Kerusi Prn Sabah Orang Tak Bagi Kita Berlaga Kias Ajk Pas Pusat


Selepas tidak diperuntukkan sebarang kerusi oleh Perikatan Nasional (PN) mahupun BN pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah kali ini, beberapa pemimpin PAS terus berkias-kias.
Antaranya, bendahari PAS, Iskandar Abdul Samad yang berkias menggunakan analogi tongkat Nabi Musa.

“Bila sakit cari tongkat, bila dah sihat buang tongkat. Tapi tongkat bukan sebarang tongkat. Macam tongkat Nabi Musa AS boleh jadi ular bila dicampak. Boleh patuk balik. Hati-hati,” tulis bekas naib presiden PAS itu di laman Twitter.

Dalam ciapan berlainan, Iskandar juga memberikan ingatan kepada rakan-rakannya.

“Kawan yang sebenar tidak akan makan sorang. Apa jenis kawan kalau tulang pun dia nak sapu," soalnya.
Bagaimanapun, Iskandar (gambar, atas) tidak merujuk kepada mana-mana pihak.

Malah, ketika dihubungi Malaysiakini melalui aplikasi Whatsapp bagi mengesahkan ciapannya enggan mengulas lanjut.

“Tidak ada kena mengena dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia,” kata bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu.

PAS tidak diperuntukkan sebarang kerusi oleh PN mahupun BN, serta tidak diundang dalam majlis pengumuman calonnya.

Sebelum ini, parti itu menyuarakan hasrat untuk bertanding di 10 kerusi serta sedia menggunakan lambang BN atau PN.

Secara keseluruhan, BN akan bertanding di sekurang-kurangnya 36 kerusi, manakala PN pula di 28 kerusi.

Bagaimanapun, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata parti itu mengambil pendirian memberi laluan kepada sekutunya dalam PN untuk PRN Sabah, bagi mengelakkan pertembungan dengan calon sesama gabungan.

Selain tidak diperuntukkan sebarang kerusi, PAS juga tidak dijemput dalam majlis pengumuman calon yang dibuat oleh BN dan PN.

Mokhtar: Adik-adik, jangan tebang pokok sebab nak buah

Turut memberikan komen negatif adalah AJK PAS Pusat, Riduan Mohd Nor (gambar judul berita).

Katanya, “Orang berbudi kita berbahasa, orang tak bagi kita berlaga!”.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari juga turut meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan apa yang berlaku.

Dalam catatan di facebooknya, anggota Parlimen Pasir Mas itu berkata “Orang berbudi kita berbahasa, orang tidak berbudi, tak payahlah kita berbahasa.”

Malah, ketika dihubungi Malaysiakini untuk mengulas lanjut, Ahmad Fadhli menyerahkan kepada umum untuk memahami apa yang cuba disampaikanya itu.

“Terpulang kepada pemahaman masing-masing,” tambahnya.
Sementara itu, Anggota Dewan Ulama Pusat PAS Mokhtar Senik (gambar, atas) menyeru ahli parti supaya berpegang teguh kepada amalan taat dan walak yang dihadamkan di dalam jemaah dalam isu pembahagian kerusi.

"Ingat wahai adik-adik dan anak-anak. Jangan ditebang pokok kerana inginkan buahnya dan jangan dipetik buah sebelum masaknya," katanya.

Bekas ketua ulama PAS Pahang itu juga memberi amaran supaya ahli parti senantiasa waspada.

"Jangan biarkan musuh mengharu-birukan kita.

"Sedikit itu jauh lebih baik dari tiada langsung. PAS adalah parti dakwah bukan sekadar parti politik. Kerana itu PAS tidak kedekut dalam memberi dan tidak tamak dalam meminta-minta," katanya lagi.

Kini nasib PAS dalam PRN Sabah berada di tangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/09/kerusi-prn-sabah-orang-tak-bagi-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Hasrat Tanding 10 Kerusi Prn Sabah

Pas Hasrat Tanding 10 Kerusi Prn Sabah

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 389 hits
PAS berhasrat bertanding di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Sabah hujung bulan ini kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan Beliau bagaimanapun berkata perincian kawasan DUN yang bakal ditandingi parti itu ...
Prn Sabah Tiada Kerusi Untuk Pas Game Ppbm Atau Game Umno

Prn Sabah Tiada Kerusi Untuk Pas Game Ppbm Atau Game Umno

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 481 hits
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menerima 447 kertas pencalonan untuk bertanding di 73 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Sabah 26 Sept ini selepas tempoh penamaan berakhir pada 12 September jam pukul 10 pagi Menurut Penger...
Prn Sabah Pas Beri Laluan Demi Muafakat

Prn Sabah Pas Beri Laluan Demi Muafakat

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 497 hits
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS1 PAS menghormati sikap rakan rakan di Sabah yang berhasrat untuk bertanding di keseluruhan 73 kerusi dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah setelah usaha rundingan dimuktamadkan 2 Dalam hal ini PAS menga
Prn Sabah Perikatan Nasional Bertanding 29 Kerusi

Prn Sabah Perikatan Nasional Bertanding 29 Kerusi

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 496 hits
Ketua PPBM Sabah Hajiji Noor hari ini mengumumkan Perikatan Nasional akan bertanding di 29 DUN pada pilihan raya negeri Gabungan itu akan diwakili PPBM Parti Solidariti Tanah Airku dan Parti Maju Sabah Beliau tidak pun menyebut sama ada PAS...
Prn Sabah Pn Bertanding 29 Kerusi Mungkin Bertembung Bn Di Tiga Kerusi

Prn Sabah Pn Bertanding 29 Kerusi Mungkin Bertembung Bn Di Tiga Kerusi

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 364 hits
KOTA KINABALU 10 Sept Perikatan Nasional mengumumkan untuk bertanding di 29 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sabah akhir bulan ini dan kemungkinan besar bertembung dengan Barisan Nasional di tiga kawasan Tiga kawasan itu ialah Paginatan Tuli...
Menjelang Prn Sabah Pas Mahu Jadi Kerajaan Atau Sekadar Ejen Dakwah

Menjelang Prn Sabah Pas Mahu Jadi Kerajaan Atau Sekadar Ejen Dakwah

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 391 hits
Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Slim kesinambungan pakatan politik Perikatan Nasional yang menggambarkan kejayaan kesatuan politik atas nama Melayu Islam dan ramai menjangka keputusan PRK ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pilihan peng...
Prn Sabah Pas Bukanlah Parti Asing Di Sabah

Prn Sabah Pas Bukanlah Parti Asing Di Sabah

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 362 hits
1 Rundingan awal berlaku antara UMNO yang mewakili BN dan PPBM yang mewakili PN Hasil rundingan itulah yang dibawa ke gabungan parti masing masing untuk diagihkan kepada parti komponen masing2 Dan disebabkan PAS adalah parti komponen PN ked...
Demi Dakwah Pas Mesti Ugut Umno Mn Untuk Kerusi Di Sabah

Demi Dakwah Pas Mesti Ugut Umno Mn Untuk Kerusi Di Sabah

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 274 hits
Sehingga kini sah Pas tidak diberikan sebarang kerusi untuk ditandingi dalam PRN Sabah walaupun sebelum ini lebih awal menyatakan keinginan mahu bertanding 10 kerusi Bagi Pas bertanding dalam pilihanraya bukan saja untuk menang dan menjadi ...
Prn Sabah Pemuda Pas Terima Keputusan Tiada Calon Parti Tapi Tetap Hantar Jentera

Prn Sabah Pemuda Pas Terima Keputusan Tiada Calon Parti Tapi Tetap Hantar Jentera

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 441 hits
KUALA LUMPUR Pemuda PAS menyatakan sayap parti Islam itu menerima keputusan presidennya untuk memberi laluan kepada sekutu mereka BN PN di PRK Sabah Ketuanya Khairil Nizam Khirudin berkata walaupun tiada calon PAS bertanding pihaknya tetap ...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Gagal Itu Biasa Bangkit Itu Luar Biasa

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence

Resep Thailand Milk Bun Viral Sajian Berbuka Puasa Yang Bikin Ketagihan

Masak Ayam Berlado Cili Merah Kesukaan Anak Anakku

Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman

Doorgift Kenduri Dapat Numee Gardenia