Dijual Atau Dipindah Milik Bukti Ph Gagal Pertahan Aset Milik Orang Islam Dr Shamsul Anuar


Zylan Moha    KUALA LUMPUR – Sama ada empat rangkaian hotel milik Tabung Haji (TH) dijual atau dipindah milik hakikatnya ia sudah tidak lagi menjadi milik agensi tersebut, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Ia juga tegas Dr Shamsul, menjadi satu bukti kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mempertahankan aset milik orang Islam melalui TH.

“Maka, TH tidak lagi boleh mengaut sebarang hasil keuntungan dari operasi aset-aset tersebut. Soalnya, mengapa pula ada pihak lain yang mampu menguruskan operasi tersebut?

“Apakah pihak tersebut tidak mementingkan keuntungan? Apa salahnya dengan jenama Tabung Haji atau TH itu?

“Apakah memang wujud semacam agenda terancang untuk mengikis dan melemahkan identiti orang Melayu Islam di negara ini? Soalnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Persoalan utama tambah Ahli Parlimen Lenggong itu ialah TH kini telah pun melepaskan pemilikan ke atas empat rangkaian hotel tersebut yang kini dijenamakan semula kepada Hotel Raia, bukan lagi menjadi milik TH tetapi sudah menjadi milik orang lain.

Ulasnya juga, belum pun reda dengan penjualan ladang TH Plantations yang mencecah 76.6% keluasannya, kini tular pula di media sosial dan heboh berita penjualan empat rangkaian hotel kepunyaan 9.4 juta pendeposit Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) yakni milik umat islam.

“Difahamkan, hotel berkenaan ialah TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Pulau Pinang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu.

“Dalam notis itu juga menyatakan penamatan operasi tersebut disusuli dengan pelaksanaan ‘Staff Separation Scheme’ (SSS) kepada mereka yang terlibat.



“Surat dalaman yang tertular itu tidak dinafikan kesahihan kandungannya oleh pihak terbabit sehingga kini,” bidasnya.

Namun sebaliknya kata Dr Shamsul, TH juga tampil membuat penjelasan bahawa hotel-hotel tersebut tidak dijual, ia hanya dipindah milik dan diteruskan di bawah pengurusan baharu iaitu Urusharta Jamaah (UJ) Property Management Sdn. Bhd.

“Malah Mujahid (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri-Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa) dalam posting yang kini telah dipadamkan di dalam facebooknya turut mengakui hakikat bahawa rangkaian hotel terbabit telah dipindah milik.

“Melihat tiga kenyataan yang saling bercanggah itu mengundang lebih banyak persoalan dari jawapan,” tambahnya lagi.

Jelas Dr Shamsul lagi, taktik politik murahan Mujahid yang masih lagi memberi alasan sama dengan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) memang sudah dijangka.

“Realitinya tiada jawapan meyakinkan olehnya.



“TH sangat dekat dengan orang Islam. Maka, rakyat mahukan kenyataan meyakinkan dari beliau sebagai menteri yang bertanggungjawab.

“Dan jika tidak mampu mengendalikan TH dengan cekap, beliau boleh mengemas barang peribadinya di Jabatan Perdana Menteri,” tegasnya lagi.

UMNO juga katanya konsisten mendesak agar satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) ditubuhkan segera untuk membuat siasatan dan kajian secara terperinci mengenai permasalahan yang didakwa sedang melanda TH.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Shamsul turut menyentuh mengenai kadar hibah yang terendah pada tahun lepas iaitu 1.25%, kini rakyat tertunggu-tunggu apakah kadar hibah tahun ini akan mampu menyaingi kadar yang diumumkan semasa BN memerintah.

“Apa yang jelas pimpinan kerajaan PH, gagal memikul amanah menjaga dan memelihara aset serta harta umat Islam.

“Inilah akibatnya apabila meletakkan mereka yang bukan ahli di tempat sepenting ini,” selarnya lagi. – UMNO ONLINE



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/dijual-atau-dipindah-milik-bukti-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aset Lth Rm1 4 Bilion Milik Umat Islam Boleh Dipindah Milik Se Wenangnya Tuan Ibrahim

Aset Lth Rm1 4 Bilion Milik Umat Islam Boleh Dipindah Milik Se Wenangnya Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 344 hits
Tuntut penjelasan tamat operasi Hotel THHRPAS menuntut satu penjelasan tuntas daripada pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berhubung penamatan operasi serta perkhidmatan hospitali...
Unjuran Kdnk Malaysia Realiti Ph Gagal Mentadbir Dr Shamsul Anuar

Unjuran Kdnk Malaysia Realiti Ph Gagal Mentadbir Dr Shamsul Anuar

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 341 hits
Realitinya lebih 20 bulan mentadbir negara pentadbiran Pakatan Harapan bukan sahaja ternyata gagal melakar hala tuju ekonomi yang jelas malah ianya diburukkan dengan prestasi ekonomi yang semakin suram dan kesan langsungnya dirasai oleh rak...
Pengumuman Bank Negara Bukti Ph Gagal Mentadbir Masih Mahu Perbodoh Rakyat

Pengumuman Bank Negara Bukti Ph Gagal Mentadbir Masih Mahu Perbodoh Rakyat

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 328 hits
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang Mohd Farid Mohd Nor berkata pengumuman Bank Negara Malaysia bahawa kadar pertumbuhan negara tahun 2019 yang telah merosot kepada 4 3 peratus berbanding unjuran kerajaan sebanyak 4 7 peratus terenda...
Mof Sedia Runding Jika Th Mahu Ambil Semula 4 Hotel Dipindah Milik

Mof Sedia Runding Jika Th Mahu Ambil Semula 4 Hotel Dipindah Milik

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 328 hits
February 19 2020 2 45 PMAmiruddin Hamzah melancarkan Pusat Islam Pertama untuk Teknologi Baru di Kota Damansara Selangor hari ini KOTA DAMANSARA Kementerian Kewangan sedia berunding dengan Lembaga Tabung Haji jika ia berhasrat mengambil ali...
Acheh Jawa Bugis Banjar Datang Tm Pertahan Islam

Acheh Jawa Bugis Banjar Datang Tm Pertahan Islam

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 321 hits
February 15 2020 KUALA LUMPUR Kedatangan etnik Nusantara ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu bukanlah sebagai nelayan atau petani sebaliknya selaku pejuang yang mahu mempertahankan kedaulatan Islam daripada berdepan dengan penjajahan Presid...
Hotel Th Kerajaan Runtuhkan Aset Strategik Umat Islam

Hotel Th Kerajaan Runtuhkan Aset Strategik Umat Islam

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 317 hits
Oleh Siti Fatimah Ishak Jual pindah milik kepada pihak ketiga bukan penyelesaian bijakBANGI Tindakan Lembaga Tabung Haji memindah milik operasi empat hotel kepada pihak ketiga seolah olah meruntuhkan empayar perniagaan dan pemilikan aset st...
Masjid Cheng Ho Bukti Akulturasi Budaya Tiongkok Jawa Dan Islam Di Jawa Timur

Masjid Cheng Ho Bukti Akulturasi Budaya Tiongkok Jawa Dan Islam Di Jawa Timur

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 378 hits
Belasan masjid di berbagai penjuru di Indonesia khususnya daerah daerah yang pernah disinggahi Laksamana Cheng Ho mengabadikan namanya sebagai nama masjid Di Jawa Timur sendiri ada tiga masjid yang menggunakan nama Cheng Ho
Aset Umat Islam Apa Kesudahannya

Aset Umat Islam Apa Kesudahannya

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 386 hits
UMNO ONLINESUDAH setengah abad Tabung Haji berperanan menguruskan secara komprehensif dan sistematik untuk rakyat Malaysia menunaikan ibadah haji Penubuhan TH bermula atas kesedaran bagi menyediakan kemudahan kepada rakyat di negara ini men...
Halal Atau Tidak Orang Islam Makan Ulat Sagu Mulong

Halal Atau Tidak Orang Islam Makan Ulat Sagu Mulong

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 1127 hits
Halal atau tidak orang islam makan ulat sagu Mulong Assalamualaikum dan salam sejahtera Al kisahnya semalam tengok video di youtube Video dari seorang Vlogger Malaysia dia ajarkan cara untuk survive jika tersesat di dalam hutan Salah satuny...
Cacing Tanah Akan Subur Tanaman

Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Panduan Memilih Kertas Yang Lebih Ramah Lingkungan Dan Berkelanjutan

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa