Peralihan Kuasa Bukan Setakat Dari Dr M Pada Anwar Senator Pkr


Alyaa AlhadjriDiterbitkan Hari ini 8:11 malam 


Ketika persoalaan bertumpu kepada tokoh utama peralihan kuasa dalam PH, senator PKR Yusmadi Yusoff hari ini berkata proses berterusan itu juga perlu meneliti untuk meneruskan perubahan yang dibuat sejak PRU14.

“Rancangan peralihan itu bukan hanya mengenai (presiden PKR) Anwar Ibrahim dan (Perdana Menteri) Dr Mahathir Mohamad," kata peguam itu.

Beliau berkata demikian pada majlis forum mengenai kemajuan budaya ilmu dalam Islam, yang dihoskan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac).

Yusmadi yang juga profesor adjung di Istac, berpendapat bahawa kesinambungan perubahan yang diperkenalkan pentadbiran PH sepatutnya tidak terbatas pada isu-isu berkaitan politik dan kuasa semata.

Beliau berkata kejayaan Malaysia dalam peralihan kuasa bermula apabila PH mengambil alih pemerintahan negara secara aman daripada BN.

Menurut Yusmadi lagi, pembaharuan dasar yang berterusan akan meletakkan negara di hadapan negara lain yang mengalami perubahan dengan lebih mencabar.

"Ia (peralihan) tersebut berkisar tentang kesinambungan pemikiran yang membawa pencerahan dan kesinambungan idea-idea baru.

"Bukan hanya di rantau ini, dunia sekarang sedang mencari orde politik baru," kata Yusmadi yang memetik perkembangan semasa di Tunisia susulan pemilihan Presiden Kais Saied minggu lalu.

Kais ialah presiden kedua yang dipilih melalui pilihan raya di Tunisia selepas revolusi 2011 yang mengembalikan demokrasi selepas bertahun-tahun di bawah pemerintahan kuku besi.
Di Malaysia pula, Yusmadi berkata idea-idea baru boleh dijana, misalnya terhadap dasar sedia ada yang berkaitan dengan pembasmian kemiskinan.

"Kita boleh mengatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru kita baik, tetapi sejauh mana?

"Jika hasil sebenarnya adalah jurang (pendapatan) yang lebih besar maka kita tidak dapat mempertahankannya," katanya.

Bercakap kepada pemberita pada majlis sama, Anwar menegaskan pendiriannya bahawa persoalan berhubung peralihan kuasa tidak patut mengalihkan tumpuan daripada isu-isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat.

“Kalau Majlis Presiden PH hendak bincang boleh, tetapi kita perlu fokus tentang ekonomi dan biar Dr Mahathir Mohamad mengemudi pentadbiran negara dengan berkesan. Kita perlu terus bergerak ke hadapan.

“Fokus kepada isu ekonomi, apabila ada cubaan untuk menjejaskan proses (peralihan kuasa), pembangkang seharusnya tidak mengganggu kita, sebaliknya harus fokus pada masalah ekonomi.

“Buat masa ini, biarlah Mahathir menjalankan tugasnya,” ahli parlimen Port Dickson itu.

Dr Mahathir, yang kini hadir sidang Negara-negara Berkecuali (NAM) di Azerbaijan menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai masalah jika isu peralihan kuasa perdana menteri dibincangkan oleh majlis presiden PH.

Sementara itu, semalam Anwar dilaporakan berkata naratif pembangunan Malaysia baru perlu memberi tumpuan kepada dasar ekonomi dan bukan retorik kaum atau agama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/10/peralihan-kuasa-bukan-setakat-dari-dr-m.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bior Betik Tsunami Bakal Berlaku Dalam Pkr Azmin Cabar Perjanjian Peralihan Kuasa Wujud

Bior Betik Tsunami Bakal Berlaku Dalam Pkr Azmin Cabar Perjanjian Peralihan Kuasa Wujud

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 521 hits
Azmin Beri Gambaran Tidak Lagi Sokong Anwar Sebagai PM Ke 8 Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat memberi gambaran beliau sudah bersedia meninggalkan PKR dan bersama kepimpinan Tun M apabila membuat kenyataan seperti ini Azmin yang juga M...
Zuraida Pkr Kena Siasat Jika Ada Komplot Halang Peralihan Kuasa

Zuraida Pkr Kena Siasat Jika Ada Komplot Halang Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 337 hits
Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin menggesa parti itu menjalankan siasatan sekiranya wujud komplot dalaman bagi menghalang proses peralihan kuasa Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan terdapat usaha belakang tabir untuk ...
Peralihan Kuasa Anwar Minta Hishammuddin Jangan Gadai Prinsip Kerana Ugutan

Peralihan Kuasa Anwar Minta Hishammuddin Jangan Gadai Prinsip Kerana Ugutan

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 416 hits
Peralihan kuasa Kenyataan terselindung Anwar MP BN cetus lagi tanda tanya Anggota Parlimen BN hari ini berulang kali mengusik Presiden PKR Anwar Ibrahim berhubung ketidaktentuan dalam soal beliau menjadi perdana menteri menggantikan Dr Maha...
Amanah Tegas Peralihan Kuasa Dr Mahathir Anwar Seperti Dijanjikan

Amanah Tegas Peralihan Kuasa Dr Mahathir Anwar Seperti Dijanjikan

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 325 hits
Parti Amanah Negara tegas berpegang kepada perjanjian yang ditetapkan pada 7 Januari 2018 berhubung isu peralihan kuasa antara PM Tun Mahathir dan penggantinya Presiden PKR Anwar Ibrahim Timbalan Presiden AMANAH Datuk Seri Salahuddin Ayub b...
Peralihan Kuasa Tun M Anwar Berlaku Ikut Jadual

Peralihan Kuasa Tun M Anwar Berlaku Ikut Jadual

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 232 hits
Pakatan Harapan tidak berganjak daripada keputusan sebelum pilihan raya umum ke 14 berkenaan peralihan kuasa antara PM Tun Mahathir dan Presiden PKR Anwar Ibrahim Pakar strategi DAP Liew Chin Tong berkata rancangan peralihan yang dipersetuj...
Anwar Pkr Tiada Masalah Terima Salleh

Anwar Pkr Tiada Masalah Terima Salleh

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 362 hits
PKR tidak ada masalah untuk menerima permohonan keahlian bekas ketua menteri Sabah Salleh Said Keruak untuk menyertai parti itu kata Presidennya Anwar Ibrahim Beliau berkata mengikut prosedur Salleh secara automatik telah menjadi ahli PKR b...
Peralihan Kuasa Rakyat Sudah Buat Keputusan Pru 14

Peralihan Kuasa Rakyat Sudah Buat Keputusan Pru 14

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 333 hits
Pemimpin Pakatan Harapan yang terbabit komplot untuk menubuhkan kerajaan baharu tanpa DAP dan Parti Amanah Negara dianggap pengkhianat yang mensabotaj mandat rakyat Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen berkata tidak wajar untuk man...
Peralihan Kuasa Tidak Akan Berlaku Sehingga Parlimen Dibubarkan

Peralihan Kuasa Tidak Akan Berlaku Sehingga Parlimen Dibubarkan

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 323 hits
Portal ini pernah menyiarkan artikel mengenai kuasa politik semuanya bergantung kepada angka Untuk jadi Perdana Menteri Malaysia perlu ada 112 Ahli Parlimen Dewan Rakyat yang menyokong calon Perdana Menteri tersebut Akhbar berbahasa Cina SI...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Hari Guru 2025

Jangan Segala Hal Diceritakan Di Sosial Media Jangan Semua Perkara Diceritakan Di Live

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Mengapa Folder Hadiah Perpisahan Penting Untuk Acara Rasmi

Terengganu Satu Dari Tiga Remaja Alami Obesiti

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu

Kpn Gerak Program Arkib Komuniti Mahu Masyarakat Jadi Penjaga Sejarah

Rafizi I Was Told I D Be Lifted Up In Pas But I M Not Interested