Hotel Th Kerajaan Runtuhkan Aset Strategik Umat Islam


Oleh Siti Fatimah Ishak Jual, pindah milik kepada pihak ketiga bukan penyelesaian bijak

BANGI– Tindakan Lembaga Tabung Haji (TH) memindah milik operasi empat hotel kepada pihak ketiga seolah-olah meruntuhkan empayar perniagaan dan pemilikan aset strategik umat Islam.
Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa berkata, sepatutnya pengurusan tertinggi TH mengemukakan pelan menyelamat, pengukuhan dan membuat keuntungan bersifat jangka panjang, termasuk meningkatkan kecekapan organisasi secara menyeluruh.
Katanya, tindakan menjual, memindah milik bukan penyelesaian yang bijak, kerana banyak pertimbangan penting perlu dibuat bagi kepentingan TH dan para pendeposit.
“Cara mengurus kewangan dan perakaunan kerajaan PH nampak sangat mudah, jika rugi jual dan serahkan kepada kerajaan melalui Syarikat Tujuan Khas (SPV).
“Kes ini hendak disamakan seperti Dana Harta untuk selamatkan bank daripada ‘loan’ yang gagal. Tapi Tabung Haji tak sama dengan cara operasi bank, kerana ia melibatkan kepentingan strategik aset umat Islam,” katanya.
Kelmarin, tular surat ditandatangani pemangku Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR), Zulkefli Ahmad bertarikh 17 Februari berkaitan penutupan hotel TH.
Dalam surat itu dinyatakan empat buah hotel THHR di TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Pulau Pinang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu akan ditamatkan operasi serta perkhidmatan berkuatkuasa 1 April depan.
Surat itu menyebut, penamatan operasi dan perkhidmatan tersebut merupakan keputusan tidak dapat dielakkan memandangkan operasi dan pengurusan hotel terlibat sudah atau akan diambil alih syarikat milik Kementerian Kewangan, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJ).
Selepas surat tular itu dikritik banyak pihak, TH semalam menjelaskan bahawa operasi empat buah hotel di bawah THHR yang dipindah milik kepada UJ, akan diteruskan seperti biasa di bawah pengurusan baharu dan tiada pekerja yang akan diberhentikan.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan TH memindah milik operasi empat hotel miliknya kepada pihak ketiga disebabkan ia tidak mendatang hasil.
“Sesetengah hartanah itu tidak berguna, tidak mendatangkan hasil. Ada cara lain untuk melaburkan wang bagi mendapatkan keuntungan,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/hotel-th-kerajaan-runtuhkan-aset.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aset Lth Rm1 4 Bilion Milik Umat Islam Boleh Dipindah Milik Se Wenangnya Tuan Ibrahim

Aset Lth Rm1 4 Bilion Milik Umat Islam Boleh Dipindah Milik Se Wenangnya Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 347 hits
Tuntut penjelasan tamat operasi Hotel THHRPAS menuntut satu penjelasan tuntas daripada pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berhubung penamatan operasi serta perkhidmatan hospitali...
Aset Umat Islam Apa Kesudahannya

Aset Umat Islam Apa Kesudahannya

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 390 hits
UMNO ONLINESUDAH setengah abad Tabung Haji berperanan menguruskan secara komprehensif dan sistematik untuk rakyat Malaysia menunaikan ibadah haji Penubuhan TH bermula atas kesedaran bagi menyediakan kemudahan kepada rakyat di negara ini men...
Dijual Atau Dipindah Milik Bukti Ph Gagal Pertahan Aset Milik Orang Islam Dr Shamsul Anuar

Dijual Atau Dipindah Milik Bukti Ph Gagal Pertahan Aset Milik Orang Islam Dr Shamsul Anuar

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 355 hits
Zylan Moha KUALA LUMPUR Sama ada empat rangkaian hotel milik Tabung Haji dijual atau dipindah milik hakikatnya ia sudah tidak lagi menjadi milik agensi tersebut kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah Ia juga tega...
Kerajaan Pintu Belakang Pakatan Nasional Bakal Cetus Dominasi Islam Guan Eng

Kerajaan Pintu Belakang Pakatan Nasional Bakal Cetus Dominasi Islam Guan Eng

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 353 hits
KUALA LUMPUR Pembentukan Pakatan Nasional bagi membenarkan Pas dan Barisan Nasional mengambil alih Pakatan Harapan dan Kerajaan Malaysia menerusi pintu belakang adalah bahaya kepada rakyat Malaysia Ini kerana pakatan itu akan didominasi ole...
Aset Tabung Haji Tabung Haji Hotel Residence

Aset Tabung Haji Tabung Haji Hotel Residence

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 363 hits
Miqdad zakariaBab 1 Mula mula kita kena fahami Istilah 1 Aset Bangunan Hotel2 Operator Hotel Tabung Haji Hotel Residence Dalam bahasa mudahnya Aset merujuk kepada Kenderaan Operator merujuk kepada Pemandu Kenderaan Dalam isu Tabung Haji yan...
Kerajaan Penyatuan Melayu Islam Antara Harapan Dan Cabaran

Kerajaan Penyatuan Melayu Islam Antara Harapan Dan Cabaran

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 278 hits
Ismail Mina bin Hj Ahmad1 Sesuatu bangsa dan peradaban harus belajar dari sejarah naik turun dan pengalaman bangsa bangsa lain dan juga dari pengalaman generasi bangsanya sendiri Ini diperingatkan oleh All h di dalam al Qur n al Kar m Surah...
Nasib Umat Islam Nak Kenal Agama Di Negara Sendiri Ini

Nasib Umat Islam Nak Kenal Agama Di Negara Sendiri Ini

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 351 hits
Cikgu tolong ajar saya mengaji CIKGU tolong ajar saya mengaji Saya nak bawa ibu pergi umrah dan haji satu hari nanti kata Khairul Yap pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul Kuala Lumpur Dia yang baru kematian ...
Pembatalan Pengiktirafan Trump Terhadap Palestin Bukan Simbolik Kemenangan Kepada Nasib Umat Islam Di Palestin

Pembatalan Pengiktirafan Trump Terhadap Palestin Bukan Simbolik Kemenangan Kepada Nasib Umat Islam Di Palestin

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 289 hits
Pengiktirafan A S melalui Presiden Donald Trump terhadap Israel yang mahu menjadikan Baitulmaqdis sebagai pegganti kepada Tel Aviv semamangnya satu pencabulan terhadap seluruh umat Islam di dunia Walaupun kita sedia maklum dan tahu bahawa k...
Umat Islam Sekarang Berjangkit Dan Menghasut

Umat Islam Sekarang Berjangkit Dan Menghasut

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 231 hits
Maksud Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu berkata Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda Umatku akan ditimpa penyakit penyakit yang pernah menimpa umat umat dahulu Sahabat bertanya Apakah penyakit ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice