Anak Kerap Demam Berdarah Hidung Dan Gusi Kurang Selera Makan Mungkin Tanda Awal Leukemia


Leukemia adalah barah sel darah putih dan ia boleh dikategorikan sebagai lebihan sel darah putih di dalam sum-sum tulang. Sel darah putih dihasilkan secara semula jadi. Bagi pesakit Leukemia, proses pengeluaran sel-sel darah putih terganggu. Sel-sel tidak matang dan  terus membahagi dan membiak. Ia adalah sebahagian daripada kumpulan penyakit yang dikenali sebagai neoplasma hematologi atau”Hematological Neoplasm”.
Perkataan Leukemia bererti darah putih. Ia diambil sempena nama penyakit iaitu jumlah sel darah putih yang tinggi yang terdapat  pada pesakit. Kebanyakan pesakit Leukemia mempunyai bilangan sel darah putih yang tinggi sebelum mendapat rawatan. Sel darah putih yang tinggi dapat dilihat melalui mikroskop daripada ujian darah yang dijalankan. Walau bagaimanapun sel-sel darah ini tidak normal dan tidak dapat berfungsi untuk  mengawal jangkitan dalam badan. Kehadiran sel sel darah putih yang tinggi  akan mengganggu keupayaan sum-sum mengeluarkan sel-sel darah yang lain seperti sel darah merah dan platelet.

Apakah tanda dan gejala penghidap Leukemia?
Leukemia adalah barah sel darah putih. Bilangan sel darah putih yang tinggi dan tidak matang ini akan terjadi dengan cepat dan berkumpul dalam sum-sum tulang. Keadaan ini menyebabkan pengurangan penghasilan platelet, sel darah putih yang normal dan sel-sel darah merah.
Platelet yang rendah mengakibatkan pendarahan mudah berlaku seperti lebam, bintik-bintik merah, pendarahan hidung dan gusi.
Sel darah putih tidak dapat berfungsi dengan baik dan pengeluarannya yang berkurangan boleh menyebabkan demam dan jangkitan yang kerap. Ini adalah kerana fungsi sel darah putih dalam melawan kuman telah terganggu.
Kekurangan sel darah merah boleh menyebabkan anemia. Kanak-kanak kelihatan pucat, letih dan sukar bernafas.
Lain-lain tanda dan gejala:
Lemah dan letih lesu. Kurang selera makan dan kurang berat badan. Bengkak dan gusi berdarah. Sakit kepala. Bengkak abdomen disebabkan oleh pembesaran hati dan limfa. Sakit tulang, boleh menyebabkan kelemahan. Sakit sendi. Kelenjar membengkak. Jika kelenjar di leher dan dada bengkak, ia boleh menyebabkan pengaliran darah tersekat. Ini menyebabkan muka mebengkak, kesukaran bernafas serta berdengkur. Apakah penyebab dan faktor risiko Leukemia?
Tiada satu pun sebab yang diketahui untuk semua jenis Leukemia. Kajian masih terus dijalankan untuk mengenal pasti punca utama Leukemia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi seseorang untuk mendapat Leukemia.
Terdapat kebimbangan mengenai hubungan di antara tempat tinggal yang berhampiran  dengan bekalan kuasa voltan tinggi dan  Leukemia, tetapi setakat ini  tiada bukti  yang kukuh di perolehi.
Faktor-faktor persekitaran seperti  pancaran radiasi dan pendedahan kronik kepada bahan kimia toksik seperti benzene juga telah dikaitkan dengan risikio untuk mendapat leukaemia.
Jangkitan viral seperti virus Epstein barr.
Faktor genetik. Kanak-kanak Down syndrome mempunyai 15 kali kemungkinan atau risiko untuk mendapat Leukemia berbanding dengan kanak-kanak normal.
Immunodeficiency – Kanak-kanak yang mengalami penyakit ini samada secara semulajadi atau “acquired’ mempunyai risiko yang tinggi mendapat barah limfa.
Sehingga punca atau penyebab leukaemia ditemui, tidak ada cara untuk mencegah atau mengelak dari mendapat penyakit ini.
Bagaimana Leukemia dirawat?
Kanak-kanak yang telah dikenal pasti menghidap  kanser semestinya dirawatoleh pakar onkologi pediatrik (seorang doktor yang pakar dalam merawat kanak-kanak yang menghidap kanser). Pakar onkologi pediatrik akan bekerjasama rapat dengan doktor dan kakitangan kesihatan yang lain yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam merawat kanak-kanak dengan kanser. Ini mungkin termasuk pakar-pakar berikut:
Hematologsti/Pakar kaji darah. Pakar bedah kanak-kanak. Radiation onkologist. Pakar Endokrin. Pakar saraf. Pakar Radiologi. Pekerja sosial. Jurupulih kerja dan cara. Pakar psikologi. Pakar dietetik.
Rawatan kemoterapi merupakan tulang belakang rawatan kanak-kanak leukemia.
Terapi radiasi  kurang lazim digunakan sekarang. Ia diberikan secara profilaktik pada pesakit yang menghidap leukemia jenis T-sel  dan sebagai rawatan kepada pesakit yang menghidap leukaemia pada sistem saraf.
Pemindahan Tulang sum-sum / pemindahan sel stem adalah rawatan yang paling intensif yang boleh diberikan. Ia digunakan untuk  pesakit  AML dan ALL berisiko tinggi  atau yang berulang (relapse).
Rawatan leukemia kanak-kanak dilakukan secara berperingkat-peringkat:
Terapi Induksi: Ini adalah fasa pertama rawatan. Tujuannya adalah untuk membunuh sel-sel. Leukemia dalam darah dan sum-sum tulang. Ini meletakkan Leukemia ke dalam remision:
Terapi Konsolidasi/pengukuhan: Ini adalah fasa kedua dalam perawatan. Bermula apabila Leukemia berada dalam keadaan remision. Tujuan terapi ini  adalah untuk membunuh sel-sel leukemia yang tertinggal dan mencegah sel-sel daripada menjadi alah kepada rawatan. Terapi yang berterusan (maintenance therapy): Ini adalah fasa ketiga rawatan. Ia dilakukan sebagai pesakit luar.  Kemoterapi diberikan secara lisan dan dalam dos yang lebih rendah daripada yang digunakan untuk induksi dan konsolidasi.
Rawatan biasanya diberikan untuk tempoh 2-3 tahun. Oleh kerana kanak kanak lelaki secara umumnya menunjukkan tindak balas yang lebih rendah berbanding kanak kanak perempuan, rawatan untuk kanak-kanak lelaki adalah lebih lama. Kanak-kanak yang menghidap ALL mempunyai peluang yang baik untuk sembuh. Kebanyakan pusat rawatan  kini melaporkan kadar 90% peluang sembuh untuk pesakit yang mempunyai standard risk.
Kesan sampingan akibat daripada rawatan boleh berlaku sama ada pada jangka masa pendek atau panjang. Terapi radiasi ke atas kepala misalnya boleh memberi kesan kepada perkembangan otak kanak-kanak dan boleh menyebabkan barah lain berlaku. Oleh yang demikian pemeriksaan yang berkala adalah sangat penting.
Bolehkah penyakit ini berulang semula setelah dirawat?
ALL pada kanak-kanak boleh berulang walaupun ianya telah dirawat. Leukemia boleh terjadi semula di dalam darah dan sum-sum tulang atau testikal dan korda spinal atau di bahagian lain badan. Cara rawatan adalah sama seperti di atas tetapi ianya lebih intensif.
Sumber: Dr. Zulaiha bt. Muda (www.myhealth.gov.my)
***Nak tahu lanjut mengenai penyakit ini dan kupasannya dari pakar serta perkongsian pengalaman ibu bapa yang anaknya disahkan Leukemia, saksikan rancangan Pa&Ma jam 12 tengah hari ini (25 Disember) dan ulangannya 9 malam di Astro Prima dan Maya HD.
The post Anak Kerap Demam, Berdarah Hidung Dan Gusi, Kurang Selera Makan Mungkin Tanda Awal Leukemia appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/anak-kerap-demam-berdarah-hidung-dan-gusi-kurang-selera-makan-mungkin-tanda-awal-leukemia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini 4 Tip Berguna Untuk Ibu Bapa Dan Guru Guru Yang Ada Masalah Anak Dan Murid Yang Kerap Alami Hidung Berdarah

Ini 4 Tip Berguna Untuk Ibu Bapa Dan Guru Guru Yang Ada Masalah Anak Dan Murid Yang Kerap Alami Hidung Berdarah

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 432 hits
1 Cuba kenal pasti apa punca masalah berlaku Hidung akan mengalami pendarahan mesti ada punca Di usia kanak kanak ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara Paling biasa ditemui jika alahan hidung yang tidak terkawal Dah tahu punca mudah unt...
Kurang Menyusu Menangis Bila Dibaringkan Kerap Tarik Tarik Telinga Bayi Anda Mungkin Sedang Derita Jangkitan Telinga

Kurang Menyusu Menangis Bila Dibaringkan Kerap Tarik Tarik Telinga Bayi Anda Mungkin Sedang Derita Jangkitan Telinga

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 584 hits
Jangkitan pada telinga merupakan kondisi yang kerap didiagnosis pada bayi Kajian menunjukkan kebanyakan kanak kanak akan mengalami infeksi ini sekurang kurangnya sekali sebelum mereka mencecah umur tiga tahun APAKAH SIMPTOM JANGKITAN TELING...
Elak Dongakkan Kepala Bila Hidung Anak Berdarah Doktor Kongsikan Cara Hentikannya

Elak Dongakkan Kepala Bila Hidung Anak Berdarah Doktor Kongsikan Cara Hentikannya

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 436 hits
Bila hidung anak berdarah ibu mulalah panik semacam Salah satu cara yang wajib ibu lakukan pastinya mendongakkan kepala anak ke atas dengan alasan dapat mengurangkan darah keluar Sebenarnya hal ini salah sama sekali Menurut Doktor telinga h...
Demam Suhu Tinggi Menggigil Sawan Tanda Anak Influenza Tak Kuarantin Punca Ia Merebak

Demam Suhu Tinggi Menggigil Sawan Tanda Anak Influenza Tak Kuarantin Punca Ia Merebak

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 422 hits
Influenza selesema dan demam denggi ramai ibu bapa yang keliru untuk membezakannya Demam bersuhu tinggi menggigil dan sawan panas adalah antara tanda tandanya Tidak patuh kepada arahan kuarantin punca ia merebak Menurut Dr Mohammad Iqbal Mo...
Menu Untuk Anak Tak Sihat Dan Tiada Selera Makan Kaya Dengan Bahan Tingkatkan Imun Badan

Menu Untuk Anak Tak Sihat Dan Tiada Selera Makan Kaya Dengan Bahan Tingkatkan Imun Badan

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 552 hits
Anak tak sihat mulalah susah nak makan Lagi lagi masa si kecil tak sihat lagi lah pening sebab langsung tak selera makan Kebanyakan resipi dalam ni gunakan bahan makanan yang bantu tambah selera makan tingkatkan imun dan sebagainya Ibu bole...
Cuba Resipi Bebola Keledek Keju Atasi Masalah Anak Tolak Makan Nasi

Cuba Resipi Bebola Keledek Keju Atasi Masalah Anak Tolak Makan Nasi

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 554 hits
Anak kalau tak mahu makan nasi mama pasti rasa susah hati Bimbang perut anak sentiasa kelaparan kerana tidak dibekalkan dengan karbohidrat tinggi Sebenarnya bukan nasi sahaja pembekal karbo mama boleh kreatifkan diri dengan mencuba bebola k...
Sila Amalkan Petua Berkesan Ini Selepas Anak Habis Demam Campak Untuk Hilangkan Parut

Sila Amalkan Petua Berkesan Ini Selepas Anak Habis Demam Campak Untuk Hilangkan Parut

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 554 hits
Anak terkena demam campak buat ibu ibu mula runsing Selain memikirkan susu yang turun naik secara mendadak masalah parut yang bakal ditinggalkan juga buat ibu mula risau Risau jika parut kekal hingga dewasa Sebenarnya bukan semua parut keka...
Anak Demam Terlebih Bagi Ubat Boleh Rosakkan Hati Terkurang Dos Suhu Badan Tak Turun

Anak Demam Terlebih Bagi Ubat Boleh Rosakkan Hati Terkurang Dos Suhu Badan Tak Turun

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 760 hits
Sila ambil perhatian ibu dan ayah Anak Demam semua biasa bagi ubat demam kan Sebelum beli ubat demam untuk anak sila baca panduan ini dulu Ubat demam ialah ubat over the counter yakni boleh di beli tanpa prescription doktor Post ini bertuju...
Masalah Pendengaran Pertuturan Saling Berkait Peka Perkembangan Anak Agar Boleh Dikesan Rawat Dari Awal

Masalah Pendengaran Pertuturan Saling Berkait Peka Perkembangan Anak Agar Boleh Dikesan Rawat Dari Awal

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 450 hits
Keupayaan pendengaran adalah penting untuk kanak kanak untuk mengembangkan kemahiran pertuturan dan bahasa apabila mereka membesar Dalam kebanyakan kes kecacatan pendengaran di kalangan kanak kanak sering tidak dapat dikesan sehingga kanak ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp