Prn Sabah Tiada Kerusi Untuk Pas Game Ppbm Atau Game Umno



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima 447 kertas pencalonan untuk bertanding di 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 Sept ini selepas tempoh penamaan berakhir pada 12 September jam pukul 10 pagi.
Menurut Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, daripada jumlah itu 404 calon adalah lelaki manakala 43 lagi calon wanita.
Daripada 447 calon itu, seramai 73 adalah daripada Parti Cinta Sabah (PCS), diikuti Parti Warisan Sabah (Warisan) (53), Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) (47), Parti Liberal Demokratik (LDP) (46), Barisan Nasional (BN) (41), Perikatan Nasional (PN) (29), Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) (28), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) (23) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) (22), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) (12), PKR (7), Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) (5), Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) (2) dan masing-masing satu calon bagi Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Kebangsaan Sabah (PKS) serta Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Pertubuhan).
Apa yang menjadi persoalan ialah tiada calun dari PAS, walau pun PAS dari awal telah menyuarakan hasrat untuk bertanding sekurang-kurangnya 10 kerusi DUN dari 73 kerusi DUN yang ada di Sabah.
Namun selepas proses penamaan calun selesai, tiada seorang pun calun dari PAS telah diletakkan untuk bertanding di PRN Sabah.
Sebaik sahaja pengumuman dibuat, terdapat beberapa pihak dari Pakatan Harapan cuba spin isu ini dengan menyalahkan UMNO dan menuduh UMNO terlalu tamak dan tidak memberi ruang kepada PAS untuk meletakkan calun di PRN Sabah.
Motif mereka adalah untuk melaga-lagakan UMNO dan PAS, dengan harapan agar Muafakat Nasional yang semakin mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat akan berkubur.

Admin menyeru pemimpin dan penyokong PAS agar bersikap rasional untuk kita rungkaikan, apakah benar UMNO yang menyebabkan tiada ruang untuk PAS bertanding atau ianya adalah kerana sikap tamak PPBM yang mahu meletak seberapa banyak calun yang boleh di PRN Sabah.
Rundingan awal berlaku antara Umno yang mewakili Barisan Nasional dan PPBM yang mewakili Perikatan Nasional.
Hasil rundingan itulah yang dibawa ke gabungan parti masing-masing untuk diagihkan kepada parti komponen.
Disebabkan PAS sebahagian daripada Perikatan Nasional, kedudukan PAS tertakluk kepada perbincangan dalaman gabungan tersebut.
Kebanyakan kerusi yang mahu ditandingi PAS sebenarnya ditandingi oleh PPBM

Sebagai contoh kerusi DUN Merotai yang asalnya kawasan tradisi Barisan Nasional, kini ditandingi PPBM. 
DUN ini antara kerusi berpotensi PAS kerana mereka berjaya memperoleh lebih 1,200 undi pada PRU 14 yang lalu

Alasan PAS tidak sesuai dengan sentimen tempatan sepertimana kenyataan pemimpin Perikatan Nasional Sabah adalah sesuatu yang tidak logik. 
PAS memperoleh lebih 13,000 undi popular pada PRU-14 di negeri Sabah berbanding SAPPyang hanya memperoleh 6,000 undi popular. 
Tetapi SAPP diberikan 2 kerusi oleh Perikatan Nasional!!

Ketamakan PPBM ini akan mengundang padah besar kepada sentimen pengundi Semenanjung. 
Betul, PAS kurang popular di Malaysia Timur dengan hanya memperoleh 24,000 undi di Sabah dan Sarawak pada PRU-14

Tetapi PAS juga memperoleh 1.98 juta undi di seluruh Semenanjung, ketika PRU 14 di mana PAS bertanding di atas tiket mereka sendiri tanpa gabungan dengan mana-mana parti politik!!

Ianya hampir 5 kali ganda dari jumlah keahlian keseluruhan PPBM dan kekuatan ini lebih daripada cukup untuk membunuh terus hayat PPBM


Bayangkan sehingga dalam saat begini pun, PPBM masih mahu membolot lagi tambahan beberapa kerusi. 
Mujurlah Bung Moktar Radin bertegas dan lebih awal mengisytiharkan kedudukan kerusi yang akan ditandingi Barisan Nasional bagi mengelakkan pertelagahan lanjut

Apa yang berlaku ini sepatutnya sudah menjadi 'wake up call' kepada PAS tentang kedudukan PAS dalam gabungan baru Perikatan Nasional. 
Tidak menghairankan bila penyokong PAS di peringkat akar umbi menyatakan rasa tidak puas hati mereka, malah pemimpin di peringkat akar umbi juga ada yang telah menyatakan secara terbuka perasaan marah mereka

Jika sekiranya PPBM pada saat akhir pun masih enggan menyantuni kehendak kecil PAS Sabah, maka PAS perlu menilai semula kedudukan dan nilai mereka dalam Perikatan Nasional

Berdasarkan kekuatan semasa, PAS adalah parti yang sepatutnya mengetuai Perikatan Nasional sepertimana UMNO memandu Barisan Nasional

Sebuah parti berpengalaman seperti PAS tidak sepatutnya duduk lebih rendah daripada sebuah parti setahun jagung seperti PPBM

Tak betul jika ada segelintir yang menyalahkan Umno apabila PAS tidak diberikan sebarang kerusi dalam PRN Sabah

Pemimpin PAS patut sedar bagaimana ia dilayan oleh PPBM dalam Perikatan Nasional

Dengarlah keluhan dan keresahan penyokong dan pemimpin akar umbi PAS kerana mereka adalah tunjang kekuatan PAS yang selama ini berkorban, berpanas dan berhujan untuk memperjuangkan PAS tanpa mengharapkan apa-apa imbuhan

Benar, sikap taat kepada pemimpin adalah sangat penting dalam perjuangan tetapi tidak salah kalau ada ketikanya pemimpin mendengar teguran, keluhan dan keresahan orang yang dipimpin

Bukankah dalam peperangan Khandaq, Rasulullah SAW mendengar dan menerima pendapat dan cadangan dari Salman Al Farisi, yang merupakan bekas seorang hamba yang baginda Rasulullah SAW sendiri bebaskan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/09/prn-sabah-tiada-kerusi-untuk-pas-game.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerusi Prn Sabah Orang Tak Bagi Kita Berlaga Kias Ajk Pas Pusat

Kerusi Prn Sabah Orang Tak Bagi Kita Berlaga Kias Ajk Pas Pusat

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 289 hits
Selepas tidak diperuntukkan sebarang kerusi oleh Perikatan Nasional mahupun BN pada pilihan raya negeri Sabah kali ini beberapa pemimpin PAS terus berkias kias Antaranya bendahari PAS Iskandar Abdul Samad yang berkias menggunakan analogi to...
Prn Sabah Bekas Adun Umno Masuk Ppbm Boleh Guna Logo Bn Kata Annuar

Prn Sabah Bekas Adun Umno Masuk Ppbm Boleh Guna Logo Bn Kata Annuar

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 333 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Umno yang menyertai PPBM selepas pilihan raya umum lalu dibenar bertanding menggunakan logo Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Sabah 26 September ini Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata persetujuan itu ...
Prn Sabah Ppbm Puji Sikap Terbuka Pas Tak Tanding Elakkan Pertembungan Tiga Penjuru

Prn Sabah Ppbm Puji Sikap Terbuka Pas Tak Tanding Elakkan Pertembungan Tiga Penjuru

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 331 hits
PETALING JAYA Keputusan PAS memberi laluan kepada rakan dalam gabungan Perikatan Nasional bagi memastikan pertandingan dua penjuru pada Pilihan Raya Negeri Sabah adalah sikap terpuji kata pemimpin PPBM Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Muhamma...
Pas Hasrat Tanding 10 Kerusi Prn Sabah

Pas Hasrat Tanding 10 Kerusi Prn Sabah

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 336 hits
PAS berhasrat bertanding di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Sabah hujung bulan ini kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan Beliau bagaimanapun berkata perincian kawasan DUN yang bakal ditandingi parti itu ...
Menjelang Prn Sabah Pas Mahu Jadi Kerajaan Atau Sekadar Ejen Dakwah

Menjelang Prn Sabah Pas Mahu Jadi Kerajaan Atau Sekadar Ejen Dakwah

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 327 hits
Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Slim kesinambungan pakatan politik Perikatan Nasional yang menggambarkan kejayaan kesatuan politik atas nama Melayu Islam dan ramai menjangka keputusan PRK ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pilihan peng...
Umno Sabah Akan Bertanding 30 Kerusi Pada Prn

Umno Sabah Akan Bertanding 30 Kerusi Pada Prn

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 371 hits
KOTA KINABALU Umno Sabah akan bertanding 30 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri 26 Sept ini Satu senarai ahli Majlis Tertinggi Umno yang ditugaskan untuk mengiringi calon mereka ke pusat penamaan calon pada 12 ...
Demi Dakwah Pas Mesti Ugut Umno Mn Untuk Kerusi Di Sabah

Demi Dakwah Pas Mesti Ugut Umno Mn Untuk Kerusi Di Sabah

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 227 hits
Sehingga kini sah Pas tidak diberikan sebarang kerusi untuk ditandingi dalam PRN Sabah walaupun sebelum ini lebih awal menyatakan keinginan mahu bertanding 10 kerusi Bagi Pas bertanding dalam pilihanraya bukan saja untuk menang dan menjadi ...
Prn Sabah Pemuda Pas Terima Keputusan Tiada Calon Parti Tapi Tetap Hantar Jentera

Prn Sabah Pemuda Pas Terima Keputusan Tiada Calon Parti Tapi Tetap Hantar Jentera

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 383 hits
KUALA LUMPUR Pemuda PAS menyatakan sayap parti Islam itu menerima keputusan presidennya untuk memberi laluan kepada sekutu mereka BN PN di PRK Sabah Ketuanya Khairil Nizam Khirudin berkata walaupun tiada calon PAS bertanding pihaknya tetap ...
Prn Sabah Kurang 12 Jam Hajiji Noor Janji Selesaikan Pertindihan Kerusi

Prn Sabah Kurang 12 Jam Hajiji Noor Janji Selesaikan Pertindihan Kerusi

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 389 hits
KOTA KINABALU Berbaki kurang 12 jam sebelum penamaan calon esok diharap dapat merungkai isu pertindahan calon antara gabungan Barisan Nasional Perikatan Nasional dan Bersatu bagi mendepani Pilihan Raya Negeri Sabah Ketua Badan Pimpinan Bers...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


The Friendly S Music Pub By Kvadrat Architects In Astana Kazakhstan

Kunjung Marhaban Aidilfitri 2024

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal