang Orang Sekeliling Kerap Pandang Remeh appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/doktor-jelaskan-11-tanda-ibu-alami-meroyan-yang-orang-sekeliling-kerap-pandang-remeh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Kerap Demam Berdarah Hidung Dan Gusi Kurang Selera Makan Mungkin Tanda Awal Leukemia

Anak Kerap Demam Berdarah Hidung Dan Gusi Kurang Selera Makan Mungkin Tanda Awal Leukemia

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 382 hits
Leukemia adalah barah sel darah putih dan ia boleh dikategorikan sebagai lebihan sel darah putih di dalam sum sum tulang Sel darah putih dihasilkan secara semula jadi Bagi pesakit Leukemia proses pengeluaran sel sel darah putih terganggu Se...
Pendarahan Dari Faraj Ketika Mengandung Boleh Jadi Tanda Sesuatu Yang Serius Pada Ibu Atau Janin Walau Pun Secalit

Pendarahan Dari Faraj Ketika Mengandung Boleh Jadi Tanda Sesuatu Yang Serius Pada Ibu Atau Janin Walau Pun Secalit

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 596 hits
Pendarahan dari faraj ketika mengandung boleh jadi petanda sesuatu yang serius pada ibu atau janin Berhati hatilah ibu ibu semua walau pun secalit Jangan ambil mudah dan hanya berteka teki sendiri Pendarahan atau bleeding masa hamil perlu d...
Mustahaknya Berat Badan Sebagai Petunjuk Kesihatan Bayi Mama Papa Jangan Pandang Remeh

Mustahaknya Berat Badan Sebagai Petunjuk Kesihatan Bayi Mama Papa Jangan Pandang Remeh

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 445 hits
Berat badan bayi bukan untuk melihat sama ada bayi kurus atau gemuk ia merujuk ia adalah penanda aras perkembangan dan tumbesaran bayi Tumbesaran bayi mesti mengikut aliran carta kesihatan yang betul Berapa berat baby ni Itulah antara soala...
Anak Demam Lepas Mandi Kolam Doktor Dedahkan Sebabnya Yang Ramai Ibu Bapa Tidak Tahu

Anak Demam Lepas Mandi Kolam Doktor Dedahkan Sebabnya Yang Ramai Ibu Bapa Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 469 hits
Anak Demam Lepas Mandi Kolam Doktor Dedah Puncanya Yang Ramai TAK TAHU Musim cuti sekolah ni memang ramai anak anak berpeluang mandi kolam renang hotel kan Pernah terfikir tak kenapa kadang kadang anak boleh tiba tiba demam lepas mandi kola...
Pa Ma Tv Demam Suhu Tinggi On Off Kulit Lebam Kebiru Biruan Ibu Ini Kongsi Pengalaman 2 Anak Alami Influenza A

Pa Ma Tv Demam Suhu Tinggi On Off Kulit Lebam Kebiru Biruan Ibu Ini Kongsi Pengalaman 2 Anak Alami Influenza A

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 382 hits
Demam suhu tinggi tak sembuh badan lebam kebiruan rupanya tanda tanda anak terkena influenza Kalau tidak dirawat segera boleh sebabkan jangkitan pada otak dan paru paru pula Puan Nur Syahira Khairil Anwar berkongsi pengalamannya dalam ranca...
Bayi Baru Lahir Kerap Muntah Susu Ibu Bapa Wajib Periksa Perkara Ini Sebelum Bawa Ke Pakar

Bayi Baru Lahir Kerap Muntah Susu Ibu Bapa Wajib Periksa Perkara Ini Sebelum Bawa Ke Pakar

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 577 hits
Masalah bayi muntah ini kerap terjadi kepada bayi berumur di bawah 6 bulan dan boleh berlaku samada bayi menyusu ibu atau susu formula Jika terjadi kepada bayi yang menyusu ibu ibu atau orang di sekelilingnya akan mengatakan susunya tidak s...
Jangan Manjakan Anak Lelaki Doktor Nasihatkan Ibu Bapa Jangan Didik Anak Jadi Raja Rileks Media

Jangan Manjakan Anak Lelaki Doktor Nasihatkan Ibu Bapa Jangan Didik Anak Jadi Raja Rileks Media

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 595 hits
Pernah berlaku di depan mata di mana seorang anak lelaki yang berumur lebih 20 tahun masih mengarahkan ibu atau bapanya melakukan kerja kerja seperti mengemas rumah membasuh tandas membersihkan halaman rumah dan yang sewaktu dengannya Apa y...
Ibu Perlu Tahu Curi Nafas Bila Nak Teran Doktor Kongsi 12 Tips Meneran Masa Bersalin

Ibu Perlu Tahu Curi Nafas Bila Nak Teran Doktor Kongsi 12 Tips Meneran Masa Bersalin

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 483 hits
Meneran adalah satu kemahiran yang perlu ada semasa proses kelahiran Meneran dengan betul membantu mempercepatkan proses bersalin serta boleh mengelakkan pelbagai komplikasi kepada ibu dan bayi Mungkin ramai ibu yang tertanya tanya cara men...
Padah Urut Tolak Rahim Ibu Hamil Kembar 30 Minggu Alami Pendarahan Dalaman Janin Berisiko Gugur

Padah Urut Tolak Rahim Ibu Hamil Kembar 30 Minggu Alami Pendarahan Dalaman Janin Berisiko Gugur

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 1500 hits
Pengalaman merawat pesakit yang di urut ketika hamil sehingga berlaku pendarahan yang diceritakan jururawat ini boleh dijadikan pengajaran Mungkin ramai yang mengambil keputusan untuk berurut apabila ada rasa sakit tetatpi berwaspadalah jik...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri