Demi Dakwah Pas Mesti Ugut Umno Mn Untuk Kerusi Di Sabah


 Sehingga kini sah Pas tidak diberikan sebarang kerusi untuk ditandingi dalam PRN Sabah, walaupun sebelum ini lebih awal menyatakan keinginan mahu bertanding 10 kerusi.
Bagi Pas, bertanding dalam pilihanraya bukan saja untuk menang dan menjadi wakil rakyat, tetapi ia juga sebahagian kerja-kerja dakwah Islamnya.
Sebab itu, Pas tak kisah sama ada kalah atau menang kerana dalam apa keadaan sekali pun, kerja-kerja dakwah tetap dapat dijalankan.
Sebab itu, bertanding adalah penting bagi Pas sebagai sebuah parti Islam.
Dalam PRN Sabah pada 26 September depan, kedudukan Pas lebih istimewa kerana ia bermuafakat dengan UMNO dalam Muafakat Nasional serta dalam masa yang sama menyokong Bersatu dan Muhyiddin Yassin dalam gabungan baru Perikatan Nasional.
Sebagaimana yang diumumkan semalam, UMNO akan bertanding 31 kerusi, manakala Bersatu bertanding 19 kerusi.
Dalam keadaan Pas berada bersama MN dan PN sekarang ini, jika parti itu diperuntukkan kerusi untuk bertanding, peluang Pas untuk menang tentulah lebih cerah kerana disokong oleh UMNO dan Bersatu.
Apabila menang, tentulah kerja-kerja dakwah dan meninggikan syiar Islam oleh Pas menjadi lebih mudah dan meluas lagi.
Kalau kalah pula, dakwah sudah pun dilaksanakan sewaktu berkempen dan ia merupakan sebahagian daripada perjuangan yang dituntut Tuhan.
Dalam hal ini, demi kepentingan dakwahnya, Pas mesti berani bertegas terhadap UMNO dan Bersatu agar mereka mesti diberikan kerusi yang sewajarnya untuk bertanding di Sabah.
Pas tidak sepatutnya bersikap reda dan dan tidak apa lantaran tidak diberi kerusi kerana kerja dakwah dan menegakkan syiar Islam tidak harus ada tolak ansur.
Kalau 10 kerusi yang diminta, UMNO mesti beri 5 dan Bersatu juga mesti beri 5 dan kalau dua kerusi saja misalnya, UMNO dan Bersatu mesti sedia memberi masing-masing satu kerusi kepada Pas.
Jika tidak, tiada gunanya Pas bermuafakat dengan UMNO dalam MN dan bekerjasma dengan Bersatu serta menyokong Muhyiddin dalam PN.
Malah, baik UMNO atau Bersatu, kedua-duanya juga harus diperingatkan bahawa tanpa sokongan Pas, bukan saja UMNO sukar berkuasa semula, malah Muhyiddin tidak mungkin dapat duduk di kerusi Perdana Menteri.
Demi kerja-kerja dakwah dan untuk Islam, Pas malah sepatutnya berani mengugut UMNO dan Bersatu berkenaan peruntukan kerusi untuk parti itu.
Sekali lagi diperingatkan, Pas mahukan kerusi bukan semata-mata kerana seronok bertanding seperti amalan parti sekular, tetapi kerana dakwah dan demi Allah.
Kiranya UMNO dan Bersatu tidak sedia bertolak ansur, lebih baiklah Pas keluar saja daripada MN dan PN kerana terbukti kedua-dua parti itu tidak menyokong kerja-kerja dakwah Pas.
Lebih baiklah Pas bergerak bersendirian seperti sebelum ini kerana walaupun tidak menang jika bertanding, namun kerja dakwah dan tuntutan Tuhan tetap dapat dilaksanakan.
Memang cukup memalukan, berada dalam MN dan PN, tetapi ruang untuk Pas berdakwah semakin terhimpit jadinya.
Dengan tidak diberikan kerusi dan kerja Pas hanya memasang poster dan memacak bendera orang lain saja, apa dakwah yang Pas dapat lakukan di Sabah?
Dan lebih penting, dalam keadaan begitu, bagaimana Pas yang menjawab dengan Allah di akhirat nanti? (Shahbudindotcom 11/09/2020)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/demi-dakwah-pas-mesti-ugut-umnomn-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Sabah Tiada Kerusi Untuk Pas Game Ppbm Atau Game Umno

Prn Sabah Tiada Kerusi Untuk Pas Game Ppbm Atau Game Umno

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 416 hits
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menerima 447 kertas pencalonan untuk bertanding di 73 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Sabah 26 Sept ini selepas tempoh penamaan berakhir pada 12 September jam pukul 10 pagi Menurut Penger...
Ahmad Jazlan Umno Kelantan Akan Bantu Pas Akur Dengan Agihan Kerusi Pru 15

Ahmad Jazlan Umno Kelantan Akan Bantu Pas Akur Dengan Agihan Kerusi Pru 15

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 281 hits
KOTA BHARU Semua pemimpin UMNO di Kelantan memberi perakuan untuk akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti berhubung agihan kerusi pada pilihan raya umum akan datang selain komited membantu calon PAS melalui semangat Muafakat Nasional Per...
Pkr Beralah Demi Rakyat Sabah Warisan Plus Tiada Pertembungan Kerusi

Pkr Beralah Demi Rakyat Sabah Warisan Plus Tiada Pertembungan Kerusi

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 274 hits
Persoalan jumlah kerusi ditandingi PKR pada Pilihan Raya Negeri Sabah terjawab apabila parti itu akan meletakkan calon di 7 kerusi ditinggalkan rakan mereka dalam Warisan Plus Pengerusi PKR Sabah Christina Liew bersama majlis pimpinan neger...
Prn Sabah Pas Beri Laluan Demi Muafakat

Prn Sabah Pas Beri Laluan Demi Muafakat

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 354 hits
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS1 PAS menghormati sikap rakan rakan di Sabah yang berhasrat untuk bertanding di keseluruhan 73 kerusi dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah setelah usaha rundingan dimuktamadkan 2 Dalam hal ini PAS menga
Pas Di Korban Kan Di Sabah Demi Keutuhan Bersatu Dan Muhyiddin

Pas Di Korban Kan Di Sabah Demi Keutuhan Bersatu Dan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 185 hits
Salah satu kejutan terbesar dalam pilihan raya negeri Sabah setakat ini adalah apabila PAS dikecualikan daripada barisan Gabungan Rakyat Sabah walaupun parti Islam itu secara terbuka menuntut 10 kerusi untuk ditandingi Bagi pensyarah geostr...
Kerusi Prn Sabah Orang Tak Bagi Kita Berlaga Kias Ajk Pas Pusat

Kerusi Prn Sabah Orang Tak Bagi Kita Berlaga Kias Ajk Pas Pusat

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 288 hits
Selepas tidak diperuntukkan sebarang kerusi oleh Perikatan Nasional mahupun BN pada pilihan raya negeri Sabah kali ini beberapa pemimpin PAS terus berkias kias Antaranya bendahari PAS Iskandar Abdul Samad yang berkias menggunakan analogi to...
Pas Dan Umno Mampu Rampas 21 Kerusi Dari Ph

Pas Dan Umno Mampu Rampas 21 Kerusi Dari Ph

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 255 hits
mykmu netUMNO dan Pas sedang giat melakukan perbincangan mengenai pengagihan kerusi dan dua parti itu mampu menawan 21 kerusi Parlimen yang kalah sebelum ini sekiranya rundingan dua parti itu berjaya 21 kerusi itu termasuk empat kerusi yang...
Umno Pas Bersatu Wujud Jawatankuasa Bahagi Kerusi

Umno Pas Bersatu Wujud Jawatankuasa Bahagi Kerusi

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 245 hits
KUALA LUMPUR UMNO PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sudah memutuskan untuk mewujudkan jawatankuasa dianggotai lima individu bagi rundingan pembahagian kerusi Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu dip...
Menjelang Prn Sabah Pas Mahu Jadi Kerajaan Atau Sekadar Ejen Dakwah

Menjelang Prn Sabah Pas Mahu Jadi Kerajaan Atau Sekadar Ejen Dakwah

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 327 hits
Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Slim kesinambungan pakatan politik Perikatan Nasional yang menggambarkan kejayaan kesatuan politik atas nama Melayu Islam dan ramai menjangka keputusan PRK ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pilihan peng...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Lunch Di Don Kari Kepala Ikan Seksyen 16 Shah Alam Shah Alam Selangor

Lotter Sumandak Cantik Chord

Selangor Ph To Continue Working With Bn Despite Likely Mca Mic Polls Snub

Mahb S Sacking Of Staff With High Medical Bill Unlawful Court Rules

Decision On Sabah Pkr Chief To Be Made Soon Says Anwar

Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama