Pas Di Korban Kan Di Sabah Demi Keutuhan Bersatu Dan Muhyiddin



Salah satu kejutan terbesar dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah setakat ini adalah apabila PAS dikecualikan daripada barisan Gabungan Rakyat Sabah, walaupun parti Islam itu secara terbuka menuntut 10 kerusi untuk ditandingi.Bagi pensyarah geostrategi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Azmi Hassan, keputusan itu tiada kena mengena dengan reputasi PAS, sebaliknya merupakan strategi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk meraih sokongan kepadanya dan Perikatan Nasional.
"Sebab itu saya melihat keengganan PN memberi peluang kepada PAS walaupun kepimpinan PAS telah memberi sokongan tanpa belah bahagi kepada PN menyerlahkan bagaimana PN mentafsirkan betapa kritikalnya sokongan yang diperlukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin terutama sekali dari PPBM (Bersatu) Sabah.
"Isunya tiada kena mengena dengan kemelut Bible atau sikap konservatif PAS tetapi jika PN memberi peluang walau satu kerusi kepada PAS, ini sudah tentu akan membangkitkan kemarahan ahli PPBM Sabah yang sudah tentu mengugat keutuhan PN," katanya.
Muhyiddin kini mendapat sokongan sekurang-kurangnya 113 anggota Parlimen di Dewan Rakyat, di mana enam daripadanya adalah anggota parlimen Bersatu dari Sabah.
Sekiranya PAS bertanding dalam pilihan raya Sabah, ini bermaksud Bersatu Sabah dan Umno Sabah harus menyerahkan beberapa kerusi kepada PAS, memandangkan ketiga-tiga parti itu bertanding di kawasan majoriti Muslim.
Walaupun pemimpin tertinggi PAS mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan perkara itu kepada akar umbi parti, Azmi percaya sedikit sebanyak ia bakal menggugat kepercayaan mereka terhadap PN.
James Chin (di atas), yang merupakan profesor pengajian Asia di University of Tasmania dan pakar politik Malaysia Timur berkata PN mungkin mengecualikan PAS kerana sifatnya yang pragmatik.
"PAS selalu melakukan perkara yang sangat buruk di Sabah, dan mereka tahu sama ada mereka bertanding atau tidak, tak memberi kesan.
"Jadi, dalam kes ini, kerana BN dan PN bertanding, mereka telah tersingkir. Dengan kata lain, jika mereka bertanding di sana, mereka juga akan kalah semua kerusi di sana," kata Chin.
Tidak seperti Azmi, Chin tidak percaya episod ini akan menjerat hubungan antara PAS dan PN, kerana Bersatu Sabah dan Umno Sabah adalah pemain utama di negeri ini.
Sementara itu, Profesor Madya Universiti Utara Malaysia, Azizuddin Mohd Sani juga berkata bahawa keputusan mengecualikan PAS tiada kaitan dengan ucapan anggota parlimen PAS mengenai isu Bible kerana parti itu sudah tidak popular di Sabah.
Pensyarah kanan Jabatan Komunikasi Universiti Malaysia Sabah, Lee Kuok Tiung pula percaya kenyataan berkenaan akan memberi kesan sekiranya PAS bertanding, memandangkan Sabah mempunyai jumlah penduduk Kristian yang ramai.
"Ini boleh menjadi salah satu isu hangat, kerana tentunya Warisan dan sekutunya akan memainkannya.
"Kita dapat melihatnya sekarang, dengan Warisan menggunakan kata 'Unity' sebagai kata kunci dalam kempen mereka," katanya.
MR :  PAS bukan hotel 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/pas-dikorbankan-di-sabah-demi-keutuhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demi Dakwah Pas Mesti Ugut Umno Mn Untuk Kerusi Di Sabah

Demi Dakwah Pas Mesti Ugut Umno Mn Untuk Kerusi Di Sabah

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 226 hits
Sehingga kini sah Pas tidak diberikan sebarang kerusi untuk ditandingi dalam PRN Sabah walaupun sebelum ini lebih awal menyatakan keinginan mahu bertanding 10 kerusi Bagi Pas bertanding dalam pilihanraya bukan saja untuk menang dan menjadi ...
Muhyiddin Moots Sabah Bersatu Chief As Cm If Partners Agree

Muhyiddin Moots Sabah Bersatu Chief As Cm If Partners Agree

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 189 hits
Prime Minister Muhyiddin Yassin has mooted Sabah Bersatu chief Hajiji Mohd Noor as a possible Sabah chief ministerial candidate if the state opposition coalition wins However Muhyiddin qualified his statement by saying that this would also ...
Prn Sabah Pas Beri Laluan Demi Muafakat

Prn Sabah Pas Beri Laluan Demi Muafakat

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 354 hits
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS1 PAS menghormati sikap rakan rakan di Sabah yang berhasrat untuk bertanding di keseluruhan 73 kerusi dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah setelah usaha rundingan dimuktamadkan 2 Dalam hal ini PAS menga
Pas Pkr Senasib Sama Standard Di Sabah

Pas Pkr Senasib Sama Standard Di Sabah

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 429 hits
Di sini boleh lah kelak di ukur sikap Hadi dan Anwar apabila ditampar Tunggu reaksi mereka
Sabah Sarawak Kekal Bersama Malaysia Muhyiddin Yassin

Sabah Sarawak Kekal Bersama Malaysia Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 350 hits
Kerajaan Perikatan Nasional sentiasa komited untuk memastikan hak hak bagi Sabah dan Sarawak sepertimana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 adalah terpelihara kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Katanya mesyuarat jemaa...
Pm Muhyiddin Lancar Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah

Pm Muhyiddin Lancar Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 352 hits
KOTA KINABALU 16 Sept Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah untuk rakyat negeri ini bagi pilihan raya negeri ini Beliau berkata Aku Janji itu berpaksikan hak Sabah kepimpinan berintegr...
Pas Giving Way To Allies In Sabah Polls To Concentrate On Ge15 Says Hadi

Pas Giving Way To Allies In Sabah Polls To Concentrate On Ge15 Says Hadi

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 299 hits
PAS today said it is opting out of the Sabah election because it wants to prioritise preparations for the 15th general election Its president Abdul Hadi Awang also said in a statement that it was giving way to its allies to contest the poll...
Pas Demonstrates Solidarity And Goodwill By Staying Out Of Sabah

Pas Demonstrates Solidarity And Goodwill By Staying Out Of Sabah

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 288 hits
Muafakat Nasional and Perikatan Nasional were the right platform to unite the Muslim community said PAS Muslimat chief Nuridah Mohd Salleh During her keynote to launch her wing s muktamar however she told members that Muslim unity would sti...
Free Malaysia Today Cuba Hasut Pas Supaya Bergaduh Dengan Umno Bersatu

Free Malaysia Today Cuba Hasut Pas Supaya Bergaduh Dengan Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 390 hits
PAS patut sedar bagaimana ia dilayan dalam PNTak betul jika ada segelintir yang menyalahkan Umno apabila PAS tidak diberikan sebarang kerusi dalam PRN Sabah 1 Rundingan awal berlaku antara Umno yang mewakili Barisan Nasional dan PPBM yang m...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan

Fam What Happened To The World Cup Tickets