Dia Ahli Pkr Tapi Anwar Tak Bersuara Pun Isteri Okt




Isteri A Kalaimughilan tidak dapat menahan sebak selepas suaminya diheret ke mahkamah atas dakwaan memiliki video yang berkait dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
M Tamilmalar juga mempersoalkan kenapa PKR, parti yang disertai suaminya, tidak bersuara dalam kes itu.
“Ini bukan kes Sosma tahu? Kenapa mereka mendakwa suami saya di bawah Sosma? Kes ini bukan Sosma.
Iklan
“Tapi dia kata macam Sosma, suami saya macam pengganas. Sebelum ini dia pun ada (sertai) PKR. Bapa dia pun ada dalam PKR.
“Dia ada buat banyak acara untuk PKR.
“Tapi sekarang ini, Anwar (Ibrahim) dan siapa pun tak bersuara untuk suami saya,” katanya sambil menahan tangis kepada pemberita di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini.
Mahkamah tidak membenarkan permohonan ikat jamin Kalaimughilan, menyebabkan dia akan kekal dalam tahanan polis sehingga sebutan kes 6 Disember depan.
Kalaimughilan sebelum ini ditahan tanpa bicara selama 19 hari bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Sementara itu, Tamilmalar berkata suaminya bukan pengganas.
“Tolong bantu suami saya!
“Suami saya bukan pengganas. Tolong bantu keluarga kami,” katanya lagi sambil menangis.
Orang kena tuduh (OKT), Kalaimughilan, 28, bekerja sebagai pengutip besi buruk.
Dia hari ini didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak mana-mana barangan berkenaan, jika sabit kesalahan.
Semakan tolak ikat jamin
Di mahkamah hari ini, peguam yang mewakili Kalaimughilan, V Yoges memohon ikat jamin di hadapan hakim Maziah Joary Mohd Tajudin namun ditolak.
Sukarelawan biro undang-undang MIC juga memohon agar kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi namun sekali lagi ditolak pihak pendakwaan.
Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Abd Rahman berkata kes tersebut hanya boleh dipertimbang untuk dipindahkan sekiranya terdapat surat keizinan daripada pihak pendakwaan.
Memandangkan pihak pendakwaan masih menunggu “beberapa laporan”, Rohaiza berkata mereka tidak boleh untuk memberi izin kepada permohonan tersebut.
Yoges kemudiannya menegur pihak pendakwaan kerana mendakwa anak guamnya walaupun masih terdapat beberapa laporan yang belum lengkap.
Dia juga menggelar penyiasatan itu sebagai “separuh masak”.
Bercakap kepada media selepas itu, Yoges memberitahu dia mempertimbangkan untuk menghantar semakan bagi penolakan ikat jamin tersebut.
Ini kerana katanya hukuman maksimum untuk kesalahan itu tidak terlalu berat jika dibandingkan dengan kesalahan lain.
Tambahan, katanya Kalaimughilan bukanlah seorang yang boleh melarikan diri dan tidak mampu untuk mengusik barang bukti memandangkan pihak polis sudahpun merampas kesemua barangan yang dimiliki untuk siasatan itu.
Yoges turut menjelaskan anak guamnya tidak pernah melakukan sebarang tindakan berkaitan pengganas walaupun memiliki bahan berkaitan LTTE, yang disyakinya sebagai “video” dari 2014.
“Mengikut undang-undang, ikat jamin sepatutnya dipertimbangkan dan diberikan […] kerana tiada apa yang dilakukan dengan video tersebut.
“[…] saya faham ia adalah Sosma dan keselamatan negara, tetapi mahkamah sepatutnya melihat berapa jauh (video) itu mengancam keselamatan negara.
“Apa yang telah dilakukan dengan video itu? Apakah impak video itu?” soalnya lagi.
Penangkapan Kalaimughilan pada 10 Okt lalu adalah sebahagian daripada penangkapan besar-besaran bagi membanteras kegiatan berkait LTTE yang menyaksikan lebih 12 individu ditahan.
Dua ahli dewan undangan negeri PKR, P Gunasekaran (Seremban Jaya) dan G Saminathan (Gadek) juga turut ditahan dalam operasi tersebut.
Kedua-mereka dan Kalaimughilan adalah antara 10 individu yang didakwa hari ini.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/29/dia-ahli-pkr-tapi-anwar-tak-bersuara-pun-isteri-okt/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
I Was Former Umno Loyalist Too Says Anwar On Salleh S Pkr Application

I Was Former Umno Loyalist Too Says Anwar On Salleh S Pkr Application

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 347 hits
PKR president Anwar Ibrahim with Sabah PKR leaders in Kota Kinabalu today KOTA KINABALU PKR president Anwar Ibrahim says there is no strong opposition to former Umno loyalist Salleh Said Keruak joining the party although his membership appr...
Anwar Pkr Tiada Masalah Terima Salleh

Anwar Pkr Tiada Masalah Terima Salleh

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 357 hits
PKR tidak ada masalah untuk menerima permohonan keahlian bekas ketua menteri Sabah Salleh Said Keruak untuk menyertai parti itu kata Presidennya Anwar Ibrahim Beliau berkata mengikut prosedur Salleh secara automatik telah menjadi ahli PKR b...
Tolak Anwar Sebagai Pm Pembangkang Boleh Bermimpi Kata Pkr

Tolak Anwar Sebagai Pm Pembangkang Boleh Bermimpi Kata Pkr

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 281 hits
Pembangkang boleh bermimpi untuk tidak melihat Anwar Ibrahim diangkat sebagai perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke 15 kata PKR Pengarah Komunikasinya Fahmi Fadzil berkata proses peralihan kuasa antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar p...
Masuk Rumah Bukannya Nak Peluk Isteri Anak Tapi Hadap Phone Sampai Tertidur Inilah Silap Ketua Keluarga

Masuk Rumah Bukannya Nak Peluk Isteri Anak Tapi Hadap Phone Sampai Tertidur Inilah Silap Ketua Keluarga

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 559 hits
Kelemahan kaum suami hari ini masuk rumah tak peluk isteri dan anak tapi tengok phone dulu Tak tahu mana yang silap baru kahwin terus ada masalah rumah tangga Bila pasangan nak betulkan keadaan masing masing mula tinggi suara Akhirnya anak ...
Bukan Mengada Ngada Tapi Sebenarnya Penting Suami Temankan Isteri Check Up Hamil

Bukan Mengada Ngada Tapi Sebenarnya Penting Suami Temankan Isteri Check Up Hamil

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 541 hits
Apabila disahkan hamil rutin wajib setiap bulan ialah menjalani pemeriksaan antenatal Hal ini penting untuk dilakukan kerana dapat memantau tahap kesihatan diri dan bayi yang dikandungi Terdapat doktor yang berpendapat suami patut menemani ...
Peralihan Kuasa Bukan Setakat Dari Dr M Pada Anwar Senator Pkr

Peralihan Kuasa Bukan Setakat Dari Dr M Pada Anwar Senator Pkr

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 279 hits
Diterbitkan Hari ini 8 11 malam Ketika persoalaan bertumpu kepada tokoh utama peralihan kuasa dalam PH senator PKR Yusmadi Yusoff hari ini berkata proses berterusan itu juga perlu meneliti untuk meneruskan perubahan yang dibuat sejak PRU14 ...
Gbm Kesal Dengan Kecaman Anwar Terhadap Ahli Akademik

Gbm Kesal Dengan Kecaman Anwar Terhadap Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 288 hits
MALAYSIAKINI Gabungan Bertindak Malaysia menyuarakan kekecewaannya terhadap Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mengecam ahli akademik Dr Lim Teck Ghee susulan kritikannya terhadap kerajaan Pakatan Harapan Pengerusi GBM Zaid Kamaruddin berkata ...
Cita Cita Ingin Menjadi Ahli Bomba Ditunaikan Tapi Allah Lebih Menyayangi Adik Danial Menghadap Ilahi Di Pagi Jumaat

Cita Cita Ingin Menjadi Ahli Bomba Ditunaikan Tapi Allah Lebih Menyayangi Adik Danial Menghadap Ilahi Di Pagi Jumaat

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 471 hits
Sebelum ini akhbar ada melaporkan tentang hasrat seorang kanak kanak yang menghidap kans3r otak untuk mengenakan pakaian seragam bomba Cita Cita Ingin Menjadi Ahli Bomba Ditunaikan Tapi Allah Lebih Menyayangi Adik Danial Menghadap Ilahi Di ...
Suami Isteri Ramai Anak Lelaki Memang Letih Sikit Tapi Merekalah Pelindung Keluarga Nanti

Suami Isteri Ramai Anak Lelaki Memang Letih Sikit Tapi Merekalah Pelindung Keluarga Nanti

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 398 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan cahaya mata Tidak kisahlah sama ada anak lelaki ataupun perempuan asalkan bayinya sihat sudah cukup membahagiakan Pun begitu ramai juga ibu dan ayah mengharapkan agar anak sulung mereka lela...
How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Doa Sebelum Bekerja Agar Dimudahkan Dan Diberkahi

Raya Rumah Mak Tam Belah Abah

Email Lists 100 Valid Any Country In The World

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

2 Jam Baru Dari Urwerk Hamilton Yang Akan Naikkan Gaya Wrist Game Kamu