Siput Laut Muncul Di Pantai Rusila Selepas Lebih 50 Tahun


Oleh ROSALINDA MD SAID SEORANG penduduk bersama hasil siput laut yang berjaya dikutip di Pantai Rusila berdekatan Kampung Rhu Dua di Marang, Terengganuhari ini. - UTUSAN/PUTRA HAIRY ROSLI MARANG: Penduduk di Pantai Rusila berdekatan Kampung Rhu Dua, di sini berpesta mengutip siput berikutan kemunculan spesies yang didakwa tidak dijumpai di kawasan itu sejak lebih 50 tahun lalu.
Seorang penduduk, El Gamillo Habibun Tan, 40, berkata, orang ramai mula melakukan aktiviti mengutip siput laut itu bersama keluarga masing-masing sejak tiga hari lalu.
Katanya, siput laut yang dikatakan mirip spesies yang terdapat di Sabah dikenali sebagai ‘sikad-sikad’ lebih enak berbanding siput biasa mahu pun kerang dengan rasanya dikatakan seperti sotong.
“Setiap kali musim tengkujuh, biasanya kerang yang muncul tetapi kali ini keadaan berbeza apabila kami mendapat rezeki siput.
“Daripada cerita orang-orang tua, spesies ini dipercayai sudah lama tidak dijumpai dan kali terakhir dilihat adalah semasa mereka kanak-kanak bersamaan lebih 50 tahun lalu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini petang semalam.
Kelmarin, Pantai Pandak di Chendering, Kuala Terengganu menjadi tumpuan pengunjung bagi melakukan aktiviti mengutip kerang.
Seorang lagi penduduk, Kamariah Mohamad, 64, tidak menyangka berpeluang menikmati hidangan siput laut yang kali terakhir dimakan sekitar tahun 70-an.
Katanya, dia bersama suami berkunjung ke pantai itu selepas mendengar cerita orang ramai tentang kemunculan siput tersebut sekali gus berhajat untuk membeli untuk dimasak di rumah.
“Kebiasaannya siput ini dikukus atau direbus tetapi saya mungkin memasak gulai lemak bagi memenuhi permintaan anak-anak,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (Akuatrop), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Norainy Mohd. Husin berkata, pihaknya perlu turun ke lapangan untuk melihat secara terperinci spesies siput laut tersebut.
“Bagaimanapun berdasarkan gambar dan video, hidupan laut ini ialah Margistrombus.
“Siput yang boleh dimakan ini banyak terdapat di perairan Indo-Pasifik termasuk Sabah dan Johor cuma di Terengganu, kemunculannya mungkin disebabkan beberapa faktor semulajadi yang memerlukan kajian lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/siput-laut-muncul-di-pantai-rusila.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengguna Menghabiskan Masa Lebih Lama Atas Talian Sejak Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Awal Amanz

Pengguna Menghabiskan Masa Lebih Lama Atas Talian Sejak Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Awal Amanz

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 448 hits
Google kini telah berkongsi laporan berkaitan perkembangan arena ekonomi digital di Asia Tenggara sekaligus berkongsi beberapa data menarik berkaitan dengannya Melalui pengamatan ia dilihat pengguna di rantau Asia Tenggara kini menghabiskan...
Selepas 19 Tahun Lee Yeonhee Undur Diri Daripada Sm Entertainment

Selepas 19 Tahun Lee Yeonhee Undur Diri Daripada Sm Entertainment

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 400 hits
Khabarnya Lee Yeon hee bakal meninggalkan SM Entertainment tak lama lagi selepas sekian lama bersama agensi tersebut Menurut laporan media pada 17 November sumber daripada agensi SM Entertainemnt mengesahkan bahawa kontrak eksklusif Lee Yeo...
Hiburan Cat Farish Selamat Nikahi Pereka Fesyen Selepas 4 Tahun Menduda

Hiburan Cat Farish Selamat Nikahi Pereka Fesyen Selepas 4 Tahun Menduda

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 378 hits
Selamat melangsungkan pernikahan dengan seorang pereka fesyen tempatan Suriani Hassan penyanyi dan pelakon terkenal Cat Farish kini sah menjadi bergelar suami kembali dalam sebuah majlis ringkas di Negeri Sembilan pada pagi tadi Khabar gemb...
Melly Goeslaw Dedah Tiada Tawaran Nyanyian Selama Dua Tahun Selepas Ambil Keputusan Bertudung

Melly Goeslaw Dedah Tiada Tawaran Nyanyian Selama Dua Tahun Selepas Ambil Keputusan Bertudung

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 442 hits
Melly Goeslaw dedah tiada tawaran nyanyian selama dua tahun selepas ambil keputusan bertudung PENYANYI popular Indonesia Melly Goeslaw mendedahkan dia tidak menerima tawaran nyanyian selama hampir dua tahun selepas mengambil keputusan berhi...
Tujuh Anak Halau Bapa Kandung Selepas Dapat Harta Lebih Rm4 Juta

Tujuh Anak Halau Bapa Kandung Selepas Dapat Harta Lebih Rm4 Juta

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 394 hits
Hati mana yang tidak luluh apabila anak kandung yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang ditatang bagaikan minyak yang penuh bertindak mencemuh dan menyisihnya daripada hidup mereka Bukan sahaja kepercayaan yang diberi si ayah dipersiakan ...
Malaysia Meterai Rcep Selepas 8 Tahun Berbincang

Malaysia Meterai Rcep Selepas 8 Tahun Berbincang

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 350 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyaksikan pemeteraian perjanjian RCEP yang ditandatangani oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali CYBERJAYA 8211 Malaysia hari ini memeterai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau selepas perbincangan yang...
Google Akan Padam Kandungan Gmail Google Drive Dan Photos Sekiranya Melangkaui Had Storan Selama Lebih 2 Tahun Amanz

Google Akan Padam Kandungan Gmail Google Drive Dan Photos Sekiranya Melangkaui Had Storan Selama Lebih 2 Tahun Amanz

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 314 hits
Google hari ini membuat kejutan dengan mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan storan percuma tanpa had untuk Google Photos dan mengehadkan ia kepada 15GB Perkara sama juga untuk storan dokumen di Google Drive melalui perkhidmatan penyu...
Lebih 30 Tahun Menanti Bekalan Air Bersih

Lebih 30 Tahun Menanti Bekalan Air Bersih

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 301 hits
Setelah lebih 30 tahun berpenat lelah memunggah air selain membelinya setiap hari akhirnya sepasang suami isteri warga emas di Kampung Tok Puchong Kedai Buloh mampu menarik nafas lega selepas menerima bekalan air bersih kelmarin Bersyukur d...
Demam Suhu Lebih 38 Celcius Sawan Tanda Anak Dijangkiti Influenza Kena Ambil Vaksin Ini Setiap Tahun

Demam Suhu Lebih 38 Celcius Sawan Tanda Anak Dijangkiti Influenza Kena Ambil Vaksin Ini Setiap Tahun

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 361 hits
Influenza selesema dan demam denggi ramai ibu bapa yang keliru untuk membezakannya Demam bersuhu tinggi menggigil dan sawan panas adalah antara tanda tandanya Tidak patuh kepada arahan kuarantin punca ia merebak Menurut Dr Mohammad Iqbal Mo...
Pemandu E Hailing Ditahan Langgar Lampu Merah Nyaris Rempuh Pejalan Kaki

Seorang Lelaki Nekad Gigit Kepala Ular Sampai Mati Kerana Berang Ular Tersebut Mematuknya

Jakim Dan Zetrix Bekerjasama Rangka Tadbir Urus Ai Patuh Syariah Pertama Dunia

Doktor Sana Buat Kerja Bukan Untuk Duit Aliff Syukri Beri Sebab Buat Pembedahan Di Hospital Kerajaan

Siti Nurhaliza Aliff Syukri Jadi Penyumbang Zakat Perniagaan Tertinggi Lzs

Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Aida Dimasukkan Ke Icu

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025

Top 19 The Greatest Historical Buildings From All Over The World

Barnsbury House By Architecture For London A Grade Ii Listed Georgian Home In The Barnsbury Conservation Area

Magnitude 5 7 Quake Hits Indonesia S East Java Near Holiday Island Bali Agency Says

Your Countries Are Going To Hell Trump Tells Europe