Demam Suhu Lebih 38 Celcius Sawan Tanda Anak Dijangkiti Influenza Kena Ambil Vaksin Ini Setiap Tahun


Influenza, selesema dan demam denggi, ramai ibu bapa yang keliru untuk membezakannya. Demam bersuhu tinggi, menggigil dan sawan panas adalah antara tanda-tandanya. Tidak patuh kepada arahan kuarantin punca ia merebak.

Menurut Dr Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar, Pakar Pediatrik, serangan virus influenza boleh mengakibatkan penyakit berjangkit pada saluran pernafasan. Ia adalah sejenis penyakit yang pernah menular di seluruh dunia sebagai pandemik pada tahun 2009 yang menyebabkan kematian di Malaysia.
Negara beriklim sederhana Amerika Syarikat mempunyai musim penularan influenza yang jelas di mana kemuncak penularan pada musim sejuk. Hal ini berbeza dengan negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia di mana tiada musim penularan influenza yang jelas. Ianya boleh berlaku sepanjang tahun. Disebabkan itu pencegahan dengan vaksin influenza amat disarankan untuk melindungi dari wabak influenza yang menyerang tanpa batasan musim di Malaysia.
SERANGAN INFLUENZA MIRIP DENGGI
Serangan influenza menyebabkan demam yang bersuhu tinggi iaitu kira-kira 38° hingga 40° Celcius. Pada peringkat awal ia mirip dengan serangan denggi di mana suhu yang dicatatkan tinggi sehingga kadang-kadang pesakit menggigil dan kanak-kanak kecil boleh diserang sawan panas (febrile convusion).
Virus influenza terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,C dan D. Jenis yang biasa menyerang manusia dengan teruk ialah influenza A dan influenza B manakala C tidak mengakibatkan serangan yang hebat. Jenis D pula biasanya tidak menyerang manusia dan banyak melibatkan haiwan.
Influenza jenis A dan B pula terbahagi kepada beberapa strain atau subtype iaitu diantaranya Influenza A: H1N1, H3N2 dan H5N1. Manakala Influenza B: Yamagata dan Victoria
UBAT HANYA BERKESAN DALAM MASA SINGKAT Jangan lupa bawa si kecil ke klinik dengan segera sekiranya mendapati suhu badannya tinggi dan ubat hanya berkesan dalam masa yang singkat. Influenza yang menyerang kanak-kanak akan memberikan beberapa tanda seperti berikut;
Demam yang bersuhu tinggi Batuk Sakit tekak Hidung berair Sakit kepala dan muntah-muntah Sakit otot dan badan Lemah dan lesu Tidak berselera untuk makan Badan berasa sejuk BEZA INFLUENZA & SELESEMA Influenza berbeza daripada selesema biasa di mana selesema biasa disebabkan oleh beberapa virus lain seperti rhino virus yang mengakibatkan mata berair, sakit kepala yang tidak terlalu teruk, bersin dan hidung berair. Jarang suhu terlalu tinggi. Influenza merupakan penyakit luar biasa yand kesannya lebih melampau dari selsema biasa dan hanya disebabkan oleh virus influenza semata-mata.
CARA NAK KENALPASTI INFLUENZA Bagi mengenalpasti serangan influenza, doktor terlebih dahulu akan meneliti tanda-tanda yang berkaitan. Setelah mengenalpasti simptom influenza, doktor akan melakukan ujian nasopharyngeal swab iaitu pengambilan sampel hingus daripada bahagian belakang rongga hidung.
 
TIDAK KUARANTIN PUNCA INFLUENZA REBAK Penyebaran virus influenza terjadi menerusi titisan cecair pernafasan yang menitis keluar apabila individu yang dijangkiti bercakap, bersin atau batuk. Apabila ada anggota yang dicemari virus seperti tangan menyentuh objek seperti mainan kanak-kanak, tombol pintu dan sebagainya dan kanak-kanak lain pula menyentuhnya dan memegang hidung. Ini adalah contoh perebakan yang sering berlaku.
Bagi kanak-kanak, taska, tadika dan pusat penjagaan menjadi lokasi merebaknya penyakit ini apabila kanak-kanak yang menghidap influenza tidak dikuarantin dengan baik iaitu kira-kira tujuh hari selepas demam.
Selain taska, tadika dan pusat penjagaan, mana-mana lokasi yang tertutup yang ramai orang seperti pusat membeli belah, pawagam, restoran dan pusat permainan kanak-kanak boleh menjadi lokasi merebaknya virus influenza. Selain itu taman tema air, kemudahan awam dan kolam renang awam juga sama.
WAJIB KUARANTIN 7 HARI, MAJIKAN PERLU PRIHATIN Sebaik-baiknya, kanak-kanak yang dijangkiti influenza perlu dikuarantin selama sekurang-kurangnya tujuh hari supaya mereka tidak menyebarkan virus tersebut kepada orang lain.
“Selepas keluar dari wad, teruskan proses kuarantin di rumah dengan mengasingkan anak daripada ahli keluarga yang lain. Ibu, bapa atau penjaga perlulah kerap membasuh tangan dan mengamalkan adab dan tatacara bersih diri  yang baik seperti pemakaian tisu apabila bersin atau batuk.
 
“Untuk melindungi diri lagi dari terhidu titisan cecair pernafasan yang tercemar pemakaian alat pernafasan yang sesuai seperti topeng hidung dan mulut (mask) boleh membantu,” kata Dr Iqbal
Dalam tempoh tujuh hari ini, biar anak berehat di rumah dan kurangkan sentuhan fizikal dengan orang lain. Ini kerana mereka dalam proses pemulihan dan antibodi masih lemah. Jangkitan dan bakteria senang menghinggapi kanak-kanak dalam fasa ini. Para majikan perlu memberi kerjasama kepada staf yang bercuti kerana menjaga anak yang sakit akibat virus ini.
INFLUENZA SEPATUTNYA BOLEH DIELAK DENGAN VAKSIN Serangan influenza boleh dielak dengan cara mendapatkan vaksin. Vaksin influenza boleh diambil kanak-kanak yang berusia enam bulan ke atas. Vaksin influenza merupakan vaksin tahunan yg diambil setiap tahun untuk melindungi badan dari bahaya virus influenza yang sering bertukar sifat dari tahun ke tahun.
Pantauan Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau the World Health Organisation (WHO) memastikan vaksin yang diambil sesuai dengan spesies virus influenza yand menular pada tahun tersebut.
Pada tahun pertama bagi mereka yg dibawah umur 8 tahun, vaksin ini terdiri daripada dua suntikan yang diberikan pada dua bulan berturut-turut. Namun bagi mereka yg umurnya 8 tahun keatas hanya satu suntikan di perlukan walaupun pada tahun yang pertama.

Konsep vaksin tahunan ini membuatkan vaksin influenza lain sedikit dari vaksin yang lain. Ibu bapa tidak perlu khuatir kesan sampingan kepada si manja kerana vaksin ini diperbuat daripada vaksin tidak aktif dan mati.
Terdapat dua jenis vaksin boleh diambil iaitu vaksin influenza 3 strain dan vaksin influenza 4 strain. Adalah juga dinasihatkan untuk mendapatkan vaksin ini jika anda ingin membawa kanak-kanak ke negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Emiriyah Arab Bersatu dan sebagainya. Selain vaksin meningococcal yang sememangnya diwajibkan, vaksin influenza juga disyorkan kepada mereka yand ingin pergi ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadat haji atau umrah.
Sila bertanya dengan pakar perubatan untuk maklumat lanjut tentang vaksin influenza ini yang sememangnya boleh mencegah wabak influenza dari terjadi. Bukankah pencegahan lebih baik dari rawatan?
The post Demam Suhu Lebih 38° Celcius, Sawan Tanda Anak Dijangkiti Influenza. Kena Ambil Vaksin Ini Setiap Tahun! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/demam-suhu-lebih-38-celcius-sawan-tanda-anak-dijangkiti-influenza-kena-ambil-vaksin-ini-setiap-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baca Surah Al Furqan Ayat 74 Ustaz Kongsi Supaya Anak Lebih Dengar Kata Amalkan Setiap Hari

Baca Surah Al Furqan Ayat 74 Ustaz Kongsi Supaya Anak Lebih Dengar Kata Amalkan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 364 hits
Anak nakal tu mesti mak ayah tak ajar anak Sikap anak kecil yang susah mendengar kata sememangnya menyebabkan ibu bapa hilang kesabaran naik darah dan geram Justeru perkongsian penceramah bebas Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek untuk ibu b...
Suhu Badan Tinggi Cirit Birit Rupanya Anak Ada Masalah Jangkitan Cacing Doktor Kongsi Tanda Jangkitan Cara Rawatan

Suhu Badan Tinggi Cirit Birit Rupanya Anak Ada Masalah Jangkitan Cacing Doktor Kongsi Tanda Jangkitan Cara Rawatan

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 354 hits
Anak tiba tiba sakit perut meragam dan suhu naik mungkin itu tanda anak mengalami masalah jangkitan cacing Mungkin ramai yang ambil mudah kerana ia tidaklah memudaratkan namun hal ini sering menjadi igauan si kecil bila tiba masanya Dalam s...
Tujuh Anak Halau Bapa Kandung Selepas Dapat Harta Lebih Rm4 Juta

Tujuh Anak Halau Bapa Kandung Selepas Dapat Harta Lebih Rm4 Juta

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 324 hits
Hati mana yang tidak luluh apabila anak kandung yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang ditatang bagaikan minyak yang penuh bertindak mencemuh dan menyisihnya daripada hidup mereka Bukan sahaja kepercayaan yang diberi si ayah dipersiakan ...
Senarai Kumpulan Penerima Vaksin Covid 19 Di Malaysia Tahun 2021

Senarai Kumpulan Penerima Vaksin Covid 19 Di Malaysia Tahun 2021

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 364 hits
Susulan makluman daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia bahawa terdapat 11 calon vaksin Covid 19 yang berada pada peringkat ujian klinikal fasa 3 setakat 13 November lalu beberapa rundingan dengan pengeluar vaksin Covid 19 kini sudah berada ...
Kisah Tragis Gadis Cina Ini Kahwin Lelaki Afrika Lahirkan 8 Anak Dalam Masa 3 Tahun

Kisah Tragis Gadis Cina Ini Kahwin Lelaki Afrika Lahirkan 8 Anak Dalam Masa 3 Tahun

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 904 hits
Gadis cina ini dedahkan kenapa dia menyesal kahwin dengan lelaki Afrika Tambahan pula dia lahirkan 8 orang anak dalam masa 3 tahun Dengan perkembangan dunia semakin banyak perkahwinan trans nasional berada di sekeliling kita Sekarang bukan ...
Siput Laut Muncul Di Pantai Rusila Selepas Lebih 50 Tahun

Siput Laut Muncul Di Pantai Rusila Selepas Lebih 50 Tahun

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 362 hits
Oleh ROSALINDA MD SAID SEORANG penduduk bersama hasil siput laut yang berjaya dikutip di Pantai Rusila berdekatan Kampung Rhu Dua di Marang Terengganuhari ini UTUSAN PUTRA HAIRY ROSLI MARANG Penduduk di Pantai Rusila berdekatan Kampung Rhu ...
Terima Kasih Allah Pinjamkan Suami Selama 5 Tahun Saya Janji Jaga Anak Kita Sebaiknya

Terima Kasih Allah Pinjamkan Suami Selama 5 Tahun Saya Janji Jaga Anak Kita Sebaiknya

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 467 hits
Ketika anak anak masih memerlukan kasih sayang seorang ayah janji Allah itu pasti apabila ayah yang dikasihi telah dijemput ilahi dalam kemalangan di Kilometer 18 3 Lebuhraya Damansara Puchong Petaling Jaya beberapa hari lalu Melalui perkon...
Nenek Nikah Lelaki 47 Tahun Lebih Muda

Nenek Nikah Lelaki 47 Tahun Lebih Muda

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 357 hits
MetroGlobalYAINEM dan Jamhar disatukan di Kampung Slahung wilayah Ponorogo di Jawa Timur semalam FOTO AgensiAgensiJakarta Perbezaan usia 47 tahun tidak menghalang seorang nenek dan seorang pemuda disatukan di Kampung Slahung wilayah Ponorog...
Harga Vaksin Covax Lebih Rm80

Harga Vaksin Covax Lebih Rm80

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 249 hits
HARGA VAKSIN COVAX LEBIH RM80 KUALA LUMPUR 041120 Harga maksimum yang ditawarkan kepada Malaysia menerusi pelan peruntukan vaksin COVID 19 global COVAX ketika ini adalah AS 21 bagi setiap satu vaksin Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khai...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense