Suhu Badan Tinggi Cirit Birit Rupanya Anak Ada Masalah Jangkitan Cacing Doktor Kongsi Tanda Jangkitan Cara Rawatan


Anak tiba-tiba sakit perut meragam dan suhu naik mungkin itu tanda anak mengalami masalah jangkitan cacing. Mungkin ramai yang ambil mudah kerana ia tidaklah memudaratkan namun hal ini sering menjadi igauan si kecil bila tiba masanya.
Dalam satu perkongsian oleh Dr Ahmad Samhan mengenai bayi yang berusia 18 bulan diserang jangkitan cacing hingga menyebabkan suhu badan bayi tersebut tinggi dan alami sedikit cirit birit.
Dalam perkongsian tersebut juga, Dr Ahmad Samhan berkongsi tanda-tanda si kecil mengalami jangkitan cacing dan juga cara rawatan untuk ibu-ibu lakukan.
Dari petang hujan tak berhenti. Makin lebat. Jam menunjukkan 1 pagi.
Biasanya pesakit tak ramai kalau hujan lebat. Iyalah, siapa nak keluar rumah kalau bukan betul-betul kecemasan.

“Doktor, bayi 18 bulan datang sebab demam,” panggilan dari staff klinik.
“Sebentar, saya turun”
Kelihatan ibu memeluk anaknya. Saya terus menjemputnya masuk ke bilik konsultasi.
“Kenapa ya puan?”
“Siang tadi dia ok je. Malam ini tiba-tiba terjaga dari tidur. Merengek-rengek. Susu pun tak mahu”
“Ada muntah? Cirit birit?”
“Muntah tak ada. Cirit-birit ada tapi baru semalam ada sekali”
“Suhu anak puan tinggi ini. Saya nak periksa perut dan masukkan ubat demam dalam punggung ya”
Bayi dibawa ke bilik rawatan.
Saya bantu ibunya untuk buka pampers.
“Patutlah dia merengek. Dia sakit perut. Cuba puan tengok betul-betul dalam pampers ini”
Kelihatan beberapa ekor cacing kerawit setengah inci bergerak-gerak.
Kecacingan sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja termasuklah anak kecil dan bayi.

Terdapat pelbagai jenis cacing lain yang boleh hidup dalam badan manusia seperti cacing gelang, cacing jarum, dan cacing kerawit.
7 TANDA JANGKITAN CACING PADA BAYI & ANAK KECIL YANG DISANGKA SAKIT BIASA
1. Kegatalan pada dubur
2. Cirit birit/najis tidak normal
3. Keletihan yang luar biasa
4. Mudah jatuh sakit(demam,batuk,alahan)
5. Kurang berat badan walaupun selera normal
6. Anak sakit perut dan muntah
7. Mengetap gigi ketika tidur malam kerana tak selesa.
Cara untuk merawat:
 Rawatan adalah berkesan dengan makan ubat cacing (Albendazole untuk satu hari sementara Mebendazole untuk 3 hari).
 Ubat cacing boleh diberikan setiap 6 bulan sekali dengan sukatan dos 200 miligram untuk bayi berusia bawah dua tahun, manakala 400 miligram untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas.

Rawatan ini perlu diulangi mengikut keperluan (jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan selepas 2 minggu rawatan diberi).
Sapukan jelly petroleum di kawasan yang gatal untuk menghilangkan kegatalan (di sekeliling kawasan dubur atau vagina).
Cadar dan pakaian yang digunakan perlu direbus dan dibasuh dengan air panas dan bahan pencuci untuk menghapuskan telur-telur cacing jarum.
Cara untuk mencegah:
 Basuh tangan anak dengan sempurna sebelum makan.
 Elakkan anak daripada bermain di tanah yang tercemar.
 Elakkan tabiat anak memasukkan benda asing ke dalam mulut
 Buang lampin pakai buang ditempat yang sesuai.
Kongsikan dan tag mak ayah yang ada anak kecil supaya berwaspada dari terkena jangkitan cacing.

Dr. Ahmad Samhan
-Doktor Kecemasan Anda-
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
 
The post Suhu Badan Tinggi & Cirit Birit, Rupanya Anak Ada Masalah Jangkitan Cacing. Doktor Kongsi Tanda Jangkitan & Cara Rawatan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/suhu-badan-tinggi-cirit-birit-rupanya-anak-ada-masalah-jangkitan-cacing-doktor-kongsi-tanda-jangkitan-cara-rawatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awas Bila Suhu Badan Anak Terlalu Tinggi Boleh Kena Demam Sawan Doktor Kongsi Tanda Gejala

Awas Bila Suhu Badan Anak Terlalu Tinggi Boleh Kena Demam Sawan Doktor Kongsi Tanda Gejala

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 355 hits
Bila anak anak demam ibu ayah memang akan risau Tambah pula bila suhu badan anak terlalu tinggi yang mana keadaan ini juga boleh menyebabkan demam sawan Biasanya demam sawan boleh berlaku dikalangan kanak kanak berumur 6 bulan hingga 5 tahu...
Bibir Anak Bengkak Ingat Ada Masalah Gigi Rupanya Alergi Alat Solek Doktor Pesan Mak Ayah Kena Beringat

Bibir Anak Bengkak Ingat Ada Masalah Gigi Rupanya Alergi Alat Solek Doktor Pesan Mak Ayah Kena Beringat

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 426 hits
Kalau tengok anak anak perempuan yang masih kecil bermain dengan alat solek ada yang rasakan itu perkara comel dan lucu Tambah pula bila habis satu muka diconteng dengan bahan kosmetik yang lazimnya digunakan oleh ibu atau orang yang lebih ...
5 Tanda Anak Anda Ada Masalah Fear Loop

5 Tanda Anak Anda Ada Masalah Fear Loop

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 438 hits
Pernah dengar Fear Loop Fear loop ini bahaya kerana anak terdedah pada sesuatu yang boleh mengancam nyawa tanpa kita sedar Bila anak sentiasa dalam ketakutan pada orang dewasa anak akan cenderung untuk membuat semua perkara sendiri Diorang ...
Nak Elak Koyak Teruk Masa Bersalin Urutan Perineum Boleh Membantu Doktor Kongsi Cara Nak Buat

Nak Elak Koyak Teruk Masa Bersalin Urutan Perineum Boleh Membantu Doktor Kongsi Cara Nak Buat

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 807 hits
Bagi ibu yang baru pertama kali nak bersalin pasti banyak perkara yang masih lagi samar terutamanya proses melahirkan anak Perasaan takut risau semuanya ada tapi percayalah itu juga turut dialami oleh ibu ibu lain yang sudah pernah beranak ...
Bimbang Masalah Perkembangan Anak Isteri Dr Say Undur Diri Dari Kerjaya Doktor

Bimbang Masalah Perkembangan Anak Isteri Dr Say Undur Diri Dari Kerjaya Doktor

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 357 hits
Sebagai ibu bapa sudah semestinya kita mahukan yang terbaik untuk anak anak Tambahan pula anak masih lagi kecil dan mempunyai masalan pembesaran Dalam perkongsian terbaru pengacara Tanya Doktor Dr Say Shazril menyatakan bahawa isterinya Dr ...
Demam Suhu Lebih 38 Celcius Sawan Tanda Anak Dijangkiti Influenza Kena Ambil Vaksin Ini Setiap Tahun

Demam Suhu Lebih 38 Celcius Sawan Tanda Anak Dijangkiti Influenza Kena Ambil Vaksin Ini Setiap Tahun

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 302 hits
Influenza selesema dan demam denggi ramai ibu bapa yang keliru untuk membezakannya Demam bersuhu tinggi menggigil dan sawan panas adalah antara tanda tandanya Tidak patuh kepada arahan kuarantin punca ia merebak Menurut Dr Mohammad Iqbal Mo...
Penat Tau Jadi Cikgu Kat Rumah Fasha Sandha Kongsi Rutin Dengan Anak Harap Covid 19 Cepat Berakhir

Penat Tau Jadi Cikgu Kat Rumah Fasha Sandha Kongsi Rutin Dengan Anak Harap Covid 19 Cepat Berakhir

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 430 hits
Tugas seorang ibu yang berkerjaya memang tak mudah tambah pula bila sekolah ditutup kerana pandemik yang semakin menular dalam negara Ibu dan ayahlah yang kena jadi guru di rumah selain perlu menguruskan hal rumah tangga yang lain dan dalam...
Sakit Belakang Masa Mengandung Ibu Hamil Kena Peka Doktor Jelaskan Punca Cara Atasi

Sakit Belakang Masa Mengandung Ibu Hamil Kena Peka Doktor Jelaskan Punca Cara Atasi

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 484 hits
Wanita mengandung akan mengalami macam macam perubahan bukan sahaja dari segi fizikal malah juga emosi Lebih lebih lagi bila hampir tiba waktu melahirkan Pelbagai lagi dugaan yang perlu ditempuhi Dari awal mengandung dengan alami alahan set...
Masa Check Doktor Cakap Anak Seorang Bila Bersalin Keluar Kembar

Masa Check Doktor Cakap Anak Seorang Bila Bersalin Keluar Kembar

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 407 hits
Seorang ibu tak menyangka yang dia akan merasa pengalaman melahirkan anak kembar beberapa bulan lepas Selama kehamilannya dia hanya mengetahui yang janinnya hanya satu Ibu muda terkejut merasai pengalaman melahirkan anak kembar pramatang Kr...
Cycling 9 Februari 2025

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan