Bukan Mengada Ngada Tapi Sebenarnya Penting Suami Temankan Isteri Check Up Hamil


Apabila disahkan hamil, rutin wajib setiap bulan ialah menjalani pemeriksaan antenatal. Hal ini penting untuk dilakukan kerana dapat memantau tahap kesihatan diri dan bayi yang dikandungi. Terdapat doktor yang berpendapat, suami patut menemani isteri sekurang-kurangnya sekali dalam trimester pertama, sekali dalam dalam trimester kedua dan lebih kerap dalam trimester ketiga.
Mana-mana isteri pasti rasa dihargai dan gembira apabila suami sudi menemankannya setiap kali melakukan pemeriksaan antenatal di klinik atau hospital pilihan. Keprihatinan suami sepanjang tempoh kehamilan pastinya dapat memberi semangat kepada ibu hamil yang segelintirnya mengalami alahan kehamilan. Bak kata pepatah, susah dan senang diharungi bersama.
Artikel Menarik: [Malu Bila Tengok! Bahagian Pelipat Jadi Hitam, Bila Bersalin Automatik Hilang]
Isteri bukannya meminta diri dimanjakan. Suami yang penyayang kepada si isteri dan anak dalam kandungan biasanya sanggup meluangkan masa yang ada untuk menemani isteri lakukan pemeriksaan antenatal. Percayalah, ia pasti meninggalkan momen berharga buat isteri yang tidak mungkin disedari oleh si suami.
Sebenarnya, ada banyak manfaat yang bakal anda peroleh jika kerap menemani isteri melakukan pemeriksaan antenatal kehamilan. Berikut adalah antara kelebihan yang bakal diperoleh oleh para suami.
1. Mempermudahkan urusan isteri

Dalam keadaan tertentu, mungkin ada segelintir ibu hamil terpaksa membawa anak lain yang masih kecil bersama-sama semasa melakukan pemeriksaan antenatal. Ke hulu ke hilir, si kecil perlu mengikuti isteri termasuklah ke dalam tandas untuk mendapat sampel air kencing.
Artikel Menarik: [Biarlah Kulit Tak Berapa Cantik Waktu Pregnant. Asalkan Tak Salah Pakai Produk Beracun]
Sekiranya ada suami bersama, pasti ia lebih memudahkan semua proses rutin pemeriksaan yang perlu dilalui. Isteri pasti berasa lebih lega dan tidak mengeluh kepenatan.
2. Tambah ilmu tentang kehamilan

Pemeriksaan antenatal pertama yang ditemani oleh si suami akan membantu isteri menerangkan kepada doktor dengan tepat maklumat sejarah kesihatan di sebelah bapa bayi yang dikandungkannya. Ini bererti, suami sendiri boleh bercerita lanjut tentang hal itu.
Dalam setiap kali temujanji pemeriksaan antenatal, doktor akan berkongsi pelbagai informasi berkenaan perkembangan kehamilan dan kandungan. Jadi, apabila suami ada bersama, pelbagai ilmu dapat dikumpulkan sebagai persediaan menghadapi proses kelahiran bayi yang anda berdua nantikan kelak.
3. Beri sokongan moral
Pelbagai prosedur pemeriksaan antenatal perlu dilalui oleh wanita hamil. Setiap kali temujanji, isteri perlu menjalani ujian air kencing, darah dan paling menimbulkan kembimbangan kepada kebanyakan wanita hamil ialah ujian MGTT yang memerlukannya minum air gula yang pekat.
Artikel Menarik: [Garis Hitam Pada Perut Jadi pentunjuk Jantina Anak. Kepercayaan Karut!]
Jika ibu hamil menghidap penyakit atau masalah kesihatan tertentu seperti diabetes, tekanan darah tinggi, berat berat berlebihan, hemoglobin rendah dan lain-lain, pasti ia sedikit sebanyak mengganggu emosinya. Apabila doktor menerangkan tentang risiko komplikasi akibat masalah kesihatan semasa hamil yang mungkin dihadapi, isteri pasti berasa bimbang dengan keadaan bayi dalam kandungan.

Apabila suami menemani isteri, sekurang-kurangnya suami dapat memulihkan semangat dan sama-sama memikirkan tindakan yang sesuai untuk mengatasi masalah kesihatan yang dialami itu.
4. Persediaan menghadapi kelahiran
Suami yang kerap menemani isteri melakukan pemeriksaan antenatal pasti mengetahui apa sahaja informasi berkenaan bayi dan isteri. Sambil menunggu giliran berjumpa dengan doktor, anda suami isteri boleh berbincang dan bertanya lanjut dengan jururawat yang menjaga kaunter pendaftaran tentang prosedur bersalin di hospital pilihan.

Selain daripada itu, semasa berjumpa dengan doktor, ringankan mulut untuk bertanya dengan terperinci tentang proses kelahiran seperti tanda-tanda awal bersalin, cara meneran yang betul dan macam-macam lagi.
 
 
The post Bukan Mengada-Ngada, Tapi Sebenarnya Penting Suami Temankan Isteri Check Up Hamil appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bukan-mengada-ngada-tapi-sebenarnya-penting-suami-temankan-isteri-check-up-hamil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Hamil Lagi Lepas 3 Kali C Zer Suami Nampak Macam Cool Tapi Dialah Paling Susah Hati

Isteri Hamil Lagi Lepas 3 Kali C Zer Suami Nampak Macam Cool Tapi Dialah Paling Susah Hati

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 499 hits
Bila isteri mengandung lagi suamilah orang yang paling gembira Pun begitu dalam rasa gembira sebenarnya suamilah orang yang paling risaukan keadaan kita Lebih lebih lagi yang pernah berdepan dengan pembedahan caesarian setiap kali hamil Mas...
Sebenarnya Suami Wajib Miang Dengan Isteri Barulah Rumah Tangga Harmoni

Sebenarnya Suami Wajib Miang Dengan Isteri Barulah Rumah Tangga Harmoni

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 648 hits
Suami wajib miang dengan isteri Nampak isteri dari jauh kenyit mata flying kiss selalu ajak isteri bergurau selalu buat lawak bagi isteri ketawa selalu ucap abang sayang sayang Jika tiba tiba mood tidak baik suami lebih baik diam dari berka...
Suami Tak Beritahu Kenapa Sentap Tapi Mungkin Ini Yang Isteri Buat Sampai Dia Terasa Hati

Suami Tak Beritahu Kenapa Sentap Tapi Mungkin Ini Yang Isteri Buat Sampai Dia Terasa Hati

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 495 hits
Dalam rumah tangga tidak dinafikan ada pasang surutnya Biasalah kalau berselisihan faham itu semua dapat menguatkan lagi rasa sayang antara pasangan Namun kebanyakan isteri ada masanya teralpa kerana terlalu sibuk menguruskan rumah tangga m...
Suami Isteri Hamil Anak Kembar Maut Dalam Kemalangan

Suami Isteri Hamil Anak Kembar Maut Dalam Kemalangan

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 719 hits
Anggota polis dan isterinya yang hamil anak kembar dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Raja Laut lapor Harian Metro Motosikal yang ditunggang Muhammad Syakiran Shamsuddin 30 anggota p...
Wanita Sensitif Dengan Body Shaming Tapi Bila Suami Yang Buat Lagi Luluh Hati Isteri

Wanita Sensitif Dengan Body Shaming Tapi Bila Suami Yang Buat Lagi Luluh Hati Isteri

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 533 hits
Seperti mana makanan ada tarikh luputnya barang barang semakin buruk dan rosak begitu jugalah dengan kita sebagai manusia Itulah lumrah kehidupan yang tidak boleh dielakkan Seorang suami pasti akan perasan akan perubahan si isteri selepas b...
Kesal Dituduh Selingkuh Suami Di Makassar Aniaya Istrinya Yang Hamil 7 Bulan

Kesal Dituduh Selingkuh Suami Di Makassar Aniaya Istrinya Yang Hamil 7 Bulan

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 236 hits
Seorang suami di Makassar Sulsel Zetprianto alias Zet ditangkap polisi karena tega menganiaya istri sendiri yang sedang hamil 7 bulan Pelaku aniaya istrinya karena tak terima dituduh selingkuh dengan wanita lain Saat ini istrinya dalam kead...
Suami Frust Tengok Wajah Isteri 12 Tahun Lalu

Suami Frust Tengok Wajah Isteri 12 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 440 hits
SUAMI FRUST TENGOK WAJAH ISTERI 12 TAHUN LALU Seorang suami bangga memperisterikan seorang wanita cantik yang selama ini menjadi kegilaannya Namun alangkah terkejutnya beliau apabila melihat sekeping gambar wajah isterinya 12 tahun lalu Ist...
Isteri Dibelasah Suami Kerana Hidang Nasi Goweng Gratis Kepada 5 Rakannya

Isteri Dibelasah Suami Kerana Hidang Nasi Goweng Gratis Kepada 5 Rakannya

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 331 hits
Pemilik sebuah hotel di Makassar Indonesia ditahan polis pada 26 Oktober 2019 kerana memukul isterinya Suspek yang hanya dikenali sebagai H dipercayai memukul isterinya kerana kesal mangsa menjamu lima rakannya dengan nasi goreng percuma Da...
Menurut Kajian Isteri Gemuk Buat Suami 10 Kali Ganda Lebih Bahagia

Menurut Kajian Isteri Gemuk Buat Suami 10 Kali Ganda Lebih Bahagia

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 1185 hits
Sebenarnya dalam diam ramai isteri yang rendah diri kerana tubuh yang berisi atau gemuk Apatah lagi selepas bersalin bila bentuk badan berubah terus berbanding zaman gadis dulu Tidak sekadar hilang keyakinan diri ada juga yang stres dengan ...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Drama Dari Rahim Yang Sama

Masih Mood Raya Dengan Kuah Kacang Dan Rendang Daging


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelebihan Bismillah 5 Dan Kaedah Merawat

Skrip Automasi Pembersihan Google Drive Perjalanan Penuh Cabaran Dan Pembelajaran

Plnt Co Cyberjaya Birthday Plant Pilihan Hati

Kable Unifi Terputus

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik