Menjelang Prn Sabah Pas Mahu Jadi Kerajaan Atau Sekadar Ejen Dakwah




Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Slim kesinambungan pakatan politik Perikatan Nasional yang menggambarkan kejayaan kesatuan politik atas nama Melayu-Islam, dan ramai menjangka keputusan PRK ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pilihan pengundi di Sabah.
Sejak Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan, kemudian Parlimen Tanjung Piai, seterusnya Parlimen Kimanis dan terkini DUN Slim, PAS berperanan besar dalam memobilisasi jentera pilihan rayanya sehingga membawa kepada kemenangan Barisan Nasional.
Terkini, PAS menyatakan hasrat untuk bertanding PRN Sabah tetapi sejauh mana hasrat itu akan disambut oleh rakan pakatan dalam PN? Ia sememangnya menjadi kayu ukur keutuhan PN itu sendiri sama ada mereka benar-benar meraikan hasrat PAS atau sebaliknya.
Jika kita telusuri pencapaian PAS dalam 2 siri PRU di Sabah ternyata ada perbezaan yang ketara. Sebagai contoh, pada PRU-13, PAS bertanding di 9 kerusi DUN dan memperoleh jumlah undi sebanyak 21,335. Ketika ini PAS masih dalam Pakatan Rakyat. Pada PRU-14, PAS bertanding bersendirian di 18 kerusi DUN dan memperoleh 11,241 undi.
Meskipun hanya mendapat separuh daripada jumlah undi PRU-13, PAS dikira berjaya mempamerkan kekuatan berdasarkan penerimaan dan sokongan pengundi di 18 kawasan pada PRU-14.
Persoalan yang timbul adalah sejauh mana parti komponen PN akan berkompromi bagi memberi laluan kepada PAS? Adakah sekali lagi PAS sekadar menjadi pemain di balik tabir atau kali ini diberi kepercayaan oleh PN untuk bertanding di Sabah?
Melihat kepada rekod PRU-14 yang lalu, PAS berpotensi untuk bertanding di 4 kawasan berdasarkan jumlah undi yang diperoleh melebihi 1,000 iaitu Karambunai, Tanjung Aru, Merotai, dan Tanjong Batu. Penerimaan terhadap PAS di kawasan berkenaan agak signifikan, namun adakah parti komponen BN sedia memberi laluan?
Keempat-empat kawasan itu merupakan kubu kuat BN sejak sekian lama – 2 daripadanya milik Umno manakala Parti Bersatu Sabah di Tanjong Aru dan Parti Liberal Demokratik (LDP) di Merotai. PAS boleh bertanding di Karambunai sekiranya Umno memberi laluan kerana tidak mungkin PBS dan LDP akan mengalah, apatah lagi terhadap PAS yang sekian lama menjadi musuh tradisi.
Pilihan yang ada pada PAS sangat terhad. Sama ada bertanding atau sekadar menjadi penyokong seperti pada PRK yang lepas. Umno mungkin boleh bertolak ansur tetapi untuk parti tempatan Sabah yang lain, kemungkinannya agak tipis apatah lagi di kawasan yang majoritinya Bumiputera bukan Muslim.
Tanpa dinafikan sumbangan PAS dalam dakwah di Sabah, PAS juga berhak dikritik sebagaimana parti lain dan kritikan terhadap PAS bukan bermakna mengkritik Islam kerana PAS bukan agama.
Budaya politik Sabah tidak bermain dengan sentimen agama dan perkauman. Itu kunci kepada kesatuan warga Sabah yang berbilang agama dan bangsa. Sekiranya PAS ingin diterima di Sabah, pemimpin tertinggi PAS mesti berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati seperti kenyataan oleh ahli Parlimen Pasir Puteh, yang dianggap sangat biadap dan melampau kerana mencampuri urusan agama orang lain.
Kadangkala pemimpin atasan inilah yang merosakkan usaha ahli parti yang menggerakkan PAS di peringkat kawasan sehingga menimbulkan salah faham terhadap parti itu sendiri. Tidak terkecuali tulisan di Harakahdaily yang agak keterlaluan dalam membicarakan agama dan kaum lain.
Untuk kekal relevan dalam persada politik Sabah, PAS perlu berhenti mengeluarkan kenyataan berbaur sentimen agama dan perkauman kerana Sabah bukan negeri Pantai Timur yang majoritinya orang Melayu yang mudah termakan tuduhan sedemikian.
Sikap holier than thou (italic) juga perlu dihindarkan kerana sekalipun PAS parti Islam yang berdaftar, ia bukan alasan untuk menghukum pihak lain kerana neraca hukuman bukan hak milik mutlak PAS.
Jumlah undi adalah penting bagi membentuk sebuah kerajaan dalam mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi dan kerana itu PAS perlu mendapat sokongan daripada segenap lapisan masyarakat jika berhasrat untuk mentadbir Malaysia.
Sekiranya PAS sekadar ingin menjadi ejen dakwah, maka teruskan untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan keras dan lupakan untuk menjadi kerajaan.

Firdani Adam

#Sumber :  FMT  

MR :    PAS makin bijak berpolitik dan berdakwah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/menjelang-prn-sabah-pas-mahu-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kekal Bersatu Hadapi Prn Sabah Atau Berdepan Kekalahan Tok Mat

Kekal Bersatu Hadapi Prn Sabah Atau Berdepan Kekalahan Tok Mat

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 388 hits
Umno Sabah hari ini diminta bersatu bagi memastikan parti memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Negeri September ini Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berkata soal siapa yang mengetuai jentera PRN Sabah tidak penting kerana ...
Pas Hasrat Tanding 10 Kerusi Prn Sabah

Pas Hasrat Tanding 10 Kerusi Prn Sabah

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 389 hits
PAS berhasrat bertanding di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Sabah hujung bulan ini kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan Beliau bagaimanapun berkata perincian kawasan DUN yang bakal ditandingi parti itu ...
Prk Sabah Uji Kesetiaan Pas Pilih Logo Dacing Atau Pn

Prk Sabah Uji Kesetiaan Pas Pilih Logo Dacing Atau Pn

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 403 hits
Hubungan rasmi Pas dengan UMNO melalui Muafakat Nasional telah terjalin hampir dua tahun yang lalu iaitu sebaik BN kalah PRU14 Hubungan Pas dengan Bersatu pula hanya terjalin kira kira enam bulan lalu iaitu sejak tertubuhnya kerajaan pintu ...
Pas Akan Umum Calon Prn Sabah Bersama Rakan Pakatan Nasional Kata Ahmad Samsuri

Pas Akan Umum Calon Prn Sabah Bersama Rakan Pakatan Nasional Kata Ahmad Samsuri

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 384 hits
KUALA TERENGGANU Pas akan mengumumkan senarai calon yang akan dipertaruhkan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah secara serentak bersama rakan parti komponen Perikatan Nasional yang lain Naib Presiden Pas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berk...
Srikandi Bersatu Senarai 10 Nama Untuk Prn Sabah

Srikandi Bersatu Senarai 10 Nama Untuk Prn Sabah

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 325 hits
Datuk Seri Rina Harun TAWAU Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyenaraikan 10 nama calon wanita daripada sayap itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah 26 September ini Ketuanya Datuk Seri Rina Harun berkata senarai itu t...
Prn Sabah Akan Jadi Sia Sia

Prn Sabah Akan Jadi Sia Sia

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 286 hits
Saya masih berpandangan yang Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terkhilaf dalam memutuskan bahawa tindakan Yang di Pertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah tidak boleh dibicarakan di mahkamah dan saya agak berkeyakinan bahawa ...
Pkr Akan Lawan Habis Habisan Prn Sabah Anwar

Pkr Akan Lawan Habis Habisan Prn Sabah Anwar

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 569 hits
Pidato penuh semangat Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis pelancaran jentera pilihanraya PKR Sabah di Kota Kinabalu malam ini
Umno Sabah Akan Bertanding 30 Kerusi Pada Prn

Umno Sabah Akan Bertanding 30 Kerusi Pada Prn

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 415 hits
KOTA KINABALU Umno Sabah akan bertanding 30 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri 26 Sept ini Satu senarai ahli Majlis Tertinggi Umno yang ditugaskan untuk mengiringi calon mereka ke pusat penamaan calon pada 12 ...
Dap Warisan Jalin Kerjasama Erat Pastikan Kemenangan Prn Sabah

Dap Warisan Jalin Kerjasama Erat Pastikan Kemenangan Prn Sabah

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 358 hits
Pada 4 September 2020oleh PENTADBIRPemimpin DAP menziarahi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal di kediamannya semalam Menurut Timbalan Setiausaha Agung DAP Teresa Kok antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut adalah ...
Anwar Has Become Inspector Saab Pas Info Chief Says

Mastering The Skill Of Market Analysis

Photo Goes Viral Ministers Deputies Missing From Dewan Rakyat

Isteri Bolot Duit Jual Buah Pinggang Suami Lari Dengan Kekasih

Cybersecurity For Small Businesses

Where Will Our Money Come From If We Don T Tax The Rich Anwar Says Tnb Tariff Hike Won T Affect 85pc Of Malaysians

Rahsia Mandi Air Sejuk Di Awal Pagi Untuk Menyegarkan Tubuh Dan Pikiran

Gluten Pengertian Bahaya Kesihatan Dan Panduan Diet Bebas Gluten


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Enjoy The Best Gaming Experience With Play88 Malaysia Casino

Perencah Nasi Ayam Hainan Yang Mudah Dan Sedap Digunakan

A Proper System To Manage E Waste Is Both Profitable And Sustainable

Malaysia Asean Chairmanship Off To A Disappointing Start

What Are The Benefits Of Steamed Fish

Hukum Halal Dan Haram Dalam Islam Apa Yang Perlu Anda Ketahui